Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Thursday, November 18, 2010

Teori Bekas Kosong

bekas yang kosong


Assalamualaikum. Dah lama tak update blog. Akhirnya dapat jugak curi masa untuk menulis post... huhuhu.. (buat2 sibuk). Kali ini saya ingin menulis benda yang amat berkaitan dengan diri saya. Iaitu Teoti Bekas Kosong. Bunyi cam pelik je kan? Tapi ini teori yang biasa saja.

Suatu Teori

Tahukah anda akan Teori Bekas Kosong? Bekas yang dimaksudkan itu tidak semestinya plastik, boleh jadi juga bekas itu kaca. Lihatlah bekas yang kosong. Adakah bekas itu sebenar-benarnya kosong? Mengikut teori sains, ia sebenarnya tidak kosong. Kerana yang sedang mengisi bekas kosong itu ialah udara. Udara terdiri daripada gas yang tidak dapat dilihat seperti gas karbon dioksida, gas oksigen dan gas yang lain-lain yang berada di ruangan. Jadi secara logiknya ia tidak kosong. Melainkan didalam bekas itu dalam keadaan vakum.

Seterusnya cuba kita tuangkan air, kedalam bekas tersebut. Air secara saitifiknya dinamakan H2O. Jadi yang menguasai ruang bekas tersebut ialah air/H2O, menggantikan ruang yang sebelumnya diisi dengan gas-gas yang berkaitan tadi.
menuang air ke dalam bekas
Perumpamaan Teori

Mengikut pandangan profesor hamba hina, hati itu umpama bekas. Kita akan  merasakan kosong walaupun hakikatnya ia telah diisi. Hati akan rasa terisi, sempurna, penuh dan tenang jika ia diisi sesuatu kebaikan, tazkirah, dan mengingati Allah. Jadi ia bolehlah dikatakan simbolik bagi air tadi.

Jadi apakah simbolik bagi gas-gas yang menguasai ruang sebelum ini? Ia adalah sesuatu yang benda yang tidak berfaedah, suatu jahilliyah, atau mungkin sesuatu kebatilan. Secara saintifiknya ia telah terbukti. Hati yang tidak diisi  dengan kebaikan akan diisi dengan sesuatu kebatilan.

Dirancang??

Simulasi experiment. Seorang manusia yang tidak merancang membuat sesuatu kebaikan. Kehidupan akan dirancang oleh Jahilliyah. Contoh: Ahmad tidak tahu hendak buat apa pada hujung minggu ini.  Maka TV dan Game akan merancang untuk Ahmad.

Dikuasai??

Simulasi 2: Hati yang tidak dikuasai kebaikan akan diisi dengan kebatilan. Pak Cik halaqah telah menangguhkan halaqah mingguannya selama 3 minggu. Azam merupakan salah dari ahli halaqah tersebut. Selama 3 minggu, Azam tidak diisi dengan tazkirah dan peringatan. Dan kini dia sudah tidak mahu mengikuti halaqah tersebut (slps 3 minggu itu). Ini kerana hatinya telah dikuasai kebatilan dan jahilliyah. Dia akan memberontak dan menolak segala kebaikan yang datang kepadanya.

bekas yang penuh dengan air
Kesimpulan dari teori

Daripada teori yang telah dikupaskan, dapat kita simpulkan bahawa,
1. hati ini merupakan bekas yang kosong. Jika kita tidak mengisinya dengan air keimanan, Udara jahilliyah akan menguasai bekas hati tersebut.

2. Hati yang diisi dengan keimanan, akan mendorong kita kearah yang diredhoi Allah.

3. Hati yang diisi dengan jahilliyah, akan mendorong kepada kebinasaan, perbuatan maksiat, dan penolakan kepada kebaikan, dan akhirnya mendorong ke neraka Allah S.W.T.

Jadi marilah kita sama mengisi hati ini dengan peringatan tazkirah, benda kebaikan, agar kita mendapat redho Allah dan akhirnya mendapat pengakhiran yang 'happy ending'...

wallahua'lam 

2 comments:

Anonymous said...

hurm...perkongsian yg menarik...tp cam knl jerk lokasi bekas tuh..
-haziqah-

.::: mr IQ :::. said...

To Haziqah:
Tula... sy pun rasa cam kenal lokasi bekas tersebut.... hurm... dimana ek?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...