![]() |
x de kaitan |
Teori vs Praktikal
Entri adalah mukaddimah untuk siri survival IPT. Ini kerana melihat diri saya, dan juga pelajar yang baru masuk IPT, kelihatan majoritinya hanyut dengan suasana jahiliyah. Saya terpanggil untuk menulis, sungguhpun diri ini masih lagi banyak yang perlu diperbaiki. Saya menulis siri ini juga kerana saya melaluinya. Dan saya merasakannnya. IPT bukanlah tempat permainan kita. Ia adalah satu tempat yang mencabar keimanan dan ketahanan jiwa. Ia bukan lagi tempat untuk anda berteori, ia adalah tempat untuk melaksanakan teori tarbiyah dahwah yang kita lalui. Tempat menguji tarbiyah kita, samada terus berkembang atau terus layu dan kering diracuni jahilliyah. Ia realiti. Saya telah lihat ramai yang hanyut bila tiba di IPT. Dugaan itu tidak mengira apa pangkat dan ilmu anda. Daie sendiri pun boleh tertipu dengan suasana. Inikan lagi orang yang ‘biasa-biasa’ saja.
Penyembelihan?
Mari kita renungi kata-kata Sayid Abu Al-A’la Al Maududi ketika memberi ucapan buat graduan-graduan yang sudah tamat universiti. Maududi |
"Wahai pelajar! kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggi saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung jiazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu saat ini.
Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.
Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan teruk. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini."

Suasana yang membunuh
Suasana-suasana di IPT telah lama diracuni budaya-budaya jahilliyah. Contoh untuk saya punya kos memang banyak. Percampuran lelaki dan perempuan tanpa batasan. Lelaki perempuan bertepuk tampar sesama mereka. Solah dilewat-lewatkan. Yang tidak solat pun banyak. Suasana-suasana beginilah membunuh jiwa-jiwa manusia. Suasana adalah peranan penting dalam pembentukan jati diri seseorang. Mereka-mereka yang keluar dari sekolah agama pun, tidak lepas dari ancaman susana tidak syara’ itu. Walaupun kadang-kadang kita rasa kuat, tapi sebenarnya suasana itu mengikis sedikit demi sedikit akhlak islamiyah kita.
Dengan itu jika kita mahu survive dalam IPT, kita perlulah mengambil tindakan melakukan sesuatu agar tidak hanyut. Medan teori sangat berlainan dengan medan praktikal. Jangan kita mengambil enteng dalam hal ini. Jadi dengan itu saya cuba untuk berkongsi sedikit apa yan saya alami di IPT, dan cara untuk survive didalam suasana toxic itu.
Luka-luka yang belum sembuh
Akhir kata, marilah kita menyedari dahulu, bahawa keadaan di IPT sememangnya tidak membina iman. Di IPT lah banyaknya yang telah jatuh ke lembah ke‘Futur’an. Luka-luka hari ini disapukan penawar, sedang luka-luka kemarin masih belum menunjukkan tanda-tanda penyembuhan. Jadi bagaimana kita mahu survive didalam keadaan luka-luka yang banyak itu?
Langkah pertama- Sedar dan Bersedia
Dengan itu saranan saya yang pertama, ialah menyedari bahawa IPT bukanlah tempat yang biasa. Ialah tempat yang memerlukan kekuatan dan jati diri yang kuat. Moga dengan kesedaran akan realiti suasana itu kita akan membuat persedian secukupnya untuk menghadapinya. InsyaAllah jika dipanjangkan umur saya, saya akan berkongsi dengan korang mengenai cara untuk survive dalam dunia IPT. Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini.
Rujukan
~ http://asrul85.multiply.com/journal/item/46
~http://syauqani.blogspot.com/2009/12/universiti-adalah-tempat-penyembelihan.html
.::Wallahua'lam::.