*********************************
Menziarahi
Rumah tangga Dakwah
Disana..
dalam realiti dakwah dan bawah bayangan pedang.. diantara rumah-rumah yang
penuh keberkatan dan kediaman malaikat pada jalan Allah, terletaknya rumah
kepunyaan seorang wanita dari kalangan Ashabul yai’n yaitu Rumaisa’ isteri Abu
Talhah.
Jabir meriwayatkan bahawa Rasullulah SAW bersabda: “Kamu melihat aku memasuki syurga dan tiba-tiba aku menemui Rumaisa’ isteri Abu Talhah.”
Dari mula
lagi Abu Talhah mahu mengahwininya tetapi Rumaisa’ menolak kerana dia masih lagi
seorang musyrik. Beliau mensyaratkan dan meletakkan Islam sebagai maharnya,
lalu diterima oleh Abu Talhah. Mereka berdua pun berkahwin. Dengan itu
terdirilah sebuah rumahtangga berasaskan Islam dan dakwah. Pernah
seorang tetamu menemui Rasullulah SAW tetapi Baginda tidak mempunyai sedikit
makanan di rumahnya. Baginda seraya bertanya kepada para sahabat, siapakah yang
boleh meraikan tetamu itu, lalu Abu Talhah menyanggupinya.
Beliau membawa tetamu itu ke rumahnya dan bertanya Ummu Sulaim mengenai makanan. Ummu Sulaim menjawab : “Tidak ada melainkan makanan untuk anak-anaknya.” Kemudian Abu Talhah berkata kepadanya: “Pura-puralah menyalakan pelita kemudian padamkan.”
Kemudian
Ummu Sulaim menyediakan makan anak-anaknya itu dihadapan tetamu itu selepas
menidurkan mereka dengan berpura-pura bahawa mereka telah makan. Tetamu itu pun
dengan tidak menyedari hal sebenar, menjamah makanan itu sehingga kekenyanggan.
Semasa sembahyang subuh, paginya Rasullulah SAW menemui Abu Talhah dan bersabda:

“Wahai Abu
Talhah, Allah telah ketawa dengan lakonan kamu berdua semalam.”
Rumaisa’
memberi makanan anak-anaknya kepada tetamu Rasullulah SAW. Perbuatannya itu
mengandungi makna dan menambahkan ketaqwaan, keimanan, kemanisan tingkat
keyakinan dan bauan syurga harum.
Allah swt
memberkati kemuliaan Rumaisa’. Beliau pernah memberi makan kepada semua sahabat
Rasullulah SAW. Suatu hari beliau menyediakan makanan untuk Rasullulah SAW dan
menyuruh anaknya Anas bin Malik memanggil Rasullulah SAW untuk makan.
Rasullulah SAW bersabda kepada para sahabat: “Abu Talhah menyediakan makanan
untuk kamu.” Lalu seluruh sahabat mengunjungi rumah Rumaisa’.
Abu Talhah berkata : “Apakah yang akan kita lakukan?”. Rumaisa’ menjawab: “Rasullulah SAW lebih mengetahui apa yang dilakukannya.” Lalu Rasullulah SAW memerintahkan para sahabat nya masuk untuk makan ke rumah itu sepuluh orang, sepuluh orang hinggga semuanya habis makan dan kekenyangan sementara makanan Rumaisa’ tidak berkurang sedikit pun.

Mengikut
satu riwayat dari Anas in Malik r.a. bahawa ibunya pernah menyertai peperangan
Uhud. Beliau melakukan serangan keatas orang-orang kafir bersama-sama dengan
Aisyah binti Abu Bakar.
Semasa
peperangan Hunain.. Dari Anas: “Ummu Sulaim mengambil khanjar pada masa
peperangan Hunain. Rasullulah SAW melihat beliau memegang khanjar itu, lalu
bertanya: “Untuk apa wahai Ummu Sulaim?”
