Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Friday, March 11, 2011

Memandang Harapan dengan Harapan

Astargfirullah.... astargfirullah..... astarghfirullah....
Bila tiap kali saya melihat followers, penyakit itu selalu hadir dalam diri ini (rujuk my profile). Riak dan bangga sentiasa mencari-cari cara merosakkan amalan, seperti api membakar kayu. Hangus, kosong dan sia-sia. Semoga Allah mengampuni saya tatkala perasaan itu hadir. 


Memandang-mandang

Di Bilik

Diwaktu subuh di penghujung episod, kelihatan 'mereka' masih lagi bergelimpangan ketiduran. Tidak menghiraukan langsung kewajiban yang sudah dipengakhiran waktu itu. Dengan perasaan yang agak control sikit, dikejutkan 'mereka'.yang masih lena dibuai mimpi. Mata celik, kemudian bingkas bangun. Dalam hati ini berkata

"Ok la tu, dah bangun".

'Mereka' pergi ke meja, mengambil kotak rokok lalu terus ke tandas.

"cis, pergi hisap rokok dulu rupanya", sambil kepala digeleng beberapa kali. Panas-panas juga. Langit sudah membiru, lepas merokok bleh pulak bertanya,

"dah boleh Qada solat ke sekarang?"

Hati terbakar mendengarnya, rasa nak sekeh kepala nak jugak. Sudahlah melewatkan solah, boleh pulak rilek hisap rokok. Pastu bila dah habis waktu baru tanya boleh Qada ke tak.

Di Kelas

Telinga bagai rasa nak pecah je. Satu hari tanpa perkataan carut seperti tidak sempurna hari didalam studio. Asal terkejut mencarut. Asal marah, maki. Asal main game, sumpah saranah. Tiadakah perasaan bersalah dihati 'mereka'. Seperti hati diselaputi lumpur yang tebal. sehingga hati yang sepatutnya merasa sensitif, seakan mati, tidak hidup.

'Life in Studio' yang telah ditradisikan, kini telah menjadi salah satu kehidupan junior. Bertepuk tampar lelaki perempuan dengan tanpa malu. Aurad dibuka tanpa segan silu. Tudung dipakai tidak menutup aurad. Ah, sakit memandangnya.


Memandang masa depan

Saya cuba memandang 10 masa hadapan. Adakah 'mereka-mereka' ini akan dijadikan pemimpin masa hadapan? Adakah mereka yang akan menjadi architect yang berjaya namun berzina dengan isteri kliennya? Apakah yang akan terjadi jika orang-orang sebegini diangkat menjadi pemimpin? Tidak pernahkah anda mendengar kata-kata Saidina Umar (kalau x silap saya), "jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pemuda pada hari ini".

Salah Pandangan

'Mereka' atau boleh dipanggil masyarakat, merupakan mangsa keadaan. Ya, pemuda-pemuda sekarang adalah mangsa keadaan dalam hal ini. Mereka bukanlah mahukan begitu. Cuma mereka dididik dalam arus suasana jahilliyah telah  menyebabkan mereka mengikuti arus itu. Masyarakat islam genetik, lahir-lahir sudah islam, namun kefahaman islam kosong.

Hulurkanlah Salam Simpati

Sebagai kita manusia yang mempunyai kefahaman, pandanglah mereka dengan pandangan simpati. Dan bukanlah dengan pandangan yang keji. Kita bukanlah penghukum, tapi kita adalah penyeru. Walaupun diantara mereka ada golongan yang tahu tapi tak mahu, namun kebanyakannya masyarakat adalah golongan yang tidak tahu, dan belum pasti mahu. Simpatilah pada 'mereka'. Mereka adalah mangsa keadaan. 'Mereka' dilahirkan dalam di zaman umat manusia mementingkan materialistik. Di zaman umat rosak dan jahil. Hulurkanlah tangan (membimbing), ringankan bebanan (kesusahan mereka). (bersamamu, huhu)

Pandangalah Harapan dengan harapan.

Dan untuk pengetahuan anda sekalian, sayalah yang selalu memandang mereka dengan pandangan keji. Namun Murobbi-Murobbi saya telah mengajar saya erti Menyeru.

125. Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. 
(surah An Nahl)

Sesungguhnya mereka adalah harapan bangsa. Masyarakat pemuda adalah pewaris negara. Usahlah kita membiar masyarakat terus layu didalam kemelayuan, tanpa pegangan islam yan sebenar. Pandanglah mereka dengan pandanan harapan. Usahalah mengajak mereka memahami Islam, walaupun sememangnya amat-amat-amat (ulang sampai 3 kali nih) payah. Supaya yang tidak tahu mengetahui, supaya yang tahu, mahu memahami. Jika mereka tidak mahu, selepas tahu, sesungguhnya di dalam Al-Quran Allah berfirman

108. Katakanlah: "Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran (Al Quran) dari Tuhanmu, sebab itu barang siapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya (petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan barang siapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri. Dan aku bukanlah seorang penjaga terhadap dirimu."  
(Surah Yunus)


Harapan itu Masih Ada

Bak kata nasyid Shoutul Harokah, ~Harapan Itu  Masih Ada~. Selagi nyawa dikandung badan, selagi kiamat belum kunjung tiba, harapan itu masih ada. Pandanglah harapan negara dengan suatu harapan. Moga-moga, hidayah kan menyapa hati yang leka. Dan itu bukan harapan kosong, sesungguhnya islam akan gemilang suatu hari nanti. Sama-sama kita membina masyarakat yang kembali menghayati dan memahami islam yang sebenarnya.

.::Wallahua'lam::.

p/s: post ini 99.9% sememangnya untuk diri saya. Rasa geram melihat masyarakat yang rosak. Semoga dikurniakan kekuatan pada diri ini untuk survive dan melakukan sesuatu, Ya Allah bantulah aku....
(ah, banyaknya benda x settle lagi!!)

2 comments:

Hamba Yg Hina: said...

Semoga terus dikuatkan hati agar sentiasa berada dalam rahmatNya..Murottib Amal yang pertama: MEMBINA PERIBADI MUSLIM..Itulah step pertama untuk kita membina daulah islamiyah..

wan mohd basyir said...

masyarakat yang sedang tenat dibawa arus jahiliyyah...memerlukan bantuan dari yang sedar..percayalah Islam itu pasti akan tertegak akhirnya sebelum kiamat tiba..namun Allah mahu melihat usaha kita untuk mengembalikan kegemilangan Islam itu..kita mahu menjadi antara pembakar2 obor...kita diberi peluang,maka jangan disia-siakan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...