Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Thursday, February 16, 2012

S.I.P.T # Sahabat Soleh

Assalamualaikum… perkara pertama, saya mahu minta maaf kerana sudah lama tidak meupdated bolg. Semenjak cuti ini, saya tiada sumber internet di rumah. Jadi agak sukar updated. Kemudian kebelakangan ni, tangan jadi kaku untuk menukilkan sesuatu, padahal banyak benda dah rancang dalam otak ni. Mungkin hati keras, menyebabkan tangan jadi keras juga… btw, mari terus ke tajuk asal..


SURVIVAL IPT/S #2 Cari Sahabat Soleh

Saya rasa langkah ini sangat penting untuk survive dalam dunia Ipt. Malah bukan sahaja di ipt di sekolah rendah atau pun sekolah menengah pun seharus mengambil langkah ini untuk survive. Dan saya melaluinya. Saya rasa ia memang berkesan. Perkara pertama saya lakukan pada hari pertama berada di Kolej Teknologi Darulnaim dan Universiti Teknologi Mara ialah cari kawan, yang saya rasa boleh dijadikan sahabat baik.

Mengikut kajian dan statistik masyarakat. Ramai pengkaji bersetuju bahawa rakan memberi impak besar kepada kehidupan sesorang. Jika berkawan dengan golongan perokok, kemungkinan dia akan merokok jugak itu lebih besar. Dan saya sendriri mempunyai kawan yang dulunya ketika bersama saya, perangai dia ok je, Nampak macam budak baik. Tapi bila tinggal dirumah sewa bersama rakan yang lain. Perangai dia berubah. Suka menggunakan perkataan mencarut bila berbicara. Kerana persekitarannya, rakan-rakannya sudah terbiasa dengan memaki dan mencarut.


Dalam sirah para Nabi pun ada banyak menceritakan betapa pentingnya sahabat yang baik dalam perjalanan dakwah. Contohnya pada Rasulullulah sendiri, adanya Abu Bakar yang menemaninya dalam menyampaikan islam di muka bumi yang sudah pekat dengan jahiliyah pada masa itu. Kemudian lihat pula sirah Nabi musa, yang berdoa kepada Allah agar Harun saudarnya menjadi sahabat perjuangannya. Melengkapi Nabi Musa yang kurang lancar dalam berbicara.

Dengan itu saya amat yakin bahawa, ia memang memberi impak yang BESAR!!


Mencari Kawan yang baik

Apa yang saya buat untuk mencari kawan yang baik ialah, pertama cari sahabat yang duduk sekali dengan bidang/kos yang kita ambil. Ini kerana kawan itulah yang akan kamu jumpa tiap-tiap hari. Jika ambil kawan yang diluar bidang, agak sukar berbicara.

Cara pemilihan ialah dengan mencari orang yang nampak baik akhlaknya. Kalau boleh jumpa orang yang lebih baik dari kita sendiri, lebih bagus. Tapi saya tahu ia agak sukar dicari dalam keadaan masyarakat kita yang sudah larut dalam jahilliyah. Jadi apa perlu buat ialah cari yang cukup solat 5 waktunya. Jika tiada yang cukup solat 5 waktunya, carilah yang nampak seperti orang yang open minded. Yang boleh menerima cakap kita tanpa tersinggung perasaannya. Atau nampak potensinya untuk menjadi orang baik. Jika dia tidak begitu baik, kitalah yang akan menjadikan dia baik. Itu sebab kena pilih yang ada potensi atau yang open minded.

Cara tersebut ialah mengikut pengalaman saya. Setakat ini, rasanya ia memang berkesan. Saya rasa tidak terlalu larut dalam suasana. Bila ada masalah, kita ada tempat untuk meluahkannya. Kalau nak berbincang mengenai agama pun senang. Bila kita ada tersilap, ada yang menegur kita. Bila kita kekurangan, dia akan melengkapi. Kerana masing-masing ada kelemahan dan kekuatan tersendiri.


Salah Faham yang biasa berlaku
Tapi ramai yang mungkin salah anggap dengan penyataan saya. Apabila disebutkan cari kawan yang sama bidang, tidak lah bermaksud tidak boleh berkawan dengan orang yang mengambil bidang lain. Berkawan tu takde masalah. Tapi yang penting, kena cari juga yang dalam bidang/kos kita. Sebabnya, saya sudah nyatakan diatas.

