Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Wednesday, October 6, 2010

Kisah Dua Sahabat


Ketika saya berada form 2 di Taman Islami, ada seorang cikgu perempuan yang kalu tak silap namanya cikgu Ayyan (ejaan x tau betul salah). Setiap kali nak masuk kelas kami (2L2) mesti dia agak takut sikit (mengikut pemerhatian saya). Sebab kelas tu budak nakal banyak. Tapi bukan itu saya nak cerita dalam post ni.


Suatu Hari

Cikgu tu cuba cari cara untuk pelajarnya fokus dalam kelas. So... pada suatu hari, dia memulakan pengajarannya dengan satu cerita. Cerita itu saya ingat sampai sekarang. Ceritanya berbunyi begini, Pada suatu hari, ada dua orang sahabat baik tersesat di padang pasir yang tandus. Nama mereka ialah seorang tu namanya Azim dan seorang lagi Najmi (nama ini direka je). Maka dua orang sahabat itu bermusafir berkelana di padang pasir itu bersama-sama mencari jalan keluar dari padang pasir.

Tendang

Di tengah perjalanan, tiba-tiba Azim menendang Najmi. Najmi jatuh tersungkur diatas pasir. Najmi cuba memikirkan apakah kesalahannya terhadap Azim, sehingga Azim tergamak menendangnya. Di buntutnya masih lagi terasa kesakitan tendangan itu. Di kehangatan padang pasir itu, Najmi tanya kepada Azim "Ana ada buat salah ngan Anta ke?". Azim diam seribu bahasa, lalu meneruskan perjalanan. Meninggalkan Najmi tertanya-tanya. "Mungkin dia menghadapi tekanan, lalu fikiran menjadi celaru" bisik hati Najmi, cuba bersangka baik. Najmi kemudiannya menulis "sahabatku menendangku" di atas pasir tempat dia jatuh. Lalu mengikuti kembali sahabatnya dibelakang.

Oasis

Selepas beberapa jam berjalan di padang pasir. Azim ternampak oasis di hadapan. Mereka seperti tak percaya akan mata mereka, lalu menggosok mata mereka beberapa kali. Ternyata, itu benar-benar oasis. Bukannya fenomena fatamorgana, yang selalu berlaku oleh orang yang bermusafir di padang pasir. Mereka berlari kegembiraan menuju ke oasis tersebut. Di oasis tersebut ada pohon-pohon kurma yang rendang dan satu kolam air yang dalam.

Menyelamat

Azim mengambil tempat di satu pohon kurma yang rendang untuk berehat. Mungkin kerana suasana padang pasir yang panas. Najmi tanpa berfikir panjang terus terjun ke dalam kolam tersebut. Najmi cuba untuk menjejak kakinya di dasar kolam. Namun tidak dapat mencecahnya. Ketika itu baru dia sedar bahawa kolam itu dalam. Dan berita baiknya ialah dia tidak tahu berenag. Najmi panik, lantas menjerit meminta tolong. Azim mendengar jeritan Najmi, lantas tanpa membuang masa, Azim terjun dengan gaya 'dolphin' ke dalam kolam. tapi berenang gaya seperti seekor katak. Sangat laju. tidak hairanlah dia mendapat pingat emas, ketika kejohanan berenag bawah 18 semasa di sekolah menengah. Najmi berjaya dibawa ke tebing kolam. Dan Najmi masih bernafas.

Terus berkelana

Najmi amat berterima kasih pada sahabatnya Azim. Azim hanya diam, kemudian menyambung rehatnya yang terganggu sebentar tadi. Najmi pun kemudian mengukir "sahabatku menyelamatkanku" di atas batu di tepi kolam itu. Setelah berehat dan mengambil bekalan yang cukup, Mereka meneruskan perjalanan di padang pasir itu.

Pengajaran

Pembaca mesti ingin tahu pengakhirannyakan?? Sebenarnya cerita habis disitu sahaja. Sebab mengikut cerita cikgu Ayyan, cerita itu tamat disitu. Mungkin cikgu Ayyan dah habis idea kot. Atau dia saja nak pendekkan cerita. Who knows... huhuhu. Jadi apa pengajarannya? Jadi adakah anda perasan peristiwa pelik dalam kisah 2 orang sahabat ini? Mungkin anda perasaan ayat ini 'Najmi kemudiannya menulis "sahabatku menendangku" di atas pasir' dan ayat ini 'Najmi pun kemudian mengukir "sahabatku menyelamatkanku" di atas batu'. Kenapa Najmi perlu tulis diatas pasir. Kenapa Najmi menulis diatas batu juga?

Lupakan

Cikgu Ayyan menerangkan pengajaran cerita itu. Peristiwa Aneh yang berlaku itu sebenarnya satu analogi pengajaran. Apabila anda menulis sesuatu diatas pasir, kemudian angin tiup. Apa akan jadi pada tulisan tersebut? Ya.. tulisan itu akan terpadam. Begitulah kita, kesalahan yang sahabat kita lakukan janganlah kita simpannya didalam hati. Biarkanlah kesalahan itu ditiup angin masa.

Ingatkan

Peristiwa Najmi mengukir "sahabatku menyelamatkanku" diatas batu beerti, apabila sahabat kita melakukan kebaikkan terhadap kita, maka pahatlah didalam hati kita. Apabila kita ukir tulisan diatas batu, maka tulisan itu akan kekal diatas batu. Begitulah analoginya. Cerita itu amat bermakna buat saya, lantaran itu saya masih ingat cerita tu sampai sekarang.

Lupakan dan Ingatkan

dalam persahabatan, mengikut apa yang saya sendiri alami. Kita selalu ingat kesalahan sahabat kita sampai kita lupa akan kebaikan dia yang pernah menolong kita pada masa dahulu. Kenapa kita perlu membenci sahabat kita kerana kesalahan yang kecil sampai melupakan kebaikan yang pernah dia buat? Jika anda ingin persahabatan yang kekal lama, inilah caranya. Lupakan kesalahan dan Ingatkan.kebaikan. Saya sendiri pernah mengalaminya, rasa benci kepada sahabat saya, tapi apabila ingat balik cerita ni, terubat sikit hati yang sakit ni. Syaitan sentiasa mengapi-apikan manusia agar selalu bermusuhan.

 Sajak benciku pada Temanku

Sebelum saya mengakhiri post ini, mungkin ada yang pernah bace sajak tak best ni dalam FB, yang bertajuk 'Benciku pada temanku'. Sajak yang tak best ni terilham dari cerita inilah. Sape yang tak bace lagi, saya tulih balik kt sini...
BENCIKU PADA TEMANKU

Benci pada dirimu,
Benci akan sikapmu,
Benci kerna diriku,
Mengukir kesalahan diatas batu,
Melukis kebaikan diatas pasir,

Kiriku menyalah,
Kananku bersalah,
Lemah,
Menuruti nafsu amarah,
Mengundang parah,

Ku merintih kesabaran,
Ketabahan menempuh persahabatan,
Atas dasar keimanan,
Diuji persengketaan,

Bisik ku pada hati jiwa,
Kutahu dirimu tak sempurna,
Manusia biasa,
Pandangan berbeza,

Kutelan kesalahan,
Agar jadi kebaikan,
Ku gemgam kesabaran,
Moga dirimu berubah,

Bencikan dirimu,
Bencikan sikapmu,
Bencikan diriku,
Namun tidak mengubah hatiku,
Kau tetap sahabatku..
 
 p/s: benci jugak pada diri sebab, selalu melupakan kebaikan sahabat. (cerita cikgu Ayyan itu telah diubahsuai skit)
Selamat Bersahabat.. kepada sahabat saya diluar sana... Maafkanlah Saya.

wAllahua'lam....

2 comments:

Anonymous said...

biasa la tu bang bal
saya pn gitu gak, kengkadang nampak sahabat kita wat salah sikit dah nak melenting tak puas hati
tah la kengkadang tu tak faham gak ngan diri kenapa nak sahabat kita jak yang kena hormat kita kenapa kita tak leh hormat ngn pa yang dorang ingan lakukan
tak salah kan kalau kita sokong dorang dengan pa yang dorang nak wat
kalau salah tu kita nasihatkan jakla
tapi tu la hakikat saya susah nak ingat kebaikan dibanding dengan kejahatan...
dah lama gitu baru sedar kita sebenarnya sayang ngan sahabat kita ni
biasa lah pa kata orang "hati batu" hehehe
macam na ya kita nak tuliskan keburukan sahabat kita kat pasir dan pahatkan nama sahabat kita kat batu?

-faful-

NJ said...

Bal..
Nta catat tak segala kebaikan ana pada nta kat batu?Banyak jasa ana pada nta..Kalau nta lupa,ish3..mmg teruk la..
Malas la kawan dgn nta mcm ni..kekeke

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...