Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Tuesday, May 17, 2011

Teori Konspirasi adalah Satu konspirasi? Woha!!

Assalamualaikum, semoga kalian semua berada dalam redho dan naungan kasih sayangNya.

Sebagai muqaddimah saya mahu kita sama-sama buka hati terlebih dahulu. Buka minda kita dan baca sampai habis dulu. Jangan mudah melatah kerana ia akan menunjukan kebodohan kita. (saya selalu jadi camtu). Dan saya harap penulisan saya ini tidak mengguris mana-mana pihak. Penulisan blog ini sepatutnya menjadi sesuatu yang mendidik, dan bukannya sesuatu merosakkan hubungan kita sesama muslim. Ok, sebelum tu bagi saya 1 minit, untuk saya betulkan niat saya untuk menulis... (~1 minit berlalu~).... ok Bismillah hi rahman nir rahim...

The Arrivals dan Aku




Dulu semasa di Kolej Tarbiyah Dakwah, the Arrivals, muncul dalam hidup saya. Ini adalah atas jasa baik rakan-rakan baik saya, memberi saya menontonnya. Saya tidak menonton sampai habis semua episod. Saya tengok yang mana sudi dipertontonkan kepada saya. Ya, ketika itu ia membuka mata saya, bahawa perancangan yahudi itu memang dasyat. Sebelum ini saya hanya tahu, perancangan seratus tahun yahudi (ke 1000 tahun, aku pun x ingat) dalam menakluk palestin. Kini makin banyak pula yang didedahkan. Bagi saya ia adalah satu pembukaan minda yang baru. Positif.


Kemudian The Arrival tu kian popular di kalangan orang Malaysia. Kemudian muncul pulak orang melayu yang mula membuat video mengenai Konspirasi. Konspirasi itu, konspirasi ini. Simbol mata satu, piramid dan pelbagai lagi dikaitkan dengan konspirasi. Makin lama, makin rasa lain macam je dengan segala teori ini. Rasa masa ada sesuatu tak kena dengan perkara Konspirasi ini. Kemudian, semenjak saya menjejakkan tangan saya dalam dunia blog ini, saya mula membaca pelbagai artikel. Rupa-rupanya ada segolongan manusia yang tidak suka akan teori konspirasi, The Arrival dan segala. Ada yang buat artikel sarcastic, ada juga yang hanya tahu menggunakan bahasa 'sopan' dalam menyampaikan pendapatnya.

Akhirnya saya terjumpa artikel dari Blog Leokid. Didalam artikel ada menyebut kepincangan yang berlaku, penjelasannya juga agak jelas. Kemudian ada pulak sahabat saya Hilal menulis artikel mengenai itu. Akhirnya, minda saya sudah menangkap punca kenapa hati saya rasa lain macam je dengan segala Teori Konspirasi ini. link ke blog yang saya nyatakan itu ada kat bawah. Tapi kat sini saya nak ulas mengikut kefahaman saya.

Hiburan alaf 21

Masyarakat kalau bab Arrivals, semua tahu. Pergilah mana-mana, ramai yang memperkatakannya. Tidak kira kaum, tidak kira bangsa, tidak kira umur, tidak kira orang tu solat ke tak. Semua masuk. Namun malangnya masyarakat menontonnya hanya sebagai hiburan. Psiokologinya manusia suka sesuatu yang misteri. Dan apabila ada pembongkaran tentang sesuatu, masyarakat jadi exited untuk mengetahuinya. Cerita kedai kopi topik The Arrival, namun dimulut masih hisap asap mudhorat (rokok). Eh, bukankah rokok adalah perancangan yahudi, seperti yang dipaparkan dalam the Arrivals?


Konspirasi dan Maksiat

Kemudian setelah itu muncullah golongan yang obses terhadap benda alah ini. Ada segolongan dai'e pun masuk dalam bidang ini. Mereka dipanggil pendakwah konspirasi (saya bagi nama ja, huhu). Apabila mereka melihat satu maksiat, mereka akan kaitkan dengan perancangan yahudi. Natijahnya anda lihatlah artikel mengenai video Lady Gaga yang dikaitkan dengan freemason. Kemudian Justin Bieber pula diiluminatikan. Dan satu ketika dulu pernah gempar dengan iklan TV3 yang kontroversi. Selang beberapa hari, ia terus dikaitkan dengan konspirasi. Sebar dalam FB. Kemudian ramai yang baca, kemudian ramai yang 'like'.


Bagi pendapat dan kefahaman saya, maksiat itu perlu dilihat dikaca mata maksiat (Allah larang), bukan dikaca mata Iluminati, konspirasi. Contoh video Lady Gaga itu sendiri telah haram dilihat oleh kita semua, kerana aksi ghairah dan nyanyian yang syirik dan sebagainya. Namun masyarakat ditakutkan oleh iluminati, daripada takutkan azab Allah. Mengapa mereka perlu didedahkan dengan iluminati?, sedangkan benda-benda tersebut memang jelas-jelas pengharamannya. Jika begitu, video ghairah tarian kumpulan Pop Korea bolehlah tengok? Itu lah kesilapan yang berlaku dalam menyeru (aku ni budjet bagus sangat plak dlm menyeru? (=_=) ). Masyarakat yang jahil agama, terus jahil. Dan ia langsung tidak dapat menyelesaikan masalah masyarakat yang rosak.
aksi tarian wondergirl boleh tengok la? sebab dorang takde simbol freemason..

Konspirasi dan paranoid

Konspirasi dan maksiat itu kira ok lagi, walaupun cara memang dah tak kena. Namun selepas itu wujud pulak golongan yang paranoid (maaf jika bahasa ini agak kasar) iaitu terlalu obses dengan konspirasi. Sehingga mengaitkan segala-galanya ingin dikaitkan dengan konspirasi, iluminati dan freemason. Video The Arrival sudah tamat pada episod 52 (kalau x silap), namun mereka (golongan tersebut) nak sambung episod video tersebut sampai 100 episod (gurau je, jgn terasa dgn ayat ni).

nasi lemak berbentuk piramid, fremasonkah ini?

Contoh yang senang ialah pasal Upin dan Ipin, dikaitkan dengan USA dan Israel.  Ada juga yang mengharamkan hari-hari tertentu. Seperti hari ibu dan hari pekerja. Mereka mahu menyamakan dengan hari Valentine. Tarikh hari pekerja, diambil dari dari tarikh sekian-sekian dimana ada ada kaitan dengan yahudi. Kemudian ada yang mengatakan kita ini diwar-warkan untuk minum soya, dan ditegah minum kopi kerana kemudhoratannya. Mereka berkata bahawa itu adalah rancangan yahudi, sebab soya boleh memandulkan manusia. Mereka berkata lagi bahawa kopi sebenarnya bagus, lihatlah pada pemimpin/genius yahudi, semuanya memegang secawan kopi bersama mereka.

Inilah yang saya tak beberapa berkenan. Mereka mengada-adakan sesuatu yang tiada. Air soya yang halal pun mahu diharamkan. Sedangkan apa-apapun yang kita minum atau makan secara berlebihan, akan membawa mudhorat. Air soya dan air kopi mempunyai khasiat tersendiri. Namun jika berlebihan, mudhoratnya pasti ada.
..........................................
قَدْ خَسِرَ الَّذِينَ قَتَلُوا أَوْلَادَهُمْ سَفَهًا بِغَيْرِ عِلْمٍ وَحَرَّمُوا مَا رَزَقَهُمُ اللَّهُ افْتِرَاءً عَلَى اللَّهِ قَدْ ضَلُّوا وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ
Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka, karena kebodohan lagi tidak mengetahui [513] dan mereka mengharamkan apa yang Allah telah rezki-kan pada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mereka mendapat petunjuk. (Al-An`aam:140)
..........................................
Saya pun tidak faham, untuk apa ia disebarkan. Pasal tarikh hari pekerja disamakan dengan hari yahudi. Adakah kita tidak boleh cuti pada hari itu? Jika hari Raya jatuh pada tarikh 1 Mei, maka kita tidak boleh menyambutnya? Hari ibu diharamkan. seperti hari valentine. Mereka terus menulis, kononnya mahu menyedarkan masyarakat. Namun mereka mengabaikan pendapat Ulamak dalam mengeluarkan hukum.


Sikap Orang Kita (orang Melayu, pendek kata S.A.Y.A)


1. Suka mengandai-andai.

Sikap inilah yang melahirkan kumpulan-kumpulan pendakwah konspirasi dan paranoid konspirasi. Mereka terus membongkar, namun apa yang dibongkar itu hanyalah teori dan andaian-andaian mereka sahaja. Contoh yang paling senang dalam video The Arrivals, Mengatakan bahawa bangunan berbentuk obselik dan piramid yang dibina oleh ahli freemason di setiap negara, adalah untuk membuka pintu dunia dajjal. Dengan itu dajjal boleh keluar (kalau saya silap, sila betulkan). Apakah dalil Al-Quran atau hadis tentang itu? Tiada. Jadi kenapa orang melayu paranoid dengan perkara ini. Ini kerana sikap orang kita yang kedua.


2. Maha terpedaya.

Inilah sikap yang menyebabkan kita sentiasa ditipu oleh ahli-ahli konspirasi. Inilah juga sebab kita mudah ditipu ahli pengkaji konspirasi. Kita terus mengambil bulat-bulat dari orang tertentu. Tanpa menyelidiki latar belakang orang itu samada fasik atau tidak. Islam atau tidak. Ada dalil atau hujah yang kukuh. Tidak. Kita terus mengambil kata-kata sesorang tanpa menilai terlebih dahulu, kerana bangsa kita Maha Terpedaya.


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujuraat:006)

 Nasihat dari hamba yang masih kurang ilmu


1. Pembongkaran mengenai yahudi telah lama ada dalam Al-Quran dan Hadith. Namun kerana kita telah melupakan sumber-sumber penting tersebut. Lalu kita mengambil andaian-andaian mereka. Untuk selamat diakhirat atau untuk menghadapi dajal. Kita perlu kembali kepada Al-Quran dan Hadith, bukannya terus membongkar. Kesedaran islam itu bukannya akan datang dengan pembongkaran tersebut, kesedaran akan lahir jika kita kembali kepada Al-Quran dan Assunnah. (itulah cara Rasullulah). Tidak salah jika mahu menonton The Arrivals (sbg hiburan atau kesedaran), namun jika kita hanya tahu tapi amalan masih jugak ditakuk lama, Whats the point? ”Kesedaran tanpa keimanan takkan membawa kemana-mana, malah akn hilang apabila bertemu ujian“ -kata-kata seorang ustaz- 

2. Marilah kita memandang kesalahan itu dikaca mata Allah larang, bukannya melihat kesalahan itu disudut freemason. Para pendakwah dan daie perlu memahami cara yang sebenar dalam berdakwah. Jika kita tidak back to basic, seruan-seruan tersebut adalah kosong. Ia tidak membetulkan keadaan masyarakat langsung, malah menyebabkan salah faham pula kepada mereka yang jahil agama. Jika Allah melarang sesuatu perkara, sebagai hamba, kita patuh tanpa menyoal apapun, lantas menghindar perkara tersebut. Namun kita suka mencari sebab-sebab yang lain. Maka ia telah lari dari konsep islam yang sebenar.

3. Usahlah kita terlalu ta'sub dengan perkara freemason ini. Saya memahami, jika anda mahu penuhkan traffic di Blog anda, anda perlu membuat sesuatu lain dari yang lain. Namun tak perlulah kita mengada-adakan perkara ini. Perkataan 'Salam' dalam bahasa mesej pun mahu di'freemasonkan'. Ape kejadahnya? Sudahlah dengan konspirasi. Jika mahu popular, gunalah cara yang lebih halal, seperti memperbaiki cara penulisan atau sebagainya. 
إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُمْ مَا لَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمٌ
(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar
(An-Nuur:015)
4. Hentikanlah menyangka-nyangka.
 ..........................................
وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّا إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran [690]. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.  
(Yunus:036)
...........................................
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). 
(Al-An`aam:116)
 ..........................................
5. Ubahlah sikap orang melayu kita yang suka mengambil sesuatu maklumat tanpa usul periksa. Janganlah jadi kaum yang mudah dimanipulasi dan mudah dipijak. Islam itu adalah berdasarkan dasar dan dalil yang kukuh. bukannya andaian-andaian teori yang tidak pasti. Mentaliti yang suka bergossip dan mengambil sesuatu tanpa usul periksa inilah yang menyebabkan Malaysia kucar-kacir. Fitnah sana sini. (ok cukup, termasuk politik plak nanti).
Teori Konspirasi adalah Satu Kospirasi!!! (teori saya, huhu)


Jika anda boleh mengandai-andai, saya pun nak jugak mengandai-andai. Bolehkah saya katakan bahawa teori konspirasi itu hanyalah rekaan barat. Mereka hanya ingin menakut-nakutkan kita dengan simbol daripada takut kepada Allah. Mereka saja nak bagi manusia kat dunia ini paranoid, dan melupakan permasalahan yang sebenar. Mereka perangkap daie dengan agenda-agenda menyibukkan diri kepada sesuatu yang teori dan andaian. Hebatkan mereka. Teori konspirasi, menyebabkan mereka terasa lebih megah dan kuat. Sebab manusia semua akan takut dengan mereka. (Huhu, lawakkan bila saya mengandai-andai?)
Akhir kata

Tidaklah saya katakan bahawa menonton The Arrival itu haram, cuma berpada-padalah. saya rumuskan balik point saya.
1. Kembali kepada Quran Sunnah
2. Memandang kesalahan disudut yang Allah larang
3. Please, jangan paranoid, dan mengadakan-adakan sesuatu.
4. Hentikanlah menyangka-nyangka dan mengandai-andai.
5. Jangan jadi bangsa yang mudah terpedaya.
6. Kajilah dahulu sumber maklumat yang anda terima

Segala kekurangan dalam penulisan saya mohon ampun dari Allah, dan pembaca silalah tegur saya. Maaflah jika ia terlalu panjang dan agak complicated. Jika anda mahu penulisan yang baik, silalah ke blog Leokid dan Langit Ilahi. Penulisan mereka lebih baik dan mudah faham. Semoga sama-sama kita mengambil sedikit iktibar.
P/s: artikel ini diedit banyak kali agar ia sesuai untuk dibaca dan mudah difahami. Jika ia tidak sesuai atau tak faham, sila bagitau saya.
<::Allahua'lam::>

27 comments:

Aishah Yazid said...

Erm,absolutely saya bersetuju dengan kamu. Segalanya hendak dikonspirasikan walaupun tanpa bukti. Seolah-olah kita ini jadi umat yang paranoid, jumud dan terlalu takut dengan Yahudi dan Nasrani. Mungkin, pecandu konspirasi berhujah bahawa kita perlu berhati-hati dengan taktik licik musuh, tapi berhati-hati jangan sampai menyangka dan mengadakan sesuatu yang belum tentu ada.

mad khaz said...

betol tu,ape yang penting kite kene merujuk sumber yang benar dan tepat, tak boleh main redah dan buat andaian sendiri je.

semoga penulisan ini dapat menjadi pedoman dan membuka mata pelbagai pihak di luar sana.

=)

MacJay said...

Sebab mengapa ada pihak susah untuk menerima maklumat berhubung The Arrivals :

1. Dari sudut pandang psikologi, maklumat ini bukan senang untuk dihadam. Seseorang yang tidak boleh menerima maklumat sebegini, akan meneruskan kehidupannya seperti biasa. Otak mereka tahu bahawa maklumat yang diberikan itu akan memaksa otak untuk menyusun semula dan memprogram semula beberapa maklumat tertentu yang telah dikumpulkan sepanjang hayat. Otak mereka akan melawannya. Dan sebab ia memerlukan daya usaha yang tinggi untuk melawan maklumat ini, cara paling baik untuk mengelakkan usaha sedemikian adalah dengan menolaknya.

2. Masalah kesombongan, iaitu dia akan melawan kamu dan juga maklumat kamu kerana dia merasa yang apa yang dia percaya adalah lebih benar dari apa yang dikatakan kamu. Mereka tidak boleh menerima bahawa kamu berkemungkinan menemui maklumat benar yang mereka tidak temukan sebelum ini. Dan oleh kerana mereka mahu melindungi maruah mereka, mereka menolak maklumat-maklumat kamu.

3. Pada kebanyakan kes, orang itu terlalu selesa dengan kehidupan mereka yang pantas sehinggakan mereka tidak mahu mengubah cara hidup mereka. Mereka juga tidak mahu menghiraukan apa yang sedang berlaku dalam dunia ini. Mereka terlalu pentingkan diri mereka sendiri.

4. Kamu perlu faham, kebanyakan orang-orang di sini tidak bersedia untuk menerima kebenaran. Dan kebanyakan mereka sudah terbiasa dengan sistem ini sehinggakan mereka sanggup menggadai nyawa untuk melindunginya. Mereka percaya akan nilai suara sistem itu. Ia telah menjadi penentu abadi kepada kehidupan mereka. Apakah suara sistem ini? Media!

________________________________

Okay, di sini saya ingin tegaskan bahawa, anda berhak sepenuhnya untuk berpegang pada prinsip anda sekarang.

Saya tidak menganggap kamu sebagai pihak yang menolak mentah2.

Tetapi, anda perlu bijak memilih untuk membaca artikel2 berkait konspirasi. Dari manakah anda tahu mengenai 'teori' Nasi Lemak atau Upin Ipin?

Dari cakap-cakap? Dari artikel yg memberi komen pada tulisan itu? Mengapa tidak merujuk kpd medium yg berkredibiliti spt www.ibnuyaacob.com diuruskan oleh MoonMedia?

Tahukah anda, pihak Free Our Mind sendiri telah mengecam artikel berkenaan Upin Ipin itu? [http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/2010/12/dakwah-bertukar-fitnah.html]

Ya, tidak dinafikan artikel Upin Ipin/Nasi Lemak itu memang disensasikan..tetapi fikirkan tentang perbezaan antara artikel 'fake' dengan artikel dr Free Our Mind/WUP/MoonMedia. Bukankah Nabi SAW pernah mengingatkan kita tentang penipuan besar Dajjal di akhir zaman?

MacJay said...

Video dari blog Brofat itu sebenarnya HANYA diadaptasi dari kajian Harun Yahya. Bukan teori yg dicipta sendiri. Anda percaya bahawa maklumat dlm video itu 'salah' hanya kerana ada beberapa artikel yg menyebut "..blog itu sudah ditutup.."? Disini nampak seperti anda secara tidak sengaja telah memperakui teori Evolusi! p/s : jgn bercakap ttg hadith jika perkara seperti ini pon anda terlepas pandang..

Berkenaan Al Gore : Seperti yg saya jelaskan..(baca sekali lagi). Suara Al Gore sbg ex-politician lebih mudah diterima (dipercayai oleh masyarakat) berbanding suara sebagai Presiden US. Kerana itu, ada juga pihak yang menolaknya sbg presiden.Satu lagi sebabnya, adalah untuk melantik George W Bush sbg Presiden..memang diakui pilihan raya dipilih oleh rakyat, tetapi kuasa Media milik siapa? Siapakah yg menguasai media di Amerika? dari studio filem, stesen TV, radio, website..bangsa apa yang kuasainya? Lihat siapa yg membantu Hitler suatu ketika dulu..Dan apakah yang terjadi pada Amerika dan Dunia selepas pentadbiran Bush!

Berkenaan sahabat Nabi SAW, Mughirah : Zaman akhir bermula selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW. Hadith riwayat Muslim itu menyebut berkenaan dialog antara Nabi SAW dan Mughirah. Maknanya jawapan yang diberi dalam hadith itu "sesungguhnya ia tidak membahayakan kamu.." merujuk kepada Mughirah sbg umat Islam seZaman dengan Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW tahu bahawa usia sahabat baginda itu tidak akan sampai hingga keakhir zaman! Berbeza dengan kita, dimana seperti yang kita tahu bermulanya tahap akhir zaman ialah selepas KEWAFATAN Nabi Muhammad SAW. [sbb itu Nabi Muhammad SAW adalah Nabi terakhir.

Berkenaan H1N1. Dari manakah sumber yang kamu rujuk? Dari blog konspirasi Upin Ipin? Atau dari blog konspirasi Nasi Lemak? Kenapa tidak rujuk kpd blog yg berkredibiliti hasil kajiannya spt MoonMedia Enterprise [www.ibnuyaacob.com]?


Akhir sekali saya memohon maaf sekiranya terkasar bahasa..sungguhnya tidak berniat pun untuk wujudkan keadaan seperti itu, tetapi semua ini berlaku kerana perbezaan pendapat..

