Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Saturday, March 26, 2011

Ada apa dengan Rahsia Tarikh Lahir?

رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِى صَدۡرِى. وَيَسِّرۡ لِىٓ أَمۡرِى . وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةً۬ مِّن لِّسَانِى . يَفۡقَهُواْ قَوۡلِى

Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku. dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku,

Assalamualaikum, kali ni saya nak menulis sesuatu yang saya tidak senang dalam hati saya beberapa minggu ini. Sesuatu yang saya rasa ia melibatkan akidah kita. Iaitu mengenai rahsia tarikh lahir.


kalau kat FB, memang sudah terkenal benda ni. First-first, rahsia tarikh lahir. Kemudian timbul pulak rahsia tarikh lahir kasih sayang, dan baru-baru ini, timbul pulak tarikh lahir bulan islam. Remaja-remaja kalau benda macam ni, memang sungguh exited, terutamanya golongan hawa (ini fakta, bukan auta, kalau tak percaya tanya diri sendiri la, maaf kalau terasa). Fenomena ini, amat menjengkelkan saya. Seperti ada sesuatu yang tak kena dalam sistem tersebut (bukan la saya kata saya ada kashaf). Rasa tak senang tu mungkin hadir kerana apa yang saya lihat, fenomena ini sama dengan fenomena horoscope, yang pernah di katakan suatu ketika dahulu.

Sebelum kita meneruskan perbincangan, saya ingin menerangkan mengenai horoscope. Horoscope adalah menggunakan kedudukan bintang, planet, dan matahari bagi meramalkan kebaikan atau keburukan. Bintang ini ditentukan berdasarkan tarikh lahir. Sebagai contoh, orang yang lahir 21 MAC hingga 19 April memiliki bintang Aries.

Guru saya di taman islami dulu, pernah menyebut bahawa, sesiapa yang melihat horoscope, amalannya tidak diterima 40 hari. Ketika itu saya masih tak amik kisah sangat hal itu. Kini barulah saya tau kenapa begitu.

Mengikut buku yang saya baca 11 perkara yang boleh mencemarkan kemurnian Tauhid menulis, di dalam islam, kedudukan bintang, planet,dan matahari (dan semestinya tarikh lahir) tidak memainkan peranan menentukan keburukan atau kebaikan. Pada zaman Rasullulah sendiri terdapat kepercayaan yang menyamai amalan menggunakan bintang, planet, dan matahari sebagai sumber ramalan.

Zaid bin Khalid al-Junahi radhiallahu'anh menerangkan,
Kami bersolat subuh bersama Rasullulah (saw) di Hudaibiyah setelah semalamnya turun hujan. Tatkala selesai, nabi (saw) menghadap orang ramai dan bersabda:

"Tahukah kalian apa yang di firmankan oleh tuhan kalian?". Mereka menjawab "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Rasullulah bersabda (Allah berfirman):
" Pada pagi ini ada diantara hamba-Ku yang beriman kepada Ku dan ada yang kafir. Adapun orang yang berkata hujan turun kepada kami kerana kurnia Allah dan rahmat Nya, maka dia beriman kepada Ku dan kafir kepada bintang. Sedangkan orang yang berkata hujan turun kepada kami kerana bintang itu dan ini, maka dia kafir kepada Ku dan beriman kepada bintang.

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari didalam shahihnya- hadis no:846 (kitab al-Azan,)


Hukum melihat Horoscope.

Secara jelasnya, horoscope memberi kesan kepada Tauhid kita. Ulamak telah pun mengharamkan horoscope, dan sesiapa yang membacanya, 40 hari amalannya tidak diterima. Ini kerana membaca horoscope dikiaskan hukumnya dengan hukum berjumpa bomoh.

Rasullulah (Saw) bersabda,
"Sesiapa yang mengunjungi orang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak akan diterima solatnya selama 40 malam"

(aduh, panjang pulak jadi aku punya post kali ini, sesiapa ingin meneruskan perbincangan mengenai tarikh lahir, sila tekan read more)

Persoalan-persoalan mereka.



Itu pengharaman horoskop, bukannya tarikh lahir. Apa kaitannya?

Horoskop ditentukan berdasarkan tarikh lahir, manakala tarikh lahir itu sendiri adalah tarikh lahir.. (paham tak ayat ni, huhu) Agak-agaknya ada beza tak? Sememangnya ada perbezaannya, tapi dari segi ejaan dan sebutannya je lah yang berbeza pun. Yang lain sama je....

Wei, serius la sikit, apa persamaannya sebenarnya?

Ok lah, biar saya jelaskan dengan lebih teliti. Seperti yang (mungkin) anda tahu, sifat manusia itu hanya diketahui oleh Allah, dan ia tidak ada kena mengena dengan tarikh larikh lahir, begitu juga dengan horoskop. Sesungguhnya benda-benda ghaib ni Allah sahaja yang tahu. Cuba anda lihat tarikh lahir kasih sayang dan sebagainya. Ia jelas sudah bercanggah dengan ajaran islam, takdir itu milik Allah, dan manusia tidak tahu akan hal itu, begitu juga dengan para Rasul. Para rasul tidak mengetahui perkara ghaib, melainkan apa yang diberitahu kepadanya sahaja. Secara dasar/asasnya, horosop dan tarikh lahir adalah sama.

 
rasa-rasa ada beza tak dengan sebelah kanan ni?
 
CANCER
21 Juni – 20 Juli
Seorang Cancer melakukan segala sesuatu dalam hidupnya dengan hati. Mereka sensitive, perhatian, dan memiliki kesetiaan yang luar biasa yang sulit ditandingi bintang lain. Walaupun memiliki mood yang naik turun, Cancer selalu memancarkan aura sensual yang sulit untuk dielakkan.
 Sifat – sifat umum :
Warga Cancer memiliki perasaan yang halus dan suka menyendiri. Sifat penyayangnya sangat besar terutama terhadap binatang. Tidak senang berfoya – foya. Lebih senang tinggal dirumah daripada berpergian.


Bagaimana pula dengan ramalan Kaji Cuaca? Itupun salah satu ramalan.

Ramalan kaji cuaca adalah berlainan. Ia adalah berdasarkan kajian ilmu.


Eh, rahsia tarikh lahir pun satu kajian juga!!

Eh, tenang kau bah, saya belum habis lagi la, janganlah gelojoh sangat. Saya ada membaca buku motivasi rahsia tarikh lahir, sifat-sifat tarikh lahir itu adalah berdasarkan ilmu metafizik dari cina. Namun ia telah di sainskan dan diukar kepada sains metafizik yang bermaksud kajian mengenai metafizik. Metafizik pula bermaksud, pengetahuan segala yang mengenai alam luar biasa atau tidak kelihatan (ilmu ghaib kut). (Jika anda rasa ragu-ragu dengan penulisan ini sila google maksudnya sendiri, kefahaman itu perlu dicari bukan ditunggu). Maksud dan asas ilmu ini anda perlu google, sebab banyak sangat. panjang pulak post saya nanti.

Ilmu metafizik untuk tarikh lahir ini, sebenarnya diambil dari nombor-nombor (kalau tak silap, ilmu metafizik dari cina). Kononnya nombor memain peranan dalam mengetahui sifat-sifat manusia.  

Adakah nombor memain peranan dalam menentukan sifat manusia? Cuba anda baca link ini, bagaimana dia menentukan sifat berdasarkan nombor. disini  (?!?!). Apa pendapat anda setelah baca link itu?
tidakkah anda merasakan satu kepincangan apabila melihat ini?


Bagamana pula dengan kaji cuaca tadi?

Kajian cuaca pula asasnya adalah berdasarkan ilmu. Jika anda melihat arah angin untuk meramal hujan, ia adalah berdasarkan ilmu, kerana anda sendiri tahu bahawa hujan ada kaitan dengan angin. firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 48,
"Allah jualah yang menghantar angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok, lalu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya"
Sungguh pun ia begitu, namun tetap Allah jualah yang menurunkan hujan. Jelas?

Lihat perbezaanya, Sifat-sifat manusia yang berasaskan nombor-nombor yang sememangnya tidak ada kena-mengena. Atau kajian cuaca hujan yang berdasarkan ilmu yang berkait.


Bagaimana pula jika dia tarikh lahir itu menggunakan kajian pengumpulan statistik, bagi melihat majoriti orang yang lahir pada tarikh tersebut,kemudian lihat sifatnya yang dominan pada tarikh tersebut?

