Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Monday, July 11, 2011

Pabila Habuk Tidak Sia-Sia

Berhabuk blog tidak sia-sia?

Wow sudah seminggu tidak mengupdate blog. Namun kesepian ini, insyaAllah tidak sia-sia. Dalam seminggu ni kena tumbuk beberapa kali hati ni dengan artikel-artikel yang cukup menyedarkan. Antaranya artikelnya adalah dari blog Brohamzah, yang bertajuk Berapa Kerapkah anda Menulis blog?. Dan juga Blog Bayyinat dalam karyanya bertajuk Mengapa Menulis?. Habuk blog, pun habuklah. Asalkan Matlamat menulis itu tak lari. Menulis tapi hati berhabuk, apa guna? huhu (sama2 perbaiki diri).


Kisah Habuk dan Sia-Sia

"Azam, nanti bersihkan kipas setiap bilik ye. Termasuk ruang tamu sekali tau." kata seorang ibu mithali kepada anaknya yang ketiga. Anaknya Abdullah Azam sedang bercuti panjang. Dikesempatan inilah umminya akan mengembeling tenaga anaknya itu untuk membersihkan rumah.

gambar hiasan shj

Azam memanjat tangga yg dipinjam jiran sebelah rumahnya. Lalu terus membuat persiapan untuk melaksanakan tujuan murni umminya. Apabila tangga sudah dipanjat, matanya memandang habuk-habuk yang melekat pada bilah kipas. Dia mengeluh.

Kenapa Allah ciptakan habuk ni? kalau takda habukkan senang. Tak sia-sia ke Allah ciptakan habuk dimuka bumi ini?

Ciptaan yang sia-sia


Komputer otak Azam cuba mencari perkataan 'sia-sia' di kotak memori. Minda di bawa ke satu suasana di dalam surau tamannya. Dimana seorang ahli jamaah bertanya pada si Ustaz yang memberi Ceramah pagi pada setiap hari minggu. Soalannya lebih kurang begini.Dalam Ayat Quran surah Ali Imran ayat 191

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Jadi persoalannya, takkan tak boleh mengambil sebahagian intipati dari khinzir untuk dimanfaatkan buat seluruh alam. Contohnya kita ambil geletin dari Khinzir sahaja, untuk dibubuh dalam makanan"

Ustaz itu menjawab
"Khinzir itu ada manfaatnya. Namun manfaatnya bukan secara fizikali. Tapi lebih kepada pengajaran. Diantara contoh yang boleh kita ambil dari khinzir ialah anaknya sentiasa mengikut ibunya dari belakang. Anaknya itu tidak seskali melebihi Ibunya (tanda hormat). Khinzir juga berguna ketika mana Kapal Nabi Nuh alaihissalam berlayar. Khinzir akan memakan tahi yang dikeluarkan oleh haiwan lain."

Kebaikan Khinzir jangan disia-sia

Jawapan tersebut masih lagi tidak memuaskan hati Azam. Ingatannya cuba mencari perkataan 'khinzir' untuk menjawab persoalan mengenai 'sia-sia'. Kini memorinya  terpaut pada kelas Pendidikan Quran Dan Sunnah (PQS) semasa di sekolah menengah.

Ustaz Khairul pernah berkata
 "Jika membuat suruhan Allah, akan diberi pahala. Jika menjauhi laranganNya pun akan diberi pahala. Kerana Allah suruh buat yang maaruf dan meninggalkan larangan. Jadi meninggalkan larangan Allah, bermakna anda melaksanakan hukum Allah juga. Contoh mudah ialah Allah ciptakan Khinzir untuk manusia menghindarkannya (tidak memakannya), jika kamu menghindarkannya, maka akan diberi pahala, InsyaAllah."  


Memori tersebut telah menjawab persoalan bahawa penciptaan Khinzir itu tidak sia-sia. Namun masih lagi tidak menjawab persoalan 'habuk'. Habuk bukannya jenis perkara larangan Allah.


Habuk Pahala pelbagai guna

Fikiran Azam ligat mencari jawapan. Kali ini otaknya mencari perkataan 'Habuk' dan 'Sia-sia' di dalam memori. Muncullah satu memori didalam kelas sekolah menengah lagi. Arwah Ummi Halimaton pernah berleter di dalam kelas kami. Kerana kelas kami kotor. Tingkap penuh debu. Dalam kalimatnya, aku menangkap hikmat mutiara tersembunyi.
"...Allah ciptakan habuk ni untuk apa? Untuk kamu membersihkannya. Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Habuk yang diciptakan adalah satu sumber pahala buat hamba-hambanya beriman. Caranya ialah dengan membersihkannya..."

Gambar sekadar hiasan
 
Minda Tercerna

Ketiga-tiga memori kini bercamtum, menghasilkan satu konklusi positif di minda. Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.

1. Khinzir tidak sia-sia
Allah ciptakan khinzir, arak dan yang bersamaan dengannya, sebagai ujian buat manusia. Jika mereka meninggalkannya maka Allah akan memberinya Kebaikkan untuknya.

إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur [1536] yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. (al-Insaan ayat 2)

2. Habuk tidak sia-sia
Allah menciptakan habuk didunia, kerana Allah memberi ingin peluang kepada hambanya, menukarkan habuk tersebut menjadi sumber pahala.

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ
Dan tidaklah Kami ciptakan Iangit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main. (surah Al-Anbiya' ayat 16)


3. Alam adalah pengajaran buat manusia
Kita mampu belajar dari alam. Mengambil iktibar dari haiwan yang mempunyai sifat dan ciri-ciri yang baik.


الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (surah Ali Imran ayat 191)

*******************

Tiba-tiba Azam tersentak dari lamunannya. Tangga yang dinaikinya bergoyang sedikit kerana sentakan lamunan tadi. Dia beristigrfar kecil,.
"Sudah 7 minit aku termenung, huhu" monolog dirinya, lucu sendiri.
Lamunan 7 minit itu merupakan lamunan yang begitu beharga dalam sejarah hidupnya.

Sambil tersenyum, Azam memulakan kerja itu dengan lafaz bismillah. Dalam hatinya disisipkan doa dan tekad  

"Semoga Allah kira secebis amalanku ini sebagai amal soleh. Sungguh telah Kau berfirman dalam Quran 
إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ وَإِنْ تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِنْ لَدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar (An-nisa' ayat 40)
Sesungguhnya Kau tidak melupai amalan sebesar habuk, sedang sebesar zarah pun tidak terlepas dari pandanganMU. Ya Allah semoga, proses pembersihan kipas ini membersih habuk-habuk jahiliyah dalam hati ku ini sekali"


.::Tamat::. 

11 comments:

Kucing Serius. said...

Superb like! Thanx for the info about this :D

atOn said...

asifah~
cuba enta perhati semula kata-kata Ustaz Khairul..
"Jika m'buat suruhan & larangan Allah akan diberi pahala...."
rasa mcm enta da tersilap tulis..
klw ana silap, maafkan ana~

anyway, alhamdulillah..
artikel yang membuka minda.. =)
syukran..

.::: mr IQ :::. said...

Terima kasih Aton atas tegurannya...
insyaAllah sy akan ubah..

asraf osman said...

love this blog..nice info..keep it up!^_^

Bisikan Rahsia said...

salam, simbolik yang sepadan dengan linguistiknya...suka3

yad'z said...

=)

iniialahaku said...

ini entry terbaik setakat malam ni yg dibaca...terima kasih..

alif haris said...

tiap bnde di alam ini semuanya tidak sia dicipta oleh Allah ^^

hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock said...

Allah maha kuasa ...tQ atas perkongsian :)

Anif Abdullah @Mr AA said...

like like :)

Mu_hD said...

terbaik lah labqi.. :)

layan gak noh cter tu.. ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget