Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Saturday, December 24, 2011

Tempat nak dengar Nasyid

Assalamualaikum, disini saya akan jadikan link utk dengar nasyid sahaja.

So, yang ni adalah nasyid yang lama dari kumpulan-kumpulan nasyid Arqam. Kalau nak sedap dengar, kena hayati maksud nasyid. Carilah sari katanya sendiri la ek.. haha. Dengarlah nasyid-nasyid cam ni sementara buat kerja. Itupun kalau connection korang laju... haha..


MusicPlaylistView Profile
Create a MySpace Music Playlist at MixPod.com

Kebelakangan ni banyak dengar lagu Mawaddah. Erm... boleh ke perempuan bernasyid? Saya sendiri pun belum ada jawapan yang pasti. Tapi apa yang saya pasti, suara mawaddah ni tak menaikkan nafsu, malah suaranya agak macam menginsafkan. Liriknya mudah difahami dan tulus. Musiknya tidak juga sampai melampau-lampau cam kumpulan nasyid kotemporari sekarang ni. Betul-betul menyampah, dah lah mesej nya pun susah nak dengar.

(kalau diizinkan saya mengkritik mengenai nasyid, saya akan kritik penulis nasyid yang bernama 'H.H'. Mesej tak jelas, dan tak habis-habis dengan melayan perasaan cinta remaja... serious aku dah mula meluat)
*aku = saya

.::Wallahua'lam::.

Tuesday, December 13, 2011

Menilai Realiti

Assalamualaikum warah matullah hiwabarokatuh.... Lama tak updated blog. Kononnya sibuk dengan projek, tapi kerja tak pernah siap jugak. Bagi mengisi (membersih sawang) di blog ini, saya mahu sharekan satu artikel terjemahan dari khutbah Yusuf Al-Qaradawi. Ia diterjemah oleh sahabat saya yang bernama Ahmad Asyraf Ilman di FBnya. Semoga Allah memberkatinya kerana bagi saya, ia diterjemah dengan baik, (mudah difahami). Semoga dapat sesuatu dari khutbah ini.

MENILAI
********
Terjemahan sebahagian petikan khutbah Dr Yusuf al-Qaradawi tentang pembacaan (penilaian) realiti umat. Saya budak baru belajar, pengkhususan saya bukan bahasa Arab, mohon perbetul mana yang salah.

Pembacaan Yang Sahih
"... Inilah dia pembacaan yang sahih, merangkumi segenap aspek, dan lengkap; pembacaan yang sempurna bagi menilai realiti ini. Adapun dengan menyebut kemenangan tapi melupakan kekalahan, menyebut keuntungan tapi melupakan kerugian, menyebut istiqamah tapi melupakan kekacauan, menyebut kebaikan tapi melupakan keburukan, maka ini bukanlah kejujuran jiwa, dan tidak ada keadilan bersamanya. Mukmin itu jika marah, marahnya tidak keluar daripada hak. Jika dia redha, keredhaannya tidak masuk ke dalam kebatilan. Dia merupakan insan yang seimbang, dia berlaku adil hatta terhadap dirinya sendiri, sepertimana firman Allah: 

۞ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ بِٱلۡقِسۡطِ شُہَدَآءَ لِلَّهِ وَلَوۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ أَوِ ٱلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ‌ۚ إِن يَكُنۡ غَنِيًّا أَوۡ فَقِيرً۬ا فَٱللَّهُ أَوۡلَىٰ بِہِمَا‌ۖ فَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلۡهَوَىٰٓ أَن تَعۡدِلُواْ‌ۚ وَإِن تَلۡوُ ۥۤاْ أَوۡ تُعۡرِضُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرً۬ا (١٣٥)
"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu-bapa dan kaum kerabat kamu." 
[an-Nisa : 135]

Konsep Keadilan
Di sana ada keadilan terhadap diri dan terhadap yang disayangi, dan di sana juga ada keadilan terhadap musuh dan terhadap yang dibenci, dan di dalam ayat lain Allah menyebut:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap satu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana (adil) itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." [al-Maidah:8]


Sekiranya kamu hendak menilai waqi' (realiti) dengan penilaian yang sahih, maka berlakulah adil terhadap dirimu dan juga terhadap musuhmu. Dalam Sahih Muslim, seorang sahabat berkata: "Hari Qiamat tidak akan berlaku sehinggalah Rom merupakan majoriti penduduk bumi."

Amru bin al-'As mendengar kata-kata itu lalu dia berkata, "Adapun engkau berkata mereka (Rom) itu begini dan begini, mereka itu selembut-lembut manusia ketika ditimpa ujian," dia menyenaraikan empat kebaikan bangsa Rom dan berkata, "Dan yang kelima ialah kebaikan yang sangat cantik: Kekuatan mereka menentang kezaliman pemerintah."

Amru bin al-'As mengatakan perkara ini dalam keadaan pada waktu itu ada peperangan antara Islam dan Rom di Palestin; dalam pembukaan Mesir dan selainnya mereka memerangi Rom - dia masih mengakui kebaikan orang Rom.


هذه هي القراءة الصحيحة، المستوعبة، الشاملة، قراءة شمولية لهذا الواقع، أما أن تذكر الانتصارات وتنسى الهزائم، تذكر المكاسب وتنسى الخسائر، تذكر الاستقامة وتنسى الانحرافات، تذكر الطيب وتنسى الخبيث فهذا ليس من إنصاف النفس، ولا من العدل معها، المؤمن إذا غضب لم يخرجه غضبه عن الحق، وإذا رضي لم يدخله رضاه في الباطل، يعني إنسان متوازن، فهو عدل حتى مع نفسه، كما قال الله تعالى (يا أيها الذين آمنوا كونوا قوامين بالقسط شهداء لله ولو على أنفسكم أو الوالدين والأقربين)، هناك العدل مع نفسك ومع من تحب، وهناك العدل مع عدوك ومع من تكره، والآية الأخرى تقول (يا أيها الذين آمنوا كونوا قوامين لله شهداء بالقسط ولا يجرمنكم شنآن قوم على ألا تعدلوا اعدلوا هو أقرب للتقوى)، فإذا أردت أن تقوم الواقع تقويماً صحيحاً فكن عدلاً مع نفسك وكن عدلاً مع عدوك، في صحيح مسلم أن أحد الصحابة قال: أنه لا تقوم الساعة حتى تكون الروم أكثر أهل الأرض، فسمع ذلك عمرو بن العاص فقال له: أما وقد قلت ذلك فإنهم لكذا وكذا وكذا وكذا .. هم أحلم الناس عند فتنة، وعد أربعة فضائل لهؤلاء الروم، قال: وخامسة حسنة جميلة: وأشدهم امتناعاً من ظلم الملوك، أنهم يقاومون ظلم الملوك، شهد لهم عمرو بن العاص الذي كان في ذلك الوقت بينه وبين هؤلاء الناس معارك في إجنادين في فلسطين وفي فتح مصر وغيرها كان يحارب الروم، إنما شهد لهم.

Pembacaan Yang Sahih dan Benar Itu Jauh daripada Memberat-beratkan atau Meringan-ringankan

Seorang Muslim itu harus bersikap adil dan saksama sekalipun terhadap musuhnya. Dia mengiktiraf hakikat musuh baik kelebihan mahupun kekurangan mereka. Dia tidak cuba membesar-besarkan keburukan musuh dan tidak pula memperlecehkan kebaikan mereka. Sebahagian manusia memerhatikan keaiban dengan mikroskop, sehinggakan biji kacang dilihat sebagai kubah, kucing dilihat sebagai unta. Jangan begitu. Lihatlah kepada sesuatu as it is. Jangan membesar-membesarkan keaiban dan jangan pula melupakan kelebihan dan kebaikan. Ini merupakan satu aspek lain yang menjadikan pembacaan (penilaian) kita adil. Pembacaan yang sahih dan benar harus jauh daripada dua perkara: membesar-besarkan atau meringan-ringankan.

Sering kali apabila kita membaca (menilai) realiti, kita memberat-beratkan satu aspek atau membesar-besarkannya sepertimana yang kita lihat sebahagian manusia apabila bercakap tentang Israel, seolah-olah Israel itu tuhan di atas muka bumi ini. Kita pula seolah-olah hanya pawn di atas papan catur. Seolah-olah dunia ini mainan Israel. Seolah-olah setiap benda yang berlaku adalah kerja Yahudi dan Israel. Sehingga kejadian yang berlaku baru-baru ini (September 11), sebahagian manusia berkata, Israellah yang melakukan ini, tiada siapa lagi yang mampu melakukan sesuatu dengan penuh teliti, tersusun dan terperinci melainkan Mossad, SEOLAH-OLAH KITA MEMPERTUHANKAN MANUSIA-MANUSIA ITU (ISRAEL). Ini merupakan sejenis daripada sikap memberat-beratkan dan membesar-besarkan sesuatu. Seolah-olah kita menghina diri kita sendiri. Seolah-olah kita tidak mampu melakukan sesuatu dengan penuh teliti, bijaksana dan tersusun.

T/N: Mungkin pada waktu Dr Yusuf menyampaikan khutbah ini belum dijumpai bukti bahawa 9/11 merupakan perbuatan Yahudi. Ada yang mengatakan tiada Yahudi langsung dalam menara berkembar itu pada hari kejadian, wallahua'lam. But the fact remains: we are too Israel-phobic.


القراءة الصحيحة والحقيقية يجب أن تبتعد عن التهويل والتهوين


المسلم ينبغي أن يكون مقسطاً ومنصفاً حتى مع أعدائه ليعرفهم على حقيقتهم بمزاياهم وعيوبهم، لا يحاول أن يضخم في العيوب وأن يقلل في المزايا، بعض الناس ينظر إلى العيوب بميكروسكوب، يجعل من الحبة قبة، ومن القط جملاً كما يقولون، لا ، حاول أن تنظر إلى الأشياء كما هي، فلا تضخم العيوب ولا تنسى المزايا والحسنات، وهذا أيضاً يوصلنا إلى أمر آخر في القراءة لكي تكون قراءة منصفة وتكون القراءة صحيحة وحقيقية يجب أن تبتعد عن أمرين، التهويل والتهوين، كثيراً ما نقرأ الواقع فنهول من الأمر ونضخم فيه كما نرى بعض الناس حينما يتحدث عن إسرائيل كأنما إسرائيل هذه متألهة في الأرض، نحن أحجار على رقعة الشطرنج، والدنيا لعبة إسرائيل، وكل شيء من عمل اليهود ومن عمل إسرائيل، حتى الأحداث الأخيرة هذه، بعض الناس يقول إسرائيل هي التي عملت هذه، لا يستطيع أحد أن يعمل هذا الأمر بهذا الابتكار وهذا التخطيط وهذا التنظيم وهذا الإبداع إلا الموساد، كأننا نؤله هؤلاء الناس، هذا نوع من التضخيم والتهويل في هذه الأمور وكأننا نحقر أنفسنا، حتى لو أننا عملنا شيء فيه تخطيط وعقل وإدراك وتنظيم نستكثره على أنفسنا.

Ianya Hanyalah Dirimu Sendiri
Maka aku katakan bahawa memberat-beratkan ini merupakan satu masalah yang sangat bahaya - kamu membesar-besarkan musuh dan memandang rendah diri kamu sendiri - atau sebaliknya; banyak yang berlaku ialah sebaliknya: kita merendah-rendahkan musuh. Selalu kita dengar dahulu bahawa musuh ini segolongan manusia yang kita perlu beri pengajaran, campak ke dalam laut dan sebagainya, akhirnya apabila bertemu dengan musuh, cakap-cakap tadi tidak pun berlaku. Maka meringan-ringankan juga sama dibenci seperti memberat-beratkan. Kita mahu mengetahui sesuatu isu as it is, supaya kita mampu melihat masa depan kita dan menetapkan apa yang patut kita buat selepas itu.

Al-Quran ketika mana menceritakan tentang peperangan Uhud - peperangan yang terkenal dengan kemenangan kaum Muslimin pada awalnya kemudian selepas itu mereka tewas disebabkan ketidakpatuhan pada arahan Rasulullah SAW, ketika mereka melihat ghanimah dan berlakulah apa yang telah berlaku - al-Quran berkata:



وَلَقَدۡ صَدَقَڪُمُ ٱللَّهُ وَعۡدَهُ ۥۤ إِذۡ تَحُسُّونَهُم بِإِذۡنِهِۦ‌ۖ حَتَّىٰٓ إِذَا فَشِلۡتُمۡ وَتَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى ٱلۡأَمۡرِ وَعَصَيۡتُم مِّنۢ بَعۡدِ مَآ أَرَٮٰكُم مَّا تُحِبُّونَ‌ۚ مِنڪُم مَّن يُرِيدُ ٱلدُّنۡيَا وَمِنڪُم مَّن يُرِيدُ ٱلۡأَخِرَةَ‌ۚ ثُمَّ صَرَفَڪُمۡ عَنۡہُمۡ لِيَبۡتَلِيَكُمۡ‌ۖ وَلَقَدۡ عَفَا عَنڪُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ ذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (١٥٢)

"Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janji-Nya (janji Allah) kepada kamu, ketika kamu hancurkan mereka dengan izin-Nya (izin Allah), sehinggalah hati (semangat) kamu menjadi lemah dan berbantahan (sesama sendiri) dalam urusan (perang Uhud) itu dan kamu derhakai (perintah rasul) sesudah Dia (Allah) perlihatkan kepada kamu apa yang kamu gemari (harta rampasan). Ada antara kamu yang mahukan dunia, dan ada yang mahukan akhirat. Kemudian Dia (Allah) memalingkan kamu daripada mereka (menewaskan kamu), sebagai ujian bagi kamu. Dan sesungguhnya Dia (Allah) sudah memaafkan kamu. Dan Allah memberikan kurnia kepada orang yang beriman." (Ali Imran : 152).

Maka berkata Ibn Mas'ud: "Aku tidak tahu bahawa dalam kalangan kita ada yang mahukan dunia, sehinggalah turun ayat ini."

"Ada antara kamu yang mahukan dunia," hatta dalam kalangan sahabat pun ada yang mahukan dunia, mereka melihat ghanimah dan menuju ke arahnya, mereka menimpakan ke atas kaum Muslimin apa yang telah tertimpa, "kemudian Dia (Allah) memalingkan kamu daripada mereka (menewaskan kamu), sebagai ujian bagi kamu. Dan sesungguhnya Dia (Allah) sudah memaafkan kamu. Dan Allah memberikan kurnia kepada orang yang beriman."

Juga kerana ini hanya kesilapan yang tidak disangka-sangka, bukannya kesalahan yang thabit dalam kehidupan mereka, Allah berkata: "Dan sesungguhnya Dia (Allah) sudah memaafkan kamu."

إِنَّ ٱلَّذِينَ تَوَلَّوۡاْ مِنكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡتَقَى ٱلۡجَمۡعَانِ إِنَّمَا ٱسۡتَزَلَّهُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ بِبَعۡضِ مَا كَسَبُواْ‌ۖ وَلَقَدۡ عَفَا ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ۬ (١٥٥)
"Sesungguhnya orang di kalangan kamu yang berpaling pada hari pertempuran dua angkatan (perang Uhud) itu, tidak lain (melainkan) mereka digelincirkan oleh syaitan disebabkan amal (kesalahan) yang mereka telah lakukan (sebelum ke medan perang), tetapi Allah telah memaafkan kamu." (Ali Imran : 155)

Antara mereka ialah Abdullah ibn Abbas dan sahabat-sahabat yang besar, "sesungguhnya Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Halim (Maha Penyantun)."

Allah menerangkan peristiwa tersebut di atas hakikatnya:

أَوَلَمَّآ أَصَـٰبَتۡكُم مُّصِيبَةٌ۬ قَدۡ أَصَبۡتُم مِّثۡلَيۡہَا قُلۡتُمۡ أَنَّىٰ هَـٰذَا‌ۖ قُلۡ هُوَ مِنۡ عِندِ أَنفُسِكُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (١٦٥)

"Dan mengapa ketika kamu dikenakan musibah (kalah dalam peperangan), padahal kamu telah mengenakan musibah (kemenangan ke atas musuh kamu) dua kali, kamu berkata: “Mengapa jadi begini?” Katakanlah: “Ianya daripada diri kamu sendiri.”" (Ali Imran : 165)

Dari mana datangnya (kekalahan) ini? Katakanlah "Ianya daripada diri kamu sendiri."


فأقول التهويل هذا قضية خطيرة جداً، فإذا هولت من أمر عدوك وهونت من أمر نفسك، أو العكس، كثيراً ما يحدث العكس، أننا نهون من أمر العدو، كثيراً ما سمعنا في الزمن الماضي أن هؤلاء حفنة من الناس وأننا سنؤدبهم ونؤدب من وراءهم سنرمي بهم في البحر وسنلقي بهم في كذا، ثم عندما التقينا بهم للأسف لم يكن الأمر كما قيل من قبل، فالتهوين أيضاً مرفوض كالتهويل، نريد أن نعرف الأمور على ما هي عليه، لنستطيع أن نستشرف مستقبلنا ونحدد ماذا نفعل بعد ذلك، القرآن حينما تحدث عن غزوة أحد، وغزوة أحد معروف أن المسلمين انتصروا فيها في أول الأمر ثم انكسروا وأصيبوا بما أصيبوا به نتيجة عصيانهم لأمر رسول الله صلى الله عليه وسلم وعندما سال لعابهم على الغنائم وحدث ما حدث، القرآن قال (ولقد صدقكم الله وعده إذ تحسونهم بإذنه حتى إذا فشلتم وتنازعتم في الأمر وعصيتم من بعد ما أراكم تحبون) رأيتم النصر أمامكم (منكم من يريد الدنيا ومنكم من يريد الآخرة)، فقال سيدنا عبدالله بن مسعود ما كنت أعلم أن فينا من يريد الدنيا حتى نزلت هذه الآية، منكم من يريد الدنيا، حتى الصحابة منهم من يريد الدنيا، هناك الذين أرادوا الغنائم وتطلعوا إليها هم الذين جلبوا على المسلمين ما جلبوا، (ثم صرفكم عنهم ليبتليكم ولقد عفا عنكم والله ذو فضل على المؤمنين)، أيضاً لأن هذه كانت غلطة طارئة، وليست خطاً ثابتاً في حياتهم قال: ولقد عفا عنكم، (إن الذين تولوا منكم يوم التقى الجمعان إنما استذلهم الشيطان ببعض ما كسبوا ولقد عفا الله عنكم) كان منهم عبدالله بن عباس وبعض الصحابة الكبار، إن الله غفور حليم، فبين لهم الأمر على حقيقته، (أولما أصابكم مصيبة قد أصبتم مثليها قلتم أنا هذا قل هو من عند أنفسكم)، من أين جاءهم هذا؟ قل هو من عند أنفسكم.


**************
Ulasan Seorang Hamba

1. Pada perenggan pertama, apa yang Yusuf Al-Qadrawi katakan ialah, kita perlu bersifat adil dalam menilai. Jika disebut kemenangan, tidak melupakan kekalahan, bila disebut kebaikan, tidak melukan keburukan. Pokoknya perlu seimbang diantara keduanya.

2. Yusuf Al-Qadrawi memberi contoh para sahabat ketika merancang pembebasan terhadap Rom, para sahabat tidak melupakan sifat baik orang Rom dalam menilai.

3. Penilaian yang baik, adalah yang tidak membesar-besarkan sesuatu perkara, dan tidak juga meringan-ringankannya. Contoh yang diberi Yusuf Al-Qadrawi, ialah seperti masyarakat yang terlalu membesar-besarkan isu freemason/yahudi. Seperti orang yahudi adalah pencatur dunia, dan kita adalah buah caturnya. Seperti kita ini mempertuhankan Israel. (terlalu takut/paranoid).

4. Dalam menilai juga kita tidak boleh juga meringan-ringankan sesuatu. Supaya kita tidak take for granted sesuatu masalah sehingga mengabaikan tindakan yang perlu diambil. Juga tidak terlalu cakap besar, (seperti contoh yang dia bagi), tetapi tiada apa tindakan pun yang dibuat.

5. Kita perlu menilai dengan sebenar-benarnya. Dengan tidak memberat-beratkan dan tidak juga eringan-ringankan. Terima keadaan itu seadanya, agar perancangan tindakan dapat dilakukan. Tidak rasa diri tak mampu, bila sesuatu dibesar-besarkan.

6. Last sekali, Yusuf Al-Qadrawi memberi contoh kisah perang Uhud. Bagaimana mereka menerima kekalahan. Ini kerana kesalahan mereka sendiri, dan bukanlah kerana kekuatan orang kafir. Tidak perlu disalahkan orang lain, tetapi salahkan diri kamu sendiri.

Kesimpulan yang saya dapat kaitkan disini ialah, berkenaan Freemason/Illuminati yang semakin popular dikalangan masyarakat. Kita disajikan dengan pelbagai maklumat-maklumat candu yang tidak sahih dan masyarakat semakin ketagihan dengan perkara itu. Maklumat-maklumat itu telah menanam satu idea, iaitu "yahudi sangat hebat". Dalam mengaitkan dalam khutbah ini, kita tidak boleh menilai sesuatu dengan berlebih-lebihan. 


Dan kita banyak menyebut-nyebut tentang mereka, dan selalu menyalahkan mereka atas semua perkara. Mengatakan ini konspirasi, itu propaganda. Ketahuilah bahawa kerosakan yang berlaku dalam masyarakat, bukan kerana mereka (yahudi). Ia adalah kerana kelemahan kita. Kita yang mudah percaya dan mudah paranoid. kita yang sembang kencang membongkar konspirasi yahudi, tapi pembaikkan masyarakat tidak berlaku pun. Saya tegaskan sekali lagi, Kekalahan Ummat islam hari ini, bukan kerana kekuatan mereka. Ini kerana diantara Hak dan Batil, yang Hak itu pasti menang. Sesungguhnya kekalahan itu adalah disebabkan diri kamu sendiri.
.::Wallahua'lam::.

Friday, November 25, 2011

Sahsiah rupa diri!! Suck!

Credit to unperfectsky
Baru-baru ini Fakulti (FSPU) digemparkan dengan notis mengenai penguatkuasaan peraturan di FSPU. (Fakulti Seni Bina dan Ukur). Ramai yang menggelabah. Kelab-kelab mengadakan mensyuarat mengenai peraturan tersebut. Tak kurang yang mencarut dan memaki hamun. Sudahlah haritu sudah digelabahkan dengan penukaran guard kepada Polis Bantuan. Kini tiba lagi satu bencana lagi. Diantara peraturan yang ditegaskan ialah,

Kesalahan
1. Etika berpakaian
2. Rambut panjang
3. Pemakaian kad pelajar
4. Merokok/memiliki/menjual di sekitar FSPU
5. Penggunaan studio melebihi had yang dibenarkan.

Ke’tidak puas hatian’ tu mungkin disebabkan ke'tidak biasa'an mereka dengan mematuhi peraturan. Mungkin juga disebaban peraturan selama ini dipandang enteng oleh mereka. Peraturan itu ada, Cuma tidak dikuatkuasakan. Sebelum ni takde lah sampai ada polis bantuan memantau samada orang patuh atau tidak.

Apa Masalahnya? Kenapa Gelabah?


tengok ni je kan senang.. haha
Saya pun tidak faham, dengan sikap kita. Kenapa nak gelabah? Memang peraturan tu ada kan, dulu? Mengapa tidak kita mengikut peraturan itu dari dulu lagi. Kalau dah ikut peraturan dari dulu, mesti sekarang takde masalah. hehe

Alah Bisa Tegal Biasa
Rilekla.. buat apa nak gelabah, peraturannya mudah kot. Tak susah pun. Pakai je la baju yang berkolar dan menutup aurad. Takkan tiada langsung baju yang sesuai dipakai dalam koleksi baju kita kan?

Kalau rambut panjang, potong je la. Apa susah. Kedai gunting kan banyak di Shah alam ni. Sekali gunting lebih kurang 6-7-8 ringgit je. Apatah nak dibandingkan dengan henset yang kamu beli tu.

credit to SteKar
Kad Pelajar? Kan semua orang ada. Kalau hilang, buat la balik. Lepas tu kelip kan je dibaju. Takpun kalungkan di leher. Berat sangat ke kad matrik tu? Rimas? Alah, apa nak rimasnya, biasa je orang lain pakai. Pakai je dulu, lama-lama biasalah. Alah bisa, tegal biasa.

Merokok? Berhenti terus je lah. Tak bawak faedah pun. Banyak mudhorat je. Kalau nak hisap jugak benda mudhorat tu, bolehlah hisap diluar Fakulti. Kat luar tu hisap la 10 batang ke 100 batang ke, takde sape nak kisah. Menjual di FSPU? Takyah a jual di sekitar. Buat la macam sales man. Pergi studio ke studio. Lagi untung ma… haha

Pengunaan studio melebihi had yang dibenarkan. Takkan la diorang kejam sangat sampai tak bagi terus. Kalau ada alasan yang kuat untuk stay studio, takkan la dorang tak bagi kan. Tapi rasanya tak perlu kot sampai nak tiap-tiap hari stay studio. Ada sebab mengapa dorang tak bagi stay. Salah satunya sebab masalah social yang berlaku. Terutamanya golongan yang bercouple ni.

Cakap memang mudahkan? Saya tahu ia sebenar satu perkara yang susah untuk diubah. Sebab ia adalah satu tabiat. Namun susah itu bukan mustahil. Jika susah untuk menerima saranan saya yang bujet bagus tu. Tidak mengapa, mari kita lihat pula dari sudut pandangan islam.

Konsep Mentaati

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Hai orang-orang yang beriman, ta`atilah Allah dan ta`atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur`an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. 
(surah An-Nisaa`:059)

Konsep yang islam ambil ialah, kita wajib mentaati Allah dan Rasul. Itu konsep utama dalam islam. Kemudian Allah berfirman 'dan pemimpin (ulil amri) dikalangan kamu'. Bermakna kta wajib mematuhi pemimpin pada masa itu. Tetapi dengan satu syarat, tidak melanggar konsep “mentaati Allah dan Rasul”. Selagi mana pemimpin itu tidak melanggar syara’ (perintah Allah). Selama itu kita wajib patuh. Tapi jika pemimpin itu melanggar perintah Allah, wajib untuk kita tidak mengikutinya.

Perlu mentaati pemimpin yang ADIL

Dalam hal kita, mari menjawab beberapa persoalan ini. Adakah pemimpin (dalam kontek kita, Pihak FSPU) melanggar perintah Allah? Jika ada, maka peraturan apa yang kamu rasakan ia bercanggah dengan ajaran Islam? Jawapannya tentulah tidak ada. Potong rambut, pakai kad matrik dan sebagainya, tidaklah bercanggah dengan syara’. Maka dengan itu, wajiblah kita mematuhinya, sebagai mana itu juga adalah arahan Allah (mentaati pemimpin yang adil).

Konsep Ibadah Dalam Kepatuhan
Ok, setelah kita memahami konsep 'wajib patuh' dan 'wajib ingkar'. Mari kita lihat sudut ibadahnya. Buat mereka yang tidak tahu, kehidupan itu adalah satu ibadah. Berdasarkan ayat Quran 

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. 
(surah Adz-Dzaariyaat:056 )

Jika mematuhi peraturan secara sedar akan kewajiban mematuhinya, maka itu dikira ibadah kepada Allah (pahala). Sebagaimana jika kita mematuhinya, maka ia dikira sebagai amalan yang batil. 

Terpaksa meRela
So, sekarang nak tak nak. Kita perlu mematuhi peraturan itu. Allah tidak membebani kita dengan sesuatu yang tidak kita mampu. Ubahlah diri tak kira dalam keadaan terpaksa, atau rela. Kerana sesungguhnya, ianya satu perintah Allah. Jika tidak cuba diikhlaskan diri kita dalam mematuhinya, maka tentunya ia akan menjadi sia-sia (walaupun tidak dapat dosa). Jika diikhlaskan hati dengan peraturan, pastinya Allah Maha menghitung segala amalan, tidak mengira kecil mahupun besar.

Persepsi Budak Skema


Gambar hiasan. credit to budak SKEMA.
Saya banyak kali terdengar perkataan SKEMA dalam mematui peraturan. Orang yang 'SKEMA' selalu diperlekehkan oleh senior-senior saya. Contohnya, Orang yang memakai tali leher pada hari Isnin= budak skema. Orang yang pakai baju berkolar dan berkasut = Skema. Kenapa jadi begitu pula? Buanglah persepsi Jahilliyah dalam menilai sesuatu yang baik. Renungkan kembali perenggan-perenggan diatas. Bukankah islam mengajar kita untuk sentiasa kemas dan cantik? Selekeh tu bukan ajaran Islam kan?

Setiap taman ada kawasan larangannya.
Kenapa perlu ada peraturan dalam hidup ini? Kenapa Allah menyediakan peraturan dalam kehidupan manusia? Kerana untuk kesejahteraan diri manusia juga. Peraturan dicipta agar sistem yang berjalan itu, lancar dan teratur pergerakannya. Peraturan dicipta bukan untuk dilanggar tapi ia dicipta untuk dipatuhi. Jika dilanggar, maka rosaklah sistem itu. Sedarlah, setiap taman ada kawasan larangannya.

Be profesional
Jika dilihat, dalam FSPU, course didalamnya adalah course yang melibatkan Professionalism. Apa salahnya kita melatih diri kita untuk berpakaian kemas dari sekarang. Bila kerja nanti tidaklah tergesa-gesa nak biasakan pakai baju kemeja dan sebagainya. 

Segala kekurangan dalam penulisan ini saya mohon ampun pada Allah, sesungguhnya kesalahan itu mungkin datang dari kelemahan saya sendiri. Penulisan ini adalah umum, ditujukan buat pelajar UITM FSPU dan diri saya sendiri sebagai student architecture di situ.


Notes:
1. Mudah sahaja untuk mengikut peraturan.
2. Wajib mentaati pemimpin.
3. Perlu menentang jika pemimpin melanggar hukum Allah.
4. Pahala buat mereka yang ikhlas mematuhinya.
5. Selekeh bukan ajaran Islam
6. Peraturan dicipta ada sebabnya
7. Be Profesional!!






.....::Wallahua'lam::.....

Wednesday, November 16, 2011

Survival IPT #2 (sedikit Kefahaman dan Pencerahan)

Survival IPT 2  Kefahaman Pencerahan

Ok, artikel ini saya tak aspect korang akan baca. Semestinya panjang dan bosan. Dengan penggunaan perkataan yang tunggang terbalik. Dengan isi ayat yang tidak tersusunnya. Syed Ahmad Fathi beritahu saya tentang "mulakan dakwah di tempat anda. Dakwah melalui penulisan tidak cukup kerana generasi sekarang malas membaca"Saya menulis ni pun adalah sebenarnya mereflekkan ia kepada diri saya. Tapi kepada yang sanggup membaca, moga-moga ada sedikit pencerahan mengenai suasana IPT ini.

sedikit lagi pencerahan

Pada bulan September yang lepas, kita sudah membincangkan sedikit mengenai keadaan di IPT dan sedikit mengenai kesedaran. Pada post yang lalu, ada yang telah menyalah tafsir terhadap perkataan Al-Maududi dengan perkara yang saya kaitkan dengan IPT. Antara yang telah disalah tafsir~

1. Yang dimaksudkan dengan mayat hidup adalah kerana tiada kemahiran.
2. Membezakan suasana IPT dengan IPG atau ILP. Bila saya menyebut survival IPT, maka dia katakan IPG tidak ada kena mengena dalam soal itu.
3. menyalah tafsir tajuk 'survival IPT', kerana konsep pembelajaran IPT lebih susah dari IPG.

1. Apa yang ingin Al-maududi katakan itu, saya yakin ia bukannya mahu mengatakan bahawa, IPT melahirkan mahasiswa yang tiada kemahiran atau sistem pembelajarannya tidak bagus. Apa yang beliau katakan ialah mengenai, akhlak yang hilang apabila melalui proses pembelajaran di IPT. Bagi saya, hanya itu tafsiran kata-kata Al-Maududi. 
2. Jangan menyempitkan konsep hanya pada IPT. Saya menulis survival IPT, kerana saya berada dalam suasana IPT. Jika di IPG pun sama sahaja keadaannya. 
3. Ya mungkin konsep pembelajaran IPT lebih susah, namun bukan itu main point yang cuba saya fokuskan. Saya hanya mahu menceritakan tentang survival iman di IPT. Bagaimana iman itu mahu survive dari suasana IPT.
macam robot, bila tiada Islam
Cuba jawab persoalan ini. Mungkin anda akan memahaminya. Sudah berapa lama kita ketiadaan khalifah? Sistem apa yang kita ambil dalam pemerintahan ini? Pelaksanaan hukum apa yang berjalan dalam Negara ini? Siapa yang menguasai ekonomi kita? Adakah sistem pembelajaran di Malaysia, mampu menjadikan orang melayu berakhlak dengan akhlak muslim?

Apa sebenarnya yang berlaku di IPT/IPG?
Suasana yang ada di IPT atau dimana-manapun, adalah dalam suasana penolakan terhadap sistem-sistem islam. Dimana nilai-nilai islam telah dicabut dalam sistem pembelajaran. Dengan itu juga aklak-akhlak islami pun tercabut sekali dalam jiwa pelajar-pelajarnya. Ini diterangkan dalam satu perkataan. SEKULAR.  Beerti memisahkan antara islam dengan kehidupan. Islam hanya di tempat ibadah dan masjid sahaja. Dalam kehidupan, ia mengambil satu sistem lain.

Pemisahan Agama dan Pembelajaran
Kalau kita ambil jurusan Arkitecture, maka hanya memikirkan mengenai architecture (apa yg barat gariskan). Batasan dan Garisan yang Allah tentukan tiada kena mengena dengan ilmu architecture itu sendiri. Contoh yang lebih jelas lagi. Kita mahu belajar art seni). Lalu kita mengambil pemikiran barat, iaitu dengan melukis wanita bogel atas nama seninya itu. Itu sudah melanggar batasan syariat yang Allah. (melukis wanita bogel adalah seni yang bersandarkan nafsu).
pemisahan itu 

Berbalik kepada apa yang saya tulis lepas. So, tak kira dimanapun, di IPT ke, di IPG ke, di ILP ke, semuanya sama jika ia tidak berlandaskan dengan syariat. Keadaan ini sudah lama, namun kita hanya rilek dan berada dalam selesa dengan keadaan itu. Seolah-olah, mengiyakan segala yang diajar. Menerima bulat-bulat apa yang dikatakan barat. Barat kata “manusia itu asalnya dari monyet”, maka kita iyakan saja. “Jika mahu menjadi architecture yang berjaya, kena joget depan saya dan jatuhkan harga diri kamu dibawah”, maka kita pun berjoget la depan dia. Keimanan tidak ada kena mengena dengan architecture? Islam tdak ada kena mengena dengan Arkitek?
joget la macam monyet, kalau mahu jadi seorang architekture yg cemerlang
Kenapa kita merasa selesa?

Kita merasa selesa dengan keadaan itu kerana kurangnya kefahaman dikalangan kita terhadap Islam. Akidah yang terbina dalam diri selama ini, sangat rapuh dan lemah. Ramai yang mengakui dia telah islam, dan pernah belajar Agama Islam. Tapi masih tidak tahu apakah tuntutan Islam terhadap diri kita. Sistem pengajaran itu tidak mampu melahirkan orang yang mahu memeluk Islam. Hanya melahirkan orang yang tahu Islam. Jadi dengan keadaan kita yang perasan sudah islam itu, kita naik kepada peringkat seterusnya, iaitu dalam dunia Universiti (atau yang seangkatan dengannya). Dalam keadaan begitu adakah kita akan merasa bersalah terhadap suasana yang sebegitu. Tentunya kita sudah biasa dalam keadaan begitu.

Berperisa Islam tetap bukan ISLAM

Ok, jadi berbalik kepada tajuk, kita semestinya kena sedar bahawa suasana yang ada di IPT (ipg dan lain2), adalah suasana dan sistem yang menolak Islam. Mungkin secara luarannya tidak nampak seperti menolak, tapi dari segi hakikinya, ia sememangnya menolak sistem islam. Maksudnya, nampak seperti islam, tetapi sebenarnya ia hanyalah berperisa islam sahaja. *Untuk makluman saudara perisa makanan, sebenarnya bukan berasal dari makanan itu sendiri. Ia adalah campuran bahan kimia, yang menjadikan perasa itu rasa seperti rasa bahan asal.
Tahi yang dihiasi agar nampak seperti kek. Adakah itu Kek? 
Refleksi kesedaran dari kefahaman

Kesedaran adalah perkara asas yang utama dalam aktiviti survival kita di IPT. Jika tidak sedar, macam mana kita mahu bertindak. Bolehkah kita bertindak tanpa ada kesedaran dan pengetahuan? Contohnya mudah, jika kita dalam keadaan sedar, menyentuh cerek yang panas. Dengan automatiknya  tangan kita akan tergerak menjauhi mudarat tersebut. Ini kerana otak berada dalam keadaan sedar, memampukan diri untuk menilai kemudharaatan, lantas menghasilkan pergerakkan dan tindakan. Bagaimana pula jika sesorang itu berada dalam keadaan tidak sedar, contoh seperti mabuk, pengsan atau yang seangkatan dengannya. Mampukah kita menghasilkan tindakan seperti dalam keadaan kita yang sedar tadi? Tindakan itu adalah refleksi dari kesedaran.

Moga-moga apa yang ditulis ini, memberi sedikit pencerahan dan kefahaman sedikit mengenai apa yang sebenar berlaku di IPT. Mungkin anda tidak akan memahaminya semua, kerana apa yang saya nukilkan hanyalah umum sahaja. Tapi mungkin ia sesuai (kot) dijadikan permulaan untuk siri Survival IPT ini. Yang baik itu datang dari Allah. Yang silap itu atas kesilapan diri saya dan saya mohon ampun. Hakikatnya semuanya datang dari Allah.
notes:
1. salah faham terhadap perkataan Al-Maududi
2. sistem yang sekular adalah sistem yang menolak sistem Islam
3.Kita merasa selesa kerana tidak mengetahui erti Islam yang sebenar.
4. Kesedaran itu lahir dari kefahaman

Wassalam

Tuesday, November 1, 2011

Tragedi Oktober

Assalamualaikum
Dah lama tak mengupdate blog ni. Di akhir bulan oktober ni (dah masuk November dah la), curi2 masa sikit untuk menulis sesuatu. Moga-moga ada sesuatu yang bisa mengundang redho Allah. (Bulan Oktober tak updated satu habuk pun.. hohoho)

Tragedi Oktober?

Oktober?
Semakin kian berlalu. Oktober-oktober itu, terus saja berlalu. Apakah sudah ada peningkatan pada Oktober-Oktober yang lalu? Adakah kita membiarkan Oktober digunakan untuk kebaikan? Adakah Oktober yang dilalui, diredhoi Allah akan hari-harinya? Oktober terus berlalu tanpa memikirkan akanmu, yang masih tidak teratur urusannya. Masih bermain-main dengan dosa. Masih tidak serius dalam dakwah. Masih lagi tidak mengambil berat akan pentarbiyahan diri. Jika tidak ada perubahan, jika tiada peningkatan, jika ia berlalu sia-sia. Maka itulah tragedi Oktober. (tulis sambil tengok cermin)

Selamat Hari Lahir!

Sempena penulisan pendek ini. Saya ingin meraikan 1 tahun hari jadi blog Kata-Kata Tak Terkata ini. Sebenarnya saya pun tidak tahu bila tarikh sebenar saya buat blog ni. Yang pastinya ialah pada bulan Oktober 2010. Semua orang mampu menulis. Semua orang mampu berkata-kata. Namun tidak semua penulisan bermanfaat buat orang lain. Tak semua apa yang dikatakan itu mampu dibumikan oleh penulisnya sendiri. Moga-moga apa yang saya tulis, dapat saya bumikan dalam kehidupan saya. Moga-moga sedikit perkongsian selama satu tahun ini, dapat memberi sedikit kesan buat pembaca. Dan apa yang penting sekali, moga-moga blog yang saya buat selama setahun, Allah SWT meredhoinya.

Baru 22 atau sudah 22?

Terima Kasih buat mereka yg wish..

Umurku sudah mencecah 22 tahun semalam (mengikut calendar orang kafir). Sesetengah orang kata, “Baru 22, muda lagi, enjoy la dulu hidup”. Mungkin benar. Tapi tenyata salah. Hahaha. Orang umur 22 sepatutnya dah matang. Matang dari perbuatan dosa. Umur yang sepatutnya sudah tahu mana yang baik, mana yang buruk. Mana dosa dan mana pahala. Benarlah satu kata-kata “Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat”. Dengan itu saya lebih suka orang cakap saya tua, dari perasan muda. Dengan itu supaya saya sedar, saya sudah 22, bukan baru 22!!

Kawin?
banyak perkara lagi yg perlu diselesaikan
Murobbiku kawin pada umur 22. Saya? Masih lagi berusaha untuk menghabiskan degree arkitektur saya dengan susah payah (kebelakangan ni projek2 ku dapat markah teruk :'( ). Bermaksud, lama lagilah saya mahu berkahwin. (mungkin diri sendiri pun masih tak bersedia lagi, hoho). Ok, saya tidak berminat cerita kawin. Moga saya dapat isteri yang solehah. Amin.. (sempat lagi buat harapan, hahaha, sila abaikan)

Dakwah dan Tarbiyah?

benda ni pun tak selesai lg.. :(
Umur 22 adalah umur remaja. Tapi saya lebih suka guna sebagai umur pemuda (syabab). Dimana semagat masih hangat terbakar dalam jiwa. Jika digunakan pada jalan yang benar, maka benarlah semangat itu. Tapi bila lihat diri saya, kecewa. Takde semangat. Kemahuan saya begitu rendah. Kurang semangat dalam dakwah dan tarbiyah. Masih tidak mampu meintrepetasikan tarbiyah kepada dakwah. Adoh, banyak lagi proses yang perlu dilalui dalam membina diri ini. Jelous dengan sahabat-sahabat saya yang ditempat lain. Sudah bisa memberi kesan dalam kehidupan masyarakat.

Jika ditelusuri pula sirah para sahabat-sahabat Rasullulah, pemuda-pemudanyalah yang memberi kesan besar dalam pengembangan islam. Antaranya Zubair al Awwam, yang termasuk diantara 7 orang sahabat yang terawal memeluk islam. Usianya ketika itu baru 15. Sudah berani ke medan pertempuran dan menyebarkan dakwah. (kemudian saya tengok cermin lagi) Aku, masih lagi tidak mampu. Kemahuan itu ada, tapi banyak kelemahan yang mengekang diri. Sebab itu saya katakan sudah 22, bukan Baru 22.

Harapan orang tua yang berumur 22


bukan saya harapan org lain, cuma saya yang mengharapkan diri saya
Harapan saya pada saat ini, ialah mahu mati dalam keadaan Allah redho kehidupan saya. Saya mahu mati dalam keadaan Allah terima amalan saya selama hidup 22 tahun ini. Saya mahu mati dalam keadaan Allah menerima taubat dan mengampuni dosa saya yang telah saya kumpul selama 22 tahun ini.

Seterusnya saya berharap, saya dapat melakukan sesuatu di UiTM ini. Seperti menjadikan studio saya sebagai tempat membina iman, dan bukan tempat menjatuhkan iman. Saya harap, saya dapat lakukan sesuatu, agar suasana keimanan itu dapat menguasai studio saya. Saya juga berharap, agar dapat memberi kesan kepada ahli studio saya untuk memahami islam dengan sebenar-benarnya. (tinggi betul cita2, pelaksanaan nya teramatlah memerlukan jiddiyah yang tinggi. ARGH!! macam x mampu je, karang sembang je kemas, kerja nya hampeh seperti biasa).

Akhir kata

Saya mengajak dan diri saya dan juga anda, marilah kita menggunakan masa kehidupan yang Allah berikan dengan sebaik-baiknya. Jangan disia-siakan peluang yang Allah bagi. Umur hanyalah nombor, sedangkan kehidupan itu sendiri yang menilai. Nombor umur tidak mampu mengukur masa kehidupan. Yang menjadi ukuran kehidupan hanyalah apabila kita memahami Islam dengan sebenarnya. Kerna selama tidak memahami islam, hati itu mati. Hati itu mati, dan perlukah ia dipanggil 'kehidupan'? Jadi carilah kefahaman islam itu, dan kemudian timbulkan kesedaran. Yang akan membuahkan, buah perubahan dalam diri.

Banyak cakap, banyak salahnya. Maafkan saya, andai dalam 22 tahun kehidupan ini, kamu tidak menyenangi akan diri ku ini. :)

Friday, September 30, 2011

Penyembelihan Dan Survival IPT

Akhirnya diberi kesempatan untuk updated. Lama simpan niat nak menulis. Namun atas alasan sibuk, maka tergendalalah blog ini. Sekarang ni pun masih sibuk, tapi curi-curi sikit masa untuk updated. Moga sedikit yang disampaikan sampai pada hati-hati yang lembut, hati yang dahagakan kebaikkan buat dirinya dan orang lain. (diri saya)
x de kaitan
Teori vs Praktikal
Entri adalah mukaddimah untuk siri survival IPT. Ini kerana melihat diri saya, dan juga pelajar yang baru masuk IPT, kelihatan majoritinya hanyut dengan suasana jahiliyah. Saya terpanggil untuk menulis, sungguhpun diri ini masih lagi banyak yang perlu diperbaiki. Saya menulis siri ini juga kerana saya melaluinya. Dan saya merasakannnya.  

IPT bukanlah tempat permainan kita. Ia adalah satu tempat yang mencabar keimanan dan ketahanan jiwa. Ia bukan lagi tempat untuk anda berteori, ia adalah tempat untuk melaksanakan teori tarbiyah dahwah yang kita lalui. Tempat menguji tarbiyah kita, samada terus berkembang atau terus layu dan kering diracuni jahilliyah. Ia realiti. Saya telah lihat ramai yang hanyut bila tiba di IPT. Dugaan itu tidak mengira apa pangkat dan ilmu anda. Daie sendiri pun boleh tertipu dengan suasana. Inikan lagi orang yang ‘biasa-biasa’ saja.

Penyembelihan?
Mari kita renungi kata-kata Sayid Abu Al-A’la Al Maududi ketika memberi ucapan buat graduan-graduan yang sudah tamat universiti.
Maududi
"Wahai pelajar! kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggi saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung jiazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu saat ini.

Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.


Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan teruk. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini.
"


Graduan Zombie
Jika anda seorang yang prihatin, pastinya anda sudah dapat tangkap apa yang cuba beliau sampaika. University atau IPT di Negara ini atau diluar Negara, tidak mampu melahirkan orang yang hidup. Ia hanya melahirkan para graduan robot. Genius tapi menggunakan ilmunya untuk menyeleweng dan sebagainya. Tinggi ilmunya, tapi rendah budi pekerti. Benarlah satu ungkapan “Havard produce genius but not soul”. Graduan hidup didalam jasad, tapi mati hatinya. Tidak ubah seperti Zombie, mayat yang hidup tanpa jiwa.


Suasana yang membunuh
Suasana-suasana di IPT telah lama diracuni budaya-budaya jahilliyah. Contoh untuk saya punya kos memang banyak. Percampuran lelaki dan perempuan tanpa batasan. Lelaki perempuan bertepuk tampar sesama mereka. Solah dilewat-lewatkan. Yang tidak solat pun banyak. Suasana-suasana beginilah membunuh jiwa-jiwa manusia. Suasana adalah peranan penting dalam pembentukan jati diri seseorang. Mereka-mereka yang keluar dari sekolah agama pun, tidak lepas dari ancaman susana tidak syara’ itu. Walaupun kadang-kadang kita rasa kuat, tapi sebenarnya suasana itu mengikis sedikit demi sedikit akhlak islamiyah kita. 

 
Dengan itu jika kita mahu survive dalam IPT, kita perlulah mengambil tindakan melakukan sesuatu agar tidak hanyut. Medan teori sangat berlainan dengan medan praktikal. Jangan kita mengambil enteng dalam hal ini. Jadi dengan itu saya cuba untuk berkongsi sedikit apa yan saya alami di IPT, dan cara untuk survive didalam suasana toxic itu.

Luka-luka yang belum sembuh
Akhir kata, marilah kita menyedari dahulu, bahawa keadaan di IPT sememangnya tidak membina iman. Di IPT lah banyaknya yang telah jatuh ke lembah ke‘Futur’an. Luka-luka hari ini disapukan penawar, sedang luka-luka kemarin masih belum menunjukkan tanda-tanda penyembuhan. Jadi bagaimana kita mahu survive didalam keadaan luka-luka yang banyak itu? 


Langkah pertama- Sedar dan Bersedia
Dengan itu saranan saya yang pertama, ialah menyedari bahawa IPT bukanlah tempat yang biasa. Ialah tempat yang memerlukan kekuatan dan jati diri yang kuat. Moga dengan kesedaran akan realiti suasana itu kita akan membuat persedian secukupnya untuk menghadapinya. InsyaAllah jika dipanjangkan umur saya, saya akan berkongsi dengan korang mengenai cara untuk survive dalam dunia IPT. Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini.

Rujukan
~ http://asrul85.multiply.com/journal/item/46
~http://syauqani.blogspot.com/2009/12/universiti-adalah-tempat-penyembelihan.html
.::Wallahua'lam::.

Monday, September 12, 2011

Si Pencuri (A.S.I.F.A.H)

Maaf jika design tidak cantik. Masih belajar-belajar guna Adobe Photoshop. Mohon komen untuk pembaikkan. Jika anda merasakan ia berguna bagi anda, copy lah. Asalkan ia digunakan untuk kebaikkan. Semoga Allah redho..

mohon komentar anda
Bait-bait kata diatas sebenarnya puisi (walaupun x nampak seperti puisi). Saya bukan pandai bersastera, jadi, maafkan saya jika pengunaan perkataan saya merosakkan Sastera Bahasa Melayu. huhu. Saya pernah post puisi ni dulu. Maaf jika boring :P.

Batasan Fitrah
Saya menulis puisi ni ketika hati saya tidak mampu menjaga hati saya. Perasaan kasih sayang (cinta) adalah  perkara fitrah. (Juga menunjukkan saya lelaki normal, hehe). Saya tahu itu. Namun fitrah apabila tidak dikawal dengan iman. Nafsu akan menguasainya. Bagi saya perasaan-perasaan yang hadir itu hanyalah mainan syaitan. Perasaan itu hadir mungkin atas sebab kita tidak menjaga pandangan.


Kelemahan Lelaki
Lihat perenggan kedua. Jika anda memahami maksudnya, ia adalah menunjukkan, kelemahan lelaki adalah wanita. Seperti mana nabi Adam turun ke bumi kerana pujukan Hawa untuk memakan buah zaqqum. (kalau x silap lah). Kalau ia tidak benar sekalipun, percayalah, memang lelaki lemah dengan perempuan. Sebab saya lelaki, saya merasainya.

Simpulan Bahasa (Kesimpulan)
So, point saya ialah, kepada wanita-wanita diluar sana. Please, jangan goda (curi hati) lelaki dengan senyuman kalian. Dengan wajah ayu kalian. Seriously, ia menyusahkan lelaki yang mahu menjaga hatinya. Senyumlah sekadar yang perlu, tapi jangan terlalu manis. Nanti kena kencing manis pula (lawak bai). Keraskanlah sedikit suara ketika berbicara agar lelaki yang mahu menjaga hati, tidak tergoda dengan kelunakkan suara kalian.

Asif
Besederhana dalam melakukan sesuatu. Maaf jika saya pernah berpaling/mengelak dari sesiapa (wanita) sebelum ni. Maaf sebab saya tidak mampu. Jadi bagi saya, mengelak adalah lebih baik dari saya terus terjerumus dari bayang-bayang yang belum pasti (maksudnya membayangi dan mengadai macam-macam). (saya tahu ada yang terasa hati (bukan jatuh hati) dengan saya, dulu-dulu)

Maaf, sebab saya mahu menjaga hati saya yang sudah kotor, dari bertambah kotor. A.S.I.F (ingat nak buat post pendek je, dah terlajak pulak)(=_=)"

.::Jangan Suka Mencuri::.

Monday, September 5, 2011

Raya Kemerdekaan

Entri ini mungkin agak kelewatan sedikit untuk ditulis. Sebab Sambutan Kemerdekaan sudah berlalu beberapa hari yang lalu. Namun tidak mengapa, sebab entri ini tidak rigid (kaku) pada masa tertentu. Sebelum itu, saya ingatkan supaya anda sekalian tidak terasa dengan penulisan saya. Saya tulis bukan hanya ditujukan khas kepada sesiapa. Ia adalah penulisan umum, untuk memperingati diri saya disamping mengajak orang lain. Selamat membaca :).


Allahuakbar! Merdeka!

Allahuakbar-Allahuakbar-Allahuakbar, laungan takbir raya kedengaran di Masjid-masjid menandakan kemenangan umat islam berpuasa selama sebulan. Keesokkan harinya, orang akan melaungkan merdeka-merdeka-merdeka. Sedangkan syaitan sudah pun melaungkan nya semasa syawal menjelma. Syaitan gembira, sudah tidak dirantai. hoho

Kemerdekaan Mereka

Di hari raya tahun ini, kemerdekaan, dirasai pelbagai golongan makhluk.

Golongan mukmin, merasakan merdeka kerana mampu memerdekakan diri dari hawa nafsu. Nafsunya telah didik dengan baik agar tidak menguasai tindak tanduk dirinya. Yang telah berjaya memerdekakan iman dari belengu nafsu.

Golongan muslim biasa, merasakan kemerdekaan kerana, ramadhan sudah tamat, kini dirinya boleh makan seperti biasa. Dirinya merdeka dari Ramadhan yang membelit kemahuannya dari membuas sebulan yang lepas.

Golongan syaitan merasakan merdeka, kerana sudah tamat tempoh dirinya dirantai. Ia boleh melaksanakan misinya kembali. Dirinya merdeka dari rantaian Allah untuk menghasut anak-anak adam untuk terus mungkar terhadap Allah.

Merdeka dalam Penjajahan


Kemerdekaan bermaksud kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu (sila lihat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka). Apa pula erti kemerdekaan menurut kamus hidup orang melayu kita? Ramai yang memahami bahawa kemerdekaan itu adalah kejayaan membentuk dan memimpin negara sendiri. Namun apa yang ada kini hanyalah negara yang sekular, yang menuruti tingkah laku penjajah. Itukah merdeka buat kita?

Launglah sekeras dan sebanyak mana pun, laungan merdeka, diri masih tidak merdeka. Kenanglah jasa mereka yang memerdekakan Negara ini, tapi penjajah tidak berganjak selangkah pun dari tanah air ini. Berbanggalah dengan kemerdekaan kita, Allah memandang hina dengan kemerdekaan kita. Yang dilaungkan hanyalah laungan kebodohan. Menyatakan diri sendiri bodoh di hadapan penjajah-penjajah.

Adakah itu Kemerdekaan?

Kita masih tidak mengecapi kemerdekaan. Tak kira secara fizikal atau secara batinnya. Secara negaranya atau pun secara fikirannya. Tidak ada. Jika sudah merdeka, mengapa sistem yang sepatutnya tertegak di muka bumi (Malaysia) ini, tidak ada? Jika sudah merdeka fikiran, mengapa masih berluasa maksiat. Tidak cukup akal yang sihat untuk buang anak? Akal tak cukup merdeka untuk memahami erti buruk dan salah. Lihat sajalah bagaimana raya disambut, lihatlah bagaimana kemerdekaan disambut. Buka televisyen, ada yang apa? Hanya hiburan melalaikan. Penuh dengan industri maksiat. Adakah itu erti kemerdekaan kita?

inilah sambutan raya kita..
inilah merdeka kita


Kemerdekaan Qalbu

Saya tulis ini berdasarkan tulisan Murobbi saya. Tapi diolah dalam gaya bahasa saya. Apakah erti kemerdekaan itu? Syeikh Abdul Hamid Jasim al Bilali telah menulis dalam kitabnya yang bertajuk, ‘Al Bayan Fii Madkhalisy Syaitan’.

Ibn Taimiyah menjelaskan bahawa “Kemerdekaan adalah kemerdekaan qalbu, dan peribadatan adalah peribadatan qalbu, sebagaimana juga kekayaan adalah kekayaan jiwa”

Rasullullah ada bersabda

“Kekayaan itu bukanlah harta benda yang banyak, namun kekayaan itu adalah kekayaan jiwa” (Diriwayatkan oleh Syaikhani)

Jelas sekali ayat diatas, bahawa kemerdekaan adalah sesuatu yang lahir dalam jiwa atau hati. Bukan hanya merdeka secara zahir. Kemerdekaan juga adalah buah hasil kejayaan dari pengendalian jiwa dari hawa nafsu. Merdeka dari nafsu yang membelengu tindak tanduk kita (spt yg telah sy tulis diatas). Apabila nafsu menjadi hamba kepada tuannya (diri kita), maka itulah erti kemedekaan sebenarnya.

Merdeka Jiwa Walau Hamba

Terdapat pelbagai contoh dalam sirah-sirah sahabah. Membuktikan merdeka itu bukannya satu khayalan para alim ulamak. Bilal bin Rabah, seorang hamba yang disiksa dan dijemur di tengah panas. Beliau sanggup mati dengan kalimah kemerdekaan dalam hatinya. Biar jasad terbakar hangit, asal diri merdeka disisi Allah s.w.t. Lihat pula pada sirah Zinirah, seorang hamba kepada orang paling bengis, Umar Al-Khatab. Diseksa dan dibutakan matanya oleh Umar Al-Khatab (ketika jahilliyah). Namun hati tetap teguh dengan keesaan Allah. Matanya terang hanya memandang pada keredhoaan Tuhan yang satu.

Lihat pula pada figur mesir era sezaman Assyahid Syed Qutb. Mereka adalah pejuang-pejuang kemerdekaan yang dipenjara. Namun hatinya merdeka. Maka penjara terasa nikmat baginya. Mereka dihukum mati. Tapi hatinya hidup dengan nur keimanan yang teguh terhadap fikrah yang dipegangnya. Sungguh diberikan wang yang banyak untuk meninggalkan dakwahnya. Sungguh pun dirinya didesak untuk mengaku kesalahan yang tidak dibuatnya. Hatinya tetap merdeka untuk memilih dan menentukan corak kehidupannya. Kerana apabila hati itu sudah merdeka, maka tiada apapun yang akan dapat mengikat hatinya. Tiada tipu daya manusia yang dapat membahayakannya. 

Tersenyum di tali gantung
Muhasabah Ramadhan

Dengan itu mari menilai kembali madrasah Ramadhan yang kita lalui selama sebulan. Apakah nafsu masih lagi menguasai diri kita? Setelah sebulan nafsu dipupuk dengan berlapar, apakah kita masih lagi diperhambakan nafsu? Jika masih juga ditahap lama, apakah erti menyambut Raya dan Kemerdekaan? Raya keraian bagi mereka yang menang. Menang melawan nafsu. Merdeka hanyalah untuk mereka yang merdeka jiwanya dari kokongan nafsu.

Raya Kemerdekaan 

Nilailah diri anda sendiri. Saya yang menulis bukanlah beerti saya sudah merdeka jiwa. Saya juga berada dalam proses pembaikan. Sebagai penutup bicara, saya ingin memetik satu kata-kata dari radio IKIM (lebih kurang la bunyinya). Buat apalah kita sibukkan diri kita untuk bertemu Ramadhan tahun hadapan. Sekaranglah masanya untuk sibuk berubah dan melawan nafsu. Sekarang lah masa untuk istiqomah dalam melakukan kebaikkan. Untuk apa diharapkan Ramadhan hadapan, jika amalan tetap sama di bulan-bulan lain? Sekaranglah masa untuk merealisasikan perubahan. Tahun depan belum pasti tiba, tapi apa yang kita ada ialah sekarang. Mari merdekakan diri, S.E.K.A.R.A.N.G!

Kepada pejuang-pejuang kemerdekaan dan mereka yang mahu menegakkan khalifah. Marilah kita memerdekakan diri kita dahulu sebelum menyeru org lain. Bukan beerti kena sempurna baru nak menyeru. Ambillah konsep ‘menyeru sambil memperbaiki diri’. 
sumber rujukan
- Kemerdekaan Menurut Islam
- Apakah kita telah menikmati Kemerdekaan yg sebenar?

.::Bebaskanlah dirimu::. 
.::Selamat Hari Raya, Maaf dipohon, Zahir mahupun Batin::. 

Wednesday, August 24, 2011

Somalia Menggamit Rasa

Assalamualaikum... Hari ini dalam sejarah mari kita muhasabah diri kita di penghujung Ramadhan ini. Nikmat yang dikurniakan, rezeki yang dilimpahkan, adakalanya kita biarkan ia 'dilimpah bazirkan' (term reka sendiri). Pada entri kali ini, saya menyeru diri saya dan sekalian pembaca, mari kita mensyukuri nikmat Allah kurniakan itu dengan memberi sebahagia rezki kita kepada mereka yang LEBIH memerlukan.


Somalia menggamit rasa.
Mari lihat gambar-gambar ini. Biarlah gambar bercerita.

anaknya dirawat
akhirnya meninggal dunia
kekurangan zat
menunggu dirawat
Sedikit sejarah

Seperti yang diberitahu kepada saya oleh Ustaz Darus, nama Somalia itu sebenarnya  berasal dari perkataan Zu-maal. Yang beerti 'pemilik harta'. Asal negara Somalia adalah satu negara yang kaya. Dikatakan bahawa, dulunya orang-orang Somalia tidak memakan ikan walaupun negara itu berada di tepi laut. Mereka hanya makan daging dan tanaman. Menunjukkan betapa suburnya kawasan Somalia.


Namun setelah beberapa tahun berlalu, mereka mula dijajah. Lihat sejarah penjajahan disini. Kemudian semasa didalam keadaan itu, rakyatnya pula berpecah. Berlaku huru-hara, dalam negara. Dan mungkin disebabkan itu, (hanya pendapat) Allah menghantar kemarau pertama kepada negara Somalia. Kemudian rakyatnya mula mengalami kesukaran. Tanaman kekeringan dan ternakan mati. Disitulah, rakyatnya mula belajar makan ikan. Namun, masih lagi perpecahan berlaku di negara itu. Perang puak-puak sesama sendiri. Negaranya terus dijajah, bersilih ganti. Kemudian pada kali ini Allah telah memberi lagi ujian kepada mereka dengan memberi kemarau kali kedua.


Dan begitulah cerita yang dikhabarkan kepada saya. (jika salah sila betulkan). Namun dengan dugaan yang diberikan kepada mereka. Tidak bermakna kita perlu berbangga dengan negara kita yang tidak seperti negara mereka.

Allah memberi dugaan tersebut mungkin kerana beberapa perkara (hanya pendapat sy).

1. Mahu menguji sensitiviti umat islam di negara lain. Samada masih lagi mengambil berat, soal saudaranya yang ditimpa musibah.

2. Memberi peluang kepada kita umat islam yang aman, agar mensyukuri nikmat Allah, dengan menolong umat islam yang lain.

Kenapa Somalia?

"Dalam banyak-banyak negara kenapa Somalia?" mungkin itu yang terlintas difikiran anda. Ya, saya faham, ramai lagi saudara kita diluar sana memerlukan bantuan. Ini adalah sebahagian sebab saya fokuskan.


1. Kemarau paling teruk
Somalia pernah menghadapi kemarau sebelum-sebelum ini. Namun kali dikatakan kemaraunya paling teruk dalam tempoh 60 tahun. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, ramai penduduk Somalia mati akibat kemarau dan seramai 640,000 kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan. Setiap 6minit di Somalia akan berlaku kematian disebabkan kebuluran.Sama-sama kita lihat dan berfikir sejenak.


Ada sebahagian kisah yang saya dengar dimana seorang ibu bersama 5 orang anaknya berjalan menuju ke kem pelarian untuk mendapatkan makanan. Namun dalam perjalanan, satu per satu anaknya meninggal dunia. Akhirnya yang sampai ke kem pelarian itu hanyalah ibunya. Seorang.

2. Mereka Saudara kita
Majoriti negara Somalia, penduduknya beragama Islam. Hanya sikit sahaja yang beragama lain. Dalam laman web wikipedia mengatakan "Islam merupakan agama yang terbesar di Somalia, dengan kira-kiranya 100% penduduknya mengamalkan ajaran Islam. Mengikut jumlah statistik ini seluruh warga Somalia beragama Islam.". (disini kisah pasal islam di Somalia, mesti baca)

mampukah kita tetap dalam iman bila dilanda kesusahan?
Tidak ada sebab lain mengapa kita perlu menolong mereka. Mereka bukan orang lain, mereka adalah Saudara Seislam Kita. Fikirkan bagaimana mereka menyambut Ramadhan tahun ini? Berpuasa dalam keadaan yang memang tiada makanan. Bagaimana mereka bersahur? Bagaimana mereka berbuka?

Di dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: "Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka (muslimin)"
(hadis ini dikatakan dhoif, namun maksudnya benar)

Dari Abu Hamzah, bahawa berkata  Anas bin Malik r.a.,  Rasullullah s.a.w. bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri."
(Hadis sahih Riwayat Bukhari)

3. Lebih Utama
Jika mahu dibandingkan dengan negara islam yang lain. Keadaan di Somalia lebih memerlukan. Bukan saya kata hanya menderma di Somalia sahaja. Dermalah di tempat lain juga, tapi yang lebih utama ialah di Somalia. Di Palestin juga di bom baru-baru ini. Bukannya kita tidak endah pasal Palestin. Dermalah kepada Palestin, tapi jangan lupa saudara kita di Somalia juga.

Ada satu kisah benar yang diambil dari sahabat FB saya. Ketika memeriksa jenazah2 mangsa pengeboman Israel di Gaza semalam,ada satu jenazah kanak-kanak yang penuh duit syiling dalam poket seluarnya.Ditanya kepada rakannya duit apa, "Dia beritahu kami dia tengah kumpulkan wang untuk membantu saudaranya di Somalia". Malu lah kita disini yang aman, tidak mampu membantu mereka di Somalia. (kanak2 Palestin cukup hebat)

Kita Mati Kekenyangan, Mereka Mati Kebuluran

Dimanakah kita semasa mereka menghembus kekeringan nafas terakhir? Apa yang kita lakukan ketika mereka mengesot mencari secebis makanan? Mereka mati kelaparan, kebuluran. Kita mati dengan kekenyangan. Obesiti dan sebagainya. Malu lah kalian (termasuk saya).

Marilah menderma untuk mereka! Saya seru sekalian pembaca mari! mari! dan MARI! Saudara kita disana menderita! Yang kaya dihulurkan sebahagian harta kepunyaan Allah! Yang punya tenaga, dihulurkan segala usaha pergi membantu disana! Yang punya cakna dan peduli, mari sebarkan kesedaran buat mereka yang masih tidak tahu! Sumbang apa saja yang termampu! Allahuakbar!

Semoga kita menjadi hamba Allah yg bersyukur.
Mari Menderma!!

Dengan ini saya sediakan satu medium dimana kita boleh membantu mereka di Somalia. Lihat di Poster atas. Haluan adalah satu badan NGO yang boleh dipercayai. Jika anda masih ragu-ragu, hubungi nombor yang tentera di dalam poster itu (tidak salah, jika mahu dipastikan). jika gambar diatas kurang jelas disini saya tunjukkan no akaun nya.
BIMB 14-023-01-002571-8 (HALUAN)

"Rasullulah adalah seorang yang pemurah dan lebih pemurah pada bulan Ramadhan"
(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda tentang orang yang ingin melembutkan hatinya: "Jika engkau ingin melembutkan hatimu, berilah makan kepada anak yatim dan usaplah kepala anak yatim"
(HR Ahmad)

Sabdanya lagi "Dan sedekah boleh menghapus kesalahan sebagaimana air memadamkan api" 
(Sahih At-targhib)

P/s buat para blogger diluar sana : Mari sebarkan Berita Somalia di blog-blog anda. Tulis artikel mengenai Somalia. Jika mahu copy artikel saya hendaklah dilinkkan kembali kepada saya, supaya sebarang kesilapan boleh dibetulkan. Kemudian bubuh poster seperti yang saya letak dibawah tu.

Khabarkan kepada mereka yang tidak tahu, merupakan salah satu usaha kita membantu mereka di Somalia.
diantara artikel mengenai Somalia
-Talian Hayat Pelarian Somalia
-Delagasi Erdogan: Luka Somalia Terubat
.::Wallahua'lam::.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget