Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Friday, November 26, 2010

Hati-Hati Membeli Tali Leher!!




Assalamualaikum...
Disini ada sedikit peringatan buat mereka yang memakai tali leher.. Haritu abang saya, ada beli tali leher. Harganya RM 49. Designnya memang lawa la. Saya pun suka gak tengok design tali leher tu. Tapi bila saya belek-belek tali leher tu, saya terjumpa tag tie tu tertulis 100% silk. Mengikut kamus Dewan otakku, silk ni bermaksud sutera. Maksudnya Sutera 100%!!!



Sedangkan sutera merupakan barang yang haram dipakai bagi lelaki. Sungguh hebat perancangan jahilliyah. Buat tali leher dari sutera. Kebanyakan dari kita orang islam, tidak mengambil berat tentang hal tersebut. Kebanyakan orang islam yang kaya selalunya membeli tali leher yang mahal. Dan tali leher yang mahal, selalunya diperbuat dari sutera. Suterakan harganya mahal (ayat keling, huhuhu). 





Ini contoh tali lehernya. (bukan yg abg saya beli haritu)

disini saya jelaskan hukum memakai sutera.. (copy je, huhuhu)


100% silk!!!
Pakaian dan Perhiasan: Emas dan Sutera Asli Haram Untuk Orang Lelaki
Kalau Islam telah memberikan perkenan bahkan menyerukan kepada umatnya supaya berhias dan menentang keras kepada siapa yang mengharamkannya, iaitu seperti yang dikatakan Allah dalam al-Quran:

"Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan untuk hambaNya dan begitu juga rezeki-rezeki yang baik (halal)?" (al-A'raf: 32)

Maka dibalik itu Islam telah mengharamkan kepada orang lelaki dua macam perhiasan, di mana kedua perhiasan tersebut justeru paling manis buat kaum wanita. Dua macam perhiasan itu ialah: Berhias dengan emas dan memakai kain sutera asli.

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:

"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang lelaki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah: "halal buat orang-orang wanita."

Dan Saiyidina Umar pernah juga berkata:

"Aku pernah mendengar Rasulullah s.a. w. bersabda: 'Jangan kamu memakai sutera, kerana barangsiapa memakai di dunia, nanti di akhirat tidak lagi memakainya.'" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan tentang masalah pakaian sutera Nabi pun pernah juga bersabda:

"Sesungguhnya ini adalah pakaian orang yang (nanti di akhirat) tidak ada sedikitpun bagian baginya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan tentang masalah emas, Nabi s.a.w. pernah melihat seorang lelaki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah. Kemudian beliau bersabda:

"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si lelaki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kami saksikan di kalangan orang-orang kaya, iaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, kaling rokok emas, mulut(?)/gigi emas dan seterusnya.

Adapun memakai cincin perak, buat orang lelaki jelas telah dihalalkan oleh Rasulullah s.a.w., sebagaimana tersebut dalam hadis riwayat Bukhari, bahawa Rasulullah sendiri memakai cicin perak, yang kemudian cincin itu pindah ke tangan Abubakar, kemudian pindah ke tangan Umar dan terakhir pindah ke tangan Usman sehingga akhirnya jatuh ke sumur Aris (di Quba').

Tentang logam-logam yang lain seperti besi dan sebagainya tidak ada satupun nas yang mengharamkannya, bahkan yang ada adalah sebaliknya, iaitu Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh kepada seorang lelaki yang hendak kawin dengan sabdanya:

"Berilah (si wanita itu) mas kawin, walaupun dengan satu cincin dari besi." (Riwayat Bukhari)

Dari hadis inilah, maka Imam Bukhari beristidlal untuk menetapkan halalnya memakai cincin besi.

Memakai pakaian sutera dapat diberikan keringanan (rukhshah) apabila ada suatu keperluan yang berhubungan dengan masalah kesihatan, iaitu sebagaimana Rasulullah pernah mengizinkan Abdur-Rahman bin 'Auf dan az-Zubair bin Awwam untuk memakai sutera kerana ada luka di bagian badannya.

(sumber: http://zakrinyan.blogdrive.com/ dipetik dari buku Yusuf Al-Qadrawi yang bertajuk Al-halal wal Haram fil Islam.)


Jadi jelaslah sekarang berhubung tali leher sutera. Lepas ni, saya nasihatkan kat pembaca semua, sila perhati tali leher-tali leher yang korang nak beli (atau yang dah beli). Pastikan betul-betul ia bukan diperbuat daripada sutera. Semoga Allah redho dengan kita, dengan meninggalkan perkara yang haram.


wAllahua'lam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...