Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Sunday, October 3, 2010

Rokok dan Aku


Fenomena alam

Kisah rokok dan perokok memang tak dapat dipisahkan. Rokok adalah sumber ilham sesorang, sama la macam dadah. Tanpanya seni tak mampu dihasilkan. Di Malaysia mengikut pemerhatian yang saya lihat antara Selangor (gombak) dan Kelantan (pengkalan chepa), Kelantanlah yang paling banyak orangnya mendapat ilham (kalu x paham ayat ni sila bace semula dari awal). Sungguh pun Selangor bukanlah bandar islam. Tapi post kali ini bukanlah berkaitan perbandingan tersebut, itu hanya muqaddimah je. huhuhuhu...



Fakta yang perokok sudah tahu

Ya... Fakta pertama sudah pun ada diatas. Rokok memberi sumber ilham. Rokok juga mempunyai pelbagai penawar, yang bisa menyembuh kan penyakit sepeti kanser mulut, keguguran anak, ketagihan, radang paru-paru dan lain-lain yg ada di kulit setiap kotak rokok Malaysia. Kerana rokok mempunyai bahan dan herba yang terpilih dari seluruh pelosok dunia. Antaranya ialah racun tikus, herba lantai pencuci, herba tar, dan banyak lagi.. tapi dalam post ini saya taknak huraikan bahan-bahan tersebut. Dalam bahasa yang lebih mudah, faktanya ialah merokok adalah sesuatu kerja menggali. Ya... menggali kubur sendiri. (perenggan ini ditulis begini kerana semua orang dah tahu).

Perokok itu...

mengikut pemerhatian secara peribadi saya, perokok itu....
1. Seorang yang tidak bertanggungjawab. Allah telah mengamanahkan badan kita, untuk melaksanakan perintah Allah.
2. Menyusahkan orang lain. Asap rokok yang dikeluarkan oleh perokok akan menyebabkan orang lain menghidunya. Perokok bukan sahaja mahu menggali kubur sendiri, tapi menggali untuk orang lain juga. Bak kata pepatah kasar, kecik2 x nak mati, besar2 menyusahkan orang lain.
3. Jika perokok adalah seorang bapa. Maka dia adalah bapa yang tidak bertanggungjawab. Sebab anaknya menghidu asap oleh bapanya (jika bapaknye hisap depan anak). Begitu juga bahaya pada ibu yang sedang mengandungkan anak. Apa yang saya perhati ramai yang perokok adalah yang jenis ini. Kalau nak merokok pun, pegi la dalam bilik tertutup yang takde orang. Kemudian hisap la sampai malaikat jibril datang, takde sape kisah. Dah tau memudaratkan jgnlah libatkan orang lain yang tak bersalah sama.
4. dan lain2. (malas nak tulih panjang2)

Sudut rasional

Jadi kenapa ada orang masih mengambil rokok? Jawapannya seperti dlm iklan petronas "sebab dia best". Tapi ada yang mengemukakan kebaikan rokok. Tapi (banyak plak tapi2 dia), itu bukannya kebaikan merokok melainkan hanya alasan merokok. Jika anda perokok, silalah kemukannya kepada saya. Saya pun ingin tahu. Cuba fikirkan ayat saya ini (ayat ciplak ni), sesorang itu 'A' menzalimi sesorang yang lain 'B', mungkin kerana ada sebab. yela... mungkin 'B' ada curi barang 'A' atau ape2 yang alasannya logik. Tapi, tak ada sebab kita hendak menzalimi diri kita sendiri. Secara rasional nya, kenapa perlu kita merosakkan diri sendiri?

Sudut syara' 


Jadi secara rasionalnya memang tak logikkan.. Jadi secara syara' pula bagaimana? Adakah merokok itu hukumnya makruh atau harus atau sunat, atau pun kemungkinan besar wajib? Jadi perokok ada mengatakan bahawa ianya adalah makruh sahaja.  Dan ada yang mengatakan bahawa, majoriti ulamak di Malaysia mengatakan ianya haram. Minoritinya mengatakan adalah makruh. Saya tidak mahu menyangkal penyataan itu, kerana saya sendiri tidak tahu, hanya dengar2 je dari perbualan masyarakat.