.::: mr IQ :::. said...

~macjay~
Terima kasih sebab sudi dtg, belum pernah org komen panjang2 di laman saya, uhuhu. Ok lah, yg mana saya tahu saya jawab...

1. Berkenaan artikel upin dan Ipin itu, sy ingin nyatakan bahawa inilah masyarakat kita apabila berkecimpung dlm bidang konspirasi ini. Itu hanya contoh drp sikap masyarakat kita, mereka mudah paranoid. Dan mungkin cara dakwah konspirasi ini tidak sesuai dalam utk berdakwah. Itu point sy. Harap paham.

2. Jika teori konspirasi ini susah utk dihadam, utk difahami, adakah cara dakwah ini sesuai dgn keadaan masyarakat malaysia. Ia tidak menyelesaikan masalah. Malah, menyebabkan kekeliruan pada masyarakat. Itu lah apa yg diperbincangkan disini.

3. Dan saya tak beberapa bersetuju dgn statement ke 4 "kebanyakan orang-orang di sini tidak bersedia untuk menerima kebenaran.".
kebenaran itu bukanlah andaian semata. Dan menuduh org yg menolak teori konspirasi adalah golongan yg tidak sanggup mengubah gaya hidupnya adalah tidak relevan. Jika mereka mahu akan kebenaran yg sebenar, patutkah mereka digelar sebegitu?

4. Pasal video brofat tu, sy tersenyum sebentar. Are u mising a point? (kecek omputih lak, huhu) Saya tidak mengatakan kesemua dlm video itu salah, mungkin ada benarnya. MUNGKIN. Namun sy kecewa dgn sikap yg suka menuduh, mereka yg menolak satu kepincangan, adalah mereka yg menerima teori evolusi. Kan teori darwin itu adalah satu teori. Murnikan kembali cara penerimaan ilmu.

5. Jika anda seorg yg terbuka, marilah pergi ke blog leokid, sama2 kita ambil pengajaran.

Konspirasi H1N1- Sikap Kita
Monolog

ps: Pasal al-Gore, mari bincang di blog anda, sy tidak mahu pembaca disini keliru dgn apa yg dibincangkan disini.

aSYRaFF aL-RaSYiD said...

hurm lpas bace entry nie trmenung kjap..pe yg nk komen kt snie bkn utk ke arah -ve, ttpi utk kebaikan sume pihak (sy nie bknnye baek sgt pown) =)

rasenye xsalah utk kte tgk video tu utk tahu hal2 perkembangan zmn mase kini sbb tu jgak merupkan salah 1 ilmu yg de kt dunie nie yg mne sy rse anda pown tahu kn pe hubungan kte ngn ilmu, lg2 yg berkaitan ngn Yahudi laknatullah sume tu. yg pntgnye, kte pndai menilai dan amek yg mne 'permate' berbanding kte amek yg 'kace'.pape berite yg kte dpt, kte kne selidik dlu dlm2, br kte nilai =)

p/s: boleh tlg terangkn x psl ayat ”Kesedaran tanpa keimanan takkan membawa kemana-mana, malah akn hilang apabila bertemu ujian“..mcm tertarik ngn ayat tu, thanx~

.::: mr IQ :::. said...

yup, semestinya kita perlu teliti dahulu. Namun sikap bangsa kita yg mudah menerima berita bulat2, tanpa usul periksa ini, menyebabkan kecelaruan dlm masyarakat.



Ksedarn itu perlu disandarkn atas asas dasar yg kukuh. Jika asasnya masih tidak kukuh, maka ia akan mudah roboh. Dan asas yg kukuh itu adalah kefahaman islam yg sebenar.

Ramai yg menonton The Arrivals tp asasnya (kefahaman islam) tidak kukuh lg. Maka natijahnya, masyarakat hanya memandang sesuatu itu hanya disudut freemason, sedangkan permasalahan sbenarnya terletak pada diri sendiri. Iaitu keimanan yg tidak kukuh.

Bagi sy kesedaran yg lahir dgn teori konspirasi, adalah kesedaran tanpa asas yg kukuh. Kerana ia pun dah nama Teori. Tidak brsandarkn Al-Quran pun dan hanya andaian shj.

(Mengikut kefahaman sy lah, huhu) :)

~kpd Aisyah Yazid dan Mad Khaz~
Terima Kasih sebab sudi dtg...

^baju kurung^ said...

tq utk prkongsiannya. tp bg sy, the arrivals tu skurang2nya mmbuka mta msyrkat islam dunia. walaupn ada yg msh lg di takuk lma, xmmbupat sbrg tndkan, tp mnjadkan org islam lbh snstif trhdp ap sja yg mgkn mnjadi propganda brat utk mjatuhkn islam, skalipun prkara tu x bnr. soal betul atau x, kta sndri boleh mmbuat pnilaian, tp jgnla smpaikan nsi lmak bntuk pramid pn dkatakn freemason.kta dbri akl utk bfkir
*hanya pndangan~

Ariffah9 said...

Mula-mula sewaktu sy tahu ttg nasi lemak,segitiga freemason tu, mmg saya terkejut sangat. Terus terlintas kat minda, Ya Allah, betapa teruknya cara pemikiran konspirasi smpai nasi lemak pun dah freemason..

