Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Saturday, January 29, 2011

Mencari yg Hilang

Saya merupakan peminat lagu-lagu nasyid. Diantara genre nasyid yang saya suka dengar ialah nasyid yang menusuk kalbu dan yang membangkitkan semangat. Kumpulan nasyid yang saya suka ialah The Zikr, Shoutul harokah, dan banyak lagi. Namun saya lebih suka lagu nasyid yang lama-lama. Sebabnya lagu nasyid lama-lama lebih telus dan ikhlas. Nasyidnya ada roh. (berbanding dgn nasyid skrg, yg hanya mahu memajukan industri)

Time saya kecil-kecil dulu saya selalu dengar nasyid dari kaset-kaset nasyid lama yang ayah saya. Namun ketika saya kecil saya tidak memahami nasyid tersebut. Setelah saya beberapa belas tahun kehadapan, suatu hari, satu lagu nasyid lama diputarkan dalam radio IKIM. Saya agak terkedu mendengarnya. Sungguh nostalgia dan sungguh shahdu. Tetapi saya hanya mendengar, tidak menyalin dan menghafal lagu itu.

Kemudian saya nekad untuk dengar radio IKIM tiap-tiap hari, supaya nanti kalau lagu itu diputarkan kembali, saya dapat menyalinnya. (ketika tu lepas SPM, duk rumah je). Dan tiba suatu hari saya dengar lagu itu diputarkan, lantas saya cepat-cepat salin. Namun malangnya, ada sebahagian liriknya saya tidak sempat menyalinnya. Saya cuba try cari kat internet, namun tak jumpa, sebab saya tak kenal penasyidnya dan tajuk nasyid itu. Kemudian saya nekad lagi utk dengar IKIM sampai jumpa. Tapi sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagu tu. Jadi disini saya berharap sangat kepada mereka yang tahu lagu ini, bantulah saya mencari puzzle lirik lagu ini...
 

Nasyid: tak diketahui
Penasyid: juga tidak diketahui
 
Hulurkanlah salam simpati
Buat mereka yang masih mencari
Jauh dari redho Ilahi
semoga kan terbuka hati (chorus)

Tunjukanlah jalan Tuhanmu
Jelaskanlah yang dikaburi
Meskipun kita dipandang sepi
Hidayah ditangan Ilahi (chorus)

Sedarlah saudara...
Amanah Allah yang terpikul dibahu kita
Janganlah dibiar, mereka hilang 
tenggelam dalam kesesatan

apalah dirimu 
banding mereka 
hidup dalam dunia x2

Yakinlah saudara..
Bantuan Allah, 
tersemat dalam jihad kita,
******************
******************

Elokkan akhlakmu,
Ukhuwah itu, 
datanglah kawan yang membantu x2

Robohkanlah dinding pemisah,
segera eratkan hubungan 
Hamparkan contoh 
akhlak mulia

moga islam jadi pilihan x2

...end...

Jadi saya berharap sangat kalau ada sesiapa boleh mengisi ayat lirik lagu yang bertanda '********' tu. Kalau boleh saya nak ia dinyanyikan semula untuk meningkatkan semangat para dai'e. Jika boleh, sesiapa yang ada lagu tersebut, boleh la tolong emailkan kat saya lagu tu (iq89.kafah@gmail.com)... Saya berharap sangat. Sila panjangkan post ini kepada rakan-rakan anda yang suka dengar 'nasyid lama'. Semoga Allah redho dengan usaha kita.

.:: Berharap Sangat-Sangat::.

7 comments:

FRESHIE said...

Nah, ini lirik yang missing itu,

Marilah bersama membina jiwa
Kehalusan budi usah dilupa

Lagu: Salam Simpati
Penasyid: Budi Murni

ni link download:
http://dc118.4shared.com/download/cYABQzpw/Salam_Simpati.MP3?tsid=20110130-083904-716ff3e2

FRESHIE said...

sini ade lagi kalau rindu dengan lagu-lagu lama yg telus dan menyusup jiwa--> http://streaming-grapesnasyid.blogspot.com/

.::: mr IQ :::. said...

Alhamdulilah, setelah bertahun lamanya mencari, jumpa juga akhirnya...
trima kasih buat Cik Freshie sebab bagi link download tu skali....
Semoga Allah merahmatimu..
X sia2 saya tulis kat dlm blog ini... :)

Ana Aisyah said...

rasa teringin pula nak dengar nasyid ini..sy pun peminat nasyid juga... nnt ada masa kamu share la video nasyid ini kat sini.. ^^

jom kita baca kisah teladan ini ^^

ibtisamdaiman said...

saya juga peminat lagu nashid lama, tetibe baru2 ni ternyanyi
'sedarlah saudara amanah Allah.' xingt mana asal usul nye.. trma ksh smua.. dpt jumpa lagu dn lirik skali..

Anonymous said...

Ada cerita di sebalik nasyid ini. Asalnya dirakam oleh pelajar ukm

Unknown said...

Bait² dalam lagu ni setiap kali dengar buat hati jd syahdu.. Lagu ni dirakam oleh kumpulan Budi Murni, manakala penyanyinya adalah Cikgu Zul, penulis asal lagu ni. Dulu cikgu Zul bersama-sama dalam group shoutul shahab dari UKM tak silap saya. Ayah saya salah seorang ahli Budi Murni. Rindu zaman² teman ayah saya praktis dulu.. Skrg semua dah buat haluan masing².. - Wan-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...