Lagi satu salah faham yang selalu berlaku ialah, bila kita bersahabat dengan orang baik, bukan bermakna tidak perlu berkawan dengan orang yang 'kurang baik'.TIDAK. Berkawan biarlah ramai, tapi bersahabat biarlah yang baik. Kita perlu bergaul juga dengan mereka yang 'kurang baik'. Tapi kita perlu bersahabat dengan orang baik. Tidaklah mengatakan kita perlu duduk bersama kelompok orang baik je sehingga tidak bergaul dengan mereka yang ‘kurang baik’.


Perbezaan antara sahabat dan kawan pernah saya jelaskan dalam post yang dulu-dulu. Kawan ialah kawan, tapi sahabat adalah lebih sikit dari kawan. Sahabat adalah mereka yang boleh kita jadikan contoh dan orang yang kita lebih percaya. Yang kita mahu bersama-sama menuju tujuan yang sama, iaitu ke syurga.

Cukup sekadar itu perkongsian saya. Saya mahu share pulak artikel yang saya copy dari laman web ini. Iaitu bersahabat cara Islam.
ambil dari FB seorang kawan, kalau nak copy mintak izin dia dulu.. haha

MENCARI KAWAN YANG BAIK DAN MAMPU MEMBIMBING KE ARAH KEBAIKAN.
 
Rasulullah s.a.w bersabda  yang  bermaksud:
“ Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya,  atau  kamu  dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin  membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” 
(H.R. al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah s.a.w menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya: 

BERSAHABAT DENGAN ORANG YANG BERTAQWA DAN BERIMAN 

“ Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada  orang  yang bertaqwa.” 
(H.R. Abu Daud dan At-Tirmizi). 

HINDARI BERKAWAN ORANG DENGAN YANG BURUK AKHLAKNYA 

:”Jauhilah kawan yang  buruk  (akhlak  dan perangainya), kamu akan kenali sepertinya” 


Seseorang itu berada atas cara  hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” 
(H.R. at-Tirmizi dan Abu Daud). 

MENEGUR KESILAPAN KAWAN KERANA KEBENARAN 

Ubadah Ibn As-Samit berkata:
“Rasulullah s.a.w. mengikat janji  dengan kami  supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada  bukti kekufurannya. 

MEMBANTU KAWAN KETIKA KESEMPITAN 

“Seorang Muslim dengan  Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa  yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari  kiamat,  dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan  melindunginya pada hari kiamat.”
(H.R. AlBukhari dan Muslim).
***************************************************


Akhir kata ialah, bila bersahabat,

1. Janganlah kita anggap sahabat kita itu sempurna, sesempurna Abu Bakar. Dia ada kelemahan diri juga.
2. Jangan mudah berkecil hati dengan sahabat kita. Lidah adakala tergigit, inikan pula sesama saudara.
3. Jangan suka menyakiti hati sahabat kita, walaupun dia tidak Nampak seperti marah. Tapi hatinya bisa juga terguris.
4. Jangan mengungkit kesalahan lampau sahabatmu!!! Perkara-perkara ini (diatas) akan merengangkan persahabatan.
5. Akhir sekali mudahkanlah mengucapkan maaf, andai kita tersilap kepada sahabat kita.

Bersahabatlah kerana untuk mencapai keredoan Allah. Semoga iman kita mampu survive dalam apa jua keadaan. Amin…
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. 
(surah At-Taubah: 119)

.::wAllahua'lam::.

5 comments:

Unknown said...

Kata2 mu memberi dorongan kepadaku utk mencari org yg dpt meberi dorongan kpd yg lebih baik dr dulu. Dalam erti kata lain hari ini lebih baik dr semalam dgn mencari shbt yg mampu utk menasihati diri ini yg terlampau banyak buat salah dan silap.

syamilsynz said...

Akhirnya update jugak..bila update terus menulis tajuk yang style..bagus2..

Diari Si Froggie said...

suka entry nie banyak membantu dalam mencari sahabat yang baik :) sahabat pun manusia biasa kan.. saya sayang sahabat saya :)

Anonymous said...

very useful entry! suke sngt :)boleh gune tips tue utk mencari sahabat yg sehaluan :)

Anonymous said...

pentingnya punya sahabat yang soleh dan solehah dikampus yang penuh godaan..bila seorang kita jadi lemah. bila berjemaah kita jadi kuat..inshaAllah..;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...