Amboi, panjangnya soalan. Ok, bab ni saya kurang arif sikit, tapi mengikut pandangan saya yang lemah ini, statistik yang dilakukan mestilah yang berkaitan. Contohnya anda mengumpul maklumat mengenai kemalangan jalan raya. Pastinya benda yang anda mahu buat stastik itu saling berkaitan. Contoh yang berkaitan ialah, minum arak ke, ngantuk ke, bawak laju ke, atau sebagainya. Takkan lah anda mahu guna tarikh lahir pemandu, kemudian membuat kesimpulan bahawa, orang yang tarikh lahir sekian-sekian, biasanya kemalangan sebegini-sebegini. Tak logikkan?
(ini hanya pandangan saya)

Contoh lain, agar lebih mudah faham...

Pernah tak korang tengok cite 'Lie To Me'? Cerita itu mengenai seorang yang belajar membaca muka orang. Dia boleh memastikan samada orang tersebut, menipu atau tak. Ok mari kita lihat dasar kajan dia dulu. Beliau menggunakan ilmu psiokologi manusia. Iaitu mengkaji tingkah laku manusia yang ditonjolkan pada reaksi muka orang. Adakah ramalan sebegini boleh? Mestilah boleh, kerana ia adalah kajian ilmu yang berkait. Jika sesorang itu senyum, itu tandanya dia gembira. Walaupun ia tidak semestinya tepat, tapi kaedahnya tetap benar. Jadi atas dasar apa yang mengatakan nombor-nombor tertentu, bisa menetukan sifat kita? Ia hanya pengkajian yang tidak berasaskan asas yang kukuh dan benar. Kajian itu hanya bermain-main diatas kajian orang cina mengenai nombor-nombor tersebut. 

Pengasasnya Fazilah Kamsah kot. Takkan dia tak tahu hukum?


Saya bukan mahu menghukum sesiapa, saya faham anda merasakan ia boleh kerana ia dibuat oleh orang yang agak tinggi ilmunya. Namun kita kena sedar, bahawa islam ini bukan agama semberono, main ikut-ikut sahaja. Ia adalah agama yang anda perlu faham. Dr fazilah Kamsah adalah manusia dan dia bukannya ustaz. Mungkin dia tidak mengetahui hukumnya dan tidak bertanya dahulu kepada ustaz-ustaz. Saya tidaklah mahu mengatakan dia, sengaja mahu merosakkan tauhid remaja-remaja sekarang. Jauh sekali, mengatakan dia sesat. Mungkin dia tak tahu.

Saya bukannya percaya pun Tarikh lahir tu. Saya suka-suka sahaja.

Berhati-hatilah, jika anda hukum lihat horoskop, dengan hanya melihat horoskop sahaja, amalannnya tidak diterima selam 40 hari. Jika soal ini, saya bukan mahu memandai, tapi bagi saya ia sama sahaja, dengan horoskop. Suka-suka yang membawa padah, baiklah buat benda faedah sikit kat FB. Bagi link-link yang berguna ke, ada juga faedahnya.(suka-suka, lama-lama percaya. Bahaya). Tidak timbulkah perasaan, mempercayai satu sifat dalam banyak2 sifat yang ditulis? Mesti ada kan (i guess, sebab saya pun sama)? Perasaan "eh betul la apa yang dia tulis, aku memang ada sifat camtu" boleh merosakkan akidah kita. Berjaga-jagalah.


Saya guna application tu hanya sebagai motivasi sahaja, bukannya meramal pun.
"keliru jugak kadang2", baca post ini sampai habis dulu

Aduh, penat eden menerangkannya. Motivasi-motivasi jugak, jalannya mestilah betul. Bukannya dengan cara tahu tarikh lahir, anda lebih yakin sikit dengan diri anda. Adakah tarikh/nombor itu lebih mengetahui diri anda, atau anda dan Allah sahaja yang tahu diri anda? Sekali lagi saya jelaskan, potensi diri anda  tidak perlu dimotivasikan oleh ilmu nombor metafizik . Ada apa dengan nombor dan potensi anda? Potensi-potensi anda tidak tersimpan pada nombor-nombor tersebut.

82. org2 yg briman tidak mencampur adukkan iman mereka dengan syirik, mereka itulah orang-orang yang mendapat rasa aman dan mereka mendapat petunjuk. (Al-An'am)

Fikir-fikirkanlah...



Kearah kemurnian tauhid


Apabila kita menyebut kalimah tauhid 'La ila ha ila illallah' , yang kita dapat fahami ialah "tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah".  Namun ruang lingkup tauhid tidak terhad dalam konteks sembahan sahaja. Ia meliputi juga "tiada yang dapat dianggap melakukan kerja-kerja tuhan melainkan Allah" atau "tiada yang mampu berperanan sebagai tuhan melainkan Allah". Mungkin kerana kejahilan kita, tauhid kita ini telah dicemari tanpa kita sedari. Dengan perkara yang kita ambil remeh ini, bisa akan menjadi racun, dan merebak keseluruh akidah kita. Bersama-samalah kita menjaga kesucian tauhid kita, dengan menjaga mata dan pemikiran kita, agar tidak terpesong dari jalan yang benar.


Sekian sahaja disini, jika ada perkara yang berbangkit, silalah bertanya, kalau tak pun google atau carilah ustaz-ustaz yang lebih arif. Jika anda tidak bersetuju akan post ini, terpulanglah. Dan post ini bukanlah lebih kepada menghukum tapi hanya memperingati sesama kita. Jika ada kesalahan dalam penerangan saya bolehlah tegur saya. Semoga Allah merahmati orang yang saling ingat mengingati kearah kebaikan.
.::Allahua'lam::.
Rujukan:
1. Al-Quran
2. buku bertajuk 11 perkara yang mencemari kemurnian tauhid karangan Hafiz Firdaus Abdullah.
3. Laman -laman web yang yg saya google,
4. http://www.facebook.com/pages/Sahaabah/100245510040727?ref=ts
5. http://emjayjb.multiply.com/journal/item/239 (sila ke link ini)
6. http://julajuliebeautys.blogspot.com/2011/01/rahsia-tarikh-lahir-anda-dari-dr-azizan.html

10 comments:

oxaloacetate89 said...

terima kasih.post yg sgt berguna dan bermanfaat.sdg cuba utk elak mate dr bc part horoscope dlm magazine. =)

AkuMuzikFilem said...

memnag tak pernah amik port horoskop dalam majalah, karut saja, kalau kena pun sangatlah kebetulan. tapi, saya tak dapat menolak ajaibnya nombor dan matematik

♥ Huraiyah ♥ said...

sabda Rasulullah SAW yg bermaksud..
"Jgn kamu menilik nasib, dan sebaik-baiknya adalah Al-Fa'lu..."maka sahabat bertanya,"apakah fa'lu itu ya RAsulullah??"maka baginda menjawab "ialah adalah perkataan-perkatan baik yg kamu dengari (bersangka baik)"

MPS said...

Assalamualaikum... bagus artikel ni... kdg2, horoskop2 ni hanya sbg hiburan, tak perlu ambik kisah... yg terbaik adalah meniali diri kita sndiri dan sntiasa bersangka baik..

Anonymous said...

kalau tafsiran Mimpi tu cm mana plak??? salah jgk ke???
ainul

.::: mr IQ :::. said...

Salam

~Ainul
Pasal ta'wil mimpi, sy bukanlah org yg layak menerangkannya...
tp yg boleh sy kemukakn ialah dlm surah yusuf ayat 36-37, Nabi Yusuf menakwil mimpi pemuda yg dtg kpdnya. Namun bukan org sembarangan yg mampu menakwil mimpi ini (nabi dan rasul). (sekadar pengetahuan sy lah). Mimpi ni Allah bg ada 2 kemungkinan, mungkin mainan syaitan, dan mungkin sbg petanda dari Allah kp hamba2 terpilih.
(disebabkan sy kurang ilmu, jd sy x mampu menghurai lebih lanjut, insyaAllah anda boleh tnya Ustaz yg lebih arif) ~maaf sangat2~.

~oxaloacetate89
sama2 jaga mata. Terima kasih sebab komen.

~AkuMuzikFilem
Nombor itu mmg menarik, (sy pun suka matematik, huhu). Tapi bukan itu mengira sifat kita. huhu.
trima kasih sudi komen...

~Hurairah
thanks, sharing is caring..

~MPS
sentiasa bersangka baik, terima kasih...

Anonymous said...

wsalam...trima kasih atas jawapan mr iQ....
~ainul~

mimies said...

salam.

ber++lah ilmu yg belum pernah melintas di fikiran~

tenz.

may u b bless by Allah

Jai Montana said...

ramalan kaji cuaca?heheh

.::: mr IQ :::. said...

to Jai Montana~
sy telah nyatakan diatas, ramalan kaji cuaca adalah satu kajian yg benar2 berkait... mohon rujuk diatas kembali.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget