Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Saturday, April 9, 2011

Tidak Penting atau Tidak Yakin

Cacamarba

Kadang-Kadang

saya pun main jugak wei..

Azan asar berkumandang. Seorang kawan mengajak.
"Jom main dota wei!!"

Beberapa orang dalam kelas mula membuka laptop. Sebahagian kawan lain pergi ke surau menunaikan amanah Allah kepada manusia (solah).

setelah sejam berlalu, permainan telah tamat dalam keadaan kalah. Kawan itu mula berkata lagi,
"Jom main lagi, kali ini mesti menang" katanya dengan penuh semangat.

Mereka sambung lagi permainan yang baru.

Jam menunjukkan pukul 7.00 petang, kemenangan milik mereka, lantas mengimplimentasikan kesyukuran mereka dengan mengangkat takbir asar.

Segelintir ahli studio berasa heran,
"Dorang ni solat asar ke solat maghrib, langit dah kelam-kelam suam, tapi azan magrib pun tak lagi. Takkan solat maghrib kut?"

.......................................................................................................

Sehari-hari

"memang terbaik" kata syaitan
"Bangun-bangun, solah subuh wei",
Seorang rakan di bilik, mengejutkan mereka yang terlena, menyeru melaksanakan subuh.

"Nak habis waktu subuh dah ni, bangun-bangun, laksanakan perintah Allah dulu. lepas tu nak tido, tido la sampai mati pun"

kawan itu menjawab
"hmm, nanti la" sedang matanya masih terpejam, lalu mengalihkan kedudukan tidurnya menghadap dinding. Gayanya seperti tidak mahu diganggu masa tidur berkualitinya.

Sejam kemudian, kedengaran jam telefon bimbit berbunyi. Kelibat makhluk itu terjaga lantas melihat jam tangan. Kemudian bingkas turun katil dan terus bergegas ke tandas.

"ko nak kemana ni?"

jawabnya,
"Kelas aku pukul 8.30pagi."

Terkesima...


.......................................................................................................

Dulu-Dulu

best kut dareamon dulu2

Satu ketika waktu maghrib, di ruang tamu rumahku. Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat. Kebetulan waktu itu pukul 7.30 malam. Huh, cerita Doraemon sedang ditayangkan. Menjadi kemestian bagi kami waktu kecil-kecil dahulu untuk menontonnya. Cerita animasi Jepun itu selalunya ditayangkan selepas animasi Crayon Shin Chan yang keudara pada pukul 7 malam. (pelikkan, kartun-kartun begitu, selalu clash dengan solat magrib)

Kemudian datanglah sosok tubuh itu kepada aku dan adik-adikku.

“Dah masuk waktu ni, pergi mandi ikut ayah pergi solat maghrib di surau”, kata-katanya menghembus.

Aku dan adik-adik terus menonton. Ibu sangat baik kepada kami. Tak pernah dia meninggikan suara memarahi kami. Doraemon yang sedang ditayangkan itu terus kami tonton.

Ibu tidak cepat melatah, bahkan dia seorang murabbiyah.

“Kalau seseorang tu dia mengutamakan sesuatu itu lebih daripada sesuatu yang lain maknanya dia telah menjadikan perkara itu ILAHnya. Kalau lebih utamakan Doraemon, Doraemon itulah yang jadi ILAH kita”, ibu menambah.

.......................................................................................................

Cacamerba-cacamerba ini adalah kisah benar yang berlaku disekililing kita dan mungkin juga kadang-kadang berlaku pada diri kita. Betul tak?

Kalimah Penyaksian


Apabila ditanya, islam atau tidak, maka pastinya kita menjawab, ya saya orang islam. Seperti juga, bila bertanya pada orang bodoh, adakah engkau pandai? Pastinya dia menjawab, saya pandai dan saya berilmu. Namun dimanakah pembuktian kata-kata itu? Pernah dia mengerti apakah maksud 'La ilah ha il Allah'. Ya mungkin ramai yang mengerti, maksudnya 'tiada tuhan melainkan Allah' kan, tapi berapa ramai yang benar-benar memahami akan kalimah yang paling agung itu?

Apabila kita menyebut 'la ilah' beerti tiada tiada tuhan. Pefahamannya ialah kita membuang segala sembahan atau tuhan yang berada dalam hati kita. Kemudian lafaz 'il lAllah' membawa maksud selain dari Allah. Pemahamannya hanya Allah sahaja yang patut kita sembah dan taat. Kesan pemahaman inilah yang menjadi acuan, karekter-karekter agung di zaman yang dipanggil sebaik-baik umat. Namun kini kalimat itu sudah hilang dihati makhluk manusia yang perasan 'islam'.

Ok, sekarang ni berbalik pada topik. Lihat ketiga-tiga kisah (mungkin) kita diatas, apakah persamaannya? Ya, semua tentang solah.Sebagai kita seorang muslim yang mengucap kalimah syahadah. Kita telah berjanji didalam syahadah kita bahawa kita tidak akan mempersekutukan-Nya dengan apa sekalipun. Namun seringkali juga melalaikan arahan-Nya.


فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنْتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.
(an-nisa': 103)

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.
(Thaahaa:014 )


Tidak Penting

Apakah kompleksi yang berlaku pada diri kita? Adakah kita merasakan solah itu tidak penting? Apakah yang lagi penting selain dari arahan Allah. Lihat situasi yang kedua. Apabila dikejutkan subuh tidak mahu bangun. Tapi apabila melibatkan kelas yang bakal dia terlewat, dia bingkas dengan segera. Manakah yang lebih penting sebenarnya?Perbuatan itu sendiri menunjukkan bahawa perintah Allah (solah) itu tidak penting jika mahu dibandingkan dengan pergi ke kelas.

Tidak yakin

Atau mungkin kompleksi ini berlaku kerana kita ini tidak yakin? Yelah, masakan makhluk yang merasakan dirinya hamba, melambat-lambatkan  (ataupun tidak langsung) perlaksanaan perintah Tuannya sendiri? Yakinkah kita akan neraka? Solah membezakan kita ini kafir atau muslim. Ia adalah syarat islam (rukun islam) yang kedua terpenting selepas mengucap dua kalimah syahadah. Islamkah kita ini?

Kata Saidina Umar r.a, "Sesiapa memelihara solat dan tetap mengerjakannya bererti dia memelihara agamanya dan sesiapa yang mensia-siakannya, ia mensia-siakan kewajipan agamanya. Solat adalah tiang agama dan semulia-mulia rukun islam yang lima selepas dua kalimah syahadah. Tanpa solat runtuh agama seseorang itu. Jika diibaratkan dengan jasad manusia, kedudukannya ialah kepala. Orang yang tidak berkepala maka tidak akan hidup, demikian juga tidak akan hidup agama bagi orang yang tidak mengerjakan solat."

Mencuaikan atau melengah-lengah solah menunjukan buah daripada akidah yang tidak mantap. Atau mungkin boleh dikatakan, jiwanya masih ragu-ragu lagi bahawa Allah itu sahaja yang patut disembah. Lihat kisah kita yang ketiga tadi. Lihat balik dialog ibu tersebut ,“Kalau seseorang tu dia mengutamakan sesuatu itu lebih daripada sesuatu yang lain maknanya dia telah menjadikan perkara itu *ILAHnya. Kalau lebih utamakan Doraemon, Doraemon itulah yang jadi *ILAH kita”  *Ilah beerti sembahan.


Berhala-berhala moden


Manusia zaman kini tidak lagi menyembah berhala, seperti yang dilakukan oleh masyarakat zaman arab terdahulu. Dan kalau ditanya orang zaman sekarangpun, semestinya dia akan mengatakan "eh, bodohnya menyembah berhala". Namun tanpa disedari didalam hati mereka, terdapat berhala-berhala moden. Ok, mari kita kaji sikit pasal kenapa manusia sanggup melalaikan solah. Pikir-pikir la korang seminit ek... (baru sambung baca dibawah)

Ok, dah pikir dah ke? Kalau gitu, setuju tak jika saya katakan, bahawa kita melalaikan solah kerana ikut hawa nafsu kita. Betul tak? Itulah sebenarnya 'berhala-berhala moden' yang saya maksudkan tadi. Malas bangun solah subuh, kerana mengikut nafsu nak tidor. Sengaja melambat-lambat solah, kerana mengikut nafsu bermain dota. Dan penyembahan 'berhala' nafsu ini, terus-menerus menjadi rutin seharian kita.

Jadi disini saya ingin mengajak sesama kita, marilah kita memperbetulkan syahadah kita (menghayati dan memahami). Agar buah-buah akhlak seorang muslim lahir dalam diri kita. Mari kita menghayati, kepentingan solah itu sendiri. Marilah kita merasai bahawa mencuaikan solah itu menjatuhkan diri kita ke lembah neraka. Oleh itu, janganlah ada dikalangan kita melewat-lewatkan solah (atau tak solat langsung) lagi. Utamakanlah perintah Allah. (banyak pulak aku berleter)
An-Naazi`at:037 
فَأَمَّا مَنْ طَغَى
Adapun orang yang melampaui batas,

An-Naazi`at:038 
وَءَاثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا
dan lebih mengutamakan kehidupan dunia,

An-Naazi`at:039 
فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَى
maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).


rujukan:
1. Al-Quran
2. http://www.luvmalaysia.com/diari-wanita/cahaya-muslimah/72-solat-membezakan-islam-dan-kafir.html (pasal kata-kata umar tu)
3. http://tintatarbiyyah.blogspot.com/2011/02/ini-ilahku-apakah-ilahmu.html (kisah yang ketiga itu)

p/s: kalau ada bahasa yang sukar difahami bagitau la sebab saya main taram je bahasa tu.. huhu

4 comments:

Faris Adli said...

nice info..mohon share kat duniafaris.com

AkuMuzikFilem said...

mekasih. nasihat yang jelas tapi tajam tulisannya. jujur saja mengaku, saya masih lagi seperti cerita-cerita di atas, yang dalam pembaikan.

Idah said...

Insyallah kita cuba memperbaiki diri spy mjd insan soleh dan solehah...

Nur Amira Ramli said...

setuju. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget