Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Saturday, October 18, 2014

AKU DAN HIP-HOP

Pada tahun 1989, aku bukanlah seorang peminat lagu-lagu hip-hop. Sebab yela, aku baru saja lahir kedunia ketika itu. Aku dibesarkan dengan alunan-alunan nasyid yang sangat merdu. Dinyanyikan oleh kumpulan nasyid soutul sofwa. Setelah bertahun-tahun, bila aku dah dewasa, baru aku tahu nama kumpulan nasyid tu. Dek kekangan teknologi pada zaman tersebut.


Ketika remajanya aku, aku tidak suka lagu-lagu nasyid yang gunakan alat muzik yang diharamkan. Dek kerana bagi kefahaman aku, alat muzik-muzik seperti gitar, dan lain-lain adalah haram disisi syarak. Bagi aku, hanya nasyid menggunakan alunan kompang, adalah nasyid yang sebenar. Namun zaman memang berubah. Pemikiran berubah, sebagaimana berubahnya kefahamanku terhadap agama ini. Islam yang mudah, mempunyai kelongaran-kelongaran, mengikut pendapat-pendapat yang sesuai dengan perilaku agama itu sendiri. Islam tegas pada prinsip, tapi anjal pada pelaksanaan.

Maka, dengan itu, aku mula menerima nasyid-nasyid yang berlagukan muzik-muzik kotemporari. Asalkan lirik lagunya tidak melanggar syarak. Dan paling jelas yang syarak itu, bukan lagu-lagu yang mengangkat cinta manusia. Ahaks..

Tapi, masih, aku merasakan nasyid orang-orang lama, paling menyetuh hati dan membangkitkan jiwa. Lirik lagu, isi makna lebih ditonjolkan berbanding muzik-muzik.  

salah satu kumpulan rap mempunyai identiti tersendiri, namun saya kurang suka
Aku dan Hip Hop
Aku mengenali muzik-muzik hip-hop semenjak sekolah menengah. Ketika itu, zaman ada lagu seperti SOA singkatan daripada Soldier Of Allah. Ketika itu aku mula dengar-dengar la konsep lagu sebegitu, walaupun rasa seperti tak suka. Sebab masih terkongkong dengan prinsip aku dulu-dulu. Kemudian ada pula lagu dari kumpulan Outlandish. Rap dia ada yang islamik, ada yang tak. Kawan-kawan aku dengar dan pasang kuat-kuat. Lama-lama aku pun cuba mencari makna disebalik lagu outlandish tu. Dan kemudian tu, aku mula meminati aliran muzik hip-hop ini. Kemudian aku mula berjangkit dengan pelbagai lagu-lagu hip-hop. Antaranya ialah, rapper seperti Nativedeen, LowKey dan Akala. Rapper hip-hop yang aku paling respek adalah Malique. Apa yang menyebabkan aku suka aliran lagu sebegini?

Hip-Hop adalah seni 
Salah satu sebabnya, ialah, lagu rap mementingkan perkataan lirik. Aku boleh cakap, lirik rap, kita rasa macam dia buat je ayat, pastu letak muzik. Tidak, salah tu. Lirik lagu rap, diadun dengan baik, mengikut rima ayat dan mengikut jumlah perkataan. Seperti pembikinan puisi. Ayat yang digunakan mempunyai makna yang tersirat dan ada yang tersurat. Bagi aku rap itu mempunyai nilai seni tersendiri.

Hip-Hop adalah Suara Kebangkitan 
Kemudian bagi aku, lagu rap adalah lagu kebangkitan. Secara sejarahnya, mungkin budaya ini berasal dari budaya hiburan. Berjoget-joget. Breakdance, b-boy, dan b-girl. Disco, dan macam-macam lagi. Namun rap digunakan juga untuk mengembalikan suara mereka ketika mereka (orang afrika di amerika) ditindas oleh pemerintah ketika itu.Dengan muzik ini, mereka mengkritik dan melawan pemerintahan yang zalim. Contoh yang ada pada masa ini ialah seperti rapper seperti Akala dan LowKey.

Pembawaan mesej didalam lagu 
Paling ketara, faktor pembawaan mesej dalam genre ini. Ia sangat ringkas dan mesejnya padat. Kritis dan puitis. Bergantung kepada rapper la. Kalau rapper macam sampah, sampah juga la.

Dan apabila aku mengatakan aku mula menyukai genre rap ini, bukan beerti aku dengar semua lagu rap diluar sana. Aku ada prinsip aku dalam memilih lagu,
1. Lagu itu tiada unsur yang tidak baik.
2. Lagu itu membawa mesej yang baik.
3. Mempunyai maksud yang mendalam

Kritikan 
Namun ada certain-certain lagu yang pelik, dan lagu pakai perempuan seksi. Memang aku tolak. Bagi aku rap yang sebegitu adalah sampah. Aku terus terang contoh yang tak elok, ialah lagu
havoc ke? serabut ada la.


1. Do it Duit . orang Melayu Islam buat video pakai perempuan berbikini. What? Dengan mesej lagu yang sangat hampeh. Cerita pasal kekayaan? So, what?

2. Lagu Havoc, lagu yang aku paling menyampah. Tidak tahu apa mesej yang ingin disampaikan sebenarnya. Yang aku tahu, duk kata dia Havoc havoc. Ini sampah.


Dan yang ni adalah senarai rapper yang aku suka.
1. Akala, orang berbangsa negro. Mempunyai sejarah silam yang hitam. Lagu-lagu beliau banyak mengajak kepada revolusi, nasihat, pengalaman dan kritikan. Lagu-lagu dia, ditulis dengan penuh puitis. Memang osem.
2. LowKey. Berbangsa Iran warganegara Amerika. Rapnya banyak kepada kritikan. Dia mempunyai pendirian yang tersendiri terhadap industry hiburan di amerika. Tidak rap untuk duit.
3. Malique. Yang ni rapper Malaysia yang paling power. Isinya, lagunya, sangat dalam. Perlukan tafsiran yang teliti. Rapper sebegini barulah ada nilai. Mengangkat bahasa melayu itu sendiri.
4. Altimet. Aku tidak lah tidak minat sangat. Cuma aku respek sebab dia cuba memasukkan unsur-unsur islamik dalam lagunya. Tapi aku tak suka dia masuk dalam video taghut Joe Flizzo. Itu saja. Huhu 

Satu yang membuat kita respek kepada lagu yang dibawa ialah, pendirian rapper itu sendiri. Aku respek pendirian Malique untuk tidak keluar di Media. Kerana sudah muak dengan mainan media yang memecahbelahkan rumah tangga orang lain. Namun, dia berjaya buat lagu-lagu yang berkualiti dan beerti. Akala mengangkat nilai pengetahuan dalam rap nya. memberi kesedaran tentang pengetahuan sebagai sumber kekuatan revolusi. Lowkey mempunya falsafah tersendiri terhadap Rap. Dia melawan arus genre Hip-Hop yang berlandaskan hiburan semata-mata. Dia menggunakan Hip-Hop untuk memecahkan sistem korupsi di Amerika. Itu semua aku salute.

Kesimpulan
Ya. Genre rap ini sering dikaitkan dengan budaya-budaya kuning, seperti breakdance, disco, dan lain-lain. Namun dari sudut pandang aku, genre rap/hip-hop ini adalah satu salah satu medium. Dan medium ini boleh digunakan untuk tujuan yang baik dan boleh guna untuk tujuan yang salah. Genre tidak salah, tapi cara pembawaan genre tu yang menentukan. Apa yang penting, ialah, kita mahu apa yang kita dengar dan apa yang kita layan, ianya tidak lari dari garis islam. Dan jika kita benar-benar memahami konsep islam. Kita tidak akan terpesong, dengan mesej-mesej yang tidak islamik.

Actually post ni sengaja ditulis, untuk memberi pendapat. Jika korang ada pandangan korang sendiri terhadap genre Rap. Boleh la share penulisan anda. Letakkan link penulisan anda di ruang komentar. insyaAllah, aku akan baca.

Wednesday, May 22, 2013

KISAH PUKUL 4 PAGI

Tip tup tip tup.. bunyi derapan air dari paip singki yg tidak dibaiki kat dapur. sudah pukul 4 pagi. Mata yg sepet, diusap2 supaya terbuka. Cuba untuk tidak tidur lagi. kata orang kalau tidur lagi, alamatnya subuh gajah la jawabnya.

Buku Dalam Dakapan Ukhuwah dibelek, cuba untuk mengisi kekosongan masa. Tapi tiada mood untuk membaca. Tangan mengorek hidung yg tersumbat, sambil mencari2 kerja untuk mengisi masa lapang ini. "Owh working drawing tak siap lagi!!", monolog hati. Dicapai board, ditenungnya lukisan tersebut. "Ah, tak jadi la, nak kena rujukan untuk drawing ini, malangnya rujukan itu ada ada pada kawanku yg sedang tidur lena tu". Monolog lagi.

http://transbonja.deviantart.com/art/Jalamundi-menjemput-Parvati-77796936


Tip-tup-tip-tup, bunyi air terus kedengaran. Aku megambil tilam, disusunnya di tepi dinding. kemudian duduk. Otak mula berfikir, mencari topik untuk malam ini. KAWIN?? Sound intresting!!

Bila Tiba Masanya..

Kawin.. wah.. kawin perkataan yang sangat sensitif bagi aku yang sudah berumur 24 tahun ni.. Abang-abang aku semua dah kawin dalam umur 23 tahun. Tapi aku masih membujang. Masih terkial-kial lagi dalam belajar.

Aku pernah tanya kawan2 aku, "Macam mana 'hampa' boleh decide untuk berkahwin?"
jawabnya "Bila tiba masanya anta akan rasa sendiri". Hurm... sampai sekarang aku bukan tak terasa, rasa tu ada, tapi persediaan tu takde.

Nekad dan Tekad

Ada kenalan FB sy punya status. Pasal nekad atau tekad nak kawin. Ada sesetengah manusia kat dunia ni, selalu nekad nak kawin muda. Akhirnya, cerai muda. Ada sahabat saya tekad mahu berkahwin, akhirnya kehidupan lebih terurus dari sebelum ini. Dua perkataan yang macam sama bunyinya, tapi berbeza pada makna zat nya.

Nekad perbuatan yang tanpa persedian, tapi sudah pasrah, sudah tidak mahu pikir lagi. Bak kata orang "Apa pun nak jadi, jadilah". Itu tafsiran nekad dalam kepala otak aku.

Tekad pula, mestilah yang sebaliknya. Tekad dilakukan dengan usaha dan persedian menghadapi masalah-masalah yang akan datang. Diantara nya persediaan agama dan kewangan contohnya. Sekarang aku tahu, kenapa junior2 saya semasa di KTD dulu kawin awal.

Kawin dan Tawakal

Aku pernah share sesuatu di FB, dimana aku copy monolog karekter yang dalam novel tu. Dimana kareter tu mahu kawin, tapi mengatakan persediaan kewangan juga perlu difikirkan. Kata orang, duit bukan segalanya, tapi segala-galanya perlukn duit.

tup-tup, aku kena paku dengan satu komen. Dia seolah mempertikaikan maksud dalam ayat tersebut. "Rezeki tu datang dari Allah" katanya. "Boleh merosakkan aqidah bagi yang tersalah menafsirkan ayat tersebut" ujarnya.

Terbantut terus aku nak habiskan novel tu. Tapi aku terus percaya, ya, mmg rezeki itu datang dari Allah, tapi usaha itu perlu ada. Bagiku, menyakini rezki itu datang dari Allah, itu mmg pasti. Tapi bersifat realistik pun adalah anjuran Islam.

Tatkala Para sahabat berperang di Badar. Ya, mereka dapat pertolongan dari Allah walaupun bilangan mereka sangat sikit. Tapi, saya rasa, adakah mereka hanya tawakal bulat2 tanpa usaha? Ya, kena berperang juga. walaupun sudah tahu ada pertolongan dari langit. Bisa saja mereka boleh memenangi peperangan tersebut, tanpa ada pertumpahan darah dari pihak muslimin.

Mereka berperang pula, adakah dengan menyerang buta? Saya rasa tidak. Mereka telah merancang strategi peperangan. Dengan jumlah yang sedikit itu, mereka merancang bagaimana memantapkan barisan2nya. Bisa saja kaum muslimin menang tanpa apa-apa strategi, kerna memang telah diwahyukan dulu kemenangan itu. Mereka yakin dengan janji-janji Allah, tapi mereka tidak buta untuk tidak berusaha sebaiknya.

Jadi bagiku, tiada isu pasal novel itu. Sebab saya tahu fikrah dan tarbiyah yang dilalui oleh penulis itu. Mungkin orang yang komen pasal tu, tidak membaca keseluruhan novel tersebut, lalu secara buru-buru menafsirkan sepotong ayat yang aku share di FB. Mungkin itu silapku.

Couple dan Kawin

Ada segelintir kawan saya yang couple. Katanya mahu kawin. Seolah sudah tahu ketentuan Allah, dengan siapa depa akan kawin. kagum aku dgn mereka. Mereka mungkin lebih tahu.

Bukan nya tidak tahu, couple itu tidak boleh dalam Islam. Sebab dalam dunia cyber tanpa wayar nim naklumat itu mudah tersebar. Saya yakin artkel mengenai haramnya coupe sudahpun mereka baca, Cuma dalam hati bergolak dengan keinginan dihati. Masih cuba menafikan bende yang mereka sendiri sudah tahu hukumnya.

Bagaimana pula kalau betul-betul nak kawin? bolehkah bercouple? Makan dua-dua. Duduk sembang dua2 di ceruk mana2. Jadi bende tu halalkah? Come on. Matlamat tak menghalalkan cara.

Ibadah dan Kawin

Kawin itu adalah ibadah. kenapa perlu mengambil jalan maksiat untuk mencapainya? Tidakkah kita terasa pelik disitu? Kita nak buat ibadah, contoh nak tolong orang miskin di perkampungan kita. Tapi kita merompak orang lain untuk mencapai matlamat itu. Okay, nak contoh extrem lagi? kalau kita nak jadi imam kat masjid, tapi ada orang dah jadi imam. pastu kita bunuh orang tu, supaya kita boleh jadi imam. hah, dah jelas?

Nak kawin sangat?

Pelik. nape kita asyik duk pikir pasal nak kawin je. Pernah tak terpikir untuk apa kawin itu? Nak bawak kemana perkahwinan itu? Matlamat hidup kita ni untuk kawin ke? Hanya mengikut tradisi. Ikut org lain. Orang lain kawin, kita pun nak kawin. gitu?

Yang perempuan, kata mahu kawin sebab nak suami pimpin. Mahu memahami agama katanya. Tapi lelaki yang dipilihnya? Tak jugak paham agama. Sebab ambil jalan couple. Berdua-dua laki perempuan. Itukah lelaki yang mah memimpin agama untuk mu? neahh.. i dont think so..

Beratnya ingin ku katakan, bahawa, matlamat kehidupan adalah untuk beribadah kpd Allah. Bukan matlamat hidup itu untuk berkahwin.

Berat juga utk melakukan, keinginngan hati perlu diselaraskan dengan kehendak Allah. Couple bukan jalannya. Itu hanya manisan2 yg melekakan dan melalaikan. Sedikit pun tidak sampai pada realiti kehidupan. Islam adalah realiti. Islam adalah penyelesaian. Ambillah jalan2 islam. Islam sudah beri caranya. Bertunang. Cara untuk berkenalan. Ada telah digariskan Islam.

