1. Hati Bersih
Untuk menulis kita memerlukan hati yang bersih. Kerana dengan hati yang bersih, penulisan kita akan lebih bermakna. Penulisan yang baik adalah yang lahir dari hati yang baik/bersih. Saya yakin dengan konsep "orang yang tidak mempunyai sesuatu, tidak mampu memberi sesuatu". Jadi saya percaya memulakan penulisan memerlukan hati yang bersih.
Jika hati tidak bersih ketika itu, maka penulisan kita akan menjadi kosong. Tak bermakna. Kalau macam saya, saya jadi tak mampu menulis dengan baik. Sungguh pun dapat menulis (dlm keadaan hati x bersih), penulisannya akan berbaur unsur2 yang tidak baik. Seperti penulisan yang berbaur menyalahkan orang lain, menkritik orang dan berdebat.
2. Niat menulis.
Niat adalah perkara yang paling utama dalam setiap perbuatan. Setiap perbuatan dimulai dgn niat. Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:
“Sesungguhnya setiap amal perbuatan itu adalah bermula dengan niat. Dan Sesungguhnya setiap manusia menerima (pahala amalnya) mengikut apa yang diniatkannya…”.
Dan ketahuilah bahawa kehidupan manusia adalah satu ibadah juga. Setiap perbuatan adalah adalah ibadah jika kita niatkan kerana Allah (utk perkara yang baik shj). Jadi penulisan adalah termasuk salah satu daripadanya (ibadah). Syaratnya ialah, niatkan kerana Allah. Jika tidak, apa yang kita tulis insyaAllah akan sia-sia.
3. Tetapkan Matlamat
Anda boleh bayangkan orang yang tidak ada matlamat dalam hidupnya? Kehidupannya akan diisi dengan perkara yang mensia-siakan. Contohnya mudah, remaja yang tiada matlamat, akan melakukan perkara sia-sia, seperti merempit, hisap dadah dan sebagainya.
Matlamat juga boleh mengelakkan anda menerewang kosong. Penulisan yang bermatlamat lebih digemari dan lebih bermanfaat, dari penulisan yang merapu meraban tanpa matlamat. Saya yakin, matlamat yang baik, akan membawa kepada hasil yang baik. Dan ketahuilah, matlamat yang paling baik itu adalah untuk mencapai keredhoan Allah.
Rasulullah ( صلى الله عليه وسلم ) bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak menerima daripada amalan itu kecuali yang ikhlas dan mencari keredhaan-Nya”.
(Menurut al-Albani, Hadis Hasan)
Tersasar?
Namun 2 perkara itu (niat dan matlamat) bukan perkara yang mudah. Manusia adalah makhluk pelupa, dan sering kali akan terlupa matlamat menulisnya. Saya tahu, pada awalnya anda niat yang baik, tapi bila dipertengahan sudah jadi lain. Saya tahu ada dikalangan blogger mempunyai matlamat yang baik, namun akhirnya lari jauh dari matlamat asal.
Jadi kita kena selalu diperingati. Sebenarnya ada banyak penulisan yang mampu menyedarkan kita, diantaranya (yg sy tahu) ini,
Tapi Sebenarnnya Tidak - blog Bayyinat
Mengapa Menulis? -blog Bayyinat
Blog menjadi Ibadah - Blog Brohamzah
Blog Anda -Blog Brohamzah
InsyaAllah, ia boleh memperjelaskan matlamat menulis korang, dan membetulkan niat korang menulis.
4. Cara
Lagi satu perkara yang penting ialah cara. Jika matlamat dan niat sudah benar. Caranya juga perlu Benar. Maksudnya tidak melanggar syara'. Saya ambil contoh, ialah mahu terangkan bahawa rogol adalah satu dosa besar, tapi dalam entrynya dia bubuh gambar wanita sedang ghairah. Adakah dengan niat yang baik, diterima Allah dengan jalan yang salah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Gunalah cara dan jalan yang tidak melanggar syara'.
Akhir Kata
Jika ada orang mengatakan Terlampau agungkan bilangan follower ni,adalah Criminal In Blogging. Maka pendapat saya, criminal in blogging adalah mereka yang tidak memperbetulkan niatnya dan memperjelaskan matlamat dalam bloging. Saya akhiri entry pendek saya dengan satu kata-kata dari blog 360 darjah (Zulkarnain )
-By 360 darjah owner-
Sekian sahaja untuk entry paling boring ni...
.::Wallahua'lam::.
15 comments:
sungguh bermakna..insya Allah jadi pedoman buat kita semua...betul juga mcm mak saya kata,
"ikhlas tu ada rohnya...orang yang ada rohnya, kata-katanya dia lain...mampu menusuk jiwa...tapi kalau yang takde, cakap la panjang mcm mana pun..orang jadi tak suka nak dengar.."
Mohon share ya...
suka sangat entry ni :)
keep it up ..
selamat berpuasa :D
salam'alaik~
yup! betul kata enta..
manusia ni pelupa, dan antara kitalah yang perlu saling mengingatkan...jazakallah utk peringatan~ :)
Sempena Menjelangnya Ramadhan ni, jom kita sama-sama
--> SETTING Niat
--> UPGRADE Iman
--> DOWNLOAD Sabar
...--> UPLOAD Usaha
--> UPDATE segala Doa
--> TOPUP Ilmu
SUPAYA boleh REDEEM banyak PAHALA...
salam ramadhan!
mana ada boring...suka je baca..thanks tau utk peringatan ni semua =)
to Ruqaiyah~ share la kalau rasa ia bermanfaat.
to Shalina~ selamat berpuasa juga.
to Aton~ ramdhan karim!!
to Munna~ Semoga Allah redho. Terima kasih sudi singgah...
moga niat yang baik memperoleh ganjaran yang baik =)
nice sgt ;)
keep it up
Ingin memberi sesuatu...
entry reminder buat yang sedang tidur. pernah juga tersasar dengan post yang merapu.
terima kasih atas perkongsian!
jazakallah..
banyak pengajaran dan bnyak perkara yg perlu dipelajari . betol ! ape yg ditulis semuanye bergantung pd niat . tdaklah m'jadikan entry sesuatu yg sia2 ..
yupz ! dont judge the blog by folower . hehe ~ trime kasih tips tu =)
niat itu penting. peertama!
to All (malas nak tulis semua nama, huhu)~
sama2 koreksi diri... terutama kepada penulis. "berilah ingatan, sesungguhnya peringatan itu berguna buat mereka yang beriman".
Semoga apa yg kita tulis, diredhoi oleh Allah... :)
nice entry ^_^
"orang yang tidak mempunyai sesuatu, tidak mampu memberi sesuatu".
"memulakan penulisan memerlukan hati yang bersih."
Terima kasih atas peringatan.
Teruskan berbakti. Semoga Allah redha
;( syukran.
Post a Comment