Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Monday, December 13, 2010

Fikrah: Ikhtilat Yang Diremehkan


Assalamualaikum buat pembaca dan pelawat blog ini. Semoga apa yang kita lakukan hari ini diberkati dan deredhoi Allah. Hari ini saya ingin membincangkan satu tajuk yang berbentuk fikrah, iaitu pemahaman kita. Ada sestengah orang (yang mengenali saya), selalu mengatakan saya ni telalu SYADID dan EXTRIMIS dalam bab Ikhtilat ini. Bagi saya, apa yang saya lakukan bukanlah mengikut kehendak saya. Apa yang saya lakukan, adalah berdasarkan apa yang saya fahami sendiri. Kita selalu mengatakan orang lain syadid dan warak (dan lebih teruk exterimis), namun pernahkah kita memahami kehendak Islam itu sendiri? Disini saya ingin mengajak kita semua memahami salah satu permasalahan dalam islam iaitu ikhtilat.


Hukum asal Ikhtilat

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan  penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Ikhtilat beerti pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi. Hukum asal Ikhtilat ialah Haram. Ia amat ditegah oleh islam. Soal ikhtilat ini mungkin ada ramai orang yang tidak tahu, dan mungkin ada yang tahu tapi buat-buat tak tahu, atau ada yang tak pasti, tapi malas mencari. Sistem kehidupan yang dicipta manusia kini, seperti menggalakkan pergaulan bebas ini. Ramai yang tahu buat tak kisah, sehingga orang yang tidak tahu dan tidak pasti, mengambil dalil atas (tindakan tidak kisah itu) kita, bahawasanya ia dibolehkan dalam islam. 

Soal yang remeh itu..

Soal yang kita anggap remeh-temeh itu kini menjadi barah dalam masayarakat. Zina, rogol, buang anak, adalah hasil dari soal yang kita anggap remeh temeh itu. Soal yang remeh temeh itu menyebabkan daie atau daieyah terjerumus dalam kancah percouplelan dan maksiat hati. Soal remeh temeh ini, telah menyebabkan urusan atas dasar kerja, melarat-larat kepada perkongsian peribadi dan bukannya perkongsian kepakaran. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah. 

Kemudahan yang disalah guna..

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, Friendster dan Facebook. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja. 

Tip-tip berurusan dengan bukan muhrim

Namun apa yang saya katakan itu bukanlah untuk menghukum korang, ia adalah untuk memperingati sesama kita. Saya pun kadang kala (ter)melakukan perkara tersebut. Jadi itu lah gunanya ingat memperingati sesama kita. Disini saya sediakan tip-tip berurusan dengan yang bukan muhrim, yang saya ambil dalam perkongsian e-mail oleh group yahoo mail saya, 

1Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2
Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

3. Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." 
Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya? 

4. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.
 

5. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang. Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan mahram malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu, sedang yang kedua tidak (berdosa)." 

6. 
Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.


Jadi jelaslah bagi kita batas-batas pergaulan itu. Ikhtilat hukum asalnya adalah haram, tapi dalam situasi-situasi tertentu adalah dibolehkan, jika mengikut cara-cara yang betul. Namun post ini bukanlah ditujukan khas buat korang, ia ditujukan khas buat si penulis (sila baca perturan membaca dibawah shoutmix). Saya kadang-kadang mengalah dengan suasana yang tidak syara'. Moga dengan sedikit ini, kita sama-sama dapat membentuk biah solehah (suasana tarbawi) dalam kehidupan kita.

Minta maaflah kalau post ini tidak menjawab persoalan-persoalan diminda korang. Jika anda mahu penjelasan yang lebih mendalam seperti dalil pengharaman ikhtilat atau dalil pengharaman berpacaran, boleh mencari di tempat yang lain sebab apa yang cuba saya sampaikan adalah berbentuk umum sahaja. Mungkin satu hari nanti saya akan cuba menjelaskannya lain kali. 

p/s: link yang sesuai utk dibaca ( http://ms.langitilahi.com/bila-kamu-bising-fasal-ikhtilat/ ) dan banyak lagi yang boleh anda cari pasal ikhtilat atau pergaulan dalam internet.

.::Wallahua'lam::.

7 comments:

affendik? said...

mantap, iqbal.
1 cabaran insan yg mengajar bahasa dan komunikasi adalah mengawal ikhtilat supaya menjadi ibadat. nasib baik iqbal ada =)

BroHamzah said...

Assalamualaikum mr IQ

Tulisan dan penerangan fikrah ikhtilat dari anta memang clear. Anta kena buat hebahan dan ceramah khusus ini. InsyaAllah

.::: mr IQ :::. said...

to Brohamzah...
erk(tak terkata).... ceramah khusus..?

to Affendik..
may Allah bless U... sir Irwan yg comel..

Syed Ahmad Fathi said...

Terima kasih akhi Iqbal.
Sangat bernas dan jelas.

nusrah said...

Assalamualaikum..
memang ramai org amik mudah perkara ni, tmasuk juga org yg terlibat scara lgsg dalam pengajian agama..
terima kasih atas perkongsian..

nak bg cadangan ckit bleh?? rasanya utk bahagian komen tidak perlu word verification (user-friendly).boleh ubah di setting(sy rse awk msti lebih pakar bab2 setting nih)

tp tpulanglah kpd empunya blog.

يسرى فريد said...

Artikel yang menarik, cuma ada 1 kalimah yang salah, mahram dan muhrim, sila cari perbezaan di situ. terima kasih atas perkongsian.

.::: mr IQ :::. said...

Terima kasih atas teguran saudara. InsyaAllah sy Akan betulkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...