Satu bende yang mahu ditegaskan, Utamakan pembaikan diri dulu sebelum mahu berkahwin. Jangan harapkan suami anda akan mengajar anda semua perkara. Tiada jaminan yang mereka akan membimbing anda. Tapi jika anda telah membimbing diri dahulu, insyaAllah, kehidupan anda sentiasa dipimpin. Dan suami anda pun terpimpin nanti.

Kalimat murobbiku sangat keras dan tajam ditembak masuk kedalam hati pemuda-pemuda. "Ramai yang bimbang macam mana untuk mendirikan Baitul Muslim, daripada bimbang diri untuk menjadi Muslim yg sebenar. "


pembentukan Baitul Muslim, adalah bermula dari pembentukan individu muslim. Jika diri sendiri tak betul lagi. Camne mahu membentuk keluarga yang betul?

pikir lah dalam2..

Bunyi deringan jam dari hensetku. Sudah menandakan waktu 6 pagi. Alamak dah masuk waktu beberapa minit yang lalu. Mungkin ini pengakhirannya. Wallahua'lam. (ending x best langsung)

(Salah silap dalam perkongsian ini mohon dibetulkan.)

Wednesday, March 13, 2013

Viva LaVida


Viva La Vida


Mungkin ia tidak semahal kereta Volwogen,
mungkin ia tidak ‘sekeras’ kereta Waja
Mungkin ia tidak sepantas kereta Ferrari,
Mungkin ia tidak sedinamik kereta Pigeot,

Namun..
Dikereta ku itu, tempat aku berkarouke lagu-lagu tarbawi,
melepaskan suara ku yg sumbang,
Di Kereta ini, aku berpayung dari Hujan dan Panas,
menuju majlis-majlis ilmu,
Di dalam kereta ini, tempat ku merapatkan ukhuwah,
Tempat aku mengubati hatiku yg lara,
dengan mendengar ceramah-ceramah, dan tazkirah-tazkirah,

Didalam kereta orenku ini, sumber pahala buat diriku,
memberi kemudahan dan manfaat  untuk orang lain,
Sesungguhnya, di dalam keretaku, tempat aku bermuhasabah,
diri yang banyak dosa,
Dan sebenar-benarnya di dalam kereta ku, 

Tempat ku merasai tawakal kepada Allah,
didalam perjalanan-perjalan menuju destinasi,

Owh, ini kisah kereta,
Kereta, jika kita rasa kita yang punya,
kita akan menjadi penyombong didunia,
kereta, jika terlalu obsess dengannya,
kereta itu menjadi berhala untuk diri kita,

Owh Viva,
jika bersih niat perjalanan kita,
baiklah destinasi nya,
jika buruk niat perjalanan kita,
akhirnya, mendatangkan celaka.

Kerana,
Kereta, bukan kita yang punya..
Sebab kita hanya manusia.
Kereta, bukan milik kita
Sebab ia, Allah yang punya.


~dlm kereta
11/3/2013~


Ini telah ditulis, tribute untuk keretaku yang telah lama berjasa kepadaku. Sedangkan aku jarang basuh dan membaikinya (bapakku yg selalu baiki kan), ia masih sanggup memberi khidmat untuk tuannya yg tah pape ni.

Sorrylah kalau ayat-ayat kat atas tak kena rima. Malu nak cakap ia adalah puisi, sebab bahasa terkontang kanting. Tapi harap-harap ia memberi kesan juga buat orang lain yg juga memiliki kereta. Satu benda je aku harap dalam penulisan ini. Kita kena rasa kereta itu bukan kita punya. Ia adalah pinjaman Allah buat diri kita. Dengan itu tidaklah kita nak melakukan perkara jahat menggunakan kereta kita. Contohnya,

1-      Berdua-duaan didalam kereta. (walaupun kita kononya tak buat apa-apa)
2-      Menuju ke tempat-tempat maksiat. Contohnya, pergi clubbing ke, pergi dating ke.
3-      Jenuh la nak senaraikan semua, kesimpulannya jgn buat perkara yang ditegah Allah didalam kereta.


Aku pernah dengar kat dalam internet, orang puteh cakap, kereta adalah lambang seks  bagi para remaja. Sebab kereta merupakan tempat pertama untuk merasai upacara pecah dara. Nauzubillah. (ini real tau, tarak bohong la)

Pokoknya gunalah kereta untuk kebaikkan. Nescaya ia  akan menjadi kebaikkan. Jangan gunakan untuk kejahatan, kita akan dapat saham-saham dosa nanti.

Wallahua’lam. Sehingga bertemu lagi.

Friday, February 22, 2013

Menziarahi Rumah Tangga Dakwah (kisah Rumaisa)

petikan dari buku Rumah Tangga Dakwah

*********************************

Menziarahi Rumah tangga Dakwah

Disana.. dalam realiti dakwah dan bawah bayangan pedang.. diantara rumah-rumah yang penuh keberkatan dan kediaman malaikat pada jalan Allah, terletaknya rumah kepunyaan seorang wanita dari kalangan Ashabul yai’n yaitu Rumaisa’ isteri Abu Talhah. 

Jabir meriwayatkan bahawa Rasullulah SAW bersabda: “Kamu melihat aku memasuki syurga dan tiba-tiba aku menemui Rumaisa’ isteri Abu Talhah.”

Dari mula lagi Abu Talhah mahu mengahwininya tetapi Rumaisa’ menolak kerana dia masih lagi seorang musyrik. Beliau mensyaratkan dan meletakkan Islam sebagai maharnya, lalu diterima oleh Abu Talhah. Mereka berdua pun berkahwin. Dengan itu terdirilah sebuah rumahtangga berasaskan Islam dan dakwah. Pernah seorang tetamu menemui Rasullulah SAW tetapi Baginda tidak mempunyai sedikit makanan di rumahnya. Baginda seraya bertanya kepada para sahabat, siapakah yang boleh meraikan tetamu itu, lalu Abu Talhah menyanggupinya. 

Beliau membawa tetamu itu ke rumahnya dan bertanya Ummu Sulaim mengenai makanan. Ummu Sulaim menjawab : “Tidak ada melainkan makanan untuk anak-anaknya.” Kemudian Abu Talhah berkata kepadanya: “Pura-puralah menyalakan pelita kemudian padamkan.”
Kemudian Ummu Sulaim menyediakan makan anak-anaknya itu dihadapan tetamu itu selepas menidurkan mereka dengan berpura-pura bahawa mereka telah makan. Tetamu itu pun dengan tidak menyedari hal sebenar, menjamah makanan itu sehingga kekenyanggan. 

Semasa sembahyang subuh, paginya Rasullulah SAW menemui Abu Talhah dan bersabda:
“Wahai Abu Talhah, Allah telah ketawa dengan lakonan kamu berdua semalam.”
Rumaisa’ memberi makanan anak-anaknya kepada tetamu Rasullulah SAW. Perbuatannya itu mengandungi makna dan menambahkan ketaqwaan, keimanan, kemanisan tingkat keyakinan dan bauan syurga harum.


Allah swt memberkati kemuliaan Rumaisa’. Beliau pernah memberi makan kepada semua sahabat Rasullulah SAW. Suatu hari beliau menyediakan makanan untuk Rasullulah SAW dan menyuruh anaknya Anas bin Malik memanggil Rasullulah SAW untuk makan. Rasullulah SAW bersabda kepada para sahabat: “Abu Talhah menyediakan makanan untuk kamu.” Lalu seluruh sahabat mengunjungi rumah Rumaisa’. 

Abu Talhah berkata : “Apakah yang akan kita lakukan?”. Rumaisa’ menjawab: “Rasullulah SAW lebih mengetahui apa yang dilakukannya.” Lalu Rasullulah SAW memerintahkan para sahabat nya masuk untuk makan ke rumah itu sepuluh orang, sepuluh orang hinggga semuanya habis makan dan kekenyangan sementara makanan Rumaisa’ tidak berkurang sedikit pun.

Mengikut satu riwayat dari Anas in Malik r.a. bahawa ibunya pernah menyertai peperangan Uhud. Beliau melakukan serangan keatas orang-orang kafir bersama-sama dengan Aisyah binti Abu Bakar.
Semasa peperangan Hunain.. Dari Anas: “Ummu Sulaim mengambil khanjar pada masa peperangan Hunain. Rasullulah SAW melihat beliau memegang khanjar itu, lalu bertanya: “Untuk apa wahai Ummu Sulaim?” 

ini adalah sejenis Khanjar
Beliau menjawab “Supaya aku dapat mengoyakkan perut orang musyrik yang menghampiriku.” Rasullulah SAW ketawa mendengar jawapan beliau. Lalu beliau berkata: “Wahai Rasullulah, aku akan membunuh orang-orang yang masuk islam selepas pembukaan Mekah (Ummu Sulaim menyangka dia berhak membuat demikian kerana orang-orang itu tidak beriman dengan kuat). Lalu Baginda bersabda: “Ya Ummu Sulaim sesungguhnya Allah telah memadai dan telah berbuat baik”.

Anas juga ada meriwayatkan peristiwa kematian seorang anak lelaki di rumah Rumaisa’. Dari Anas: “Anak Abu Talhah dari Ummu Sulaim telah meninggal. Ummu Sulaim lalu berpesan kepada keluarganya supaya jangan sesiapa memberitahu Abu Talhah berkenaan hal itu melainkan beliau sendiri. Bila suaminya pulang, Ummu Sulaim menghidangkan makan malam kepadanya. Suaminya makan dan minum. Kemudian beliau menyiapkan dirinya lebih cantik dari malam-malam sebelum itu. 

Sehinggalah Abu Talhah selesai menyetubuhiya, setelah Ummu Sulaim melihat suaminya telah kenyang dan merasa puas, beliau berkata: “Wahai Abu Talhah, apakah pendapatmu jika orang orang yang meminjamkan sesuatu kepada sebuah keluarga meminta balik barang pinjaman tersebut? Adakah boleh keluarga itu menahan barang itu dari dikembalikan?” Abu Talhah menjawab: “Tidak”. Ummu Sulaim berkata: “Maka cukuplah dengan apa yang berlaku dengan anak kita”. Kemudian aku ceritakan kepadanya mengenai anakku. 


Dia pun keluar menemui Rasullulah SAW, menceritakan apa yang terjadi. Rasullulah SAW bersabda: “Allah memberkati kamu berdua malam tadi.” Kemudian Ummu Sulaim mengandung dan melahirkan sepuluh orang anak lelaki dan semuanya dapat membaca al-Quran dengan baik.”

Disamping sepuluh orang anak lelaki yang boleh membaca al-Quran dengan baik ialah puteranya Anas Bin Malik yang diserahkan oleh Ummu Sulaim untuk berkhidmat kepada Rasullulah SAW. Anak itu belum lagi baligh ketika meminta izin dari Rasullulah SAW untuk keluar berperang, tetapi permintaan itu tidak diizinkan, menyebabkan beliau merasa begitu dukacita dan terus menangis. Namun, disorong oleh rasa cinta yang mendalam terhadap jihad, beliau merupakan perawi hadis jihad yang paling banyak, iaitu lebih kurang 2286 buah hadis.

Disamping itu anaknya yang bernama Al-Barra’ bin Malik yang telah menyelamatkan orang islam dalam suatu peperangan dengan doanya. Rasullulah SAW dan seluruh orang islam hampir-hampir menemui kekalahan hinggalah al-Barra’ mengangkat tangannya untuk berdoa. Rasullulah SAW bersabda kepadanya:
“Ada diantara hamba Allah, manuasia yang jika ia bersumpah diatas nama Allah, Allah akan menyelamatkannya, “Wahai Barra’! berdoalah kepada Allah supaya memberikan kemenangan kepada kami….”

Seorang wanita dari ahli syurga yang menjadikan Islam sebagai mahar perkahwinannya, memberikan makanannya sendiri kepada sahabat, berperang di jalan Allah, kemudian menyebabkan Allah swt ketawa, melahirkan sepuluh orang anak yang kesemuanya boleh membaca al-Quran dengan baik, Barra’ yang membantu angkatan perang orang islam dengan doanya, dan Anas yang meriwayatkan hadis-hadis mengenai jihad dari Rasullulah SAW..
Inilah dia rumah tangga dakwah, semoga ia dapat dilahirkan dalam realiti masyarakat kita.
mind map
*********************************************
*sedikit ulasan dari saya

1. Rumah Tangga bermula dari Proses Individu Muslim
Ini adalah petikan dari buku rumahtangga dakwah, dalam bab terakhir iaitu menziarahi rumah tangga dakwah. Saya cukup tersentuh dengan bab ini, sebab ia menunjukkan rumahtangga dakwah tu dalam realitinya memang wujud, bukan hanya khayalan atau angan-angan semata-mata.


Rumah tangga ini yang kita perlukan dalam masyarakat kita. Dengan itu suatu proses yang pembaikian terhadap individu-individu muslim perlu dijalankan. Ia tidak akan mendapat hasil, jika proses pemahaman asas islam tidak dilalui. Proses yang dijalankan pula, tidak akan merubah sesorang tersebut, melainkan dia sendiri mubuka hati untuk diproses. 

Itulah sebabnya kita memerlukan usrah/halaqah. Ia adalah proses yang dijalankan oleh Nabi, sewaktu diawal dakwah beliau. Mereka berkumpul di rumah Abi Arqam, untuk memperkukuhkan aqidah (iman) sahabat-sahabat pada ketika itu. Didikan keimanan Rasullulah kepada sahabat-sahabat sehingga mereka berani mengatakan "Kami adalah golongan yang didatangi iman sebelum Al-Quran". Beerti mereka telah pun percaya/yakin sebelum Al-Quran turun lagi. Apatah lagi ketika Al-Quran turun ayat demi ayat. Mereka malah menunggu-nunggu wahyu dari Allah melalui Rasul-Nya.Begitulah ketinggian iman-iman sahabat. 

2. Wanita tunggak Rumah Tangga Dakwah
Dalam kisah Rumaisa', saya dapat memahami, wanita memain peranan penting dalam pendidikan anak-anak dakwah. Ada satu kata-kata, "jika rosak wanita pada zaman itu, rosak lah generasi yang akan datang". Ini kerana wanita memain peranan penting dalam mendidik anak-anak. Anak-anak lebih rapat kepada siapa? Ayah atau Ibu? Mestilah Ibu yang dia paling rapat, kerana ibu bersama dengan anaknya lebih berbanding seorang bapa. Awal pendidikan anak-anak adalah dirumah. Tarbiyah yang akan diterima sebelum ke sekolah, adalah tarbiyah dari rumah.


 Jika institusi yang pertama ini tidak terbina, pergilah ke mana sekolah agama sekali pun, belum tentu dia akan menjadi baik, (melainkan Allah izin). Jika adapun yang berjaya jadi baik, statistiknya amat sedikit. Kerana apabila dia balik ke rumah, di akan tetap berjumpa dengan ibu bapanya.

