Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Monday, October 11, 2010

Sahabatmu, Kawanmu, Lawanmu?

Sahabat kawan punya teman..


Pernahkah anda mempunyai kawan? Pernahkah anda mempunyai sahabat? Apabila ditanya soalan ini, mungkin ada orang yang akan berkata "La.. same je lah jawapannya, kawan tu samelah ngan sahabat". Tapi percayalah, Ia adalah berbeza. Dari pengajaran Taman Islami, telah mengubah erti Sahabat dan Kawan dalam kamus hidup saya.

Serupa tapi tak sama

Apakah perbezaan dua perkataan ini? Yang pertama ialah, dari sudut ejaannya amatlah berlainan. Begitu juga dari sudut sebutannya (lawak je). Cikgu saya cakap, berkawanlah dengan semua orang. Tapi pada di hari yang lain saya diajar dengan pilihlah sahabat kita. Jadi agak pelik kan? Sebelum ni suruh kawan ngan semua, pastu ni suruh pilih pulak. Tak ke 'double standart' tu (betul ke term aku guna?).

Erti sahabat itu…



Sahabat adalah mereka yamg mengharapkan kebaikan buat kita. Sahabat sentiasa memberi kita kekuatan ketika kita lemah. Saling ingat-mengingati. Sahabat adalah orang yang apabila kita lihat dia, kita akan mengingati Allah. Ianya kerana persahabatan itu berdiri diatas asas keimanan dan ketaqwaan. "Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah, dan membenci kerana Allah" riwayat Tabarani daripada Ibni Abbas r.a.

"Ibarat orang-orang mukmin itu pada ikatan kasih sayang dan belas ihsan umpama sebatang jasad. Apabila mengadu satu anggota akan kesakitan , maka seluruh jasad akan turut berjaga alam kerana demam panas" hadis riwayat As-Syaikhan. Sahabat ikatan kasihnya, ibarat satu jasad, jika terasa sakit satu anggota, seluruh tubuh akan deman kerana kesakitan itu. (begitu tafsiran yg sy paham)

Erti kawan itu…


Kawan pula bagi saya, adalah jalinan yang biasa. Tiada hubungan kasih sayang. Mereka hanya datang kemudian berlalu. Tidak ada suatu ketetapan. Kerna asas kawan itu adaah kegenbiraan dan keseronokan. Kegembiraan dan keseronokan pula bersifat sementara. Bak kata pujangga, teman ketawa senang dicari, teman menangis hanya keseorangan diri. Ketika senang ia hadir, ketika susah dia pergi. (Begitulah tafsiran saya).

Mengetahui kawan atau lawan

Di sekililing kita terdapat sahabat dan kawan. Sering kali kita meminggir sahabat kita. Sedangkan mereka mengharapkan kebaikan keatas kita. Kebiasaannya kita mengikut kawan. Kerana keseronokan dan kegembiraan sesuai dengan nafsu manusia. Kenalilah siapa kawan dan siapa lawan. Jika dia benar-benar kawan, maka adakah dia sanggup mengajak kepada kebinasaan? Kawan yang sejati (sahabat) adalah orang mengajak kita kepada kebaikan.

Memilih kawan…

"Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok." (Hadis Riwayat Imam al- Bukhari dari Abu Musa). Hadis ini menberi erti bahawa kita perlu bersahabat denagn orang yang baik untuk menjadi baik. Kajian telah banyak membuktikan faktor kawan, memain peranan besar dalam pembinaan akhlak seseorang.

Membetulkan konsep

Sungguhpun kita perlu memilih sahabat, tetapi tidaklah kita perlu membiarkan kawan dalam kesesatan. Peranan kita ialah menjadi sahabat mereka. Sungguhpun dia tidak membawa kita kearah kebaikan, apa salahnya kita membawa dia kepada kebaikan? "Manusia semuanya adalah tanggungan Allah maka yang paling dicintai Allah adalah mereka yang paling bermanfaat kepada tanggungan Allah" hadis riwayat Tabrani, Baihaqi, dan Bazzar.

Hargailah ia..

Hargailah sahabat yang hadir dalam hidup kita. Kerana sahabat kini susah untuk dicari. Kehilangannya mungkin tiada ganti. Dalam keberadaan kita di zaman bertuhankan materealistik dan mementingkan diri (individualistik) ini, kita memerlukan sahabat untuk terus berdiri. Jika tidak kita akan hanyut dalam jauh dari redho Allah. Hargailah ia, hargailah ia, hargailah ia…

Kawan, bersilih ganti
Sahabat, sukar dicari
Sahabat, bisa menembus syurga
Kawan, belum tentu kemana.

Dunia Yang Sepi
Album : Pelita Hidup II
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan

wAllahua'lam…..

rujukan
http://melurjelita.com/?p=1470
http://www.liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/4607/hijjaz-dunia-yang-sepi.html

2 comments:

.::: mr IQ :::. said...

semoga bermanfaat

Anonymous said...

setelah selesai membaca artikel ni, timbul pula satu persoalan yang bermain di dalam otak fikiran warasku..

persoalan pertama yang timbul adakan saya ni kawan tau sahabat? adakah saya layak jadi sahabat kepada mereka ni tau sekadar kawan yang menjadi teman tikala gembira sahaja?

hanya insan2 ni sahaja yang tahu jawapan disebalik persoalan ini.

kerana mereka bagi saya merupakan insan yang hebat jika dibandingkan dengan diri yang jahil ni. kengkadang kurasakan diri ni tak layak tuk mendapat kasih sayang seperti sayangnya sahabat dimana hanya layak mendapatkan kasih yang sementara sahaja seperti kasihnya kawan..

sepanjang tempoh ni saya sering anggap yang kasihnya kawan itu indah ternyata kawan tak seindah sahabat.

-faful-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget