memulakan kembali langkah pertama |
Assalamualaikum buat pembaca dan pelawat blog mr-IQ. Hari ini dalam sejarah telah masuk tahun baru mengikut kalender orang kafir. Jika masih belum terlewat, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru. Moga azam tahun baru hijrah yang kita tekadkan haritu, masih istiqomah lagi kearah kebaikan.
Ucapan
Disini saya ingin membuat sikit pengumuman dan ucapan (mungkin aku perlu letak d slot dairi, tp x pe la). Saya mr-IQ, ingin menyusun sepuluh jari saya, memohon maaf, jika selama ini ada pembaca-pembaca (especially to my followers, y sudah ganjil 19org) blog saya, pernah terguris hati kerana penulisan saya. Juga tidak lupa dengan ucapan terima kasih, sebab sudi melawat blog yang agak bosan ini.
Pengumuman
Kini saya telah pergi ke alam yang baru. Iaitu alam IPT untuk kali ke-2 nya. Untuk pembaca yang tidak faham, boleh lah baca di dairi saya di link ini.
http://mr-iq2.blogspot.com/2011/01/goodbye-busy-dicember-orentasi-uitm.html
http://mr-iq2.blogspot.com/2010/10/interview-seni-bina.html
Saya telah menerima tawaran diterima pada tarikh 21hb November 2010 (kalau x silap la), dan telah masuk ke UITM pada tarikh 27hb Disember 2010.
Ayat diatas bukan bermakna saya akan menutup terus blog ini, cuma mengurangkan penulisan saya. Sebab saya kini mula belajar kembali (bkn sambung belajar), di UITM. Almaklumlah lepas ni kena strugle study. Tak nak jadi macam dulu-dulu. Saya ni bukan macam orang lain, nak post sesuatu kena pikir ayat dulu, nak cari gambar lagi, nak menaip satu-satu huruf memang lambat giler. Jadi saya perlu lebih menumpukan masa saya pada study. Jadi mungkin tiada masa untuk berbloging.
Cabaran
1. Saya perlu menyediakan diri saya untuk sibuk, kerana apa yang saya dapat tahu dari orang yang pernah mengambil Seni Bina, Seni Bina adalah satu kos yang banyak assigment. Sahabat saya yang pernah duduk sebilik dengan orang seni bina, katanya orang senibina jarang balik bilik. Sebab duk kat Studio je. Saya agak takut jugak bila dengar camtu. Apapun, mental dan fizikal perlu dipersiapkan bagi menghadapi dugaan ini.
2. Saya agak susah untuk bersosial atau berkomunikasi. Jadi ia merupakan satu cabaran bagi saya. Latihan senyuman perlu saya lakukan. Skrip dialog perlu disusun, untuk menambah rangkaian akademik dan memudahkan urusan kerja saya. Sememangnya agak mencabar bagi saya. (alhamdullialah ada dah kawan2 disini)
3. Perempuan merupakan satu cabaran bagi saya. Kerana saya amat takut dengan fitnah wanita. Semoga Allah melingdungi saya dari fitnah wanita. Keberadaan saya di UITM, akan menjurus/terdedah kepada ikhtilat iaitu pergaulan. Apa yang saya harap saya dapat menjaga pergaulan saya agar tidak ada terpesong dari perintah Allah.
harapan itu masih ada untukku |
1. Semoga kalian mendoakan saya agar saya terus istiqomah dalam Islam.
2. Semoga saya dapat lakukan sesuatu disini untuk Islam.
3. Semoga Allah melindungi aku daripada penyakit hati.
4. Moga saya dapat meningkat diri saya dalam suasana yang baru ini.
5. Semoga kalian dapat mendoakan kejayaan saya.
6. Semoga pilihan yang saya buat kali ini adalah pilihan yang tepat.
7. dan banyak lagi... (x mampu nak tulis)
mohon kekuatan agar tidak dibaham jahilliyah |
Pesanan
Untuk kawan-kawan saya diluar sana, moga-moga korang semua dapat sambung belajar. Pohon doa banyak-banyak. Kerana itu semua datang dari Allah. Jadi mintalah kepada Pemilik Sekalia Alam ini. Kepada Naw Labqi yang sentiasa menyebarkan link saya di FBnya (termasuk yang senyap2 menyebarkan), saya ucap terima kasih banyak2. Semoga Allah redho dengan amalan kita semua.
No comments:
Post a Comment