3. Menangkis pandangan yang mengatakan Wanita boleh demand, sedang lelaki tidak boleh demand.
Ini saya tulis sebab ada terbaca di Fb, katanya lelaki tidak patut letak piawaian yang tinggi dalam memilih isteri. Kerana jika imannya tinggi, dia boleh membimbing wanita tersebut, tidak kira siapapun makmumnya. Manakala wanita boleh cerewet dalam memilih imamnya, kerana dia akan memilih calon Imamnya. Memilih calon imam tu lebih penting berbanding memilih calon makmum.

ayat ini yg saya maksudkan yg dlm FB tu

Saya tidaklah mahu manyangkal 100% ayat itu. Pendapat saya yang masih kurang ilmu ini, memilih wanita adalah penting, kerana yang akan mendidik generasi, adalah wanita. Bukan lelaki tidak memain peranan, tapi peranan wanita itu lebih besar. Wanita telah diangkat darjatnya lebih tinggi dari seorang bapa.

Lihat kisah Rumaisa, beliau mengahwini, Abu Thalhah bekas orang musyrik. Malah beliau yang mensyaratkan keislaman sebagai mahar perkahwinan beliau. Padahal, Rumaisa telah lama memeluk Islam berbanding Abu Talhah. Tapi lihatlah hasilnya, keluarga belaiu menjadi keluarga dakwah yang berkah. Anak-anaknya semuanya boleh mengaji dengan baik, dan ada yang menjadi hafiz dan menjadi orang terpenting dalam sejarah kebangkitan islam. 

Penutup
Sama-sama kita mengambil iktibar dari kisah Ummu Sulaim a.k.a. Rumaisa'. Begitu indah kisahnya hidupnya, betapa bahagia keluarganya. Hidupkanlah sirah-sirah ini dalam diri kita. Sirah ini bukannya dongeng-dongeng mereka yang terdahulu, ialah adalah realiti jelas, sebagai panduan untuk kita semua. Marilah membina keluarga Dakwah, untuk masyarakat, agama, dan alam semester. (sebelum bina baitul dakwah, kena bina individu muslim dulu, ingat tau).


Rasulullah SAW bersabda, "Sahabat-sahabatku Umpama Bintang Di Langit..." (Hadith sahih Riwayat Bukhari)...

Petiklah mana-mana di antara mereka, nescaya menjadi pedoman dan petunjuk bagi kita laksana bintang di langit menjadi penunjuk arah bagi sang pengembara di waktu malam.... insyaAllah




disclaimer~ maaf kalau penyampaian penulis tidak sampai pada hati pembaca. Mungkin kerana hijab dosa yang ada pada diri penulis. Wallahua'lam.

Saturday, January 26, 2013

Komik: Taqwa

Yang ni hanya repost yg dulu punya Komik. Tapi telah diedit semula dgn susunan yg mudah dibaca.

cuti-cuti ni ingat nak melukis, tp tak start-start lagi.. Mohon doa rakan-rakan, agar saya tak malas untuk melukis. :'(

Sunday, December 16, 2012

TRIBUTE


Aku berasa sedih terhadap classmate aku. Kelmarin aku dengar cite dia minta izin lecturer utk keluar, walaupun ketika itu crit kelas kitorang masih berjalan. Dia dpt khabar yg anak sedaranya sudah sangat2 kritikal. Sebenarnya dari malam tu lagi dia dapat berita tentang anak sedara dia. Katanya dah takde harapan. Tp itu yg aku tau dari blog dia la. Sebak jugak aku baca. Aku baca blog dia. Aku kenal kawan aku ni, mmg sangat seorang sukakan anak-anak kecil. Dia memang jenis yang pandai main dengan budak. Aku pun suka budak-budak, tapi aku tak pandai main ngan budak-budak. Aku baca blog dia, aku dpt rasa feel perasaan dia tu, walaupun aku x mungkin dpt merasakan sebenar-benarnya.  

AKU BOHONG
Bohong la kalau aku katakan aku tahu perasaannya. Aku x berani nak cakap kat dia, "kau kena kuat", atau apa-apa jua perkataan yg menyenangkan. Sebab aku sendiri tak tahu apa jadi kat aku jika aku berada di tempat dia. Mungkin aku dah meracau sekarang ni. Bila dia cerita pasal anak sedara dia aku faham perasaan dia, sbb aku pun ada seorang anak sedara yg sangat aktif lagi comel. Aku tau perasaan mempunyai anak sedara, tp aku x mampu mengatakan aku tahu camne rasanya bila ia diambil kembali Allah taala.


DUNIA JUGA MERASAI KEMATIAN..
Setiap hari juga seluruh dunia merasai kematian. Saudara seislam kita diluar sana merasainya sudah lama. Bagaimana aku tidak merasai keperitan orang-orang di Palestin dan Syira? Anak-anak disana dibunuh tanpa belas kasihan. Tapi kita yg disini, tidak ambil peduli. Selera perutnya diutamakan berbanding darah daging anak-anak disana. Mc Donald diratah tanpa ada rasa bersalah. Bukan mereka tidak tahu yang Mc Donald itu melabur pada negara israel. Cuma mereka buat-buat tak tahu. Seleranya lebih penting. Jika tidak ada selera, matilah hidup ini. Tak gunalah kalau tonton episod the Arrival sampai 50 gitu pun.. buang masa.


MUNGKIN KITA TIDAK RASA
Mungkin kita tidak rasa, sehingga .kita sendiri merasainya. Selagi kita tak rasa, selagi tu kita tidak peduli. Cuba bayangkan, kalau Israel jajah negara Malaysia. Kemudian penjajah tersebut  bukak kedai kat negara kita. Kita mahu makan kat kedai itu? Bagaimana pula jika kedai itu memberi bantuan kewangan kpd orang yang menjajah kita? Nope.. kita tak kisah, sbb kita tak rasa. Kita tak rasa lagi, sehingga ibu atau ayah atau anak, atau anak sedara kita meninggal dunia. Aku la tu orangyg tidak merasa tu. Percayalah, aku tidak rasa apa-apa pun bila melihat bayi di Palestine ini.


MOGA-MOGA JUMPA DI SYURGA
Aku x tau nak buat reaksi ketika aku dengar berita kematian anak sedara dia itu. Cumanya yg aku mampu buat, baca yassin je bersama kawan baik aku yang sorang tu. Yela, walaupun Al-Quran itu sebenarnya utk yg hidup, dan Bayi tu mmg akan masuk syurga. Tp bagi aku, biarlah ia sebagai tanda hormat aku pada anak saudara kawan aku, yg aku sayangi. Sebagaimana selawat untuk baginda Rasullulah yg bermaksud "sejahtera keatas mu". Padahal Rasullulah mmg akan ke Syurga. Baginda tidak perlu didoakan masuk syurga, sebab baginda memang akan masuk syurga. Tapi selawat itu sebagai tanda hormat dan tanda kita menghargai jasa beliau.

Dengan itu aku ucapkan terima kasih kepada anak itu, kerana telah selama dia hidup, bisa membahagiakan kawan aku itu. Semoga kawan aku tidak bersedih lama-lama. Sesungguhnya dia sudah masuk syurga. Kita ni je yang tak pasti lagi masuk syurga ke tak kalau dipanggil Allah. Kebahagian apa yang kita cari jika bukan bahagia di syurga-Nya.? Berbahagialah..

aku pinjam gambar DANISH ni dari blog kawan aku

Al-Fatihah utk si anak kecil yg bernama Danish.

(hari ni aku tulis cintai, aku banyak kerja dan aku masih sedih. Sory kalau jumpa banyak masalah bahasa kat atas)

Tuesday, October 30, 2012

Komik: Ajaib 2

Bro-ther, episod 4. Maaf, stail lukisan karekter selalu berubah-berubah. Masih susah nak konsisten. By the way, komik ni ada kaitan dengan komik sebelumnya yg bertajuk Ajaib.

pelukis: Mr IQ
tajuk: Ajaib 2

sila tekan gambar ini utk membaca dgn lebih jelas.
maaf, komik saya x mesra blog dan facebook.
Itulah sifat orang yang mukmin, segala-gala yang dilakukan adalah baik. Ketika mendapat kesenangan, dia akan bersyukur. Dan tatkala dia ditimpa musibah, dia akan bersabar.

