Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Wednesday, February 9, 2011

Ikan Owh Ikan (kisah ikan kehidupan)

Kali ini saya nak cerita pasal ikan sahaja. Ini kisah ikan dan kehidupan. Bukan kehidupan ikan. Bukan juga cerita manusia ikan. Hanya penulisan mengenai kehidupan ikan dan kehidupan manusia. Semoga diri ini dapat mengambil iktibar.

Makan Ikan (mmm... Sodap)

Bagi saya ikan yang paling sedap ialah ikan yang telah dimasak dengan baik. Kalau tak masak dengan baik, maka ikan tu jadi tak sedap (maksudnya semua sedap la tu). Tapi ikan paling favourite ialah ikan keli. Ikan keli kini amatlah murah, namun perlu berhati-hati memilihnya. Sebab ada sebilangan ikan keli diberi makan najis. Biasanyalah pembela ikan keli yang berbangsa cina. Diorang ambil air sisa kumbahan, dan letak dalam takungan ikan keli.

Kalau tak percaya tengok link ni (1). Kalau nak kepastian lagi, sila google saja lah (dunia dihujung jarikan sekarang ni... huhu). Selepas tengok link tu, tengok link ini pula (2). Disitu ada fatwa mengenai status ke'halal'lan makan ikan keli. Saya ringkaskan fatwa tersebut, iaitu Haram dimakan jika ia (ikan yg dibela tu) sengaja diberi makanan yang tidak halal. Apa-apa pun berhati-hati lah dalam pemakanan. Pastikan ia Ori lagi Halal. Kalau tak yakin, usoh la dimakan.

Hadith daripada Nukman bin Basyir r.a., katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu adalah sesuatu yang nyata dan demikian juga yang haram adalah nyata, (telah dijelaskan oIeh Allah dan Rasul-Nya) namun terdapat di antara kedua-duanya (halal dan haram) itu perkara yang kesamaran (syubhat) yang mana tidak diketahui oIeh ramai di kalangan manusia. Maka barangsiapa yang memelihara dirinya daripada mengambil perkara-perkara yang syubhat, maka terpeliharalah agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang melibatkan diri pada perkara-perkara syubhat bererti ia melibatkan dirinya pada perkara yang haram".
(Riwayat Bukhari) 

nyum...nyum.. tp kena hati-hati...

Ikan keli... owh.... ikan keli,... Goreng pon sodap, 

Ikan Lombong

Ikan yang duduk dalam sungai dan ikan yang hanya duduk dalam lombong. Mana lagi sodap? Pernah makan ikan lombong tak? Khabarnya ikan lombong sifatnya cepat hanyir dan busuk. Manakala ikan yang duduk (tinggal) di sungai tak cepat hanyir dan rasanya pun sodap. Ikan sungai sentiasa menongkah arus. Contoh ikan yang menongkah arus ialah ikan Salmon. Rasa ikan Salmon pastinya sedap (walaupun x pernah rasa, huhu), dan penuh dengan khasiat-khasiat yang baik untuk badan kita.

Begitulah perumpamaan orang yang hidup senang lenang dan orang yang hidupnya sentiasa berjuang. Ikan sungai yang menonkah arus ibarat orang yang berjuang. Perkataan berjuang itu sendiri memberi makna yang bersusah payah. Orang yang berjuang menghadapi kesusahan-kesusahan itu dan menjadikan dirinya lebih kuat. Manakala, mereka yang hidup senang-lenang, jati dirinya tidak kuat dan suka memberi alasan. Apabila ditimpa musibah, dia terus berputus asa tanpa sesekali mencuba menghadapinya dahulu. Ternyata, orang itu ibarat ikan. Ya Ikan Lombong, yang menunggu mati dimakan atau mati keracunan. Jadi mengikut pendapat anda, manusia jenis mana yang isinya diterima Allah kelak? (persoalaan yg amat kena pada batang hidung sendiri, adess).
 
Kata Ibnu Jauzi, Orang yang memilih jalan keimanan sebenarnya telah memilih jalan yang paling sukar.” Ya kita telah memilih jalan yang paling sukar iaitu jalan yang telah dipilih oleh para nabi. Sabda Rasulullah SAW “Orang yang paling berat ujiannya ialah para nabi, kemudian orang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti pengikut mereka, kemudian orang yang mengikuti pengikut kepada pengikut mereka”.


Ikan owh ikan, ikan lombong hanyir tetap dimakan, hidup mesti terus berjuang...!!!

Ikan dan Hati

Pernah tahu pasal ikan dilautan? Rasa ikan tersebut tidak pun berasa masin walaupun duduk dipersekitaran yang sememangnya masin. Namun apabila ikan itu mati, dengan secubit garam pun, akan memasin kan ikan itu. Begitulah jua dengan hati manusia. Hati yang hidup, ia sangat sukar untuk dinodai dosa dan maksiat. Namun apabila hati itu mati, teramatlah mudah untuk terpesong ke jalan yang mungkar. Jadi hidupkanlah hatimu dengan perkara-perkara kebaikan dan berakhlak mulialah, moga-moga hati itu hidup subur dalam keimanan yang teguh.
  
Dalam sebuah hadith yang bermaksud:

“Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 
Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.

“Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.

“Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan.” 

(Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)


Mmm.. sedapnya ikan masin makan dengan pulut..

Ikan owh ikan, ikan masin kerana garam, hati yang hidup bawaannya Iman.

Sinopsis kisah ikan

1. Pastikan ikan keli yang Ori lagi Halal.
2. Hidup mulia, Mati berjuang.
3. Hidupkan hati, agar survive dilautan kemasinan jahilliyah.

p/s: istilah ikan lombong dipetik dari kata-kata murobbi ku, Cikgu Azmi.

.::Sedikit yg memperingati diri sendiri, lebih baik dari banyak yg melalaikan orang lain::.

4 comments:

Syed Ahmad Fathi said...

Bolehkah Ustaz Iqbal terangkan dengan lebih lanjut bagaimana cara dan langkah menghidupkan semula hati yang telah mati itu.

.::: mr IQ :::. said...

Kalau nak tnya kat ustaz Iqbal, bolehlah tanya kat blog dia... Cik Ahmad silap tempat ni...
(tp kalau tnya saya, saya x begitu arif. Tapi banyak blog yg mngemukakn bagaimana mahu mnghidupkn hati. Tp, mengikut kefahaman saya, nak hidupkan hati ialah dengan melakukan perkara2 kebaikan. Kmudian selalu ke majlis2 ilmu, Halaqah dan sebagainya.) Cik Ahmad boleh cek link ini... http://id.shvoong.com/social-sciences/1900594-menghidupkan-hati/ (harap lepas ni Cik Ahmad tidak trsalah blog lagi ek..)

KELI OH KELI said...

Hehe...salam ukhwah...sebab kamu sebut ttg keli..tu yang KELI OH KELI datang menjengah... ")

Jai Montana said...

salam..menarik cerita mengenai ikan ini..tanks atas info ;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...