Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Wednesday, August 24, 2011

Somalia Menggamit Rasa

Assalamualaikum... Hari ini dalam sejarah mari kita muhasabah diri kita di penghujung Ramadhan ini. Nikmat yang dikurniakan, rezeki yang dilimpahkan, adakalanya kita biarkan ia 'dilimpah bazirkan' (term reka sendiri). Pada entri kali ini, saya menyeru diri saya dan sekalian pembaca, mari kita mensyukuri nikmat Allah kurniakan itu dengan memberi sebahagia rezki kita kepada mereka yang LEBIH memerlukan.


Somalia menggamit rasa.
Mari lihat gambar-gambar ini. Biarlah gambar bercerita.

anaknya dirawat
akhirnya meninggal dunia
kekurangan zat
menunggu dirawat
Sedikit sejarah

Seperti yang diberitahu kepada saya oleh Ustaz Darus, nama Somalia itu sebenarnya  berasal dari perkataan Zu-maal. Yang beerti 'pemilik harta'. Asal negara Somalia adalah satu negara yang kaya. Dikatakan bahawa, dulunya orang-orang Somalia tidak memakan ikan walaupun negara itu berada di tepi laut. Mereka hanya makan daging dan tanaman. Menunjukkan betapa suburnya kawasan Somalia.


Namun setelah beberapa tahun berlalu, mereka mula dijajah. Lihat sejarah penjajahan disini. Kemudian semasa didalam keadaan itu, rakyatnya pula berpecah. Berlaku huru-hara, dalam negara. Dan mungkin disebabkan itu, (hanya pendapat) Allah menghantar kemarau pertama kepada negara Somalia. Kemudian rakyatnya mula mengalami kesukaran. Tanaman kekeringan dan ternakan mati. Disitulah, rakyatnya mula belajar makan ikan. Namun, masih lagi perpecahan berlaku di negara itu. Perang puak-puak sesama sendiri. Negaranya terus dijajah, bersilih ganti. Kemudian pada kali ini Allah telah memberi lagi ujian kepada mereka dengan memberi kemarau kali kedua.


Dan begitulah cerita yang dikhabarkan kepada saya. (jika salah sila betulkan). Namun dengan dugaan yang diberikan kepada mereka. Tidak bermakna kita perlu berbangga dengan negara kita yang tidak seperti negara mereka.

Allah memberi dugaan tersebut mungkin kerana beberapa perkara (hanya pendapat sy).

1. Mahu menguji sensitiviti umat islam di negara lain. Samada masih lagi mengambil berat, soal saudaranya yang ditimpa musibah.

2. Memberi peluang kepada kita umat islam yang aman, agar mensyukuri nikmat Allah, dengan menolong umat islam yang lain.

Kenapa Somalia?

"Dalam banyak-banyak negara kenapa Somalia?" mungkin itu yang terlintas difikiran anda. Ya, saya faham, ramai lagi saudara kita diluar sana memerlukan bantuan. Ini adalah sebahagian sebab saya fokuskan.


1. Kemarau paling teruk
Somalia pernah menghadapi kemarau sebelum-sebelum ini. Namun kali dikatakan kemaraunya paling teruk dalam tempoh 60 tahun. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, ramai penduduk Somalia mati akibat kemarau dan seramai 640,000 kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan. Setiap 6minit di Somalia akan berlaku kematian disebabkan kebuluran.Sama-sama kita lihat dan berfikir sejenak.


Ada sebahagian kisah yang saya dengar dimana seorang ibu bersama 5 orang anaknya berjalan menuju ke kem pelarian untuk mendapatkan makanan. Namun dalam perjalanan, satu per satu anaknya meninggal dunia. Akhirnya yang sampai ke kem pelarian itu hanyalah ibunya. Seorang.

2. Mereka Saudara kita
Majoriti negara Somalia, penduduknya beragama Islam. Hanya sikit sahaja yang beragama lain. Dalam laman web wikipedia mengatakan "Islam merupakan agama yang terbesar di Somalia, dengan kira-kiranya 100% penduduknya mengamalkan ajaran Islam. Mengikut jumlah statistik ini seluruh warga Somalia beragama Islam.". (disini kisah pasal islam di Somalia, mesti baca)

mampukah kita tetap dalam iman bila dilanda kesusahan?
Tidak ada sebab lain mengapa kita perlu menolong mereka. Mereka bukan orang lain, mereka adalah Saudara Seislam Kita. Fikirkan bagaimana mereka menyambut Ramadhan tahun ini? Berpuasa dalam keadaan yang memang tiada makanan. Bagaimana mereka bersahur? Bagaimana mereka berbuka?

Di dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: "Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka (muslimin)"
(hadis ini dikatakan dhoif, namun maksudnya benar)

Dari Abu Hamzah, bahawa berkata  Anas bin Malik r.a.,  Rasullullah s.a.w. bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri."
(Hadis sahih Riwayat Bukhari)

3. Lebih Utama
Jika mahu dibandingkan dengan negara islam yang lain. Keadaan di Somalia lebih memerlukan. Bukan saya kata hanya menderma di Somalia sahaja. Dermalah di tempat lain juga, tapi yang lebih utama ialah di Somalia. Di Palestin juga di bom baru-baru ini. Bukannya kita tidak endah pasal Palestin. Dermalah kepada Palestin, tapi jangan lupa saudara kita di Somalia juga.