Kenapa dalam hadis itu, mengatakan orang-orang mukmin itu ajaib.
Kerana bukan senang bagi manusia untuk menghadapi situasi itu. Apabila kita menerima kesenangan, kita jadi makin alpa dan makin lupa. Jarang juga bagi manusia, apabila ditimpa musibah, dia akan bersabar. Kebanyakan manusia akan melatah dan marah.

Siapakah orang mukmin?
Merujuk kepada Kitab Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 1 sampai 9, ada menyatakan mengenai ciri-ciri orang mukmin:~
1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang MUKMIN,
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,
3. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, 
4. dan orang-orang yang menunaikan zakat, 
5. dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, 
6. kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.
7. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. 
9. dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.  

Didalam ayat itu ada 6 sifat orang mukmin.. iaitu:~
  1. Orang yang khusyuk dalam solatnya
  2. Orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna
  3. Orang yang menunaikan zakat
  4. Orang yang memelihara kemaluannya (kecuali pada isteri dan hamba sahaya yang dimiliki)
  5. Orang yang memelihara amanat-amanat dan janji-janji
  6. Orang yang memelihara solatnya.
Mengikut kefahaman saya yang dhoif ini, mukmin adalah satu tingkat atau pangkat bagi seorang muslim. Seorang mukmin sudah tentu muslim, tp seorang muslim belum tentu mukmin.

Mengikut beberapa blog yang saya lihat pula, ada menjelaskan, Mukmin itu adalah mereka yang mengiringi sifat taqwa didalam dirinya. Taqwa beerti mereka yang memiliki sifat kewaspadaan dalam tingkah lakunya dari melakukan segala larangan Allah.

Kesimpulan erti Mukmin itu..
Daripada maksud ayat Surah al-mukminun dan dari hadis diatas, saya memahami bahawa, seorang mukmin adalah mereka memahami erti ibadah bukanlah hanya pada amalan ritual tertentu sahaja. Ia bukan sahaja menyakini  Allah sahaja yang wajib disembah, tapi merasai segala hidupnya untuk Allah. Dalam satu blog ada menulis,~
Orang mukmin adalah orang-orang yang beriman pada Allah dengan hakikat keimanan yang sebenarnya  yang mana  mereka yang mempunyai hati yang merasai keagungan dan kebesaran Allah SWT dalam diri mereka dan ubudiyyah mereka semata-mata kepada Allah dalam segenap kehidupan, jiwanya pasrah dan pergantungan hati hanya pada Allah! Iman yang di dakwa bukan setakat ucapan bibir sahaja tapi datangnya dari hati, dan ditafsirkan dalam bentuk amalan. (copy dari Blog cikgu Rabiah)
Apa guna jadi orang mukmin? 
Mari kita lihat sambungan makna ayat surah Al-Mukminun tadi,

10. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, 
11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Siapa yang tidak mahu masuk Syurga kan? So...

Jom Jadi Orang Yang Ajaib
Saya ingin menyeru sekalian pembaca, untuk sama-sama menjadi seorang muslim mukmin. Bunyinya seperti agak sukar, tapi pengakhirannya, pasti kita tidak sesali. Macam mana mahu menjadi orang MUKMIN? Tanya lah kepada mereka yang tahu. Bagaimana untuk konsisten? Ikutlah proses tarbiyah. seperti Usrah, Halaqah, kalau nak panggil 'bulatan bahagia' pun boleh. Kerana tarbiyah adalah satu bentuk proses hati, memahami hakikat Islam, lantas membentuk akhlak-akhlak islam yang mulia. (seperti yang telah dilakukan Nabi) Kalau rasa mahu ikut, boleh la e-mail saya. huhu. Mari sama-sama kita jadi orang AJAIB. :) huhu

rujukan:
1. http://cikgurabiah.blogspot.com/2011/08/tazkirah-ramadhanperbaharuilah-iman.html
2. http://sharaf-sora.blogspot.com/2010/11/siapakah-muslim-mukmin-muhajir-mujahid.html

.:: Wallahua'lam::.

Friday, October 12, 2012

Komik: AJAIB

Alhamdulillah, siap jugak komik yg ketiga utk siri Brother. Moga-moga ia dapat memberi input yg berguna buat kalian (dan sy sendiri)

Pelukis: MR IQ
Tajuk: Ajaib

klik utk tumbesaran yg senang utk dibaca

Merasai Dengan Hati, Memikirkan dgn Akal.
Pandanglah alam ini dgn sebenar-benarnya. Pandanglah dengan mata hati, bukan sekadar secara kasar. Allah telah hamparkan segala kenikmatan dan kesenangan buat kita, mengapa kita masih terleka dan melakukan maksiat? Moga-moga setiap saat, kita merasai kesyukuran dalam diri kita. Moga setiap detik dalam hidup kita, kita menjadi hambaNya yang taat.

4. Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon korma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang BERFIKIR.
~Ar Ra'd~

Sekian dari sy, Mr IQ.. wassalam..

diambil dari FB Nik Wafdi
.::dari trip Ganu, bersama cinta::.

Saturday, September 29, 2012

Komik: M PANGKAH

Sy tak mampu meng'udpade' blog secara konsisten. Kerana pengurusan masa saya agak lemah. Tanpa memanjangkan cerita, sy telah buat satu komik. Ia adalah komik yg temanya ialah Brother. Asalnya kisah hubungan antara adik dan abang. Saya pernah buat yg pertama, yang bertajuk "taqwa" (klik utk membaca komik itu).So, Enjoy.. (pendek je pun, huhu)
******************************************************************
pelukis: Mr IQ
tajuk: M Pangkah


 Ketika kamu seronok makan makanan di Mc Donald, ada saudara kita di palestine sedang sensara dan merana. Tergamak kita mengutamakan citarasa perut kita berbanding darah dan nyawa mereka. Malulah kalian-malulah kalian-malulah kalian. Allah tidak tanya apa yg telah kamu buat itu berkesan, tp Allah akan tanya, apa usaha kamu utk membantu mereka disana. (disamping doa kita)
**************************************************************

Setelah lama memerhati beberapa stail lukisan seperti pelukis Meow dan Annur, pelukis yang bernama Nik Wafdi dan pelukis yang bernama Lambok, sy cuba memperbaiki stail lukisan saya supaya lebih menarik dan lebih hidup (karekternya). Komen dan teguran drp anda sangat2 lah digalakkan dan dialu2kan.
sekian Wassalam

Wednesday, July 25, 2012

Komik : Susah-Susah

Assalamualaikum, maaf baru update.. tak mau cakap banyak. Anda sudah tau ini adalah komik. Kalau nak baca banyak saya akan ulas dibawah. (jika tak nampak tulisan, bolehlah right click kat gambar tu, dan tekan open in new tab, utk tumbesaran yg sempurna, woha)

ms 1

ms 2

ms 3

Ini adalah komik percubaan saya, sebab sebelum ini tak pernah guna watak lelaki dan perempuan. mungkin agak kontroversi. Tapi mengikut kefahaman Islam saya, rasanya ia tidak ada isu, sebab bagi saya ia adalah syaraie. Apapun, jika ada yang ingin dikomen, silalah komen dibawah. Kalau tak pun email aja kat saya. InsyaAllah, saya berlapang dada untuk menerima teguran dari anda semua.

Ulasan komik~
Susah, susah juga. Matlamat jauh jangan lupa. Matlamat akhirat kita, iaitu mencapai keredhoan Allah. Nak dapat redho Allah, buat kerja tu niatlah kerana Allah, kerana mahu berjaya, dan mengangkat nilai insan dalam diri, lalu untuk memberi khidmat atau manfaat kepada masyarakat. Maka dengan itu kerja-kerja kita tidak terhenti pada mahu kerjaya yang baik sahaja, dan dapat kesenangan dunia sahaja.

Jika benar-benar buat kerana Allah, Ia jadi ibadah, bila jadi ibadah, dapat pahala. Kalau ibadah, buat apa nak tension. Allah kan ada. Buat ajalah yang terbaik untuk Islam. InsyaAllah, Allah beri kejayaan. Jika tidak didunia, diakhirat kita tetap tak rugi. Win-Win situation. huhu :)
(sila tekan ini utk melihat senarai komik sy)
Sebelum tu nak minta maaf sebab lama tak update blog... sekian saja kali ini,


.::WaAllahua'lam::.

Saturday, May 5, 2012

AKU MENCINTAI MU, AKU MEMULIAKAN MU

credit for gizhel deviant art

Aku jadi serba salah dibuatnya. Ibarat ditelan mati anak diluah mati bapak (main taram je peribahasa). Kecanggihan teknologi kini bukan sahaja memberi seribu satu kemudahan, malah mencipta seribu satu masalah lain pula. Dalam keadaan sebegini, aku tergerak untuk menuliskan sesuatu, sungguh pun aku lelaki yang tak baik lagi tak hensem. 

Jangan terus dibuang
Sebelum itu aku nak cakap, aku tak expect korang akan menerimanya terus. Aku tahu, ia memerlukan masa untuk menerima. Dan memerlukan masa lagi untuk bergerak. Cuma aku harapkan, ia tidak dicampakkan terus ketepi, atas dasar emosi. Yup, mungkin salah yang berbahasa ini, yang tidak pandai bermain kata. Tapi, janganlah ia langsung ditolak mentah. Mohon agar ia tidak dinilai oleh emosi, biarlah ia dinilai oleh hati.

Wanita Tunjang Kebangkitan Ummah
Aku cukup menghormati satu kaum ini yang bernama wanita. Kerana islam menyuruhku agar mengangkat dan memuliakan wanita. Kerana wanita adalah seorang pembentuk generasi yang akan datang. Awal pendidikan seseorang itu, bermula dengan didikan kaum ini. Ya, tak lain tak bukan, kaum wanita yg saya cintai. Jika mahu melihat masa depan sesebuah Negara, lihatlah pada remaja masa kini, tp jika mahu melihat masa depan remaja, lihatlah mereka yang mendidiknya. Kesimpulannya, wanita adalah tunjang kepada pembangunan ummah. Pembanggunan sakhsiah. Seterusnya pembentukkan Negara. Andai rosak muslimah, rosaklah negara.


Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata, "Wahai Rasulullah , siapakah orang yang paling berhak aku hormati?"
Baginda menjawab, "Ibumu"
Lelaki itu terus bertanya, "Kemudian Siapa?"
Nabi s.a.w menjawab "Ibumu"
Lelaki itu bertanya lagi, "Kemudian Siapa?"
Nabi s.a.w menjawab "Ibumu"
Sekali lagi dia bertanya, "Kemudian Siapa?"
Nabi s.a.w menjawab "Bapamu"
(Riwayat al- Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, jika kamu tanyakan kepada aku, kenapa aku kisah sangat hal korang. Ini adalah kerana aku mencintai kalian sebagaimana islam memuliakan kalian. Aku tidak mahu kaum-kaum ini dirosakkan oleh pemikiran-pemikiran barat yang membawa manusia kepada kehancuran. Lihat pada barat, mereka memandang rendah pada wanita. Mereka menganggap, wanita itu ada pemuas nafsu seks, dan sebagai kilang anak.  Mereka mempergunakan wanita demi keuntungan dunia mereka. Lihat di iklan televisyen, perempuan hanya sebagai alat pelaris produk.

Maafkanlah aku, andai aku dianggap menjaga tepi kain orang. Sungguh aku benar-benar ingin membantu. Kerana aku tahu, wanita itu mulia, tidak seharusnya menjadi hamba-hamba dunia. Bukalah matamu. Bukalah hatimu. Sedarlah, kalian adalah mulia disisi Allah. Kalian adalah tanggungjawab kami. Hak keatasmu harus kami penuhi. Tapi kenapa kalian ingin meletakkan harga diri kalian dijurang api?

Umar al-Khatab r.a berkata "Pada zaman jahiliah, kami tidak pun menghargai wanita walau sedikit pun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut - nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami."

Ditipu Produk Kecantikkan
Jangan tertipu dengan mainan duniawi. Produk-produk kecantikkan itu hanya fatamorgana yang akan membinasakan. Apa guna mekap tebal-tebal? Apa guna ingin putih berseri? Siapa yang tafsirkan cantik itu putih? Siapa tafsirkan cantik itu pada produk-produk kecantikan? Itu hanya tafsiran barat. Mereka menghinakan orang yang berkulit hitam. Mereka sogokkan dengan produk-produk  bahan kimia, yang kesannya memberi impak mudarat pada jangka masa panjang.

Owh, mungkin kalian masih tidak mengerti, mungkin kalian masih tidak tahu.. dengan ini aku ingin  memberitahu.

KOLOBRASI YANG HILANG
Allah memahami makhluknya lebih daripada kita sendiri. Lelaki dan wanita mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

malu adalah pakaian wanita
Wanita pula secara fitrahnya menyukai akan kecantikkan pada dirinya. Mereka ingin menonjolkkan dirinya. Itu adalah fitrah, dan ia adalah ujian. Dengan itu, Maha suci Allah, yang Maha Mengetahui akan hamba-hambaNya, dia memberi peraturan-peraturan agar manusia tidak terbinasa oleh perbuatan mereka sendiri. 

Manakala, lelaki kelemahannya wanita. Dengan itu Allah suruh menundukkan pandangan. Namun dengan hanya menundukkan pandangan, ia tidak mencukupi bagi lelaki andai wanita mendedahkan perhiasan-perhiasannya (aurad). Bagaimana lelaki mahu menundukkan pandangan andai perempuan tidak bekerjasama menutup auradnya dengan sempurna. Kolobrasi ini yang semakin menghilang. Aku sebagai lelaki, terkesan dengan tindakkan wanita yang mementingkan diri. Orang yang ingin menjaga keimanan begitu tersentap imannya. Tidak heranlah, jika pak ustaz pun boleh bertindak keji terhadap wanita.  
  
Sebuah hadiht sahih: Ar rasul bersabda..
'Tidak aku tinggalkan fitnah paling besar dan berat kepada anak adam,melainkan perempuan'

Untuk apa peraturan-peraturan ini dicipta? Kerana ingin memuliakan kalian lah wahai wanita. Dengan itu disuruhnya menutup aurad. Disuruh menundukkan pandangan oleh lelaki. DisuruhNya wanita untuk besederhana.
Dan kolobrasi ini tidak akan berjaya andai wanita-wanita islam ini Tabarruj. Dengan itu disini saya berikan nota pendek oleh Fatimah Syarhah dalam blognya, mengenai tabarruj.

********************
Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi

Dr. Amru Abdul Karim Sa’dawi di dalam bukunya Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi telah memuatkan gagasan besar Prof. Syeikh. Dr. Yusuf al-Qaradhawi tentang tema penting yang berserakan dalam berbagai buku, ceramah, khutbah, fatwa, tesis dan disertasi beliau.

Pandangan tentang Islam dan wanita disampaikan ke tengah-tengah masyarakat dengan pandangan yang moderat dan komprehensif, jauh dari sikap fanatik yang membabi-buta. Beliau berusaha menyeimbangkan antara ketetapan syariat Islam dengan perubahan zaman, mempertahankan hal-hal lama yang bermanfaat dan menyambut hal-hal baru yang maslahat.

Tabarruj Dalam Fiqih al-Qaradhawi
               
Firman Allah SWT yang bermaksud: 

“…dan janganlah kamu berhias dan bertingkah-laku seperti orang-orang jahiliah dahulu.” 
(Al-Ahzab: 33).
               
Akhlak wanita muslimah berbeza dengan wanita bukan muslimah atau wanita pada masa sebelum Islam. Wanita muslimah mempunyai akhlak menjaga diri, menjaga kehormatan, dan mempunyai rasa malu. (Akhlak lelaki muslim juga seharusnya begini). Sebaliknya akhlak wanita non-muslimah dan wanita jahiliyah berdandan tanpa batas dan tanpa aturan moral.
               
Erti berdandan di sini ialah: Membiarkan anggota aurat tubuh terbuka dan tampak bebas dilihat oleh mata.
                Ilustrasi  makna tabaruj yang dilakukan oleh wanita jahiliah dahulu menurut para ulama tafsir iaitu:
  • 1.       Bercampur dengan lelaki
  • 2.       Berjalan melenggang-lenggokkan tubuh dan genit
  • 3.       Mengenakan tudung tetapi tetap menampakkan aurat dan kecantikan tubuh-badannya.
Wanita-wanita pada zaman ini ramai yang melakukan tabarruj ini sama dengan wanita-wanita jahiliah pertama dahulu sebelum datangnya Islam.
Tabarruj Pada Pandangan Ulama-ulama Lain
               
Tabarruj pada pandangan ulama-ulama yang lain pula ialah:
Syeikh Az-Zamakhsyari: Hakikat tabarruj ialah sengaja menampakkan apa yang seharusnya ditutup. Untuk wanita, yang dimaksud tabarruj wanita ialah wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahram.
Mujahid: Maksud tabarruj ialah, “Wanita yang keluar dari rumahnya berjalan di tengah kumpulan lelaki.”
Qatadah: Yang dimaksudkan dengan tabarruj ialah, “Jalan berlenggang-lenggok dan genit.”
Muqatil: “Tabarruj ertinya mengenakan  tudung penutup kepala tetapi tidak merapatkannya sehingga menampakkan kalungnya, anting-antingnya dan lehernya.”

Agar Tidak Disebut Tabarruj Jahiliah Yang Pertama
Agar tidak disebut wanita mutabarrijah (wanita yang bertabarruj), wanita muslimah hendaklah melakukan hal-hal di bawah ini:

a) Menundukkan pandangan. (Lelaki juga harus begini). Firman Allah SWT,
“Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya.”
(An-Nur: 31).

b) Tidak bergaul dengan lelaki layaknya satu jenis, sebagaimana yang terlihat di filem-filem, di university, tempat-tempat pertemuan dan kenderaan-kenderaan umum pada masa sekarang.

c) Pakaian yang dkenakan sesuai dengan syariat Islam iaitu:

a. Menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
b. Tidak nipis atau pendek sehingga menampakkan kulit di balik pakaian.
c. Tidak ketat-walaupun ianya tebal-sehingga menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya, sebagaimana yang dikenakan wanita-wanita Barat saat ini. Pakaian mereka tidaklah nipis tetapi ketat sehingga menampakkan hamper semua bahagian tubuh mereka. Seakan mereka telanjang bulat. Pakaian seumpama ini lebih menimbulkan fitnah daripada pakaian yang nipis dan pendek.
d. Tidak mengenakan baju dan celana lelaki seperti yang suka dilakukan oleh wanita zaman sekarang. Rasulullah melaknat lelaki dan wanita yang menyerupai lawan jenisnya.
e. Tidak mengenakan pakaian khusus orang-orang kafir, Yahudi dan penyembah patung.

d) Hendaklah menjaga kewibawaannya, tenang dalam berjalan dan bersahaja dalam berbicara. Tidak dengan ‘sengaja’ menarik perhatian kaum lelaki dengan minyak wangi atau (sengaja melunak-lunakkan) suara. Wanita pada zaman jahiliah suka menarik perhatian lelaki dengan membunyikan gelang kaki yang dipakainya. Perbuatan ini haram sebagaimana dalam firman-Nya kerana ia membuatkan lelaki gelisah dengan khayalannya. Perbuatan ini juga menunjukkan wanita itu mempunyai niat buruk sengaja memancing ghairah seksual lelaki.
 *************************

Pandangan Aku Lelaki yang Tak Hensem 
 

Maaf sebab terlalu banyak berkias dalam post ini. tapi apa yang ingin saya sampaikan ialah, dalam kita dalam kita inginkan kecantikkan. Islam telah pun mengetahui sifat-sifat wanita, dan islam telah menetapkan hukum-hukumnya. islam tidak terus menghalang sesuatu perkara itu, tetapi ia ada caranya. kalau hendak bermekap, mekaplah seadanya sahaja, tidak berlebih-lebihan. Selapis mekap yang nipis sudah memadai. Tidak nampak keterlaluan. Contohn yang dilarang, ialah sampai kulit yang gelap terus berubah seperti putih. Itu sudah melebihi kesederhanaan.


Tapi seelok-eloknya, tidak perlulah berhias-hias sangat. Ia lebih baik, dan lebih dekat dengan ajaran Islam. Kalau kalian kalian kata, bermekap tebal untuk nampak seksi, ia dibolehkan dalam islam, jika ia hanya untuk ditonjolkan untuk suami kalian yang halal. Malah teramat digalakkan!!!


Dalam kita berhias, marilah kita sama-sama melihat perkara yang utama. Iaitu niat dan matlamat. Selalu dalam penulisan saya mesti berbalik kepada 2 benda ni (basic). Sebenarnya kita bermekap ni, apa niat kita? Apa yang kita mahukan? Hendak menonjolkan kecantikkan kita dihadapan kaum Adam? Atau sekadar mahu kelihatan kemas dan tidak kotor. Islam itukan bersih. Allah amat menyukai kebersihan dan kecantikkan. Jika bermulanya dengan niat yang bersih, maka ia boleh jadi ibadah. Tapi jika kita berhias untuk pandangan lelaki, maka ia tersangatlah diharamkan. 


Jadi marilah kita cek balik diri kita tu, adakah itu yang kita mahukan? Kita lihat balik apakah matlamat kita dijadikan. Kemana pengakhiran kita nanti. Dalam menuju ke pengakhiran yang baik, apakah perkara yang kita perlukan didunia ini? kalau bukan Syurga yang kita idamkan. kalau bukan keredhoan Allah yang kita mahukan, lalu apakah kita harapkan? Neraka? aku yakin tiada yang mahu ke Neraka. Hayatilah sabda Baginda Rasullulah, SAW...

“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” 
(Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

dan kebanyakkan yang masuk neraka adalah kerana mereka tidak mampu menahan diri mereka dari ujian keinginan cantik itu. Semoga kita dijauhkan darinya.

Dengan itu saya harap dengan artikel ini, dapat menjelaskannya. Dan saya harap, kalian boleh melihat-melihat video-video yang baik untuk memberi kefahaman tentang wanita...contohnya video dibawah ini.



ini pula link mengenai fesyen muslimah, oleh Fatimah Syarhah.. (aku bagi link sahaja.)
Bhgn pertama
Bhgn kedua

Kalau untuk aku ingin menjelaskan semuanya, pastinya aku tidak mampu. Namun sedarlah aku memuliakan kalian. Oleh kerana itu aku menegur kalian. Bukan nya aku mahu menghinakan, tapi memuliakan. Kalian adalah cantik tanpa make up. Sudah cukup cantik dipandangan Allah. Kalian adalah mulia andai kalian tidak memandang rendah pada diri kalian sendiri. Sayangilah diri anda, sesungguhnya Allah menyayangi kalian.

"Mereka  yg menyayangimu, tidak akan membiarkan kamu terus tersesat. Mereka yang mencintaimu tidak akan terus membawa mu ke Neraka."

Sincerely from the man, who love u :P
p/s: penulisan cincai, maaf kalau x paham. Sibuk skrg ni
.::Wallahua'lam::.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...