Dalil pengharaman  

1. konsep syara' ialah sesuatu itu adalah haram jika memudaratkan (betulkan kalau saya salah). ini berdasarkan ayat al-Quran Al Baqarah ayat195 “Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan”.
2. Ayat quran dalam surah Al Isra’ ayat 26-27 berbunyi “Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. Pembelian rokok adalah suatu pembaziran dan tak mendatangkan kebaikan. Dan perbuatan membazir adalah haram dari sudut syara'.
3. banyak lagi dalil yang sohih yang ada tapi saya tidak mahu menghuraikannya. sesiapa mahu penjelasan yang lebih boleh la cek link yang saya letak dibawah.

Tiada alasan

Nah.. dalil telah pun diberikan. Kalau mengikut rasional akal yang masih sihat, sepatutnya tiada alasan lagi bagi kita untuk meninggalkan benda haram ini (di Selangor telah diharamkan). Ketagih?? Ketagih pun bukan alasan lagi, kerana telah pun ada pelbagai ubat yang dapat mengatasi masalah tersebut. Contoh produk ialah Ni'quit'in. Jadi tiada alasan lagi.

Penyelesaian hakiki dengan Islam

Kebanyakan manusia, apa yang Allah suruh dia dapat melakukannya, tetapi apa yang dilarang susah untuk ditinggalkan. Begitulah kita. Meninggalkan rokok bukannya mudah. Tapi kenapa sebahagian perokok dapat meninggalkan amalan itu secara terus (x yah makan ubat pun)?. Ini kerana penyelesaian itu terletak pada keimanan kita. Masalah rokok, juga masalah-masalah lai, adalah masalah furuk (cabang). Permasalahan yang sebenar (akar) adalah terletak pada kefahaman Islam seseorang itu. Jika dia takut pada Allah, maka apabila dia mengetahui kesilapan yang dilakukan, maka dia akan tinggalkan, tanpa sebarang alasan. Kuncinya terletak pada hati. Hati yang terletaknya iman.

Bukan menghukum

Tujuan penulisan post ini bukanlah untuk menghukum sesiapa. Tetapi ingin mengingatkan diri kita yang selalu lupa akan tegahanNya. Disini, saya ingin mengajak pembaca agar meninggalkan perbuatan ini, dan mulalah menjaga kesihatan badan amanah Allah ini. Agar kita tetap hidup didalam keredhoan Allah S.W.T. Kerna syurga itu bukan tempat untuk orang-orang yang ingkar. Saya akhiri blog ini dengan link (sumber) yang berkaitan...

http://alanwartajudin.blogspot.com/2008/10/hukum-rokok.html
http://www.van.9f.com/hukum_rokok.htm
http://ustadzaris.com/apa-sebenarnya-hukum-rokok
dan banyak lagi dalam internet...
wAllahua'lam..

6 comments:

brohamzh said...

Salam,


merokok sehingga mati - Kempen yang harus dijalankan ke seluruh negara.

Selesai masalah. hehe

.::: mr IQ :::. said...

huhuhu...

tqaroslan said...

i request the highest of five for this post!

even though it's too late..2010. =)

tak nak merokok...hoi2.
tak nak merokok..hoi2.
jika merokok byk padahnye..(lagu can mali can)

abaikan.

najihatussolehah said...

hendak seribu daya,x hendak seribu dalih..

.::: mr IQ :::. said...

to Tqroslan~
huhu, tahun 2010, semasa sy masih berjinak2 dgn blog... maaf time ni masih agak ganaz ayatnya... huhu

to Najihatussolehah~
yup... nak redho Allah, tak leh seribu dalih...

MissF said...

perkongsian yg menarik :)
tp itula, si perokok ni bc gitu2 je. dia dh xpeduli pe yg org ckp -__-"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget