Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Tuesday, August 16, 2011

Blogger Jangan Jadi Addicted

Blogger Alert #2

Dear Blogger,

Kehadapan buat sahabat blogger yang kukasihi dan dirahmati Allah SWT. Ini adalah entri untuk memperingatkan diri saya dan para blogger diluar sana.

Disini, saya rasa terpanggil untuk menulis tentang ini. Sebab keadaan seperti begitu memerlukan saya menulis tentang permasalahan ini. Apa yang saya lihat, ada sesetengah blogger yang dulunya tidak beberapa aktif, mula aktif semenjak cuti panjang. Dan lama-kelamaan mula ketagih dalam dunia blogging. Saya bukan insan yang layak untuk menulis ini, tapi cukuplah sekadar memperingati diri sendiri sambil mengingati orang lain agar tidak terjatuh dalam lembah ketagihan. 

Blogger bila dah addicted

Dulu-dulu hanya membuat blog untuk saja-saja. Tapi bila lama-lama, jadi seronok pulak. Kalau boleh nak updated tiap-tiap hari. Cerita pasal kehidupan diri sendiri. Makan di Mc D, jumpa Anuar Hadi, jumpa Faizal Tahir, pendek kata semua nak beritahu dunia "Inilah Aku".

bezakah muslim dan orang kafir,  dalam berblog?
Dulu-dulu mahu menyebarkan kebaikkan di dunia web. Bila blog sudah mencecah followers 100. Kemudian ramai pulak yang suka komen dalam entrynya. Memuji entrynya yang bernas. Mulalah merasakan buah fikirannya lebih baik dari orang lain. Apa yang disampaikan semua betul. Ditegurnya blogger lain dalam entri-entrinya, lalu menunjukkan "ini lah cara blogging betul, dan cara ini salah". Kemudian bangga dengan ideologinya, dan terus hanyut dan hanyut. (sy lah tu)

akibatnya..
Makan blog, hidup blog

Kebanyakkan masalah yang berlaku, apabila blogger mula addicted. Ketagih berblogging. Malam blog, siang blog. Lepas makan blog, lepas solat blog. Tak tido pun sebab blog. Kehidupannya sudah jadi blog.

Terlalu mencari kesalahan orang lain

Bila dah suka sangat dunia blog ni, mesti nak kena updated selalu. Tapi nak kena bagi nampak cam entri yang bagus la. Jadi bila da habis modalnya untuk menulis. Mulalah mencari kesalahan orang lain. Jika kita selalu mencari kesalahan orang lain. maka kita tidak nampak kesalahan diri kita sendiri. Tu lah sebab jadi 'ditegur pun tak boleh terima'. Sebab dah rasa dirinya terlalu betul. Orang lain semua salah. (sy lah tu)
******************

Penyelesaian?
Saya teruskan kepada penyelesainya, sebab apa guna cerita masalah banyak, tapi penyelesaian tak dak. Sebahagiannya sudah saya bincangkan ini dalam entri Blogger Alert. Namun rasa nak tulis balik tentang itu. Moga-moga ia bermanfaat untuk kita. Saya bukanlah orang yang layak untuk berbicara ilmiah, sebab diri saya pun banyak kekurangannya. Ini adalah sebahagian penyelesaian yang saya pikir patut diambil kira oleh blogger yang sudah mula jadi addicted.

1. Niat dan Matlamat

Perkara utama dan selamanya. Niat dan Matlamat perlu diperjelaskan dalam penulisan. Bukan sekadar dalam penulisan sahaja, tetapi sepatutnya dalam semua perbuatan. Tapi saya hanya cuba fokus dalam berblog ni ja.

Ya, saya akui manusia sering kali tersasar dari matlamatnya. Jika sudah tahu tersasar, kena la betulkan balik. Jangan dibiarkan terus tersasar. Namun saya sedar, kebnyakan yang tersasar, tidak menyedari dirinya tersasar. Kalau gitu, disini saya cuba untuk memperingati kalian dan diri saya sendiri. Betulkan balik niat dan matlamat menulis.

Terutama mereka yang buat penulisan dakwah. Saya tahu kebanyakkan blogger dakwah, berniat baik dalam artikelnya. Tapi kadang-kadang sampai terlalu menghukum sesetengah pihak yang lain. Ada juga yang sanggup letak gambar dan tajuk entri berunsur porno untuk menarik perhatian pembaca agar membaca artikel 'niat baiknya'. Jika matlamat mencari keredhoan Allah, maka jalannya harus juga yang diredhoi oleh Allah.Betulkan balik niat dan matlamat itu!

2. Besederhana dalam melakukan sesuatu

Orang jadi addicted ni selalunya apabila dia buat sesuatu berlebih-lebihan. Syok sampai berlebih-lebihan. Bloging memang mengasyikkan. Tapi perlu ada kawalan di dalamnya. Jangan sampai kita makan blog, tido blog, tak tido pun sebab blog. Ia sudah melebihi batas manusia. Mengapa perlu terlalu taksub dengan blog? Besederhanalah.

Tak perlu memaksa orang lain membaca Blog anda. Cukuplah sekadar letakkan link sekali. Jika rasa kurang sambutan letak la link lagi. Promosi penting tapi, besederhanalah. Jangan seperti kelihatan memaksa-maksa orang pula. (org lain pun sakit hati)

3. Mengutamakan realiti dari maya

Orang kata blogger adalah pelakon yang hebat. Dalam blog bolehlah cakap baik, tapi dalam realitinya, cakap kasar. Dalam blog nampak penulisan nya macam penulisnya orang baik, tapi sebenarnya perangai dia bukanlah baik pun (saya la tu). Dalam dunia maya, mesra dengan followersnya. tapi dunia realiti masih dibenci rakannya. Dunia maya dan realiti adalah berbeza.


Tak salah jika mahu peramah di alam maya. Tapi lebihkan di alam realitinya. Jangan hidup dalam dunia maya sahaja. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Jangan habiskan masa hanya untuk blog. Habiskan masa anda didalam dunia nyata. Jika ada masa senggang, bolehlah berblog. Tak salah.

Contoh yang lain untuk point ini ialah, didalam entrinya mahu menegakkan khalifah dimuka bumi ini. Maka disebutlah mengapa perlunya khilafah dan sebagainya. Tapi hakikat dalam dunia realitinya masih lagi tidak mampu meninggalkan perangai buruknya. Seperti masih lagi merokok, masih lagi menyimpan dan menonton video lucah dan sebagainya. Tidakkah dia tahu, jika mahu menegakkan Negara Islam, tegakkanlah negara islam dalam diri dahulu.(Di alam maya nampak kencang, tp realitinya hampeh). sy la tu

4. Merendah diri

Saya tahu bila orang yang banyak follower ni memang tinggi egonya. Bila dah dirasai orang menyokong penulisannya, rasa diri hebat. Jangan cuba nafikan, sebab saya sendiri merasainya. Jika follower dah cecah 1000 sekali pun, belum tentu Allah redho dengan blog kamu. Kalau pengomentar setia kamu mengatakan entri kamu itu benar, belum tentu ianya benar disisi Allah.


إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَأَخْبَتُوا إِلَى رَبِّهِمْ أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh dan merendahkan diri kepada Tuhan mereka, mereka itu adalah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya.
(Hud ayat 23)

Tunduk dan merendah diri lah kita walau berapa banyak pun follower. Untuk apa meninggi diri, jika pengakhirannya sama-sama juga kita mati? Jika ditegur, terimalah dengan hati terbuka, jika apa yang ditegur itu benar.

5. Hubungan dengan Allah

Ini perkara punca paling utama dalam permasalahan ini. Kebanyakan kita memang pandai menulis. Pandai mengemukakan idea yang bernas. Pandai memberi ideologi. Namun kekurangan hal paling besar, iaitu hubungan dengan Allah. Tulis lah apa yang mahu ditulis, tapi kena sedar, Allah itu maha melihat. Setiap apa yang ditulis kelak akan ditanya oleh Allah apa yang ditulisnya.


Jika kita betul-betul menjaga perkara ini, saya amat yakin, segala penulisan kita tidak akan tercampur perkara-perkara yang haram, perkara yang mencetuskan kemarahan, perkara yang menyakiti orang lain, tidak membuat perkara sia-sia dan sebagainya. Kerana semua yang dilakukan, kita merasai, Allah menilai. Segala yang baik akan dihisab, segala yang buruk akan diazab.Dan saya faham satu konsep semenjak di 'Taman Islami' dulu, iaitu jika menjaga hubungan dengan Allah, maka Allah akan jaga hubungan kita dengan orang lain. Jika orang tak suka dengan kita tu, beerti mungkin kita tak jaga hubungan kita dengan Allah.

Kesedaran untuk sedar

Jadi disini saya seru sekalian blogger dan diri saya, agar kita tidak menjadi "blogging Addicted". Marilah berusaha bersama-sama memberikan sesuatu kepada masyarakat. Bukan hanya pandai mengkritik. Bukan hanya pandai sembang 'kemas' (sembang kencang). Bukan sekadar sembang kosong di alam maya. Jadilah kita blogger yang diredhoi Allah. Tidak perlu taksub sangat dengan ideologi sendiri.

Saya berharap secebis perkongsian ini, anda dapat sesuatu darinya. Sungguh pun entri ni nampak kucar-kacir sikit, namun saya harap saudara/i menghadami nya. Saya berdoa agar kita semua, pembaca dan blogger diluar sana, agar menjadi Blogger Muslim, dan bukannya hanya menjadi Blogger Seronok2, bukannya menjadi Blogger Ideologi, dan bukannya Blogger Syok Sendiri. May Allah bless all of your typing (broken english).
.::wAllahua'lam::.

27 comments:

Sidratul Muntaha said...

:'(

Munn Jaafar said...

xtahu nak kata apa selain dari TERIMA KASIH... =)

Unknown said...

Insya'Allah.. Yang penting kita sedar segalanya datang dari Allah, Buah fikiran yang kita tulis dalam blog tu pun segalanya dari Allah, Selagi kita pegang dengan segala sesuatu itu datang dari Allah dan nanti kita akan bertangungjawab diatas segala perilaku kita insya Allah, Allah itu akan bersama kita, dan Insya'Allah kita tidak akan kecundang dijalan nya..

naDhi_islamiC said...

ada juga klebihan blog sbnrnya.. ia menjadi harta kita slps kmatian kita. ^_^

aton said...

benar kata enta,
"Innamal a'malu binniyyatai"
segalanya kembali pada niat kita...
walau org lain tidak tahu, tapi Allah Maha Mengetahui segala yg tersirat di hati.. :)

jazakallah~

Ezan Izzah Izzy said...

JAZAKALLAH KHAYRAN KATHIRAN
semoga Allah meredhai kita dlm berblog

.::: mr IQ :::. said...

to Sindratul muntaha~
:)

to Munna~
sama-sama memperbaiki diri

to Ahmad Ahmil Mohd Zainuddin ~
benar sekali kata saudara... :)

to naDhi_islamic~
teramatlah benar... :)

to Aton~
ya... betul tu

to ezan sahizzah~
insyaAllah... amin..

Primadona said...

nice entry.Terkena batang hidung sendiri.Semoga kita sama sama mampu berubah ke arah yang lebih baik. :)

insan_marhaen said...

Syukran atas ingatan ini..semoga kita terus saja sentiasa ingat mengingati..


... SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT.. TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU. "MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin"." kata2 ini lah yg saya pegang dan ingat...

kaizen said...

jadi ingat mengingatilah sesame kite....

husnataqwa said...

alhamdulillah peringatan yang baek.

teruskan memberi peringatan kerana ia bermanfaat buat orang2 yang beriman.

salam ramadhan. =)

maisarah lani said...

setuju sangat dengan entry ni :')

Kucing Serius. said...

Agree. Di Alam Maya sahaja nampak kencang. TETAPI

Allah sahaja yang tahu apa tersurat dan tersirat dalam hati manusia. Allah sahaja yang sentiasa tahu dan mengenali siapa kita. Apa yang terjadi pada seseorang tu,apa yang seseorang tu lakukan,etc etc. Allah Maha Mengetahui.

From there,adalah sangat tidak layak kalau kita nak judge seseorang tu based on our observation kita on that blogger punya realiti. Mungkin,semalam kita jumpa dia,dia seorang yang sangat Sekular. Pada hari ni,kita tak jumpa dia.

Tapi adakah kita tahu,adakah seseorang tu masih sama Imannya semalam dan hari ni?

Pelakon yang hebat? Adakah kita tahu dia SEDANG berlakon atau tidak?

Allah Maha Mengetahui apa yang manusia tidak tahu.

syasya said...

nice entry..setuju dengan hujah anda =)

.::: mr IQ :::. said...

To Miss Dolce n Gabbana~
tp sebenarnya kat kena batang hidung penulis dulu..

To Ummuainries~
Sy mahu copy kata-kata tu boleh? (dah copy dah pun). terima kasih atas kata2 tersebut. :)

To Kaizen~
:)

To HusnaTaqwa~
salam Ramadhan juga :)

To Msrh's~
peringatan utk diri sendiri

To Kucing Serius~
Saya tidak tuju kpd sesiapa, dan saya tak kata pun siapa. Dan saya lebihkan utk diri sendiri. Itulah yg sy kata sy tidak layak menulis tentang org lain, tapi sy tujukan entri ini lebih kepada diri saya sendiri.

-sy tak judge sapa2
-sy observe diri sy, dan sy menulis
-sy cuba menasihati diri sy
-pelakom terhebat itu bukannya siapa2. sebab sayalah pelakon tersebut.
- maaf jika entri ini melukakan hati anda. Ia telah pun melukakan hati sy.
-jgn hukum sy, 'menghukum anda'.
-maaf lg sekali. (sy akan cuba baiki penulisan sy agar tiada siapa terluka lepas ni).::Maafkan Aku Kawan::.

To syasya~
sekadar memperingati diri..

kunci locker said...

wah..nice entri..aku suka ni..alhamdulillah aku masih blh kawal kalau aku mula nk gila blog..aku akn tutup jek trs laptop..tkt lupa dunia...hahahah...thnk sharing.. :)

adlin roshaida said...

nice :)

Haikal Blank said...

hahaha ya, aku benar - benar terasa! keh3..
dunia realiti aku mungkin tak seindah kata - kata. aku menulis memang untuk diri aku dan semua. aku tak suka judge orang lain selain diri aku sendiri.
aku cuba menyampaikan pengalaman dan cerita sebenar realiti dunia sekeliling kita yang mungkin kita sendiri tidak sedar kerana aku lihat ramai penulis - penulis blog ini orang yang terpelajar, yang duduk di kalangan mereka yang terpelajar. Aku cuba singkap sisi gelap dunia ini dan biasalah, orang biasa macam aku ni tak hebat sangat dalam menasihati n yeah, aku cuba sebaik mungkin membakar punggung aku sendiri sebelum memanggang punggung orang lain.

entry ni best dan gua suka. pengajaran kita ambil dari segala aspek pembacaan. kalau aku ada salah silap, boleh tegur punya. tak dak hal. :D
selagi cara elok mudah - mudahan aku boleh ubah mana yang kurang.

*aku taip entry ke komen ni? HAHA

Anonymous said...

Salam, setuju dengan saudara. Kalau hari2 update tapi isi kosong pun tak guna juga.

Syazwan said...

cuma mampu setuju dengan semua yang tuan perkatakan :")

aniki said...

kawan,wa tacing baca ini entry..tulis banyak2 sket benda2 camni supaya wa yang jahil ni jadi pandai..tabik monoshock kawan...

Anonymous said...

subhanallah.setuju sangat.peringatan yang terkesan buat pc.terima kasih perkongsiaannya.semoga Allah redha..

Anonymous said...

sangat setuju. ape yang kita tulis nanti semua akan disoal. dlu pun addicted jugak sbb asyik nak kongsi sesuatu dalam blog, tapi sekarang dah malas. muahahaha. apepun, terima kasih kerana mengingatkan :)

Unknown said...

peringatan yg amat bermakna.

syamilsynz said...

belum sampai tahap addict lagi. sebab x reti guna blog. apa2 pun kena tau kelebihan dan kelemahan berblog sebelum diri sendiri jatuh.

.::: mr IQ :::. said...

InsyaAllah, moga jita semua dapat terus istiqomah dalam kebaikkan.....

Waiz Aufa (Penasihat Yang Setia) said...

masih baru.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...