Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Monday, September 5, 2011

Raya Kemerdekaan

Entri ini mungkin agak kelewatan sedikit untuk ditulis. Sebab Sambutan Kemerdekaan sudah berlalu beberapa hari yang lalu. Namun tidak mengapa, sebab entri ini tidak rigid (kaku) pada masa tertentu. Sebelum itu, saya ingatkan supaya anda sekalian tidak terasa dengan penulisan saya. Saya tulis bukan hanya ditujukan khas kepada sesiapa. Ia adalah penulisan umum, untuk memperingati diri saya disamping mengajak orang lain. Selamat membaca :).


Allahuakbar! Merdeka!

Allahuakbar-Allahuakbar-Allahuakbar, laungan takbir raya kedengaran di Masjid-masjid menandakan kemenangan umat islam berpuasa selama sebulan. Keesokkan harinya, orang akan melaungkan merdeka-merdeka-merdeka. Sedangkan syaitan sudah pun melaungkan nya semasa syawal menjelma. Syaitan gembira, sudah tidak dirantai. hoho

Kemerdekaan Mereka

Di hari raya tahun ini, kemerdekaan, dirasai pelbagai golongan makhluk.

Golongan mukmin, merasakan merdeka kerana mampu memerdekakan diri dari hawa nafsu. Nafsunya telah didik dengan baik agar tidak menguasai tindak tanduk dirinya. Yang telah berjaya memerdekakan iman dari belengu nafsu.

Golongan muslim biasa, merasakan kemerdekaan kerana, ramadhan sudah tamat, kini dirinya boleh makan seperti biasa. Dirinya merdeka dari Ramadhan yang membelit kemahuannya dari membuas sebulan yang lepas.

Golongan syaitan merasakan merdeka, kerana sudah tamat tempoh dirinya dirantai. Ia boleh melaksanakan misinya kembali. Dirinya merdeka dari rantaian Allah untuk menghasut anak-anak adam untuk terus mungkar terhadap Allah.

Merdeka dalam Penjajahan


Kemerdekaan bermaksud kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu (sila lihat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka). Apa pula erti kemerdekaan menurut kamus hidup orang melayu kita? Ramai yang memahami bahawa kemerdekaan itu adalah kejayaan membentuk dan memimpin negara sendiri. Namun apa yang ada kini hanyalah negara yang sekular, yang menuruti tingkah laku penjajah. Itukah merdeka buat kita?

Launglah sekeras dan sebanyak mana pun, laungan merdeka, diri masih tidak merdeka. Kenanglah jasa mereka yang memerdekakan Negara ini, tapi penjajah tidak berganjak selangkah pun dari tanah air ini. Berbanggalah dengan kemerdekaan kita, Allah memandang hina dengan kemerdekaan kita. Yang dilaungkan hanyalah laungan kebodohan. Menyatakan diri sendiri bodoh di hadapan penjajah-penjajah.

Adakah itu Kemerdekaan?

Kita masih tidak mengecapi kemerdekaan. Tak kira secara fizikal atau secara batinnya. Secara negaranya atau pun secara fikirannya. Tidak ada. Jika sudah merdeka, mengapa sistem yang sepatutnya tertegak di muka bumi (Malaysia) ini, tidak ada? Jika sudah merdeka fikiran, mengapa masih berluasa maksiat. Tidak cukup akal yang sihat untuk buang anak? Akal tak cukup merdeka untuk memahami erti buruk dan salah. Lihat sajalah bagaimana raya disambut, lihatlah bagaimana kemerdekaan disambut. Buka televisyen, ada yang apa? Hanya hiburan melalaikan. Penuh dengan industri maksiat. Adakah itu erti kemerdekaan kita?

inilah sambutan raya kita..
inilah merdeka kita


Kemerdekaan Qalbu

Saya tulis ini berdasarkan tulisan Murobbi saya. Tapi diolah dalam gaya bahasa saya. Apakah erti kemerdekaan itu? Syeikh Abdul Hamid Jasim al Bilali telah menulis dalam kitabnya yang bertajuk, ‘Al Bayan Fii Madkhalisy Syaitan’.

Ibn Taimiyah menjelaskan bahawa “Kemerdekaan adalah kemerdekaan qalbu, dan peribadatan adalah peribadatan qalbu, sebagaimana juga kekayaan adalah kekayaan jiwa”

Rasullullah ada bersabda

“Kekayaan itu bukanlah harta benda yang banyak, namun kekayaan itu adalah kekayaan jiwa” (Diriwayatkan oleh Syaikhani)

Jelas sekali ayat diatas, bahawa kemerdekaan adalah sesuatu yang lahir dalam jiwa atau hati. Bukan hanya merdeka secara zahir. Kemerdekaan juga adalah buah hasil kejayaan dari pengendalian jiwa dari hawa nafsu. Merdeka dari nafsu yang membelengu tindak tanduk kita (spt yg telah sy tulis diatas). Apabila nafsu menjadi hamba kepada tuannya (diri kita), maka itulah erti kemedekaan sebenarnya.

