Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Tuesday, September 28, 2010

SUATU PEMERGIAN

Kematian adalah satu kepastian


Setiap yang bernyawa pasti merasai kematian. Kematian adalah satu kepastian. Kematian adalah hakikat penciptaan. Namun ada kata-kata dlm sebuah buku (x tau buku siapa) "the chance will knock the door who prepared". Bagi siapa yang bersedia menghadapinya, maka ada peluang baginya untuk syurga.



Perginya seorang Murobbi

Pada tarikh 18 september 2010 lebih kurang pukul 10.00 pagi, Murobbiku UDMZ telah pun dipanggil ilahi. Tiada apa yang dapat kulafazkan ketika itu. Namun hati ini hendak menyatakan sesuatu. Dialah Murobbiku. Sungguh diri ini tidak layak menceritakan mengenai beliau. Kerana beliau tidak pernah mengajarku dalam kelas semasa di Taman  Islami (sebab x amik khassah). dan kerana aku bukanlah seseorang yang hebat seperti mereka-mereka untuk dikenali beliau. Namun diriku mengenali dirinya melalui akhlaknya, tiada yang jelek di pandangan. Semangatnya yang membara, dari lisan bibirnya yang kian merekah. Kasih sayangnya terpancar pada pengorbanan demi anak-anak didiknya (mad'unya). 

Tanpanya siapalah Aku..

Ku mengenalinya bukanlah ikon di Televisyen, ku mengenalinya sebagai ikon dakwah kepada masyarakat. Seorang yang bukan hanya teori, tetapi praktis terhadap fikrah kefahamannya. Dan tanpanya siapalah aku.. Tanpa permulaan dakwahnya, mungkin ibu bapaku tidak memahami Islam yang sebenarnya. Dan kemudian nya, mungkin melahirkan aku 'seorang samseng'. Sungguh besar kesan beliau dalam hidupku ini. ituilah yang hendak digambarkan hatiku ini.

Kesedihan yang hadir

Di perkuburan dimana UDMZ dikebumikan, aku lihat ada yang menitiskan air mata. Fitrah manusia akan menangisi suatu kehilangan yang beharga buat dirinya. Rasullah juga pernah menangis ketika kematian anaknya. apatah lagi kita  manusia biasa. Suasana di perkuburan itu dikuasai perasaan sebak. walaupun kebanyakan sahabat-sahabat tidak menitiskan air mata. Hatiku ingin turut mengalirkan air mata, namun hatiku memujuk "untuk apa kau tangisinya??". Ya, untuk apa aku tangisinya. Beliau telah melakukan tugasnya. Dan kini sedang mengutip hasil-hasil pengorbanannya di Dunia. Beliau sedang menuai janji-janji Allah bagi mereka yang menegakkan kebenaran.

Tugas yang belum selesai

Tugas kita bukan untuk menangisi pemergiannya. Tugas kita untuk menyambung perjuangannya yang belum selesai. Dan yang memulakan perjuangan ini bukanlah beliau, perjuangan ini dimulakan oleh Rasullulah. Dan aku yakin beliau merupakan satu rantaian dari kerja-kerja ini. Dan kita perlu menyambung rantaian ini sehingga tertegaknya kalimah Allah di muka bumi ini. Itulah tugas KITA.

Semoga Allah merahmatinya

Semoga Allah merahmati arwah UDMZ dan agar dia ditempatkan bersama mereka-mereka yang soleh dan beriman. akhir kalam, ana ingin share sikit sajak daripada album 'untukmu Rasullulah'. Ana kepilkan sajak ini, bukanlah bertujuan menyamakan situasi UDMZ dengan Rasullulah. Tapi untuk melihat sikap Abu Bakar yang membetulkan kembali matlamat dakwah ini, semasa keadaan yang penuh emosi...

Bencana tentera bergajah masih ngeri dingatan
Ketika kota suci diambang kehancuran
Fajar rabiul awwal membawa harapan,
Mentauhidkan yang Esa menjadi pegangan,
Persaudaraan adalah seruan,
Keamanan menjadi jaminan,

Entah mengapa, 
Tiba-tiba seluruh alam terasa suram,
Berita kematian bukan lagi kebiasaan,
Bagai terpanah petir, hawariyyun perkasa berdiri longlai,

Dek sedih tidak tertanggung,
Tersentak al Faroq bingkas, menghunus pedang berjasa,
"Siapa yang mengatakan Rasullulah telah mati,
maka pedang ini adalah habuannya"

Mujur tiba as Sidiq mendamai rasa,
"Sesiapa yang menyembah Muhammad,
maka kini dia telah wafat,
dan sesiapa yang menyembah Allah,
maka Dia sentiasa hidup kekal abadi"...

wAllahua'lam....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...