Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Friday, February 25, 2011

Bicara Nur Tokyo

Assalamualaikum, salam Februari buat para readers dan visiters. Kebalakangan ni rasa banyak nak dicoretkan/ dikongsikan dalam blog ini. Namun keadaan yang agak sibuk (kononnya), memaksa untuk saya berfikir dua tiga kali untuk menulis. Tapi alhamdulilah dikesempatan ini, saya dapat juga nak mengupdate blog ini.

Pada hari selasa lepas, 22 Februari 2011 bersamaan 19 Rabiul Awal 1432H, berlangsungnya satu Talk iaitu Bicara Nur Tokyo. Program ini bersempena dengan program Maulidur Rasul yang dirancang pihak Pusat Islam UITM. Agak tertarik juga mahu pergi, sebab nak tahu jugak macam mana dia masuk islam. Jadi saya datanglah pada malam tersebut. Banyak juga input yang boleh dapat ketika itu. Jom kita dengar sikit ulasan saya... huhuhu. Tajuk yang beliau sampaikan ialah Pendidikan Islam di Jepun.

Biodata Pembicara

http://waterlilysicksadcity.blogspot.com/2009/01/secebis-catatan-untuk-huriya-shiozaki.html

Nama diberi Puan Hiroko Shiozaki Kushimoto. Nama gelaran islamnya ialah Hiruya.
Beliau merupakan pegawai penyelidik di Tokyo Universiti of Foreign Studies
Beliau memeluk islam pada tahun 2007.
Sekarang ini beliau menjalankan kajian di Malaysia mengenai Pendidikan Islam Pondok bagi menyiapkan PHD nya.



Memeluk Islam

Sedikit mengenai bagaimana beliau memeluk agama Islam. Ketika belajar disini (kalau x silap la), beliau duduk bersama pelajar kelantan. Beliau melihat keindahan dan keunikan pada ukhuwah dan ibadah umat islam amalkan. Beliau pernah ikut berpuasa selama 10 hari bersama rakan kelantannya. Bersahur sama-sama. Berbuka sama-sama. Ketika itu laungan azan terasa indah (sebab menunggu untuk berbuka puasa). Namun ketika itu beliau masih takut-takut lagi nak masuk islam. Kemudian ada orang jepun islam (Ahmad, suaminya skrg ni) yang mengajak beliau berkahwin. Beliau terus menerima, kerana dengan itu dia dapat masuk islam. Pada tahun 2007 beliau mengucap dua kalimah syahadah. Kini telah mempunyai seorang cahaya mata.


Suatu pengenalan


1. Peratusan orang islam di Jepun adalah 0.1 peratus. Peratusan tersebut tidak termasuk pelajar-pelajar yang belajar di Jepun.

2. Majoriti masyarakat jepun menganut agama Buddha dan agama Shinto. Agama Kritian ada, cuma tidak majoriti jugak. Masyarakat Jepun majoritinya tidak memeluk agama-agama tersebut dengan betul-betul. Hanya mengambilnya pada hari-hari perayaan. Tidak tetap pada satu agama. Kadang-kadang mereka meraikan perayaan orang di buddha di tokong buddha, kadang merayakan perayaan Shinto di kuil. Kalau hari krismas pun dorang raikan. Tapi bukan secara faham, hanya suka-suka menggunakan perayaan itu untuk dating dan sebagainya.
 p/s: Agama Shinto adalah org menyembah pokok atau batu (benda2 camtu lah). Manakala buddha, yang menyembah patung buddha tu.

3. Sistem pemerintahan jepun, ialah sistem pemerintahan sekular. Iaitu pemerintahan yang tidak boleh bercampur dengan hal-hal agama. Agama boleh diamalkan, cuma tidak boleh terlibat dengan sistem pemerintahan. Contoh yang paling mudah, jika umat islam menyambut hari raya, tidak ada cuti peristiwa untuk hari itu (jika raya tu jatuh pada hari bekerja).

Siapa yang mengajarkan agama islam?

Seperti yang sudah nyatakan diatas, orang islam jepun adalah golongan minoriti. Namun begitu islam perlu diajarkan bagi mereka untuk tetap kekal dengan keislamannya. Siapakah yang boleh diharapkan untuk membantu muslim jepun?

Kebanyakan orang islam di jepun adalah mereka yang belajar di Jepun. Ini termasuklah pelajar melayu kita. Namun mereka hanya datang belajar sahaja. Lepas habis belajar, mereka akan pergi balik, begitu sahaja.

1. Orang yang boleh diharapkan ialah mereka yang belajar di luar negeri. Maksudnya, orang Jepun yang belajar di Mesir, Jordan dan sebagainya. Mereka mempelajari islam disana, kemudian bila dah habis, mereka pulang dengan membawa ilmu-ilmu yang mereka pelajari.

2. Warga-warga asing juga banyak membantu dalam pendidikan islam di Jepun. Antaranya ialah yang dari Turki dan Pakistan. (Malaysia? ...huhuhu)

Cabaran

1. Masalah anak tidak mahu menjadi Muslim.
Ini disebabkan anak-anak mereka tertekan di alam persekolahan. Mereka (muslim) adalah amat belainan di Jepun. Mereka akan dipandang serong, menyebabkan mereka dipulaukan.

2. Perpecahan umat islam.
Akibat mereka yang mendalami islam itu dari negara-negara yan berlainan dan dari pendakwah berbeza, ia membawa mazhab-mazhab yang berlainan. Ini menyebabkan umat islam disana berpecah mengikut mazhab masing-masing.

3. Masalah Suasana
Ini adalah cabaran terbesar bagi masyarakat islam disana. Anak-anak mereka kena belajar disekolah juga. Jika tidak dia akan dipandang serong oleh masyarakat. Ibu bapa muslim disana, mahu anak-anaknya belajar dirumah, agar tidak dipengaruhi susana tidak baik. Sekolah-sekolah di Jepun mempunyai undang-undang sekolah yang ketat. Setiap pelajar perlu sama termasuklah dari segi uniform sekolah. (kalau perempuan kena pakai skirt).

4. Peraturan Tubuh Sekolah yang Ketat.
Jika masyarakat Islam jepun ingin membuat sekolah, ia adalah amat payah. Peraturan dan prosedur tubuh sekolah perlu mengikut acuan Kerajaan.

Pengajaran

Ini adalah penutup bicara bersama Puan Hiroko/Hiruya

1. Kita sebagai rakyat Malaysia, perlu bersyukur, kerana tidak seperti di Jepun. Disini (Malaysia), orang yang islam tidak menerima cabaran tekanan masyarakat dan suasana seperti di Jepun. Namun apa yang memilukan di Malaysia, Anak-anak Malaysia tidak mahu kepada Islam. Sedangkan mereka tidak menerima cabaran seperti di Jepun. Malah kemudahan dan peluang untuk mendalami dan memahami islam itu terlalu banyak.

2. Ujian kesenangan adalah lebih susah untuk dihadapi. Kebanyakan orang islam, apabila berlaku ujian kesusahan, kebanyakannya boleh menghadapi. Tetapi apabila menghadapi ujian kesenangan, ramai yang lupa diri dan gagal menghadapinya.

Luahan Perasaan

Puan Hiroko ada menyatakan kekesalannya terhadap sistem di Malaysia. Ketika semasa beliau hendak bernikah dengan suaminya. Beliau kena mengesahkan keislamannya di *** (maaf saya lupa tempatnya, huhu). Dia yang sudah mengucap dua kalimah shahadah terkilan apabila ditanya mahkamah, apakah bukti keislamannya. Perasaan agak terkilanlah sebab bagi dia, nak mengucap syahadah itu bukanlah senang baginya. Tapi bila datang ke mahkamah, dia ditanya sebegitu pula. 

Begitu lah sedikit perkongsian dari Puan Hiroko. Walaupun orang yang datang mendengar Bicara tu tak ramai yang datang namun saya harap mereka yang datang tu, dapat sesuatu dari Bicara tersebut. 

p/s: yang mana maklumat yang tersilap tu, saya harap diperbetulkan, sebab saya ni agak pelupa orangnya.

.:: Wallahua'lam::.

8 comments:

Tokei Ikan BertaQwa said...

Assalamualikum Mr. IQ.

Satu perkongsian yang bermanafaat. Artikel ini membuatkan saya kembali teringat kepada pengalaman beberapa ketika berkelana di bumi sakura itu. Memang agak sukar untuk seorang Muslim berbangsa Jepun untuk hidup dalam komuniti masyarakat jepun yang mendewakan budaya lebih dari segalanya, melainkan di beberpa kawasan yang ramai Muslim seperti di Kobe, Osaka.

Saya sendiri beberapa kali diminta untuk berbuat sesuatu yang sangat ditegah oleh agama tapi biasa bagi pandangan masyarakat Jepun, dengan alasan, apabila sudah berada di jepun, 'enjoy japan' sepuasnya dan pinggirkan agama & kepercayaan.

Malah agama sepertinya cuma menjadi pakaian sementara bagi mereka untuk meraikan hari-hari perayaan bagi agama tersebut tapi pada kepercayaan dan pengamalan, mereka lebih cenderung untuk berpegang kepada prinsip bushido yang sekian lama diwarisi turun temurun.

Mohon untuk saya mengambil beberpa isi kandungan yang bermanafaat dari artikel ini untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jazakallahu khairan Kathira.

sufi said...

mrIQ,

Sy nak kongsi sikit la pasal 'kekesalan Puan Hiroko' masa nak nikah.

Ada kawan saya ni baru masuk Islam. Tapi seorang yang digelar haji mempertikaikan keislamannya sehingga menelefon pihak Jab Agama kawasan ni.

Sepatutnya ,Haji ini yang mengajarnya bukan mengejinya hingga dibuang kerja.

Jika diorang ini murtad semula siapa yang salah?

Harap dijauhkan kita dari orang seperti Haji ini.

.::: mr IQ :::. said...

Tokei ikan bertaqwa~
insyaAllah boleh, kalau saudara merasakan ia berguna.

Sufi~
apa yg ingin saya sampaikan diperenggan akhir tersebut ialah, di Malaysia, sistem perundangannya bercampur dgn Urusan agama. Menyebabkan perkara yang sepatutnya mudah menjadi payah.

Semoga Allah beri hidayah kpd haji trsebut...

nusrah said...

Assalamualaikum..sy suka baca entri ni..bertambah lg umat Islam..bukan senang nak jumpa orang jepun yang tertarik dengan Islam sebab jepun selalunya pegun dengan falsafah negara mereka sendiri..
terima kasih atas perkongsian..sy mohon konsi di muka buku boleh?

.::: mr IQ :::. said...

kongsi je, tak perlu minta izin jika sudah membaca peraturan sebelah kiri.. :)

Sr. Maryam Fatanah said...

ruginya tak pergi time nih...anyway, best entry ni..thnx !

Water Lily said...

T.kasih untuk tulisan ini.

Saya kira saya sudah terputus hubungan dengan Puan Huriya kerana menyangka beliau sudah kembali ke Jepun

Terima kasih dan salam ukhwah mr TQ

.::: mr IQ :::. said...

~Water Lily
Mr TQ? silap org ni... huhu
Harap saudara/i x marah, saya amik gambar puan Hiruya dari blog awak... salam ukhwah juga... :)

~Maryam Fatanah
:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...