Ada satu kisah benar yang diambil dari sahabat FB saya. Ketika memeriksa jenazah2 mangsa pengeboman Israel di Gaza semalam,ada satu jenazah kanak-kanak yang penuh duit syiling dalam poket seluarnya.Ditanya kepada rakannya duit apa, "Dia beritahu kami dia tengah kumpulkan wang untuk membantu saudaranya di Somalia". Malu lah kita disini yang aman, tidak mampu membantu mereka di Somalia. (kanak2 Palestin cukup hebat)

Kita Mati Kekenyangan, Mereka Mati Kebuluran

Dimanakah kita semasa mereka menghembus kekeringan nafas terakhir? Apa yang kita lakukan ketika mereka mengesot mencari secebis makanan? Mereka mati kelaparan, kebuluran. Kita mati dengan kekenyangan. Obesiti dan sebagainya. Malu lah kalian (termasuk saya).

Marilah menderma untuk mereka! Saya seru sekalian pembaca mari! mari! dan MARI! Saudara kita disana menderita! Yang kaya dihulurkan sebahagian harta kepunyaan Allah! Yang punya tenaga, dihulurkan segala usaha pergi membantu disana! Yang punya cakna dan peduli, mari sebarkan kesedaran buat mereka yang masih tidak tahu! Sumbang apa saja yang termampu! Allahuakbar!

Semoga kita menjadi hamba Allah yg bersyukur.
Mari Menderma!!

Dengan ini saya sediakan satu medium dimana kita boleh membantu mereka di Somalia. Lihat di Poster atas. Haluan adalah satu badan NGO yang boleh dipercayai. Jika anda masih ragu-ragu, hubungi nombor yang tentera di dalam poster itu (tidak salah, jika mahu dipastikan). jika gambar diatas kurang jelas disini saya tunjukkan no akaun nya.
BIMB 14-023-01-002571-8 (HALUAN)

"Rasullulah adalah seorang yang pemurah dan lebih pemurah pada bulan Ramadhan"
(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda tentang orang yang ingin melembutkan hatinya: "Jika engkau ingin melembutkan hatimu, berilah makan kepada anak yatim dan usaplah kepala anak yatim"
(HR Ahmad)

Sabdanya lagi "Dan sedekah boleh menghapus kesalahan sebagaimana air memadamkan api" 
(Sahih At-targhib)

P/s buat para blogger diluar sana : Mari sebarkan Berita Somalia di blog-blog anda. Tulis artikel mengenai Somalia. Jika mahu copy artikel saya hendaklah dilinkkan kembali kepada saya, supaya sebarang kesilapan boleh dibetulkan. Kemudian bubuh poster seperti yang saya letak dibawah tu.

Khabarkan kepada mereka yang tidak tahu, merupakan salah satu usaha kita membantu mereka di Somalia.
diantara artikel mengenai Somalia
-Talian Hayat Pelarian Somalia
-Delagasi Erdogan: Luka Somalia Terubat
.::Wallahua'lam::.

13 comments:

Sidratul Muntaha said...

:'(

pengemis Cinta~ said...

infiniti pilu.;(

Siti said...

zu-maal=pemilik harta

Mohammed Faizal said...

sedih yang amat...

.::: mr IQ :::. said...

@sidratulmuntaha dan @PC~
:'(

@siti~
asif... ana silap.. nanti ana ubah.. jazakillah sebab tegur (sy x terer bhs arab, huhu)

@faizal~
mari menderma, dan sebarkan kesedaran..:)

Cik Siti Aziz said...

Ya Allah..lindungilah mreka disini..
cik prnh join segmen abg ben untuk kempen ni..harap mmbntu

Cardiacku said...

Semoga mereka diberikan kekuatan dan kesabaran serta mendapatkan pahala yang berlimpah aamiin

.::: mr IQ :::. said...

@Cik Siti Azizi~
owh, abg Ben pun ada buat segmen.. harap2 ia bukan semata2 nak naikkan traffic shj. Moga usaha itu diterima Allah

@Cardiacku~
Aminnn

khairul said...

apa lah dosa mereka kan ? dugaan Allah yg maha hebat

~Nana 귀여운~ said...

saya bersyukur kerana masih dalam keadaan sihat sejahtera, diberi rezeki yang sentiasa cukup. sangat simpati kepada saudara di somalia..kemarau yang berpanjangan menyukarkan kehidupan warga2 disana..
semoga allah menurunkan hujan yang bisa mengurangkan penderitaan penduduk disana, amin..

RinsyaRyc said...

Kurusnya.. Hiba tengok diorangni..


http://bulatmata.blogspot.com/
BulatMata

~izzah Athirah~ said...

jazakillah...atas peringt ni.. ..mngkin kita pernah terleka dgn dunia kta sendiri sdngkn saudra kta amat memerlukn...kta..

:-) said...

salam sy peminat ilmu alam geografi sejak dizaman sekolah dulu, sy selalu berasa pelik dan hairan mengapa somalia itu selalu kemarau n menjadi padang pasir sedangkan negara itu terletak di garisan khatulistiwa seperti malaysia, indonesia, thailand, india n brazil yg menerima hujan yg lebat sepanjang tahun n berhutan rimba tebal.... Ya Allah swt semoga akhiri lah cuaca kemarau di somalia itu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget