Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Wednesday, May 22, 2013

KISAH PUKUL 4 PAGI

Tip tup tip tup.. bunyi derapan air dari paip singki yg tidak dibaiki kat dapur. sudah pukul 4 pagi. Mata yg sepet, diusap2 supaya terbuka. Cuba untuk tidak tidur lagi. kata orang kalau tidur lagi, alamatnya subuh gajah la jawabnya.

Buku Dalam Dakapan Ukhuwah dibelek, cuba untuk mengisi kekosongan masa. Tapi tiada mood untuk membaca. Tangan mengorek hidung yg tersumbat, sambil mencari2 kerja untuk mengisi masa lapang ini. "Owh working drawing tak siap lagi!!", monolog hati. Dicapai board, ditenungnya lukisan tersebut. "Ah, tak jadi la, nak kena rujukan untuk drawing ini, malangnya rujukan itu ada ada pada kawanku yg sedang tidur lena tu". Monolog lagi.

http://transbonja.deviantart.com/art/Jalamundi-menjemput-Parvati-77796936


Tip-tup-tip-tup, bunyi air terus kedengaran. Aku megambil tilam, disusunnya di tepi dinding. kemudian duduk. Otak mula berfikir, mencari topik untuk malam ini. KAWIN?? Sound intresting!!

Bila Tiba Masanya..

Kawin.. wah.. kawin perkataan yang sangat sensitif bagi aku yang sudah berumur 24 tahun ni.. Abang-abang aku semua dah kawin dalam umur 23 tahun. Tapi aku masih membujang. Masih terkial-kial lagi dalam belajar.

Aku pernah tanya kawan2 aku, "Macam mana 'hampa' boleh decide untuk berkahwin?"
jawabnya "Bila tiba masanya anta akan rasa sendiri". Hurm... sampai sekarang aku bukan tak terasa, rasa tu ada, tapi persediaan tu takde.

Nekad dan Tekad

Ada kenalan FB sy punya status. Pasal nekad atau tekad nak kawin. Ada sesetengah manusia kat dunia ni, selalu nekad nak kawin muda. Akhirnya, cerai muda. Ada sahabat saya tekad mahu berkahwin, akhirnya kehidupan lebih terurus dari sebelum ini. Dua perkataan yang macam sama bunyinya, tapi berbeza pada makna zat nya.

Nekad perbuatan yang tanpa persedian, tapi sudah pasrah, sudah tidak mahu pikir lagi. Bak kata orang "Apa pun nak jadi, jadilah". Itu tafsiran nekad dalam kepala otak aku.

Tekad pula, mestilah yang sebaliknya. Tekad dilakukan dengan usaha dan persedian menghadapi masalah-masalah yang akan datang. Diantara nya persediaan agama dan kewangan contohnya. Sekarang aku tahu, kenapa junior2 saya semasa di KTD dulu kawin awal.

Kawin dan Tawakal

Aku pernah share sesuatu di FB, dimana aku copy monolog karekter yang dalam novel tu. Dimana kareter tu mahu kawin, tapi mengatakan persediaan kewangan juga perlu difikirkan. Kata orang, duit bukan segalanya, tapi segala-galanya perlukn duit.

tup-tup, aku kena paku dengan satu komen. Dia seolah mempertikaikan maksud dalam ayat tersebut. "Rezeki tu datang dari Allah" katanya. "Boleh merosakkan aqidah bagi yang tersalah menafsirkan ayat tersebut" ujarnya.

Terbantut terus aku nak habiskan novel tu. Tapi aku terus percaya, ya, mmg rezeki itu datang dari Allah, tapi usaha itu perlu ada. Bagiku, menyakini rezki itu datang dari Allah, itu mmg pasti. Tapi bersifat realistik pun adalah anjuran Islam.

Tatkala Para sahabat berperang di Badar. Ya, mereka dapat pertolongan dari Allah walaupun bilangan mereka sangat sikit. Tapi, saya rasa, adakah mereka hanya tawakal bulat2 tanpa usaha? Ya, kena berperang juga. walaupun sudah tahu ada pertolongan dari langit. Bisa saja mereka boleh memenangi peperangan tersebut, tanpa ada pertumpahan darah dari pihak muslimin.

Mereka berperang pula, adakah dengan menyerang buta? Saya rasa tidak. Mereka telah merancang strategi peperangan. Dengan jumlah yang sedikit itu, mereka merancang bagaimana memantapkan barisan2nya. Bisa saja kaum muslimin menang tanpa apa-apa strategi, kerna memang telah diwahyukan dulu kemenangan itu. Mereka yakin dengan janji-janji Allah, tapi mereka tidak buta untuk tidak berusaha sebaiknya.

Jadi bagiku, tiada isu pasal novel itu. Sebab saya tahu fikrah dan tarbiyah yang dilalui oleh penulis itu. Mungkin orang yang komen pasal tu, tidak membaca keseluruhan novel tersebut, lalu secara buru-buru menafsirkan sepotong ayat yang aku share di FB. Mungkin itu silapku.

Couple dan Kawin

Ada segelintir kawan saya yang couple. Katanya mahu kawin. Seolah sudah tahu ketentuan Allah, dengan siapa depa akan kawin. kagum aku dgn mereka. Mereka mungkin lebih tahu.

Bukan nya tidak tahu, couple itu tidak boleh dalam Islam. Sebab dalam dunia cyber tanpa wayar nim naklumat itu mudah tersebar. Saya yakin artkel mengenai haramnya coupe sudahpun mereka baca, Cuma dalam hati bergolak dengan keinginan dihati. Masih cuba menafikan bende yang mereka sendiri sudah tahu hukumnya.

Bagaimana pula kalau betul-betul nak kawin? bolehkah bercouple? Makan dua-dua. Duduk sembang dua2 di ceruk mana2. Jadi bende tu halalkah? Come on. Matlamat tak menghalalkan cara.

Ibadah dan Kawin

Kawin itu adalah ibadah. kenapa perlu mengambil jalan maksiat untuk mencapainya? Tidakkah kita terasa pelik disitu? Kita nak buat ibadah, contoh nak tolong orang miskin di perkampungan kita. Tapi kita merompak orang lain untuk mencapai matlamat itu. Okay, nak contoh extrem lagi? kalau kita nak jadi imam kat masjid, tapi ada orang dah jadi imam. pastu kita bunuh orang tu, supaya kita boleh jadi imam. hah, dah jelas?

Nak kawin sangat?

Pelik. nape kita asyik duk pikir pasal nak kawin je. Pernah tak terpikir untuk apa kawin itu? Nak bawak kemana perkahwinan itu? Matlamat hidup kita ni untuk kawin ke? Hanya mengikut tradisi. Ikut org lain. Orang lain kawin, kita pun nak kawin. gitu?

Yang perempuan, kata mahu kawin sebab nak suami pimpin. Mahu memahami agama katanya. Tapi lelaki yang dipilihnya? Tak jugak paham agama. Sebab ambil jalan couple. Berdua-dua laki perempuan. Itukah lelaki yang mah memimpin agama untuk mu? neahh.. i dont think so..

Beratnya ingin ku katakan, bahawa, matlamat kehidupan adalah untuk beribadah kpd Allah. Bukan matlamat hidup itu untuk berkahwin.

Berat juga utk melakukan, keinginngan hati perlu diselaraskan dengan kehendak Allah. Couple bukan jalannya. Itu hanya manisan2 yg melekakan dan melalaikan. Sedikit pun tidak sampai pada realiti kehidupan. Islam adalah realiti. Islam adalah penyelesaian. Ambillah jalan2 islam. Islam sudah beri caranya. Bertunang. Cara untuk berkenalan. Ada telah digariskan Islam.

Satu bende yang mahu ditegaskan, Utamakan pembaikan diri dulu sebelum mahu berkahwin. Jangan harapkan suami anda akan mengajar anda semua perkara. Tiada jaminan yang mereka akan membimbing anda. Tapi jika anda telah membimbing diri dahulu, insyaAllah, kehidupan anda sentiasa dipimpin. Dan suami anda pun terpimpin nanti.

Kalimat murobbiku sangat keras dan tajam ditembak masuk kedalam hati pemuda-pemuda. "Ramai yang bimbang macam mana untuk mendirikan Baitul Muslim, daripada bimbang diri untuk menjadi Muslim yg sebenar. "


pembentukan Baitul Muslim, adalah bermula dari pembentukan individu muslim. Jika diri sendiri tak betul lagi. Camne mahu membentuk keluarga yang betul?

pikir lah dalam2..

Bunyi deringan jam dari hensetku. Sudah menandakan waktu 6 pagi. Alamak dah masuk waktu beberapa minit yang lalu. Mungkin ini pengakhirannya. Wallahua'lam. (ending x best langsung)

(Salah silap dalam perkongsian ini mohon dibetulkan.)

Wednesday, March 13, 2013

Viva LaVida


Viva La Vida


Mungkin ia tidak semahal kereta Volwogen,
mungkin ia tidak ‘sekeras’ kereta Waja
Mungkin ia tidak sepantas kereta Ferrari,
Mungkin ia tidak sedinamik kereta Pigeot,

Namun..
Dikereta ku itu, tempat aku berkarouke lagu-lagu tarbawi,
melepaskan suara ku yg sumbang,
Di Kereta ini, aku berpayung dari Hujan dan Panas,
menuju majlis-majlis ilmu,
Di dalam kereta ini, tempat ku merapatkan ukhuwah,
Tempat aku mengubati hatiku yg lara,
dengan mendengar ceramah-ceramah, dan tazkirah-tazkirah,

Didalam kereta orenku ini, sumber pahala buat diriku,
memberi kemudahan dan manfaat  untuk orang lain,
Sesungguhnya, di dalam keretaku, tempat aku bermuhasabah,
diri yang banyak dosa,
Dan sebenar-benarnya di dalam kereta ku, 

Tempat ku merasai tawakal kepada Allah,
didalam perjalanan-perjalan menuju destinasi,

Owh, ini kisah kereta,
Kereta, jika kita rasa kita yang punya,
kita akan menjadi penyombong didunia,
kereta, jika terlalu obsess dengannya,
kereta itu menjadi berhala untuk diri kita,

Owh Viva,
jika bersih niat perjalanan kita,
baiklah destinasi nya,
jika buruk niat perjalanan kita,
akhirnya, mendatangkan celaka.

Kerana,
Kereta, bukan kita yang punya..
Sebab kita hanya manusia.
Kereta, bukan milik kita
Sebab ia, Allah yang punya.


~dlm kereta
11/3/2013~


Ini telah ditulis, tribute untuk keretaku yang telah lama berjasa kepadaku. Sedangkan aku jarang basuh dan membaikinya (bapakku yg selalu baiki kan), ia masih sanggup memberi khidmat untuk tuannya yg tah pape ni.

Sorrylah kalau ayat-ayat kat atas tak kena rima. Malu nak cakap ia adalah puisi, sebab bahasa terkontang kanting. Tapi harap-harap ia memberi kesan juga buat orang lain yg juga memiliki kereta. Satu benda je aku harap dalam penulisan ini. Kita kena rasa kereta itu bukan kita punya. Ia adalah pinjaman Allah buat diri kita. Dengan itu tidaklah kita nak melakukan perkara jahat menggunakan kereta kita. Contohnya,

1-      Berdua-duaan didalam kereta. (walaupun kita kononya tak buat apa-apa)
2-      Menuju ke tempat-tempat maksiat. Contohnya, pergi clubbing ke, pergi dating ke.
3-      Jenuh la nak senaraikan semua, kesimpulannya jgn buat perkara yang ditegah Allah didalam kereta.


Aku pernah dengar kat dalam internet, orang puteh cakap, kereta adalah lambang seks  bagi para remaja. Sebab kereta merupakan tempat pertama untuk merasai upacara pecah dara. Nauzubillah. (ini real tau, tarak bohong la)

Pokoknya gunalah kereta untuk kebaikkan. Nescaya ia  akan menjadi kebaikkan. Jangan gunakan untuk kejahatan, kita akan dapat saham-saham dosa nanti.

Wallahua’lam. Sehingga bertemu lagi.

Friday, February 22, 2013

Menziarahi Rumah Tangga Dakwah (kisah Rumaisa)

petikan dari buku Rumah Tangga Dakwah

*********************************

Menziarahi Rumah tangga Dakwah

Disana.. dalam realiti dakwah dan bawah bayangan pedang.. diantara rumah-rumah yang penuh keberkatan dan kediaman malaikat pada jalan Allah, terletaknya rumah kepunyaan seorang wanita dari kalangan Ashabul yai’n yaitu Rumaisa’ isteri Abu Talhah. 

Jabir meriwayatkan bahawa Rasullulah SAW bersabda: “Kamu melihat aku memasuki syurga dan tiba-tiba aku menemui Rumaisa’ isteri Abu Talhah.”

Dari mula lagi Abu Talhah mahu mengahwininya tetapi Rumaisa’ menolak kerana dia masih lagi seorang musyrik. Beliau mensyaratkan dan meletakkan Islam sebagai maharnya, lalu diterima oleh Abu Talhah. Mereka berdua pun berkahwin. Dengan itu terdirilah sebuah rumahtangga berasaskan Islam dan dakwah. Pernah seorang tetamu menemui Rasullulah SAW tetapi Baginda tidak mempunyai sedikit makanan di rumahnya. Baginda seraya bertanya kepada para sahabat, siapakah yang boleh meraikan tetamu itu, lalu Abu Talhah menyanggupinya. 

Beliau membawa tetamu itu ke rumahnya dan bertanya Ummu Sulaim mengenai makanan. Ummu Sulaim menjawab : “Tidak ada melainkan makanan untuk anak-anaknya.” Kemudian Abu Talhah berkata kepadanya: “Pura-puralah menyalakan pelita kemudian padamkan.”
Kemudian Ummu Sulaim menyediakan makan anak-anaknya itu dihadapan tetamu itu selepas menidurkan mereka dengan berpura-pura bahawa mereka telah makan. Tetamu itu pun dengan tidak menyedari hal sebenar, menjamah makanan itu sehingga kekenyanggan. 

Semasa sembahyang subuh, paginya Rasullulah SAW menemui Abu Talhah dan bersabda:
“Wahai Abu Talhah, Allah telah ketawa dengan lakonan kamu berdua semalam.”
Rumaisa’ memberi makanan anak-anaknya kepada tetamu Rasullulah SAW. Perbuatannya itu mengandungi makna dan menambahkan ketaqwaan, keimanan, kemanisan tingkat keyakinan dan bauan syurga harum.


Allah swt memberkati kemuliaan Rumaisa’. Beliau pernah memberi makan kepada semua sahabat Rasullulah SAW. Suatu hari beliau menyediakan makanan untuk Rasullulah SAW dan menyuruh anaknya Anas bin Malik memanggil Rasullulah SAW untuk makan. Rasullulah SAW bersabda kepada para sahabat: “Abu Talhah menyediakan makanan untuk kamu.” Lalu seluruh sahabat mengunjungi rumah Rumaisa’. 

Abu Talhah berkata : “Apakah yang akan kita lakukan?”. Rumaisa’ menjawab: “Rasullulah SAW lebih mengetahui apa yang dilakukannya.” Lalu Rasullulah SAW memerintahkan para sahabat nya masuk untuk makan ke rumah itu sepuluh orang, sepuluh orang hinggga semuanya habis makan dan kekenyangan sementara makanan Rumaisa’ tidak berkurang sedikit pun.

Mengikut satu riwayat dari Anas in Malik r.a. bahawa ibunya pernah menyertai peperangan Uhud. Beliau melakukan serangan keatas orang-orang kafir bersama-sama dengan Aisyah binti Abu Bakar.
Semasa peperangan Hunain.. Dari Anas: “Ummu Sulaim mengambil khanjar pada masa peperangan Hunain. Rasullulah SAW melihat beliau memegang khanjar itu, lalu bertanya: “Untuk apa wahai Ummu Sulaim?” 

ini adalah sejenis Khanjar
Beliau menjawab “Supaya aku dapat mengoyakkan perut orang musyrik yang menghampiriku.” Rasullulah SAW ketawa mendengar jawapan beliau. Lalu beliau berkata: “Wahai Rasullulah, aku akan membunuh orang-orang yang masuk islam selepas pembukaan Mekah (Ummu Sulaim menyangka dia berhak membuat demikian kerana orang-orang itu tidak beriman dengan kuat). Lalu Baginda bersabda: “Ya Ummu Sulaim sesungguhnya Allah telah memadai dan telah berbuat baik”.

Anas juga ada meriwayatkan peristiwa kematian seorang anak lelaki di rumah Rumaisa’. Dari Anas: “Anak Abu Talhah dari Ummu Sulaim telah meninggal. Ummu Sulaim lalu berpesan kepada keluarganya supaya jangan sesiapa memberitahu Abu Talhah berkenaan hal itu melainkan beliau sendiri. Bila suaminya pulang, Ummu Sulaim menghidangkan makan malam kepadanya. Suaminya makan dan minum. Kemudian beliau menyiapkan dirinya lebih cantik dari malam-malam sebelum itu. 

Sehinggalah Abu Talhah selesai menyetubuhiya, setelah Ummu Sulaim melihat suaminya telah kenyang dan merasa puas, beliau berkata: “Wahai Abu Talhah, apakah pendapatmu jika orang orang yang meminjamkan sesuatu kepada sebuah keluarga meminta balik barang pinjaman tersebut? Adakah boleh keluarga itu menahan barang itu dari dikembalikan?” Abu Talhah menjawab: “Tidak”. Ummu Sulaim berkata: “Maka cukuplah dengan apa yang berlaku dengan anak kita”. Kemudian aku ceritakan kepadanya mengenai anakku. 


Dia pun keluar menemui Rasullulah SAW, menceritakan apa yang terjadi. Rasullulah SAW bersabda: “Allah memberkati kamu berdua malam tadi.” Kemudian Ummu Sulaim mengandung dan melahirkan sepuluh orang anak lelaki dan semuanya dapat membaca al-Quran dengan baik.”

Disamping sepuluh orang anak lelaki yang boleh membaca al-Quran dengan baik ialah puteranya Anas Bin Malik yang diserahkan oleh Ummu Sulaim untuk berkhidmat kepada Rasullulah SAW. Anak itu belum lagi baligh ketika meminta izin dari Rasullulah SAW untuk keluar berperang, tetapi permintaan itu tidak diizinkan, menyebabkan beliau merasa begitu dukacita dan terus menangis. Namun, disorong oleh rasa cinta yang mendalam terhadap jihad, beliau merupakan perawi hadis jihad yang paling banyak, iaitu lebih kurang 2286 buah hadis.

Disamping itu anaknya yang bernama Al-Barra’ bin Malik yang telah menyelamatkan orang islam dalam suatu peperangan dengan doanya. Rasullulah SAW dan seluruh orang islam hampir-hampir menemui kekalahan hinggalah al-Barra’ mengangkat tangannya untuk berdoa. Rasullulah SAW bersabda kepadanya:
“Ada diantara hamba Allah, manuasia yang jika ia bersumpah diatas nama Allah, Allah akan menyelamatkannya, “Wahai Barra’! berdoalah kepada Allah supaya memberikan kemenangan kepada kami….”

Seorang wanita dari ahli syurga yang menjadikan Islam sebagai mahar perkahwinannya, memberikan makanannya sendiri kepada sahabat, berperang di jalan Allah, kemudian menyebabkan Allah swt ketawa, melahirkan sepuluh orang anak yang kesemuanya boleh membaca al-Quran dengan baik, Barra’ yang membantu angkatan perang orang islam dengan doanya, dan Anas yang meriwayatkan hadis-hadis mengenai jihad dari Rasullulah SAW..
Inilah dia rumah tangga dakwah, semoga ia dapat dilahirkan dalam realiti masyarakat kita.
mind map
*********************************************
*sedikit ulasan dari saya

1. Rumah Tangga bermula dari Proses Individu Muslim
Ini adalah petikan dari buku rumahtangga dakwah, dalam bab terakhir iaitu menziarahi rumah tangga dakwah. Saya cukup tersentuh dengan bab ini, sebab ia menunjukkan rumahtangga dakwah tu dalam realitinya memang wujud, bukan hanya khayalan atau angan-angan semata-mata.


Rumah tangga ini yang kita perlukan dalam masyarakat kita. Dengan itu suatu proses yang pembaikian terhadap individu-individu muslim perlu dijalankan. Ia tidak akan mendapat hasil, jika proses pemahaman asas islam tidak dilalui. Proses yang dijalankan pula, tidak akan merubah sesorang tersebut, melainkan dia sendiri mubuka hati untuk diproses. 

Itulah sebabnya kita memerlukan usrah/halaqah. Ia adalah proses yang dijalankan oleh Nabi, sewaktu diawal dakwah beliau. Mereka berkumpul di rumah Abi Arqam, untuk memperkukuhkan aqidah (iman) sahabat-sahabat pada ketika itu. Didikan keimanan Rasullulah kepada sahabat-sahabat sehingga mereka berani mengatakan "Kami adalah golongan yang didatangi iman sebelum Al-Quran". Beerti mereka telah pun percaya/yakin sebelum Al-Quran turun lagi. Apatah lagi ketika Al-Quran turun ayat demi ayat. Mereka malah menunggu-nunggu wahyu dari Allah melalui Rasul-Nya.Begitulah ketinggian iman-iman sahabat. 

2. Wanita tunggak Rumah Tangga Dakwah
Dalam kisah Rumaisa', saya dapat memahami, wanita memain peranan penting dalam pendidikan anak-anak dakwah. Ada satu kata-kata, "jika rosak wanita pada zaman itu, rosak lah generasi yang akan datang". Ini kerana wanita memain peranan penting dalam mendidik anak-anak. Anak-anak lebih rapat kepada siapa? Ayah atau Ibu? Mestilah Ibu yang dia paling rapat, kerana ibu bersama dengan anaknya lebih berbanding seorang bapa. Awal pendidikan anak-anak adalah dirumah. Tarbiyah yang akan diterima sebelum ke sekolah, adalah tarbiyah dari rumah.


 Jika institusi yang pertama ini tidak terbina, pergilah ke mana sekolah agama sekali pun, belum tentu dia akan menjadi baik, (melainkan Allah izin). Jika adapun yang berjaya jadi baik, statistiknya amat sedikit. Kerana apabila dia balik ke rumah, di akan tetap berjumpa dengan ibu bapanya.

3. Menangkis pandangan yang mengatakan Wanita boleh demand, sedang lelaki tidak boleh demand.
Ini saya tulis sebab ada terbaca di Fb, katanya lelaki tidak patut letak piawaian yang tinggi dalam memilih isteri. Kerana jika imannya tinggi, dia boleh membimbing wanita tersebut, tidak kira siapapun makmumnya. Manakala wanita boleh cerewet dalam memilih imamnya, kerana dia akan memilih calon Imamnya. Memilih calon imam tu lebih penting berbanding memilih calon makmum.

ayat ini yg saya maksudkan yg dlm FB tu

Saya tidaklah mahu manyangkal 100% ayat itu. Pendapat saya yang masih kurang ilmu ini, memilih wanita adalah penting, kerana yang akan mendidik generasi, adalah wanita. Bukan lelaki tidak memain peranan, tapi peranan wanita itu lebih besar. Wanita telah diangkat darjatnya lebih tinggi dari seorang bapa.

Lihat kisah Rumaisa, beliau mengahwini, Abu Thalhah bekas orang musyrik. Malah beliau yang mensyaratkan keislaman sebagai mahar perkahwinan beliau. Padahal, Rumaisa telah lama memeluk Islam berbanding Abu Talhah. Tapi lihatlah hasilnya, keluarga belaiu menjadi keluarga dakwah yang berkah. Anak-anaknya semuanya boleh mengaji dengan baik, dan ada yang menjadi hafiz dan menjadi orang terpenting dalam sejarah kebangkitan islam. 

Penutup
Sama-sama kita mengambil iktibar dari kisah Ummu Sulaim a.k.a. Rumaisa'. Begitu indah kisahnya hidupnya, betapa bahagia keluarganya. Hidupkanlah sirah-sirah ini dalam diri kita. Sirah ini bukannya dongeng-dongeng mereka yang terdahulu, ialah adalah realiti jelas, sebagai panduan untuk kita semua. Marilah membina keluarga Dakwah, untuk masyarakat, agama, dan alam semester. (sebelum bina baitul dakwah, kena bina individu muslim dulu, ingat tau).


Rasulullah SAW bersabda, "Sahabat-sahabatku Umpama Bintang Di Langit..." (Hadith sahih Riwayat Bukhari)...

Petiklah mana-mana di antara mereka, nescaya menjadi pedoman dan petunjuk bagi kita laksana bintang di langit menjadi penunjuk arah bagi sang pengembara di waktu malam.... insyaAllah




disclaimer~ maaf kalau penyampaian penulis tidak sampai pada hati pembaca. Mungkin kerana hijab dosa yang ada pada diri penulis. Wallahua'lam.

Saturday, January 26, 2013

Komik: Taqwa

Yang ni hanya repost yg dulu punya Komik. Tapi telah diedit semula dgn susunan yg mudah dibaca.

cuti-cuti ni ingat nak melukis, tp tak start-start lagi.. Mohon doa rakan-rakan, agar saya tak malas untuk melukis. :'(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget