Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Friday, February 4, 2011

Nasyid Buat Dai'e illallah

Assalamualaikum... buat pelawat-pelawat blog Kata-Kata Tak Terkata. Semoga Allah merahmati kalian semua. Pada post yang lepas, saya ada meminta bantuan pembaca/pelawat blog ini untuk mencari yang hilang, iaitu lirik lagu nasyid. Alhamdulillah, berkat kunjungan anda semua, ada seorang hamba Allah mempunyai lagu nasyid itu. Hamba Allah itu bernama cik Freshie. Beliau merupakan salah seorang komikus dakwah di Rindu.org. Nak taaruf lagi, sila pegi kat blog dia. (klik kat nama tu)

Saya nak lirik sahaja, tapi alhadulillah dapat sekali dengan link download dan nama nasyid itu. Saya amat-amat bersyukur, sebab dah agak bertahun-tahun cari lagu ini. Kemudian terdetik dihati untuk menulis di blog, memandangkan followers dah ramai sikit. (tapi yg jumpa lagu tu, bukannya followers pun, huhuhu) Dengan izin Allah usaha itu mencapai matlamatnya. Dan hari ini saya ingin share dengan anda semua, lagu nasyid yang selama ini saya cari. Sila tekan button dibawah


Lagu: Salam Simpati
Penasyid: Budi Murni

Hulurkanlah salam simpati
Buat mereka yang masih mencari
Jauh dari redho Ilahi
semoga kan terbuka hati (chorus)

Tunjukanlah jalan Tuhanmu
Jelaskanlah yang dikaburi
Meskipun kita dipandang sepi
Hidayah ditangan Ilahi (chorus)

Sedarlah saudara...
Amanah Allah yang terpikul dibahu kita
Jangan dibiarkan, mereka hilang
tenggelam dalam kesesatan

apalah dirimu
banding mereka
hidup dalam dunia x2

Yakinlah saudara..
Bantuan Allah,
bersama jalan jihad kita,
Marilah bersama membina jiwa
Kehalusan budi usah dilupa

Elokkan akhlakmu,
Ukhuwah itu,
datanglah kawan yang membantu x2

Robohkanlah dinding pemisah,
segera eratkan hubungan
Hamparkan contoh
akhlak mulia

moga islam jadi pilihan x2

Sila hayati lagu ini betul-betul. Liriknya amat bermakna dan menaikkan semangat dakwah buat dai'e Ilallah. (tapi jangan dengar je, sila amalkan). Perlu ke saya huraikan lagu ini? Rasanya tak perlu kot, sebab mesejnya sudah jelas... huhuhu...
Semoga Anda dapat sesuatu dari nasyid ini...


p/s: kalau player tu x berfungsi sila inform kat saya ek...


.::Alhamdulillah::.

8 comments:

FRESHIE said...

kalau menulis blog, janganlah kerana followers dah ramai. biar tade followers pun tulis je banyak2 dengan ikhlas. orang akan membaca kalau penulisan kamu bagus.

.::: mr IQ :::. said...

amat benar ape yg dikatakan cik Freshie.
Tapi apa yg saya maksudkan disini, hanyalah sebab nak cari lagu tu. Kalau x de orang yg bace, maka x jumpe la lagu tu... (followers juga merupakan pembaca kan?) :)

FRESHIE said...

oh..saya tak baca betul-betul tadi. asif.. selamat menulis

.::: mr IQ :::. said...

Kepada pembaca yg x dpt dengar tu, maaflah... saya x tau apa masalah dgn player tu... tp isyaAllah kalau korang bagitau saya kalau ada masalah, saya akan cuba baiki balik player tu...
bagitau tau..

faizal muzni said...

http://youtu.be/y9zqmknYelY

faizal muzni said...

http://youtu.be/h_LYqeCUpU8 nasyid yang langka

faizal muzni said...

http://youtu.be/-SDz8OcoH98 lagi nasyid budimurni

.::: mr IQ :::. said...

terima kasih faizal muzni.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget