Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Friday, October 29, 2010

Movie dan Aku

Post ini dititipkan buat kawan-kawan saya yang suka tengok movie. huhuhu

Ada orang kata movie itu sumber dosa. Ada orang kata movie dan tv itu lagha. Ada orang kata Movie dan Tv itu haram. Penyataan-penyataan diatas tidak pernah saya sangkal, bahkan mungkin bersetuju akannya.



Kisah Movie Dan Aku

Kisah movie, tv dan saya, suatu kisah yang tidak dapat dielakkan dalam hidup saya. Boleh dikatakan hampir keseluruhan rumah ada TV. Sebahagiannya pula ada komputer dan Internet. Banyak juga sumber dosa ada dalam rumah saya. huhu. Sahabat saya berkata "Movie ini banyak keburukan dari kebaikan". Jadi mari kita lihat keburukan dan kesan kepada masyarakat. (walaupun semua orang dah tahu).

Keburukan dan Kesan

Movie (kebanyakan) menaikkan syahwat. Seperti yang anda semua tahu, movie-movie yang datang dari barat (yg m'sia pun apa kurangnya), kebanyakannya betul-betul menduga keimanan kita. Wanita-wanita yang mendedahkan aurad, adegan-adegan menghairahkan dan aksi-aksi cumbu-cumbuan. Semua itu menaikkan syahwat. Allah telah berfirman dalam Al-Quran surah An-Nuur:030

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"
.
Kesan daripada menonton movie tersebut selain dari mendapat dosa, ia juga dapat merosakkan hati dan minda kita. Minda kita akan terbayang-bayang 'benda ' itu. Walaupun kita tidak mahu tapi ia akan tetap datang dalam otak kita. Kesan bagi mereka yang lemah imannya, pasti saja mempraktikkan'nya'. Maka tidak hairanlah dalam surat khabar ada saja berita tentang kes rogol, zina, liwat dan sumbang mahram.

Mesej Separa Sedar

Movie dapat mempengaruhi minda kita. Budaya dan ideologi yang disajikan atau dipaparkan kepada kita merupakan mesej separa sedar dihantarkan oleh Barat. Ia ditunjukkan berulang-ulang kali sehingga kita merasakan ideologi dan budaya itu dianggap biasa oleh masyarakat kita. Contoh yang mudah ada dalam Malaysia. Breakdance, Rancangan realiti, fesyen, Couple dan sebagainya. Malah wanita yang hilang daranya pun dah jadi biasa. Orang yang masih dara dianggap hidup di zaman kuno. Budaya-budaya tersebut telah meresap dalam pemikiran masyarakat tanpa kita sedari. 

Kalau nak diceritakan keburukan jadi panjanglah post ni (walaupun dah panjang dah ni). Apa yang saya dituliskan ini adalah perkara yan umum. Belum dicerita benda-benda yang detail lagi. huhu. Jadi kita lihat pulak kebaikannya pulak.

Menambah Pengetahuan

Apa yang baik ialah, rancangan tv yang berbentuk ilmiah dan keagamaan. Dengan rancangan-rancangan berbentuk ini, dapat menambah ilmu dan meningkatkan kefahaman masyarakat. Contoh rancangan yang saya rasa bagus ialah Kelas Fardhu Ain, Halaqah, Semanis Kurma, Tanyalah Ustaz dan lain-lain. Dengan rancangan-rancangan beginilah dapat menyelesaikan masalah masyarakat yang ada. Tapi rancangan yang paling banyak ditonjolkan hanyalah rancangan berbentuk hiburan sahaja.

Pandangan

Saya bukanlah mahu menyangkal mereka-mereka yang berkata tv itu haram. Bagi pandangan saya, insan yang kerdil ini, apa yang diperlukan oleh kita iala kefahaman kita dalam memahami islam. Bagi saya, setiap benda yang diciptakan manusia mempunyai dua benda iaitu Kebaikan dan Keburukan. Manusia merupakan makhluk yang lemah, jadi boleh jadi saja tersilap. Tentu saja ada keburukan. Saya bagi contoh dalam penciptaan kereta. Kereta boleh digunakan untuk kebaikan. Tapi boleh juga untuk keburukan. Jadi disitu guna pemahaman kita terhadap Islam. Keimanan kita akan menunjukan jalan kepada kebaikan. Jadi pada pandangan saya dalam hal tengok movie dan tv, terdapat 3 perkara yang perlu kita buat dahulu.