Beliau menjawab “Supaya aku dapat
mengoyakkan perut orang musyrik yang menghampiriku.” Rasullulah SAW ketawa
mendengar jawapan beliau. Lalu beliau berkata: “Wahai Rasullulah, aku akan
membunuh orang-orang yang masuk islam selepas pembukaan Mekah (Ummu Sulaim
menyangka dia berhak membuat demikian kerana orang-orang itu tidak beriman
dengan kuat). Lalu Baginda bersabda: “Ya Ummu Sulaim sesungguhnya Allah telah
memadai dan telah berbuat baik”.
ini adalah sejenis Khanjar |
Anas juga
ada meriwayatkan peristiwa kematian seorang anak lelaki di rumah Rumaisa’. Dari
Anas: “Anak Abu Talhah dari Ummu Sulaim telah meninggal. Ummu Sulaim lalu
berpesan kepada keluarganya supaya jangan sesiapa memberitahu Abu Talhah
berkenaan hal itu melainkan beliau sendiri. Bila suaminya pulang, Ummu Sulaim
menghidangkan makan malam kepadanya. Suaminya makan dan minum. Kemudian beliau
menyiapkan dirinya lebih cantik dari malam-malam sebelum itu.
Sehinggalah Abu Talhah selesai menyetubuhiya, setelah Ummu Sulaim melihat suaminya telah kenyang dan merasa puas, beliau berkata: “Wahai Abu Talhah, apakah pendapatmu jika orang orang yang meminjamkan sesuatu kepada sebuah keluarga meminta balik barang pinjaman tersebut? Adakah boleh keluarga itu menahan barang itu dari dikembalikan?” Abu Talhah menjawab: “Tidak”. Ummu Sulaim berkata: “Maka cukuplah dengan apa yang berlaku dengan anak kita”. Kemudian aku ceritakan kepadanya mengenai anakku.

Dia pun
keluar menemui Rasullulah SAW, menceritakan apa yang terjadi. Rasullulah SAW
bersabda: “Allah memberkati kamu berdua malam tadi.” Kemudian Ummu Sulaim
mengandung dan melahirkan sepuluh orang anak lelaki dan semuanya dapat membaca
al-Quran dengan baik.”
Disamping sepuluh orang anak lelaki yang boleh membaca al-Quran dengan baik ialah puteranya Anas Bin Malik yang diserahkan oleh Ummu Sulaim untuk berkhidmat kepada Rasullulah SAW. Anak itu belum lagi baligh ketika meminta izin dari Rasullulah SAW untuk keluar berperang, tetapi permintaan itu tidak diizinkan, menyebabkan beliau merasa begitu dukacita dan terus menangis. Namun, disorong oleh rasa cinta yang mendalam terhadap jihad, beliau merupakan perawi hadis jihad yang paling banyak, iaitu lebih kurang 2286 buah hadis.
Disamping itu anaknya yang bernama Al-Barra’ bin Malik yang telah menyelamatkan orang islam dalam suatu peperangan dengan doanya. Rasullulah SAW dan seluruh orang islam hampir-hampir menemui kekalahan hinggalah al-Barra’ mengangkat tangannya untuk berdoa. Rasullulah SAW bersabda kepadanya:
“Ada
diantara hamba Allah, manuasia yang jika ia bersumpah diatas nama Allah, Allah
akan menyelamatkannya, “Wahai Barra’! berdoalah kepada Allah supaya memberikan
kemenangan kepada kami….”
Seorang wanita dari ahli syurga yang menjadikan Islam sebagai mahar perkahwinannya, memberikan makanannya sendiri kepada sahabat, berperang di jalan Allah, kemudian menyebabkan Allah swt ketawa, melahirkan sepuluh orang anak yang kesemuanya boleh membaca al-Quran dengan baik, Barra’ yang membantu angkatan perang orang islam dengan doanya, dan Anas yang meriwayatkan hadis-hadis mengenai jihad dari Rasullulah SAW..
Inilah dia
rumah tangga dakwah, semoga ia dapat dilahirkan dalam realiti masyarakat kita.
1. Rumah Tangga bermula dari Proses Individu Muslim
Ini adalah petikan dari buku rumahtangga dakwah, dalam bab terakhir iaitu menziarahi rumah tangga dakwah. Saya cukup tersentuh dengan bab ini, sebab ia menunjukkan rumahtangga dakwah tu dalam realitinya memang wujud, bukan hanya khayalan atau angan-angan semata-mata.
Rumah tangga ini yang kita perlukan dalam masyarakat kita. Dengan itu suatu proses yang pembaikian terhadap individu-individu muslim perlu dijalankan. Ia tidak akan mendapat hasil, jika proses pemahaman asas islam tidak dilalui. Proses yang dijalankan pula, tidak akan merubah sesorang tersebut, melainkan dia sendiri mubuka hati untuk diproses.
Itulah sebabnya kita memerlukan usrah/halaqah. Ia adalah proses yang dijalankan oleh Nabi, sewaktu diawal dakwah beliau. Mereka berkumpul di rumah Abi Arqam, untuk memperkukuhkan aqidah (iman) sahabat-sahabat pada ketika itu. Didikan keimanan Rasullulah kepada sahabat-sahabat sehingga mereka berani mengatakan "Kami adalah golongan yang didatangi iman sebelum Al-Quran". Beerti mereka telah pun percaya/yakin sebelum Al-Quran turun lagi. Apatah lagi ketika Al-Quran turun ayat demi ayat. Mereka malah menunggu-nunggu wahyu dari Allah melalui Rasul-Nya.Begitulah ketinggian iman-iman sahabat.
2. Wanita tunggak Rumah Tangga Dakwah
Dalam kisah Rumaisa', saya dapat memahami, wanita memain peranan penting dalam pendidikan anak-anak dakwah. Ada satu kata-kata, "jika rosak wanita pada zaman itu, rosak lah generasi yang akan datang". Ini kerana wanita memain peranan penting dalam mendidik anak-anak. Anak-anak lebih rapat kepada siapa? Ayah atau Ibu? Mestilah Ibu yang dia paling rapat, kerana ibu bersama dengan anaknya lebih berbanding seorang bapa. Awal pendidikan anak-anak adalah dirumah. Tarbiyah yang akan diterima sebelum ke sekolah, adalah tarbiyah dari rumah.
Jika institusi yang pertama ini tidak terbina, pergilah ke mana sekolah agama sekali pun, belum tentu dia akan menjadi baik, (melainkan Allah izin). Jika adapun yang berjaya jadi baik, statistiknya amat sedikit. Kerana apabila dia balik ke rumah, di akan tetap berjumpa dengan ibu bapanya.
3. Menangkis pandangan yang mengatakan Wanita boleh demand, sedang lelaki tidak boleh demand.
Ini saya tulis sebab ada terbaca di Fb, katanya lelaki tidak patut letak piawaian yang tinggi dalam memilih isteri. Kerana jika imannya tinggi, dia boleh membimbing wanita tersebut, tidak kira siapapun makmumnya. Manakala wanita boleh cerewet dalam memilih imamnya, kerana dia akan memilih calon Imamnya. Memilih calon imam tu lebih penting berbanding memilih calon makmum.
Saya tidaklah mahu manyangkal 100% ayat itu. Pendapat saya yang masih kurang ilmu ini, memilih wanita adalah penting, kerana yang akan mendidik generasi, adalah wanita. Bukan lelaki tidak memain peranan, tapi peranan wanita itu lebih besar. Wanita telah diangkat darjatnya lebih tinggi dari seorang bapa.
Lihat kisah Rumaisa, beliau mengahwini, Abu Thalhah bekas orang musyrik. Malah beliau yang mensyaratkan keislaman sebagai mahar perkahwinan beliau. Padahal, Rumaisa telah lama memeluk Islam berbanding Abu Talhah. Tapi lihatlah hasilnya, keluarga belaiu menjadi keluarga dakwah yang berkah. Anak-anaknya semuanya boleh mengaji dengan baik, dan ada yang menjadi hafiz dan menjadi orang terpenting dalam sejarah kebangkitan islam.
Penutup
Sama-sama kita mengambil iktibar dari kisah Ummu Sulaim a.k.a. Rumaisa'. Begitu indah kisahnya hidupnya, betapa bahagia keluarganya. Hidupkanlah sirah-sirah ini dalam diri kita. Sirah ini bukannya dongeng-dongeng mereka yang terdahulu, ialah adalah realiti jelas, sebagai panduan untuk kita semua. Marilah membina keluarga Dakwah, untuk masyarakat, agama, dan alam semester. (sebelum bina baitul dakwah, kena bina individu muslim dulu, ingat tau).
Rasulullah SAW bersabda, "Sahabat-sahabatku Umpama Bintang Di Langit..." (Hadith sahih Riwayat Bukhari)...
Petiklah mana-mana di antara mereka, nescaya menjadi pedoman dan petunjuk bagi kita laksana bintang di langit menjadi penunjuk arah bagi sang pengembara di waktu malam.... insyaAllah
disclaimer~ maaf kalau penyampaian penulis tidak sampai pada hati pembaca. Mungkin kerana hijab dosa yang ada pada diri penulis. Wallahua'lam.
mind map |
*********************************************
*sedikit ulasan dari saya1. Rumah Tangga bermula dari Proses Individu Muslim

ayat ini yg saya maksudkan yg dlm FB tu |
Saya tidaklah mahu manyangkal 100% ayat itu. Pendapat saya yang masih kurang ilmu ini, memilih wanita adalah penting, kerana yang akan mendidik generasi, adalah wanita. Bukan lelaki tidak memain peranan, tapi peranan wanita itu lebih besar. Wanita telah diangkat darjatnya lebih tinggi dari seorang bapa.
Lihat kisah Rumaisa, beliau mengahwini, Abu Thalhah bekas orang musyrik. Malah beliau yang mensyaratkan keislaman sebagai mahar perkahwinan beliau. Padahal, Rumaisa telah lama memeluk Islam berbanding Abu Talhah. Tapi lihatlah hasilnya, keluarga belaiu menjadi keluarga dakwah yang berkah. Anak-anaknya semuanya boleh mengaji dengan baik, dan ada yang menjadi hafiz dan menjadi orang terpenting dalam sejarah kebangkitan islam.
Penutup
Sama-sama kita mengambil iktibar dari kisah Ummu Sulaim a.k.a. Rumaisa'. Begitu indah kisahnya hidupnya, betapa bahagia keluarganya. Hidupkanlah sirah-sirah ini dalam diri kita. Sirah ini bukannya dongeng-dongeng mereka yang terdahulu, ialah adalah realiti jelas, sebagai panduan untuk kita semua. Marilah membina keluarga Dakwah, untuk masyarakat, agama, dan alam semester. (sebelum bina baitul dakwah, kena bina individu muslim dulu, ingat tau).
Rasulullah SAW bersabda, "Sahabat-sahabatku Umpama Bintang Di Langit..." (Hadith sahih Riwayat Bukhari)...
Petiklah mana-mana di antara mereka, nescaya menjadi pedoman dan petunjuk bagi kita laksana bintang di langit menjadi penunjuk arah bagi sang pengembara di waktu malam.... insyaAllah
disclaimer~ maaf kalau penyampaian penulis tidak sampai pada hati pembaca. Mungkin kerana hijab dosa yang ada pada diri penulis. Wallahua'lam.
6 comments:
Peringatan yg amat berguna dan bermanfaat terutamanya yg bakal berkahwin. Terbaiklh mr IQ...
insan yang pemurah tidak akan pernah rugi, insyaallah. itu janji Allah :)
alhamdulilah perkongsi sangat bagus.. semoga kita dapat ilmu dri entry
Subhanallah.Semoga kita boleh jadikannya sebagai teladan.Jzkk.
assalam,
satu perkongsian yg hebat..
Adsalam..
Boleh tahu ,nak dapatkn buku ni di mana, tahu tak?
Saya mencari buku ini
Post a Comment