Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Monday, November 1, 2010

.::Maafkan Aku Kawan::.


Post ini ditujukan khas buat kawan-kawan saya sayangi. Segala teguran sindiran dan tidak berhikmah keluar dari mulut saya, saya harap dimaafkan. Sajak ini telah dibuat apabila seorang kawan saya telah pun sakit hati dengan saya. Jadi saya reka khas untuknya. Dan ia sesuai untuk semua kawan saya yang lain, yang terasa hati dengan saya selama ini. Terimalah... maafkan aku kawan... enjoy..



MAAFKAN AKU KAWAN

Maafkan aku kawan,
terlantang kata membawa padah,
terguris dalaman tajamnya lidah,
bukannya niat melukakan hati,
hanya diri ini tidak pandai bermadah,

Maafkan aku kawan,
kadang kebenaran perlu diluahkan,
kadang diri ini penuh emosi,
Jangankan dakwah fardiyah yang ku lakukan,
apa yang kuserukan semuanya tak menjadi,

Maafkan aku kawan,
bukanlah marah yang kuharapkan,
hanya kebaikan yang kumahukan,
bukan drastik yang kuminta,
hanya momentum kesedaran hati,

Perubahan bukanlah kepastian,
tapi perubahan adalah keperluan,
Redho Allah mahu digapai,
pahit kebenaran perlu ditelan,

Jadi maafkanlah aku kawan,
untuk kebaikkanmu aku menegur,
takkan membiar kawanku tersungkur,
maafkanlah keterlanjuran,
maafkanlah teguran
maafkanlah aku,
kawan.


-dihurung rasa bersalah-
31 oktober 2010


Jangan salah faham teguran sindiran itu. Hanya mahukan kebaikkan buatmu. Maafkanlah saya eks...

kehidupan hanya pinjaman,
esok hari belum tentu,
doa harapan ku mohonkan,
mungkin esok lusa takdirku.

.::wAllahua'lam::.

2 comments:

wan mohd basyir said...

seni dakwah ini cukup indah....kerana ia mendidik hati manusia bukan membentuk tanah liat,mengukir kayu dan sebagainya...manusia sendiri adalah makhluk Allah yang sgt unik...namun usaha dakwah ini sudah menjadi tanggungjawab seorang mukmin...insyaalllah...segalanya boleh diperbaiki dari semasa ke semasa....doakan along sama...~

NJ said...

Bagus2..
Tapi tiada maaf bagimu bal..

Kena belanja makan dulu.
Cepat2 set date n time n tempat.

Tidak ku sangka,
adik akmal berpuitis pujangga,
menikam kalbu menyucuk rasa,
mendamaikan hati menenangkan jiwa..

Adik akmal,
Kaulah iqbal..kaulah iqbal..

biasalah bal org sakit2 hati ni.Normal kehidupan.Kita x bleh nak puaskan hati smua.Smtimes we need to say it out loud.

ok,babai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...