Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Monday, January 9, 2012

Sayang itu Subjektif, Bukan Objektif

Hari ini ada exam ecology di FSPU. Semalamnya ada exam Construction, which is aku rasa betul-betul loser semalam. Orang lain keluar dengan muka gembira, aku keluar dengan bermuka durja. Ah, biarkan saja yang lepas-lepas, tak usah disebut lagi. Buang masa dan menyesakkan otak.

Dalam perjalanan aku ke Fakulti (utk amik exam eco), aku mendengar radio kegemaran aku, tak lain tak bukan Radio Ikim fm la. Time tu ada siaran ulangan bual bicara yang lepas-lepas. Bual bicaranya mengenai kekeluargaan. Tetiba pada satu ketika itu, air mata aku keluar mengalir di pipi. Walau rasa lama sudah tidak mengalirkan air mata, airmata mengalir terus tanpa sempat diseka. Nasib baik tiada orang dalam kereta bersama aku, kalau tidak mesti dah jatuh saham aku ni. haha. Begini ceritanya.

Someone singgah di rumah kami yg agak usang ini. haha
*************
Ustazah dalam radio Ikim itu tersempak dengan murid sekolah rendah yang sedang melepak di suatu sudut
Murid itu menyapa kepada ustazah itu.

“Ustazah, doakan saya dapat 5A UPSR”

Ustazah itupun menjawab, “Insyaallah, ustazah akan doakan.”

Tapi murid itu masih di meja itu. Dia masih merenung ustazah itu. Ustazah itu makin hairan.

“Ustazah kata mahu doakan untuk saya, tapi ustazah tak tanya nama saya pun” murid itu bersuara, menjawab kehairanan ustazah itu.

“Owh maafkan Ustazah, siapa nama kamu?”
Ustazah memerhatikan ada sesuatu yang lain dari murid tersebut. Caranya seperti bersungguh-sungguh betul.

“Nama saya .::(maaf saya x ingat la nama budak tu)::.” jawab murid tersebut.

“Owh, nanti Ustazah doakan. Kenapa bersungguh-sungguh sangat ni?” Tanya Ustazah itu.

Murid itu menjawab “Sebab mak saya kata, boleh minta apa saja, kalau dapat 5A UPSR”.

Owh, seperti kanak-kanak lain juga. Selalunya bersemangat bila ada dijanjikan hadiah.

Ustazah itu bertanya lagi “Kamu mahu apa kalau dapat 5A?”

“Saya mahu minta mak saya saya tutup aurad bila saya dah dapat 5A” jawabnya.

Mendengar jawapan murid itu, Ustazah itu tanpa berlengah, disitu juga dia menadah tangan mendoakan murid tersebut,
“Ya Allah, jika itulah yang dihajatkan kanak-kanak ini, Kau berikanlah kanak-kanak ini apa yang dia hajatkan."
(atas keterbatasan memori penulis, sy x mampu mengekalkan keaslian cerita ini, kerana sy ada lupa certain2 ayat tu, yg menyebabkan sy terpaksa reka ayat sendiri. Maafkan saya :P)

*****************

Time tu lah air mata saya mengalir. Malah semasa saya menulis cerita ni pun, air mata masih membocori mataku. Begitu indah cita-cita seorang KANAK-KANAK itu. Rupanya ada lagi insan seperti ini dalam dunia yang penuh cacamarba ini. Semoga Allah merahmati murid itu, dan memberikan apa yang dihajatkan itu.

Saya tidak tahu apa yang dirasai oleh kanak-kanak itu. Kerana saya dilahirkan dalam keluarga yang memahami islam, Ibu bapa saya tegas dalam mendidik anak-anaknya menjadi muslim yang berakhlakkan islam. (sungguhpun aku masih x soleh2 lg). Alhamdulillah. Namun jika dilihat pada kesungguhan kanak-kanak itu, saya hanya mampu terdiam.

Anak itu seperti memahami “Apa ertinya bahagia, jika neraka kita terseksa”. Anak itu seakan mengerti “Apa erti berkeluarga, jika diakhirat, tidak mampu bersama”.


Sayang yang disubjektifkan
Kata orang, sayang itu subjektif. Ada ibubapa mengekpresikan sayang dengan membiarkan anak-anaknya terus bermaksiat. Tidak menutup aurad. Berpacaran bebas pergaulan. Asap ditelan. Suami menyayangi isteri dengan membiarkan isteri bersentuhan lelaki lain. Kononnya memahami kerja isteri. Jika membawa ke neraka, adakah itu sayang? Sayang seribu kali sayang, Itu bukan sayang.

Jika sayangkan anak, didiklah mereka untuk selamat diakhirat. Jika sayangkan keluarga, pimpinlah mereka menuju ke syurga bersama-sama. Sayang bukan untuk yang sementara, biarlah sayang untuk selama-lamanya. Bahagia.

Di awal bicara lagi, ustazah dalam radio tu kata "Apa yang kita nak harapkan dengan keluarga kita, jika Allah tidak meredhoi keluarga kita". Keluarga yang kamu harapkan lindungan darinya di dunia, tidak melindungmu di akhirat kelak. Mungkin benar kata orang "Jika sayang anak, pukul-pukulkan". Mari kita contohi kanak-kanak tersebut, kerna dia sangat menyanyangi ibunya.

(sila hafal formula di bawah)
Sayang = tak marah
Sayang = tak pukul
Sayang = tak tegur
Sayang = biarkan sahaja
Sayang = didik dengan ajaran agama
Sayang = tegur-tegurkan
Sayang = tanya-tanyakan
Sayang = tangan-tangankan
Sayang = doa-doakan

**********************

Aku keluar dari kereta. Air mata tadi kuseka. Bersedia untuk menghadapi exam Ecology. Lalu aku mulai mendaki tangga-tangga FSPU yang 'pendek' itu. Bersama senyuman aku berdoa dalam hati, "ya Allah, permudahkanllah aku jawab periksa hari ini.”

P/s: artikel ini ditulis selepas menjawab exam ECO. Haha. Short writing.

Bahagia juga subjektif
Sayang juga subjektif
Namun yang benar-benar bahagia adalah yang selamanya.
Namun yang benar-benar sayang, hanya membawa ke syurga.
Kerna yang serendah-rendahnya adalah hanya di dunia.


saya sudah menjadi Pok Chik pada pukul 5.45 petang tadi. (8.1.2012)  hehe
 .::Comelnya Baby Girl tu::.

10 comments:

Ruqaiyah Hmy said...

subhanallah...berkesannya tarbiah kepada budak tu...T_T

AnA ImTiYaZ.. said...

Alhmdulillah..
mknanya, guru2 pun berperanan dlm mendidik ank murid di sekolah..

bukan smua ank murid dapat didikan agama y benar2 sempurna dr mak ayah..

.::: mr IQ :::. said...

yup.. peranan guru amat penting. Kalau gurupun cacamarba, anak murid lg la teruk. Inikan pula kalau murid tu tiada didikan agama dari keluarga sendiri.

Namun jika nak diikutkan sebenarnya, ibu bapa lah yg awal2 bertanggungjawab mendidik anak2.
Ini tidak, hanya tahu bg duit kat anak2. Bagi keselesaan. Tapi kat akhirat tak bahagia.

Waiz Aufa (Penasihat Yang Setia) said...

Subhanallah...tinggi impian anak tu..

..Wardah Biru.. said...

cerita nie still terkesan di hati..

HilmiRazak said...

Teruskan menulis. Amat menyenth hati cerita seorang anak yang mahu mendoakan ibunya menutup aurat.

jzkk atas perkongsia. Teruskan menulis untuk Islam. :)

aniki said...

salute ngan kisah ni bro...teruskan ngan kisah2 yang lagi power...

visitme@FaTiN cOrNeR said...

kisah nie mmg berkesan..

theroadtobetaken said...

nice entry..keep it updated !

pengemis Cinta~ said...

owh.sungguh.sayang itu subjektif..sob3.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget