Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Monday, August 8, 2011

Ramadhan Perubahan

Disapa lagi

Ramadhan menyapa lagi manusia. Bersedia atau tidak, Ramadhan tetap menjelma. Siapa yg bersedia, alhamdulillah. Sape yg tidak bersedia, koreksi diri lagi. Masih belum terlewat untuk sedar. Dalam tidak kesediaan kita, Allah masih lagi memanjang umur kita sampai ramadhan kali ini. Jadi, syukurilah peluang yang diberikan kepada kita untuk memperbaiki segala kelemahan diri dan bertaubat.

Ramadhan Perubahan


Alhamdulillah sekarang dah hampir semingu kita berpuasa. Saya mengajak diri saya dan anda sekalian, untuk mengambil peluang beberapa hari lagi ini sebagai peluang perubahan. Dengan sikap kita yang acuh tak acuh dengan dosa. Masih lagi Allah beri peluang kepada kita untuk berubah. Ada yang sudah mempunyai niat berubah, namun masih ragu-ragu untuk bergerak. Ada yang sudah bergerak berubah, namun terhenti di pertengahan.

Keperluan untuk perubahan itu semakin memuncak, dengan peningkatan usia. Jika tidak mahu berubah sekarang, di masa akan datang belum pasti akan diberi peluang oleh Allah. Esok belum pasti akan menyapa kita. Malah sedetik lagi pun belum tentu hidup. Jangan sangka usia itu milik kita. Jangan sangka sihat, akan umur panjang. Tiada siapa yang dapat menjamin anda untuk hidup lagi sedetik yang akan datang. Anda berani jamin? Marilah menyedari bahawa kesedaran untuk perubahan adalah satu keperluan. Perubahan bukan satu kemestian, tapi ia satu keperluan.

******************
Mari Berubah

Saya seru diri saya dan kalian semua, studiomate saya, semua ahli kelab Arcisa, semua ahli Kelab Amass dan juga rakan-rakan saya, marilah berubah di bulan ramadhan. Ramadhan adalah titik tolak yang terbaik merealisaikan impian syurga kita. Jangan lepaskan peluang ini...!!!

1. Berhenti merokok
org kapir boleh, org muslim?
Kepada yang merokok, berhentilahlah terus di bulan ini dengan kesedaran bahawa rokok pembawa mudhorat dan sia-sia. Sempena ramadhan yang anda mengurangkan bilangan sedutan, ambil lah langkah untuk berhenti terus. Sesungguhnya Rokok itu Haram disisi Allah.


2. Menutup Aurad

Kepada wanita-wanita yang masih ragu-ragu untuk menutup aurad. Mulakanlah perubahan untuk menutup aurad bermula dari bulan Ramadhan ini. Sedarlah bahawa, menutup aurad dan menjaga kehormatan diri itu adalah perintah Allah. Bukan perintah manusia. Tidak perlu takut dengan perkataan 'Hiporkrik'. Jika terus istiqomah melakukannya, insyaAllah, 'hiporkrik' tak tersembur dibibir pengumpat setia.


3. Mencukupkan kain
Saya seru juga kepada wanita yang bertudung. Marilah tutup aurad dengan sebenar-benarnya. Sedarlah, Allah menyuruh agar wanita menutup aurad, bukannya memakai tudung. Tudung yang masih tidak menutup aurad adalah bidah (malah sesat). Tak perlu lah ikut ikon muslimah yang tak tahu cara menutup aurad. Dia bukannya tuhan kita. Ikutlah Syariat. Tutuplah Aurad.


4. Cukupkan 5 Waktu
Kepada yang masih tidak cukup solah 5 waktunya (terutamnya solah subuh). Cukuplah beralasan dengan alasan tertidur atau sebagainya. Sedarlah bahawa Solah merupakan salah satu rukun islam. Jika solah tiada, jadi layakkan kamu mengatakan kamu 'muslim'. Jadi, bertitik dari bulan ini, tekadkan diri untuk mencukupkan lima waktu.
5. Solat Jemaah
Kepada yang masih liat solat jemaah. Ringankanlah kaki menjejak ke rumah Allah. Jika kamu boleh solat jemaah di bulan Ramadhan, masakan dibulan lain tidak mampu. Jangan bertuhankan ramadhan. Tapi pergilah ke surau, kerana disitu letaknya nilai yang tinggi disisi Allah. Sungguh Alah lebih menyayangi pemuda yang hatinya terikat dengan masjid.
(banyak lg, tp sy letak yg mana penting dulu)

*******************

Azam Ramadhan
and to change
Azam baru ketika di Tahun Baru kalendar orang kafir, masih lagi tidak ditunaikan. Azam Awwal Muharram pun masih lagi tak buat. Apa kata kita mulakan azam di bulan Ramadhan. Saya percaya, setiap perbuatan dimulai dari niat. Azam itu juga niat. Jika anda sudah berazam, insyaAllah, Allah akan mudahkan langkah kearah perubahan. Ini kerana di dalam Ramadhan....

1. Mudah melakukan ibadah
Dibulan ini Allah mudahkan segala urusan. Setiap perkara yang mahu dilakukan terasa ringan. Kalau tak percaya, lihatlah di surau. Ramai yang datang ke surau. Padahal di bulan lain, muka pun jarang nampak. Jika anda susah mahu berubah, Allah akan mudahkan di bulan ini, insyaAllah.

2. Syaitan dirantai
Rasulullah SAW bersabda:

“Telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa”. (HR Ahmad)

Di bulan ramadhan, syaitan dirantai. Yang tinggal hanya kehendak atau nafsu kita sahaja. Jadi mudah la sikit nak lawan nafsu tu. Masa ni lah senang nak didik nafsu jadi baik. (jika anda masih berperangai teruk walaupun syaitan telah dirantai, makna syaitan itu, adalah _______ .) (fill in the blank with the correct answer, huhu)


3. Doa Mudah Makbul
Dibulan inilah, doa mudah dikabulkan. Dibulan inilah mudah untuk dapat pengampunan Allah. Maka doalah untuk perubahan kita kepada yang lebih baik. Bertaubat dengan sebenar-benar taubat, agar selepas ramadhan berlalu kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Jika benar pada caranya dan niatnya, insyaAllah makbul doa.

4. Suasana yang baik
Dibulan inilah, bulan yang paling soleh suasana berbanding bulan-bulan lain. Suasana memain peranan penting dalam mendidik diri. Kalau perokok mahu tinggal rokok, kena ada suasana orang yang tidak merokok. Kalau tidak susah nak tinggal. Di bulan Ramadhan pula, susana ibadah yang ada. Jadi mudah untuk kita berubah kearah yang lebih baik.

(banyak lagu nak tambah, tp sebab nak bg entry jd pendek, sy tulis sebahagian shj)

Kerana Anda mampu Mengubahnya


Pokoknya, marilah berubah kepada yang lebih baik. Yang masih bergelumang dengan tegahan Allah, mulalah meninggalkannya. Yang masih tidak melaksanakan perintah Allah, laksanakanlah dengan penuh kefahaman. Yang sudah merasakan diri sudah meninggalkan tegahan dan melakukan suruhan Allah (perasan baik), marilah mencari jalan agar Allah lebih mengasihi kita. Kerna saya yakin, perubahan itu senang dilakukan jika ada kemahuan. Dan saya juga percaya, Anda (saya juga) Mampu Mengubahnya!.  :)

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berjihad (berusaha bersungguh2) untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan  Kami (menjadikan mereka gembira dan beroleh keredhoan). Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik (yg berusaha memperbaiki amalannya). 
(Al-Ankabut:69)

Apa-apapun apa yang saya beri adalah Teori (tapi teori yang benar). Sekadar teori tidak mencukupi untuk berubah. Hakikatnya anda (kita) sendiri perlu mulakan bergerak menuju perubahan.
Peluang ini hanya datang setahun sebulan sahaja. Kautlah segala yang termampu untuk berubah. Mari tubi hati kita dengan kebaikan. Agar selepas ramadhan berlalu, kita sudah terbiasa dengan kebaikan. Dengan itu kita bisa istiqomah dalam kebaikan. Jadikanlah ramadhan ini, RAMADHAN PERUBAHAN.
.::Ramadhan Kareem::.

7 comments:

SoLy SoLicious said...

semoga ramadhan kali ni, akan lebih bertambah-tambah pahala kita dan mengubah diri kota menjadi insan yang lebih mentaati Allah...InsyaAllah :)

laskar pelangi said...

insyaAllah ramadhan kali ni lebih bermakna dari yang lepas:))

CikTeddyCorner said...

insyAllah..jom kite brubah same2

Firdaus said...

wah bagus blog nih..byk ilmu yg blh dipelajari.. :)

A'an said...

Best baca :)

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hehe..

Unknown said...

semoga kite same2 menggemokkan diri kite dgn amalan di bulan mulia ini.. ;)

Haikal Blank said...

:) ya, moga - moga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...