Merdeka Jiwa Walau Hamba

Terdapat pelbagai contoh dalam sirah-sirah sahabah. Membuktikan merdeka itu bukannya satu khayalan para alim ulamak. Bilal bin Rabah, seorang hamba yang disiksa dan dijemur di tengah panas. Beliau sanggup mati dengan kalimah kemerdekaan dalam hatinya. Biar jasad terbakar hangit, asal diri merdeka disisi Allah s.w.t. Lihat pula pada sirah Zinirah, seorang hamba kepada orang paling bengis, Umar Al-Khatab. Diseksa dan dibutakan matanya oleh Umar Al-Khatab (ketika jahilliyah). Namun hati tetap teguh dengan keesaan Allah. Matanya terang hanya memandang pada keredhoaan Tuhan yang satu.

Lihat pula pada figur mesir era sezaman Assyahid Syed Qutb. Mereka adalah pejuang-pejuang kemerdekaan yang dipenjara. Namun hatinya merdeka. Maka penjara terasa nikmat baginya. Mereka dihukum mati. Tapi hatinya hidup dengan nur keimanan yang teguh terhadap fikrah yang dipegangnya. Sungguh diberikan wang yang banyak untuk meninggalkan dakwahnya. Sungguh pun dirinya didesak untuk mengaku kesalahan yang tidak dibuatnya. Hatinya tetap merdeka untuk memilih dan menentukan corak kehidupannya. Kerana apabila hati itu sudah merdeka, maka tiada apapun yang akan dapat mengikat hatinya. Tiada tipu daya manusia yang dapat membahayakannya. 

Tersenyum di tali gantung
Muhasabah Ramadhan

Dengan itu mari menilai kembali madrasah Ramadhan yang kita lalui selama sebulan. Apakah nafsu masih lagi menguasai diri kita? Setelah sebulan nafsu dipupuk dengan berlapar, apakah kita masih lagi diperhambakan nafsu? Jika masih juga ditahap lama, apakah erti menyambut Raya dan Kemerdekaan? Raya keraian bagi mereka yang menang. Menang melawan nafsu. Merdeka hanyalah untuk mereka yang merdeka jiwanya dari kokongan nafsu.

Raya Kemerdekaan 

Nilailah diri anda sendiri. Saya yang menulis bukanlah beerti saya sudah merdeka jiwa. Saya juga berada dalam proses pembaikan. Sebagai penutup bicara, saya ingin memetik satu kata-kata dari radio IKIM (lebih kurang la bunyinya). Buat apalah kita sibukkan diri kita untuk bertemu Ramadhan tahun hadapan. Sekaranglah masanya untuk sibuk berubah dan melawan nafsu. Sekarang lah masa untuk istiqomah dalam melakukan kebaikkan. Untuk apa diharapkan Ramadhan hadapan, jika amalan tetap sama di bulan-bulan lain? Sekaranglah masa untuk merealisasikan perubahan. Tahun depan belum pasti tiba, tapi apa yang kita ada ialah sekarang. Mari merdekakan diri, S.E.K.A.R.A.N.G!

Kepada pejuang-pejuang kemerdekaan dan mereka yang mahu menegakkan khalifah. Marilah kita memerdekakan diri kita dahulu sebelum menyeru org lain. Bukan beerti kena sempurna baru nak menyeru. Ambillah konsep ‘menyeru sambil memperbaiki diri’. 
sumber rujukan
- Kemerdekaan Menurut Islam
- Apakah kita telah menikmati Kemerdekaan yg sebenar?

.::Bebaskanlah dirimu::. 
.::Selamat Hari Raya, Maaf dipohon, Zahir mahupun Batin::. 

8 comments:

Bisikan Rahsia said...

nice...

aniki said...

ni la entry paling tacing and TERBAIK..toce2 kawan

Azuan said...

good job!

acan ketot said...

nice!!!
sentap.... in good way..

Teja Evalea said...

aya maaf zahir & if ada, batin juga :)

maymec said...

nice post ^^,
http://stillboutme.blogspot.com/

dill said...

Salam Aidilfitri & Salam Kemerdekaan.

dill.

blog-nailah said...

Selamat Hari Raya Kemerdekaan dan juga selamat hari Raya Idul Fitri kawan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...