Pemikiran terus diracuni. Sedang maksiat dan dosa2 di persekitaran diabaikan. Sdgkan bnda ni lah lebih penting. Masyarakat banyak terlalu paranoid dengan freemason.

p/s:ada juga baca artikel Leokid & Hilal Asyraf. :)

.::: mr IQ :::. said...

to Baju Kurung~
terima kasih sebab sudi singgah dan komen, :)

Bagi pendapat saya, The Arrivals boleh aja kalau nak tengok, tengoklah. Tapi apa penyelesaiannya jika ia tanpa kesedaran yg kukuh? Bimbang masyarakat yg melihat bertambah paranoid pula.

Sy juga tengok the Arrivals, dan apa yg sy lihat kebanyakannya hanyalah andaian2 semata.

(pandangan sy)

To Ariffah9~
Terima kasih sebab sudi pergi ke link yg sy cadangkan. Link tu bnyak penjelasan tentang Konspirasi. semoga bermanfaat.

-Kefahaman itu perlu dicari, bukan ditunggu-

MacJay said...

Assalamualaikum,

Berkenaan hadith yg kamu bagi tu,

Jika Dajjal bukan ancaman pada umat Islam zaman sekarang tidaklah Rasulullah SAW sediakan doa menghalang dari fitnah Dajjal.

Rasulullah SAW sendiri sudah m'ceritakan perkara yang tidak diceritakan tentang Dajjal oleh para Nabi yang lain.

Jika anda berfikiran terbuka, ok, teruskanlah...sebarkan artikel ini kepada 'seramai' yang boleh :-)

.::: mr IQ :::. said...

~to Macjay
saudara macjay sudah salah faham lagi, bila masanya sy katakan dajjal itu bukan ancaman?

(oleh kerana anda sudah tulis disini ini sy kemukakan apa yg ditulis oleh leokid)

"Atas sebab itulah, dalam sebuah peristiwa, sahabat nabi terkenal Mughirah pernah berkata bahawa beliau adalah orang yang paling banyak bertanya mengenai dajjal kepada Nabi. Namun baginda s.a.w berkata kepada beliau: "Kenapa kamu bersusah-payah menanyakan hal itu? Sesungguhnya ia tidak akan membahayakan kamu." (maksud hadis yang diriwayatkan oleh Muslim).

Kenapa Nabi berkata sedemikian? Kerana iman Mughirah sudah mantap. Akidah Mughirah adalah akidah yang suci, bersih."

Faham tak maksud hadith itu yg sebenar. Point utama dpt tangkap tak? sy harap saudara faham, selebihnya sy sudah jawab dlm blog saudara...

Jika saudara Brofat (pembuat video akhir zaman) sanggup menerima kesalahannya mengapa tidak anda?
Video akhir zaman

sy tak berniat utk tunjuk pandai, sy masih banyak kekurangan. Itulah sebab sy cadangkan link2 diatas..

MacJay said...

1) Berdasarkan komen2 yang kamu pernah berikan, kamu jelas menganggap bahawa semua konspirasi Dajjal itu adalah ketentuan ilahi. Dan kita sebagai manusia tidak perlu takut untuk menghadapinya.

Saya akui, sehebat mana pun rancangan mrk hgga bleh ratakan gunung, ttp hebat lagi kuasa Allah.

2) Kemudian kamu berikan hadith itu. Dan kerana itu (komen anda sebelum ini) saya anggap bahawa kamu hanya menganggap bahawa Dajjal bukan ancaman. Kerana apa? Kerana tuhan itu ada. Memang, tetapi apakah tujuan kita diberikan doa mengelak fitnah Dajjal?

Berkenaan hadith itu, ya memang betullah sahabat itu kuat imannya. Ia tidak membahayakan Mughirah. Nabi SAW tidak tahu tentang kiamat waima Nabi Isa sekaipun tidak tahu.

Tetapi berdasarkan perkara-perkara lain seperti tanda-tanda kiamat yang tentunya Nabi SAW tahu..pasti Rasulullah SAW yakin bahawa di zaman sahabatnya itu, ia tidak akan membahayakan Mughirah [rujuk ceramah Dajjal The false messiah : Sheikh Imran N Hosein]

3) Leokid? Itu saja rujukan anda? Jika anda berfikiran terbuka sangat, kenapa tidak menerima pendapat kedua-dua belah pihak [www.ibnuyaacob.com (contoh)]? Anda hanya merujuk kpd satu blog yg kt sndri tdk tahu punca penutupannya.

4) Berkenaan video, dimana yang kurangnya? Jika ada yang kurang its up to you lah untuk buang yang x btul dan ambil yg btul.

5) saya boleh terima pandangan orang lain. Sebab itu saya hentikan perbincangan antara kita (di blog saya). Tujuannya ialah supaya awak bebas buat apa yang awak rasakan betul.

p/s : [Brainwash]

.::: mr IQ :::. said...

~saudara macjay~
Assalamualaikum,

1. segala apa yg sy tulis atau taip tidak berniat mengguris mana2 pihak, namun terkadang lidah sering tergigit (bersastera plak aku, huhu).
"Penulisan blog ini sepatutnya menjadi sesuatu yang mendidik, dan bukannya sesuatu merosakkan hubungan kita sesama muslim" maafkanlah sy, hamba yg lupa...

2. sy rasa rujukan terhadap leokid adalah tidak salah, krn dia mengamalkan sikap intelek dan benar, beliau tidak mengandai2 dan mereka-reka.

3. 'Pemikiran terbuka' bukanlah bermaksud menerima kedua2 pihak (bg maksud yg sy fahamlah). Pendirian kita adalah berdasarkan dalil yg kukuh.
Jadi pemikiran terbuka yg dimaksudkan 'tidak semberono' berckp tanpa melihat kedua2 pihak. Sy telah pergi ke link yg saudara bagi. Jadi perlukah sy menerima semua penulisan tersebut? Tidak semestinya, dan sy ada sebab/dalil sendiri.
pemikiran terbuka juga adalah kita mampu menerima kesalahan jika kita benar2 salah.

4. Sebenarnya leokid ada tulis panjang tentang penolakan video tersebut, namun entah mengapa dipendekkan terus, mungkin sebab ia terlalu keras. Namun setelah itu barulah saudara brofat menulis mengakui ada kesalahan dlm video itu. (itulah pemikiran terbuka)

5. Saya tidak memaksa saudara menerimanya, namun sy ingin mengajak agar kita menyeru manusia dgn cara sebenar2nya (tidaklah sy kata cara sy ni bagus). Penyelesaian masalah umat zaman sekarang adalah dgn mengambil contoh zaman silam. Masyarakat telah kehilangan sirah2 dlm diri mereka. (panjang pulak jadinya)

6. Baiklah, terima kasih atas perbincangan ini, dan sy harap saudara nak balas (berbincang), bolehlah emailkan kat sy di -iq89.kafah@gmail.com- (sy tidak mahu org lain confius dgn apa yg sdg kita bincangkan :) ) Wallahua'lam

Anonymous said...

Nasru,

Mr IQ , Nampaknya kita melihat isu ini dari sudut yang sama. Saya amat bersetuju dengan pendapat-pendapat saudara. Cuma alasan saya adalah seperti berikut:
a) Tidak ada salahnya menonton video tersebut sekadar untuk suatu maklumat dan bentuk idea baru. Tetapi adalah sesuatu yang merunsingkan sekiranya video tersebut dijadikan 'manual' dan panduan sebagai umat islam.
b) Sebagai umat islam, kita tidak perlukan 50 episod video sebagai modul tambahan kepada al-quran dan sunnah.
c) Terlalu ramai individu seperti seperti saudara MacJay (nama pun macam mat saleh, hehe) terlupa bahawa video itu adalah TEORI pandangan manusia. Yang mana teori akan kekal sebagai teori.

.::: mr IQ :::. said...

to Nasru~
yup, itulah yg cuba sy sampaikan. (ayat kamu lebih jelas dari saya)

Mereka bangga dengan spekulasi mereka. Kemudian claim ia sbg satu hujjah yg kukuh...

Zharif Alimin said...

semua pandangan komentar bagus :). smua xde salah. makin kita cari salah orang, makin nampak kesalahan sendiri..

Anonymous said...

sy yakin kita smua mmpu mmproses maklumat dgn btol dan berhati2..yakni elakkan dr tjebak dgn prkara tipu dan sbagainya..ikot sumber yg sahih..mggunakan hadis2 sahih sebagai hujah dr mggunakan petikan2 ahli2 sarjana barat ; nostradamus etc.

n pd akhir zaman trutama skg ni..masanya sudah smakin hmpir utk kita mnyiapkan diri mghadapai perang islam vs kafir sprtimana yang trkandung dalam hadis2..tnpa ilmu tntang prkara sbegini sdikit pn..bagaimana pd akhir zaman klak kita nk bezakan dajal dgn nabi isa dan imam almahdi??

mahukah anda jd dari golongan mereka yg lalai pd akhir zaman, terpengaruh dgn fitnah dajal n akhirnya mniggalkn dunia dalam keadaan kkafiran?

tdk slah ambil tahu serba sdikit prkara2 sbegini..bwat persediaan kita nnt..tp jgn pula d'ambil bulat2 fakta yg diberi..kita umat islam yg brakal..fakta yg benar seharusnya disokong alquran, hadis, kata2 alim ulama..

sy yakin smua org pn suka pndapat mereka diterima dan mngatakan pndapat org slah dan sbgainya..tp pd sy, rujuk pada yg ahli adalah lbih baik utk confirm fakta2 tersebut..pd sy skiranya disokong dgn hadis..itu adalah fakta yg boleh diterima..

.::: mr IQ :::. said...

To Zharif Alimin..
terima kasih sebab menegur... :)

To kak/abg Anonymous~
Syukran ala' ziarah

mahu membezakankan dajjal dan nabi isa dan imam mahdi, kita perlu kembali kepada kefahaman islam yg benar juga...

Bukan dengan mengandai rupa dan cara ia dtg, maka kita tahu dia dajjal atau sebagainya.. Betul tak?

paling penting ialah berpegang teguh pada tali Allah, insyaAllah kita selamat (moga2 kita selamat)..

Jika mahu mengkaji konspirasi, silakan...., namun jgn kita leka sehingga persiapan kita sendiri x buat. Namun pemerhatian saya, ramai yg seronok bercerita tentang konspirasi, drp bercerita bagaimana mahu mengubah diri...Wallahua'lam

(sekadar pandangan) :)

Anonymous said...

Haha...
Iqbal, tnx...

-Anon315-

Anonymous said...

mr IQ je yg paranoid nampaknya..

Anonymous said...

Terpulang lah pada penulis nak kata apa 2 pun pada orang melayu yang mengkaji tentang teori konspirasi. Yg penting ia beri kesan yg baik pada aku. Klu sebelum ni aku mmg jarang2 solat, Alhamdulillah aku sudah mula jaga. Perasaan takut pada Allah dan balasan hari akhirat semakin mendalam apabila melihat sbhgn drpd teori2 tu mmg terbentang di depan mata. Kesan yg sama juga pada beberapa sahabat aku, Alhamdulillah...aku x rasa pun perkara ni buat aku takut seperti digambarkan penulis. Tp sebaliknya lebih rasa insaf dan takut pada Allah. Lebih nak mengkaji kenapa dlm dunia yg 'moden' ni org Islam lebih mundur dlm bidang sains especially fizik. kenapa org melayu 'maju' dlm mengejar kebendaan ttp mundur dlm ilmu pengetahuan dan byk lagi persoalan yg membuat aku ingin mendekati Al Quran dan sains especially Fizik teori dan bukan hanya applied fizik seperti apa yg berlaku di Malaysia.

.::: mr IQ :::. said...

1. maaf sy cakap, tp kalau anonymous yg tulis, maka sy x beberapa nak percaya yg mengatakan kamu sudah berubah. Lain kali jgn lupa tulis nama ek. Nama samaran pun ok. Kalau ada blog, komen la menggunakan user blog. (buat apa nak takut2 memberi pandangan?)Barulah sy yakin apa yg anda katakan... :)

2. hrmmm... sy x kata x mustahil anda boleh berubah, tp belum pasti apa yg disajikan (teori konspiraasi) itu benar. Ramai aja yg sedar, tp melalui hadis-hadis palsu. Ada je yg sedar melalui provokasi2 yg salah.

3. Dalam konteks ini sy tidak mengatakan berubah kpd yg baik itu salah. Tapi, yg salahnya ialah cara berdakwah itu. Kita sajikan benda2 yg tidak pasti, kemudian mengandai2 yg macam2. Kita ada Al-Quran dan As-sunnah, tp kita ambil teori-teori yg belum pasti sbg hujjah.

4. dan sy rasa anda tidak membaca habis, atau mungkin tidak faham akan artikel sy ini. Mohon baca samapai habis ye.

5. sy x pernah kata plak tak bleh mengkaji. dan mengatakan hukum fizik itu salah. jika ada fakta fizik yg benar, tak mengapalah mahu menulis ttgnya. tp kaji pun sikit, sudah mengandai-andai (mcm tahu semua benda). aduh.. penatlah ckp benda ni ulang2 kali. Lain kali sila baca habis2. :)
~wassalam~

Anonymous said...

Saya faham apa yang cuba disampaikan oleh mr IQ. Buat sesuatu semata-mata kerana Allah bukan kerana parnoia terhadap Freemason. Tiada apa yang boleh memudharatkan tanpa keizinan dariNya. Apa yang saya lihat orang yang menyaksikan rancangan tentang teori freemason ni tetap macam tu juga bukannya insaf pun. Bercerita tentang dajjal tidak akan meningkatkan iman seseorang. Iman akan meningkat apabila kita ikut jalan dakwah.
-Adam L.-

munsyi said...

Manusia merancang, Allah pun merangcang...
tp, sebaik-baik perancang adalah Allah...

WAHAI SAUDARA2 KU...

janganlah bertengkar atas perbezaan pendapat!

kembalilah berpegang pd Al-Quran dan As-sunnah..

rapat2kan saf dan berdoa agar hati kita disatukan...sesungguhnya, DOA ADALAH SENJATA MUKMIN!

Anonymous said...

Assalamualikum wbt saudara-saudari sekalian. Terima kasih diatas pendapat yang diberi oleh MR IQ. Berkaitan dengan FREEMASON (Berkait rapat dengan Konspirasi Rotchschild), yang mana ianya telah lama dirancang (merancang & melakukan pada hari ini bagi memperoleh kejayaan Pada 100-1000 tahun hadapan) oleh Ahli2 Ilumminati (Suruhan Dajjal). Oleh itu perlulah kita perkemaskan lagi dengan mengetahui perihal Dajjal dengan merujuk link ini
Wallahu'alam...
~Hamba Allah~

.::: mr IQ :::. said...

to Hamba Allah

mohon jgn lah terikut2 sangat dgn benda2 free,ason..
daripada duk sibuk nak tahu pasal dajjal yg sedikit pengetahuan shj yg Allah benarkan, lebih baik fokus kepada pembanggunan diri dan dakwah.

Hadis2 mengenai dajjal sangatlah terhad, sedangkan hadis utk berdakwah, berakhlak dan pembanggunan diri, lebih jelas dan nyata seruannya dalam hadis dan Al-Quran.. kita sibuk mengandai2 perkara yg Ghaib, yg mmg Allah hanya beri sedikit pengatahuan pada manusia.. tp kenapa perkara utama dan jelas kita seakan2 mengabaikkannya?

(link yg anda bg tu Hamba Alla, juga merupakan andaian penulis tersebut, jd x yah nak taksub sangat) Wallahua'lam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget