Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Friday, September 17, 2010

muqaddimah Kata2 tak Terkata

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokaaatuh....
selamat datang ke blog tak best ni. Tajuk blog ini agak pelik, tapi sebenarnya membawa maksud untuk diri saya.

Saya ialah seorang yang mempunyai penyakit inferior yg tinggi menyebabkan saya ini selalu rendah. Proses yg saya jalani di 'Taman Islami' selama 5 tahun dan di 'Kolej Tarbiyah Dakwah' selam 3 tahun, tidak menjadi hasil (saya) yg sepatutnya. Hasil yg patut dikeluarkan adalah mereka yg menegakkan kebenaran, mencegah ma'ruf, izzah dengan dengan Islam, yakin dengan perjuangan. Namun saya masih menjadi penyokong bukan pendokong.
Cemburuku ini pada meraka 'hasil produk yg baik'. Namun hatiku ini meronta-ronta untuk mengeluarkan sesuatu. Namun tidak mampu dilafazkan lantaran perasaan 'inferior'ku yg tinggi. Arghh!!! (sori, emosi plak). Mungkin sudah penat melihat diri ini menjadi pengecut dan bisu (menegakkan kebenaran). Saya harus mencari medan utk ini. Lalu mungkin ini sebabnye terciptanya yg blog tak best ini. Mungkin medan saya bukanlah medan berkata-kata. Mungkin medanku adalah medan lukisan atau penulisan (walaupun x reti). Mungkin inilah tempat saya berkata-kata benda yang tak terkata di alam nyata (itulah maksud Tajuk blog tu).
Mungkin Blog ini tak sebagus laman web seperti 'Langit Ilahi' dan secanggih 'esan studio'. Dan mungkin penulisan saya tak beberapa bagus. Namun, semoga yg sedikit yg ada pada saya, memberi sedikit manfaat kepada orang lain. Dan semoga yg sedikit itu, diredhoi Allah S.W.T....... wallahua'lam
.::katalah yg tak terkata::.

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..Allah Maha Mengetahui setiap apa yg berlaku pd ciptaannya..n Dia tahu apa yg terbaik utk setip hambanya..perkongsian yg bermanfaat n penulisan yg baik..mabrook

sh0uxx said...

Asslamualaikum~ seriously, sy rase awk perlu tmbhkan skit keyakinan dri!! bagi saya blog ni mmg best dan bnyak info yang boleh memperingatkan diri… I think u r introvert person..,that’s why u think u are inferior….
Tp, awk kena thu satu benda, orang mcm awk, tak pandai bersosial dan selalu menjadi penyokong mempunyai bnyak kelebihan yg orang sosial tidak ada…sbb tu tuhan jadikan awk lemah bahagian itu, jika manusia pandai dalam semua bab, mrk akan lupa diri… btw, komunikasi dpt dipelajari. Sy cdgkan awk bca bku ni: How to comunicate with ppl by john c.maxwell
Awk minat komik one piece patut tahu byk bnda bleh bljr dri sifat luffy…^o^
Sry lau terasa,just my opinion…
May Allah bless u !!

.::: mr IQ :::. said...

sy masih belajar dgn kehidupan sy ini.. stp yg dilalui, perlu dirasai sbg pembelajaran yg membentuk diri yg lebih baik..:)
jazakallah-jazakallah-jazakallah atas komentar saudara.. sy rasa terharu.. huhu

Novelgurl said...

Lebih kurang sama la kita.Dont worry Allah menilai usaha kita.Asal kita terus berusaha untuk menjadi yang lebih baik InsyaAllah Allah akan bantu.Keep it up !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget