Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Monday, June 27, 2011

Komik: A day When Everything Went Wrong

Assalamualaikum... alhamdulilah Allah bagi kesempatan untuk saya post komik tu, walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Apa-apa pun... dengan lafaz bismillah saya post komik berbahasa inggeris yang tak seberapa ni. Semoga kita semua dapat mengambil sedikit pengajaran.

Tajuk: A day When Everything Went Wrong
Pelukis: Mr IQ
Cerita Asal: Amin Misran http://seekforthelight.blogspot.com/
Bilangan Muka Surat: 9 m/s

ms 1

click utk meneruskan pembacaan


ms 2

ms 3

ms 4

ms 5

ms 6

ms 7

ms 8

ms 9
Kisah ini mungkin pernah terjadi pada diri kita. Dalam kehidupan didunia, Allah sentiasa menguji keimanan kita dgn pelbagai ujian, samada kesusahan atau kesenangan. Dalam kisah ini saya dapat simpulkan 3 perkara.

****************
1. Ujian yang ditimpa kepada kita adalah satu rahmah, iaitu sebagai peringatan buat hambaNya yang lupa. Beerti Allah masih sayangkan hamba-hambanya. Tidak ubah seperti fitrah seorang bapa, memukul anaknya. Agar anaknya tidak melakukan kesalahan yang akan merosakkan dirinya sendiri.

2. Kegelisahan dihati adalah satu implikasi lemah iman kita, ketika itu. Jadi haruslah kita sentiasa mengingati Allah dalam setiap detik kehidupan.

الَّذِينَ ءَامَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
(Arrad ayat 28)

3. Ujian yang diberiNya adalah untuk menguji keimanan hamba-hambaNya. Hadapilah ujian itu dengan sabar dan solah.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu [99], sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Al-baqarah ayat 153)

Semoga kita berjaya menghadapi ujian Allah itu.

****************

- komik ni adalah berdasarkan cerpen Amin Misran dari blog http://seekforthelight.blogspot.com/
- komik ini dibuat khas untuk peringatan diri ini yang selalu lupa.
- Komik ini juga terdapat dalam versi Bahasa Melayu. Sila tekan link (versi BM) ini untuk lihat...

p/s: anda dibenarkan untuk menyebar komik ini jika mahu. Namun pastikan anda telah membaca peraturan di sebelah kiri blog. Saham akhirat, share la sama2 :)
-berhibur sambil mendidik-

Monday, June 20, 2011

Puisi: Bertemumu Murobbi, Aku Malu Sendiri


Bertemumu Murobbi, Aku Malu Sendiri

Bertemumu murobbi aku malu sendiri
Menatap wajahmu kedut seribu
Namun cahaya terpancar di celahan garis garis itu
Kudratmu Diusia ini amat membimbangkan
Namun jiwa imanmu mematahkan segala ketuaan melanda

Melihatmu Murobbi, aku malu sendiri,
Masih punyai kudrat bermaya
Namun mencintai kerehatan dari kesusahan
Melihat diriku yang tua sebelum masanya
Himmah hilang entah kemana
Semangat hangat hangat taik ayam

Malu aku padamu murobbi
Masih teguh berdiri
Sakit yang kau alami peduli kau endah
Dakwah kau gemgam Bagaikan bara
Digemgam biar jadi Abu
Dilepaskan tidak selagi hayat ini kaki masih berdiri

Dalam wajahmu murobbi
Aku malu sendiri
Senyumanmu penuh hikmah bersangka baik
Dibalik ceria wajahmumu
Tersimpan sejuta harapan
Melihat pemuda di depan ini
Menjadi pewaris dakwah rasul
Mencapai misi revolusi
Kembali membawa fitrah Islam diseluruh pelosok negeri

Aku malu pada diriku
Aku seperti dulu
Ditakuk tahun tahun lalu
Masih lemah tidak terdaya
Hanya tahu tapi belum cukup mahu
Bersama namun hati terpisah
Hidup namun Bagaikan bangkai hidup
Menjadi beban penghalang dakwah

Malu aku malu
Wajahmu terusku tatap
Peringatan dikau berpinar dalam kotak ingatanku
Hidup itu pada yang memberi
Menjadi pendokong sejati
Bukan penyokong setia
Dakwah letaknya apa kefasihan hati
Bukan pada lantangan suara

Akukah pemuda itu murobbi?
Akukah benih yang kau doakan agar terhindar dari kerosakan?
Akukah benih yang kau doakan agar terus tumbuh?
Akukah benih yang kau harapkan menjadi pohon Islam yang gemilang?
Owh murobbi aku lemah, aku lemah

Kukumpul segala kudrat ini
Mengambil secebis hikmah dari bibirmu
Kusemadikan harapanmu dalam diriku
Ku sematkan azam yang tersisa
Kutanamkan katamu bahawa akulah pemuda itu
Walau selama ini kupendam mahuku dalam tahu
biarlah fizikal berkata,
Walau hati masih merasa lemah dengan kelemahan diri

Moga pemuda inilah yang kau harapkan
Moga pemuda inlah pewaris jejak rasul
Doa kuharap kau kirimkan buat insan Hina ini
Doaku mengiringi kesihatanmu murobbi

Khabaran hati ini dari bicara bisu
Komunikasi ini dalam bicara diam
Bertemu denganmu murobbi inspirasi diri ini
Setelah Sekian lama aku kegersangan iman.

Hari itu Murobbiku datang ke gombak. Sebab Ada program di Taski Raudhah. Hati ini mahu bertemu dengannya. Namun saya malu. Kerana saya masih seperti dulu, malah mungkin jadi teruk dari dulu. Namun hati mengagahi juga bertemu dengannya. Walau saya hanya diam dan hanya mendengar kata katanya. Tapi, sebenar banyak yang ingin saya luahkan kepadanya. Namun tidak mampu diungkapkan di lidah. Dapat bertemu denganmu Sudah cukup membuat hati ini gembira. Menatap wajahnya Sudah cukup memberiku semangat.

Puisi ini bukanlah apa-apa. Cuma hanya menggambarkan apa yang terpendam dihati ini. Maaflah jika ia membosankan anda.

P/s: komik masih tidak dapat disiarkan lagi. Semoga Allah permudahkan.

Thursday, June 9, 2011

I'm Off

Assalamualaikum... disini saya ingin menyatakan bahawa saya akan hilang selama seminggu, daripada penulisan di blog (ceh, bajet org baca lah entry ko tu, -.-"). Sebenarnya banyak perkara saya ingin kongsikan dalam blog ini. Namun saya ada pelbagai perkara perlu disiap dalam beberapa hari ini, jadi saya nak off seminggu dari menulis Blog. Namun selepas seminggu, insyaAllah saya akan kembali berblog.

perasan sibuk..
Diantara perkara yang saya mahu selesaikan ialah, membuat komik 9 muka surat tu. Saya baru first time buat komik 9 muka surat, dalam bahasa Inggeris pulak tu, jadi ia agak lama untuk disiapkan. Jadi untuk memendekkan masa untuk menyiapkan, saya perlu kurangkan perkara lain. Supaya saya lebih fokus pada sesuatu perkara. Saya ni jenis slow worker, jadi rasanya jalan inilah yang terbaik.

Saya juga jenis yang slow dalam menulis. Kalau nak tulis satu-satu entry, saya perlu buat peta minda dulu. Saya tak pandai menyusan kata-kata yang indah, dan lemah dalam penyampaian. Kalau saya menulis sambil buat komik, saya akan mengambil masa yang lama, untuk menyiapkan. Karang nanti, menulis tak jadi, komik pun tak siap. Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang digendong keciciran, (entah betul entah tidak apa yang aku tulis ni, huhu). Jadi kalau sesiapa yang blogwalking kat sini, bolehlah baca entry yang sebelum-sebelum ni yang saya tulis.
Ni ha, saya suggestkan link-link dalam blog saya.


Entry berbentuk pandangan/pendapat


Entry berbentuk Perkongsian/Nasihat untuk diri sendiri (dan org lain juga)

Entry karya Komik dakwahku

Entry Puisi yang entah pape....

Entry Berbentuk Ilmiah

Saya tidaklah bagus dalam penulisan, cuma mahu sampaikan apa yang saya faham, dan untuk menegur diri sendiri. Kalau nak jenguk-jenguk blog diari saya pun boleh, tapi jangan follow pulak. Selamat membaca entry2 picisan saya..

Jika ada sumur di ladang,
Saya minta izin untuk mandi,
Kalau saudara ada kelapangan,
Sudi-sudilah datang komen lagi,

(haha, pantun x kena rima) Semoga apa yang kita buat, di bawah dilingkungan syarak, sehingga bertemu lagi.. take care garnier....

P/s: tak sabar nak share komik baru tu disini.... :)

Thursday, June 2, 2011

Mencari Jodoh di Pasar Cinta

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog paling bosan. Selamat perkenalan bagi mereka yang baru lagi mejenguk blog ini. Semoga kita semua berada di lingkungan redho Allah SWT. Dalam kesempatan hidup yang Allah masih berikan kepada saya, saya ingin buat sedikit perkongsian, yang ada berkaitan dengan ikan... ha.. jeng-jeng-jeng... amacam suspen tak? syok sendiri -.-" ) Tak habis-habis dengan ikan, haritu dah cerita pasal ikan dah dalam artikel ikan dan kehidupan. Takpela, nak share jugak, sebab ia terlalu penting untuk kaum yang saya cintai. Perumpamaan ini saya dapat dari kolej saya dahulu. Jom dengar kisahnya dahulu...

Kisah Ikan Lagi


"Mamat, tolong pergi belikan ikan kat pasar jap mat. Mok nak masak ni, tak ada bahan dah ni. Karang engkau pulak yang banyak complain, asyik-asyik makan spegeti je kat umah"

Mamat bangun dengan keadaan yang malas, namun dipaksa juga badan untuk bangun dari kerusi malasnya. Dalam hatinya bermonolog "Aih, malasnya aku. Ah, tapi demi tidak mahu makan menu yag sama tiap-tiap hari, Aku perlu bangkit jua!"

Semenjak Mamat memuji masakan spegeti maknya minggu lepas, maknya masak spegeti je tiap-tiap hari. 
(ni selingan sahaja, huhu)

Di Pasar

"Mai... mai... mai... beli dua singgit, dua singgit, dua singgit" Suara-suara di pasar kedengaran. Riuh rendah nya seperti biasa. Lolongan manusia, cuba menarik perhatian pelanggan, dengan harga yang berpatutan.

Mamat berjalan lenggang kangkung. Kemudian langkahnya terhenti di satu gerai ikan. "Mai la beli ikan-ikan abang ni dik, banyak pilihan ni. Ada ikan pari, ikan keli, ikan kembong, ikan bawal dan......., ah, tengoklah sendiri, takkan aku nak menyebutnya semua" Kata peniaga gerai tersebut.

Mamat membelek Ikan-Ikan disitu. Jari-jemarinya menyentuh ikan yang dirasanya ingin disentuh. Mamat melihat setiap inci ikan tersebut. Insangnya diperiksa samada merah atau tidak. Baunya hanyir atau tidak hanyir. Setelah lebih kurang setengah jam membelek-belek, akhirnya Mamat bertanya harga ikan ditangannya. Ni berape harganya Tokei?"
"Tu murah saja, sekilo RM5 sahaja" jawab peniaga tersebut. Namun Mamat meletakkannya semula ika tersebut, kemudian beralih ke gerai lain. Peniaga gerai tersebut panas aja. Dalam hati peniaga tersebut menyumpah seranah. "kurang asam punya budak, belek-belek ikan aku bukan main lama, macam nak beli baju. Pastu belah gitu je".
*********************

rancangan Realiti atau akedemi Fantasia?


Meon merupakan pelajar lepasan SPT (Sijil Pelajaran Thailand). Kini dia telah menerima tawaran ke Universiti Teknologi Thailad. Dimana tempat khas bagi pelajar Bumiputera Thailand belajar tanpa persaingan antara bangsa warganegara lain. Meon begitu riang, dia ingin berkongsi kegumbiraannya bersama teman wanitanya. Mari ikuti perbualannya.
"Kareena sayangku, abang dapat tawaran ke UiTT!! Minggu depan abang akan masuk sana."
"Ha!! Abang nak masuk meminang?!
"Bukanlah, abang nak masuk UITT minggu depan, korek la telinga dulu sayang"
"Owh, baguslah abang dapat masuk UITT, Kareena pun tumpang gembira untuk abang.. Tapi..."
"Tapi apa kareena?"
"Tapi, Kareena risau abang akan cari awek yang lain..."
"Jangan bimbang sayang, takkan lah abang ingin runtuhkan cinta kita yang kita bina selama 5 tahun."
"Kalau begitu jom kita keluar date, di kedai mamak rock n roll"
"Apa saja untuk kamu sayang"


Seminggu berada di UITT

"Kareena, kita putus" Meon meluahkan
"Why, kenapa abang tergamak buat begini?"
"......" Meon terdiam.
"Abang kata nak kawin. Abang telah mungkir janji kita"
"Kita bukan bertunang pun, kita couple je, jadi tak kisahlah kalau kita berpisah pun. Dah bukan jodoh kita"

Meon kini telah jumpa teman wanita baru di UITT. Kareena menangis 3 hari 2 malam tak henti-henti. Kareena begitu kesal dengan Meon. Puas dirayu, namun Meon mengendahka sahaja, apa yang nak dirisaukan, sekarang sudah ada teman wanita baru.


Ikan dan Realiti

Adakah kisah ini rancangan Realiti atau Akedemi Fantasia?
Ya, inilah realiti (walapun korang x jwb), kehidupan orang bercouple. Mereka hidup dalam fantasi bahagia.
Hakikatnya mencari jodoh di pasar cinta, ibarat mencari ikan dipasar minggu. Jika anda pergi ke pasar minggu membeli ikan, pastinya anda akan menyentuh dahulu, cek samada ikan itu fresh atau tidak. Cek dulu ingsangnya, jika hitam tu bermakna ikan tu dah lama. Cek baunya, Jika hanyir, itu tanda tidak segar. Ikan itu disentuh dan dinodai sebelum dibeli. Jika tidak mahu, diletakkan kembali, lalu membelek ikan lain pula.

Begitulah seperti kaum wanita. Mahu mencari jodoh, mesti mahu bercouple. Alasannya mahu kenal-kenal dulu baru mahu kawin. Pergi naik motor (kereta pun boleh) hulu ke hilir bersama lelaki. Berpimpin tangan, bergurau senda, berdua-duanya tanpa segan silu. Katanya normal. Namun jika lelaki tersebut tidak mahu, maka berpisah jugak. Walaupun selama ini berpimpin tangan dan bermadu kasih. Sudah disentuh dan dibelek-belek, kemudian putus. Cari yang lain, kemudian disentuh, kemudian jumpa perempuan yang lain, putus lagi. Apa yang saya katakan bukannya Fantasi tapi Realiti yang berlaku dikalangan masyarakat kita sekarang.

Hakikat wanita itu bukan ikan

Saya menceritakan kisah couple ni dengan kisah ikan ni bukan bermaksud mahu menyamakan wanita itu dengan ikan. Hakikatnya perempuan bukan ikan. Cuma segolongan perempuan mahu menjadi ikan. Membiarkan diri disentuh dan dipegang (sama latuh, huhu) oleh tangan-tangan lelaki. Segolongannya sanggup memurahkan harga dirinya bawah lagi dari nilai ikan. Segolongannya mahu dirinya dipandang dan dirasai kehadirannya. Mempamerkan auradnya kepada orang lain tanpa segan silu. Tidak!!! Hakikat wanita bukan seperti itu. Wanita adalah permata yang harus dijaga. Bahkan lebih tinggi nilainya dari permata.

Dimana letaknya nilai seorang wanita? Nilai seorang wanita itu terletak pada tinggi peribadinya, pada malunya, pada adab kesopanannya, pada tingkah lakunya, dan pada akhlaknya serta keimanannya.

Dari Abdullah bin ‘Amr radhiallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihiwassalam bersabda:

ayat1.jpg

“Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang shalihah.” (HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Wanita dan Rama-Rama

Bak kata orang ramai, wanita itu ibarat rama-rama. Rama-rama mempunyai sepasang sayap yang cantik. Namun sayapnya begitu rapuh. Jika disentuh, maka rosaklah sayapnya sedikit. Dan hilanglah sedikit kecantikan pada dirinya. Dan jika ia disentuh lagi, maka makin hilanglah kecantikan yang ada pada dirinya. Hilanglah nilai harga diri.

Saya tertarik satu ayat penulisan dalam blog Herwanan Herman, (sila klik utk baca),
"Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. 

Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi. Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api."

Fatima Syarhah telah menjadi jiran segombak ku.. :)

Kerana Dirimu Begitu Beharga

Kerana dirimu begitu beharga, saya menegur. Islam menjaga nilai seorang wanita tersebut. Namun jika diri sendiri tidak mahu menjaga diri sendiri, siapa yang dapat membantu anda? Jadi wanita, pilihan ditangan anda, sedarlah hakikat dirimu adalah amanah Allah yang tidak ternilai, sedarlah hakikat dirimu bukan ikan di pasar. Tinggikanlah nilai harga dirimu kerana dirimu begitu beharga dari disentuh tangan-tangan murahan lelaki yang tidak punya masa depan akhirat. Tingkatkanlah harga dirimu dengan menjadi wanita yag solehah.

Rasulullah Shallalalhu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا: ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
“Apabila seorang wanita telah mendirikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya (atau kemaluannya), serta mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, “Masuklah engkau ke dalam Syurga dari pintu mana pun yang engkau mahu.” (Hadis Riwayat Ahmad, 3/199, no. 1661. Ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Ausath, 5/34, no. 4598. 8/339, no. 8805. Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, 9/471, no. 4163. Hadis hasan lighairihi) (hadis dipetik dari blog Nawawi)

****************************************

Mak berkata "Mana ikannya Mamat oi?" 
"Takpe la mak, saya taknak makan ikan, ikan kat pasar tu tak freshlah, ikan tu banyak pendarahan di ingsangnya. Mungkin ia adalah hasil tangkapan dari aktiviti mengebom ikan dalam air." Kata Mamat dengan mengeluarkan teori fakta sainsnya."
"Wow,  hebat sungguh kamu, terer menilai ikan di pasar tu. Nah makanlah spegeti tu" balas maknya.
"Eh, mak! Nape masin semacam je spegeti ni?"
"Owh yeke? Mana mak tahu. Spegeti tu Kakak kamu, Kareena yang masak"
Mamat tersembur dan tersedak. Spegeti yang berada dalam mulutnya dihamburkan ke pinggan. "Mak, kakak masak dalam keadaan menangis ke tadi?"
maknya menganguk....
mamat membuat reaksi muka seperti ini (-.-")
**************************************
WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN.
P/s: Cerita dan kisah diatas, ada kena mengena dengan kehidupan masyarakat, tapi ditujukan secara umum, tidak spesifik kepada sesiapa yang telah hidup atau mati. 

.::Wallahua'lam::.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...