Pemilihan Medium

Yang pertama, memilih medium siaran televisyen. Begitu juga movie yang kita download. Kita perlu memeriksa, samada ia movie yang berunsur lucah, atau yang sesuai untuk tontonan umum. Dan suka saya ingatkan sekali lagi, pemilihan itu perlunya iman. Pemilihan yang tidak bersandarkan iman akan membuahkan hasil yang tidak baik. Kerana bila iman tidak memandu, nafsu akan amik alih pemanduan tersebut.. huhu. Janganlah kita sengaja mencampakkan diri kita dalam kebinasaan. Al-Baqarah:195 

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
 
Jika sudah tahu movie itu ada unsur yang tidak sepatunya, janganlah kita sengaja melihatnya. Contoh movie yang saya tahu ialah American Pie. Saya pernah terlihat movie tu, penuh dengan unsur yang tidak baik. Tapi kebanyakan dari kita masih melihat dan mendownload movie itu. Tapi kadang-kadang walaupun kita sudah memilih, mesti ada juga yang terlepas dari tapisan kita. Jadi jika anda menggunakan Gom player atau Tiger player, bolehlah lajukan (skip) ke depan scene tu.

Pemerhatian

Point saya yang kedua ialah pemerhatian. Kalau kita menonton seorang diri, kita mungkin terdorong untuk membiarkan sahaja scene-scene yang 'bahaya'. Kalau tengok ramai-ramai, segan sikit kita untuk buat macam tu. Mungkin dengan itu terjaga la sikit kita dari nafsu kita ni. Jika dilihat zaman sekarang ni, ibubapa membiarkan sahaja anak-anaknya menonton tv atau movie. Dan lebih teruknya ibubapa tengok sekali benda tak elok itu dengan anak-anak. Nauzubillah. 

Mengambil Pengajaran

Dan akhir sekali ialah mengambil pengajaran. Apa yang kita buat sekalipun janganlah menjadi suatu yang sia-sia. Ambillah pengajaran daripada cerita itu. Jika tak ada satupun kebaikan yang boleh diambil, buatlah kesimpulan. Kalau tak faham maksud 'kesimpulan' yang saya tuliskan tu saya bagi contoh. Kita buatlah kesimpulan bahawa pengarah movie itu sengaja mahu merosakkan minda masyarakat, dan itu ialah perancangan jahilliyah. Dengan itu kita dapat mengenali jahiliyah. seperti yang dikatakan oleh Umar al-Khatab (kalau tak silap la) "akan terurai ikatan-ikatan islam satu demi satu, apabila timbul orang yang tidak mengenal jahiliyah". Segala mesej yang buruk yang dipaparkan kepada kita, hindarilah ia. Dan sekali lagi (dah 3 kali dah ni), kebaikan dan keburukan itu dinilai hanya dengan mata iman. 

Namun kesimpulannya saya letakkan pada korang sendiri. Ini hanya pandangan saya. Jika rasa diri mampu menahan diri dari menonton tv dan movie. Itulah keputusan yang paling baik. Tapi jika rasa tidak mampu, bolehlah mengikut pandangan saya ini. Dan ingatlah baik dan buruk dapat dikenalpasti hanya dengan iman. 

Kisah movie dan Aku 
hanya untuk yang memahami, 
Iman yang utama, islam dihati.huhuhuhu.
.::wAllahua'lam::.

3 comments:

Anonymous said...

ha terasa gila yalah saya ni minat tengok movie hehehehe.
papapun bagus la memang tak dinafikan movie tv dan segala alat media yang dah da karang ni tak membawa kepada kebaikan keseluruhannya
yalah kita dapat lihat karang ni remaja ramai yang dah hanyut dalam usia yang semuda itu ni tak lain pengaruh daripada sekeliling la
kita ni sebagai pengguna kena pandai memilih alat media dan hiburan yang dapat memberikan faedah kepada diri...
tepuk dada tanya iman
pa pendapat pemilik blog ni, bagi comment ckit... hehehehe

mR.....S

NJ said...

Bagus bal..perkongsian yg menarik.

Eh,nta x apply jd pengacara saluran TV islami terbaru ke?TV al-hijrah.Nta ada bakat oo..

Memang ada gaya al-fadhil ustaz.Kagum2..

Memang kena tepuk dada tnya iman..

Anonymous said...

betul tu. susah nak jaga pandangan bila tgok movie2 sekarang ni. (nasib baik digimon xde sgt kena jaga. hehe)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...