Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Wednesday, December 1, 2010

Salam Ta'aruf

Salam ta'aruf 
Selamat berkenalan

Minta maaf buat pelawat2 (pelawat x semestinya pembaca, pembaca adalah pelawat) blog mr IQ yg boring ni. Sebab saya x pernah memperkenalkan diri saya (tiru cara broHamzah, huhu). Terutama sekali buat saudara MQ. Baiklah kali ni kita berkenalan dgn mr IQ (tapi nama tetap dirahsiakan, tapi antum boleh la teka).

ni bkn gambar saya, tapi art saya je
Biodata
Nama Pena: Mr IQ.
Nama sebenar: Diberikan sempena nama seorg pemuitis dakwah. (cari sendiri)
Lahir: 31 Oktober 1989 di Hospital Besar Kuala Terenganu.
Umur: sudah meningkat 21 tahun.
Warganegara: Malaysia.
Tinggal: Area Gombak. (alamat dirahsiakan)
e-mail: Iq89.kafah@gmail.com
status: Bujang (jgn salah faham)

Belajar: Pernah belajar di...
1. darjah 1-3: Sek. Keb. Wangsa Maju.
2. darjah 4-6: Sek. Keb. Wangsa Jaya
3. Tingkatan 1-5: Taman Islami, Perlis (cuba teka sendiri)
4. 2007-2010: Kolej Tarbiyah Dakwah, kelantan (cuba fikir sendiri)

Keluarga:
Anak ke 3 daripada 8 orang adik beradik.
2 abang. 5 adik (laki dan perepuan)
6 laki, 2 perempuan
Ayah asal dari Kelantan
Mak asal dari Perak

Hobi:  
1.Secara jujurnya saya amat menyukai Game Komputer. Tapi, saya cuba kurangkanlah. (dah kurang dah). Kurangkan benda tak berfaedah!!

2.Saya amat suka melukis, sungguh pun saya tidak memiliki bakat melukis. Jadi melalui hobi melukis ini, saya belajar melukis.(praktis). Lukisan saya buruk tapi saya suka buat komik islamik. Ada la beberapa karya yg pernah saya buat (boleh lihat di Link Komik, diatas). Saya pernah masukkan satu komik dalam majalah Taman Islami, 2 muka surat. Tapi disebabkan kesalahan teknikal, muka suratnya ter'pisah' di tempat lain. Tajuknya ialah Ana Wa 'Taman Islami'.

3. Saya suka baca Komik. Komik yg diminati ialah One Piece. Namun saya bukan pembeli komik, tapi pembaca komik (huhu). Kalau orang lain tak beli, maka saya tak baca. Dan sekarang sudah beberapa bulan tidak membaca komik. (rasanya x spatutnya masuk dalam hobi)

4. Saya mulakan satu hobi yang baru semenjak awal Oktober yg lalu. Iaitu berbloger. Tak bagus dalam menulis, tapi tak apalah. Asalkan dapat bersuara (secara maya). Masih beginer.http://mr-iq.blogspot.com/2010/09/muqaddimah-kata2-tak-terkata.html

5. Bersukan. Walaupun saya kurus tapi saya adalah lelaki. Lelaki sinonim dgn sukan. Maknanya saya masih normal. Sukan yg paling saya suka ialah Ping-Pong. Main kebanyakan sukan, kecuali sukan utk wanita, huhuhu.

Sifat:
1. Seorang yang pasif. Saya tidak aktif dalam bersosial dan berorganisasi dan bercakap.

2. Pemalu. Saya mempunyai sifat malu yg terlampau (tidak bertempat). Malu itu bagus, tapi biar kena pada tempatnya. Maluku ini telah mematahkan potensi diri ini. Masih lagi Work In Progress (WIP) dalam mengatasi perasaan malu terlampau.

3. Muka selalu serius. Nampak cam garang. Tapi sebenarnya muka saya memang camtu. Saya sendiri pun tak tau kenapa. Tapi sebenarnya saya seorang yg merapu (dgn org yg dikenali je lah). So, kalau anda mahu berurusan dgn saya (terutama yg lawan jantina), tidak perlu takut, selagi urusan itu adalah syarak.

4. Sebenarnya saya tidak pandai bersosial. Maafkanlah saya jika saya tak banyak bercakap. (tapi kalau dgn kawan rapat saya, saya akan banyak cakap dan merapu).

5. Ini saya kategorikan sebagai sifat juga, (maaflah jika tafsiran ini tidak tepat), Saya berdarah Sains dan Matematik. Maksudnya lemah sikit bab membaca. Mengikut kajian saya, org yg lemah math dan sains selalunya suka bab membaca seperti sejarah atau apa2 yg berkaitan. Begitu juga sebaliknya.

6. Sifat2 lain.... Saya mempunyai sifat (mungkin boleh dikategori sebagai penyakit), seperti riak, ujub, takabbur, hasad dengki, pemarah, tidak berhikmah dan sebagainya. Tapi saya tak mampu nak hebahkan aib saya, sebab ia seperti berbangga dgn dosa pula. Berbangga dgn dosa adalah dosa yg besar bg saya.

Cita-cita:
1.bila disebutkan cita-cita, org selalu tafsirkan sebagai pekerjaan. So, saya akan jawab, Usahawan berjaya.

2.tapi sebenarnya saya bercita2 menjadi seorg dai'e. Sebab dengan cara itu sahaja boleh memastikan saya masuk ke Syurga Allah. Cita2 saya, mahu membebaskan manusia dari cengkaman jahiliyah dan hawa nafsu. Merobohkan mungkar Akbar yg telah menerobos segenap pelosok dunia. (Tapi utk peringatan korang, saya ini panjang angan2, tapi kurang himmah.)

3. Masuk syurga, bertemu Allah.

Harapan:
1. Harapan paling besar adalah utk diri saya sendiri. Semoga dpt melayakkan diri ke syurga, dgn sifat2 dan ciri2 yg sepatutnya ada.

2. Saya berharap daulah akan terbina, ditangan kita.(mahu meruntuhkan jahiliyah, runtukanlah dalam diri dahulu).

3. Semoga diri ini dpt hidayah, begitu juga kepada kawan2 saya.

gambar yg diedit

Sedikit Ucapan:
Walaupun saya belajar di tempat yg hebat (sila rujuk belajar>no3 n 4), tidak beerti saya hebat. Sepatutnya hebat, tapi saya jadi org yg biasa, penuh lompang disana dan disini. Jadi itulah sebab saya merahsiakan nama. Takut bila anda mengenali saya, anda akan mengatakan "apa yg ditulis, tidak sama dengan apa yg dibuat". Saya tidaklah sehebat antum, cuma berusaha jadi yg terbaik.

P/s: jika anda rasa ada apa2 lagi yg perlu saya nyatakan. Sila bagitau saya dibawah.

.::moga ta'aruf ini mengundang keredhoan Allah s.w.t::.

23 comments:

Qawiem Khairi said...

Salam mr. IQ..

Jazakallah atas perkongsian ini..
cukup bermakna..

Ada beberapa yg saya sudah bleh tangkap..
tp utk mengecam saudara, agak tipis..
apa2pun fatahallahu'alaik..

Moga Allah ridha..

Qawiem Khairi said...

Alhamdulilah..

lps baca byk kali..
ana rasa ana knal akhi(",)

syukran atas klunya..=)

Syed Ahmad Fathi said...

Naw Labqi yang hensem.

.::: mr IQ :::. said...

2 Syed Fathi: siapakah Naw Labqi?
2 MQ: Alamak nta dah tau ke? Habis la ana.... (biarlah rahsia)

Aisyah Hummairah said...

salam mr.IQ

sangat panjang pengenalan diri anda. hehe.... bagus betul aktif berblogging. tak mcm sy, kejap ada, kejap xda. nothing to say, just wanna wish you all the best in the new level of your life. welcome to the new world. sedikit peringatan, carilah sahabat yang terbaik di tempat baru nanti. semoga tidak tergelincir dari landasan yg sebenar

.::: mr IQ :::. said...

to Cik aisyah

insyaAllah cik, Doa2ka lah saya.
utk pasal berbloging, sy tak pasti dapat aktif lagi ke tak, slps masuk UITM ni... BTW, thanks sebab sudi dtg blog sy yg boring ni....

Tuan Muda said...

teruskan bal,.jangan biarkan ia sunyi tanpa coretan2 baru,..inspirasi tok kengkawan tuu bal,..

Syed Ahmad Fathi said...

Bila baca byk kali lawak pon ado.

Arif Iskandar said...

Salam mr IQ.

Enta masuk UiTM mane ? =)

.::: mr IQ :::. said...

Shah Alam

Diari Si Froggie said...

salam..

Mr IQ duduk gombak la
hehe..

aida pun duduk gombak juga.. ^_^

blog awk bnyk manfaat tau..like sangat

Ieza Zaslia said...

salam.. jgn terlalu merendah diri sgt2..

anda adalah seorg yg ber'idea kreatif... berblogging adalah salah satu cabang menkreatifkan minda.. alhamdulillah..isi kandungan amat berilmu.. semoga mjdi perkongsian bersma mrk yg berkunjung ke blog anda ini.. syabas dan teruskan... sya dah tandakan blog anda dlm barisan favorite i.e sya ini...
wassalam

.::: mr IQ :::. said...

to Ieza Zaslia ~
terima kasih atas sokongan anda. Saya masih lg memperbaiki penulisan sy. jgn puji lebih2, nanti penyakit riyak sy dtg pulak... :)

.::syukran ala Ziarah::.

FiqRie Skeleton said...

salam mr IQ~

kita ada persamaan dari segi perwatakan la..hehe

blajar dlm jurusan apa ye?

.::: mr IQ :::. said...

owh.. waalaikum salam,
saya amik jurusan architectural di UiTM shah alam...

Perwatakan yang mana yg sama?

Unknown said...

salam blogger dari saya. blog yang menarik. isi kandungan yang banyak pengajaran...menarik untuk dibaca...singgah2 lah ke blog saya nanti...blog seorang penulis cabuk yang asyik dengan dunia novelnya sendiri..he2...

zisizfashunn said...

mr iq

family kita sme ;D

setuju ngn syed ahmad fahti, lawak pon ad gk..heh

.::: mr IQ :::. said...

to Azrina~ insyaAllah kalauada peluang sy jengok (dah jengok dah sebenarnya, haha)

to Selimut puteh~ adik beradik ada 8 org gak ke? anak ke 3?
btw, sy tak tau kat bhgn mana yg lawak... bleh gtau tak?

RuMaH TuA said...

Salam taaruf...

Anonymous said...

jumpa blog ni dari blog kawan matrik. x sangka, mr iQ ni senior saya. saya sekolah wangsa jaya juga. batch 00/06 :D

Sayap Pejuang said...

salam.. ntah knp rsa cm klakar plak bca Salam Ta'aruf ni...hee...tp ur entry sgt mnarik.. Taman Islami Perlis tu MATRI ke?huhu.... xbest laa teka2 ni.. jmput ke blog ana.. =)

Ukhti Hana said...

Salam Ta'aruf.
jurusan architectural ni ada temuduga n kena lukis kan?
ada tips tak?
maaf kalau soalan ini tak sesuai di tanya di ruangan ini.

.::: mr IQ :::. said...

takpe.. tanya aja. sy akan cuba jawab yg mana boleh..

architecture, ada interview, dan ada kena lukis.. live skecth.

kalau tips, sy pun x hebat sangat nak bagi.. tp sy bg yg sy tau aja..

1. kena tau la sikit2 pasal architecture. contohnya kaji pasal architect yg terkenal ke..

2. lukis biar cantik la.. haha. kalau rasa lemah dalam melukis, tunjukkan kamu berminat sungguh dalam architecture dengan mengikut step yg pertama tu. (boleh cover
kelemahan tu)

3. tunjukkan hasil kerja kamu yg kamu buat time SPM (kalau amik pendidikan seni visual la). tak pun cari bagi aja apa2 yg telah kamu buat. contoh model rumah ke. skecht ke. untuk tunjukkan passion kamu dlm bidang itu..

setakat tu je dulu.. kalau ada apa2 lg, silalah tanya, jgn segan2.. haha :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...