Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~
Showing posts with label Fikrah. Show all posts
Showing posts with label Fikrah. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Menilai Realiti

Assalamualaikum warah matullah hiwabarokatuh.... Lama tak updated blog. Kononnya sibuk dengan projek, tapi kerja tak pernah siap jugak. Bagi mengisi (membersih sawang) di blog ini, saya mahu sharekan satu artikel terjemahan dari khutbah Yusuf Al-Qaradawi. Ia diterjemah oleh sahabat saya yang bernama Ahmad Asyraf Ilman di FBnya. Semoga Allah memberkatinya kerana bagi saya, ia diterjemah dengan baik, (mudah difahami). Semoga dapat sesuatu dari khutbah ini.

MENILAI
********
Terjemahan sebahagian petikan khutbah Dr Yusuf al-Qaradawi tentang pembacaan (penilaian) realiti umat. Saya budak baru belajar, pengkhususan saya bukan bahasa Arab, mohon perbetul mana yang salah.

Pembacaan Yang Sahih
"... Inilah dia pembacaan yang sahih, merangkumi segenap aspek, dan lengkap; pembacaan yang sempurna bagi menilai realiti ini. Adapun dengan menyebut kemenangan tapi melupakan kekalahan, menyebut keuntungan tapi melupakan kerugian, menyebut istiqamah tapi melupakan kekacauan, menyebut kebaikan tapi melupakan keburukan, maka ini bukanlah kejujuran jiwa, dan tidak ada keadilan bersamanya. Mukmin itu jika marah, marahnya tidak keluar daripada hak. Jika dia redha, keredhaannya tidak masuk ke dalam kebatilan. Dia merupakan insan yang seimbang, dia berlaku adil hatta terhadap dirinya sendiri, sepertimana firman Allah: 

۞ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ بِٱلۡقِسۡطِ شُہَدَآءَ لِلَّهِ وَلَوۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ أَوِ ٱلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ‌ۚ إِن يَكُنۡ غَنِيًّا أَوۡ فَقِيرً۬ا فَٱللَّهُ أَوۡلَىٰ بِہِمَا‌ۖ فَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلۡهَوَىٰٓ أَن تَعۡدِلُواْ‌ۚ وَإِن تَلۡوُ ۥۤاْ أَوۡ تُعۡرِضُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرً۬ا (١٣٥)
"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu-bapa dan kaum kerabat kamu." 
[an-Nisa : 135]

Konsep Keadilan
Di sana ada keadilan terhadap diri dan terhadap yang disayangi, dan di sana juga ada keadilan terhadap musuh dan terhadap yang dibenci, dan di dalam ayat lain Allah menyebut:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap satu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana (adil) itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." [al-Maidah:8]


Sekiranya kamu hendak menilai waqi' (realiti) dengan penilaian yang sahih, maka berlakulah adil terhadap dirimu dan juga terhadap musuhmu. Dalam Sahih Muslim, seorang sahabat berkata: "Hari Qiamat tidak akan berlaku sehinggalah Rom merupakan majoriti penduduk bumi."

Amru bin al-'As mendengar kata-kata itu lalu dia berkata, "Adapun engkau berkata mereka (Rom) itu begini dan begini, mereka itu selembut-lembut manusia ketika ditimpa ujian," dia menyenaraikan empat kebaikan bangsa Rom dan berkata, "Dan yang kelima ialah kebaikan yang sangat cantik: Kekuatan mereka menentang kezaliman pemerintah."

Amru bin al-'As mengatakan perkara ini dalam keadaan pada waktu itu ada peperangan antara Islam dan Rom di Palestin; dalam pembukaan Mesir dan selainnya mereka memerangi Rom - dia masih mengakui kebaikan orang Rom.


هذه هي القراءة الصحيحة، المستوعبة، الشاملة، قراءة شمولية لهذا الواقع، أما أن تذكر الانتصارات وتنسى الهزائم، تذكر المكاسب وتنسى الخسائر، تذكر الاستقامة وتنسى الانحرافات، تذكر الطيب وتنسى الخبيث فهذا ليس من إنصاف النفس، ولا من العدل معها، المؤمن إذا غضب لم يخرجه غضبه عن الحق، وإذا رضي لم يدخله رضاه في الباطل، يعني إنسان متوازن، فهو عدل حتى مع نفسه، كما قال الله تعالى (يا أيها الذين آمنوا كونوا قوامين بالقسط شهداء لله ولو على أنفسكم أو الوالدين والأقربين)، هناك العدل مع نفسك ومع من تحب، وهناك العدل مع عدوك ومع من تكره، والآية الأخرى تقول (يا أيها الذين آمنوا كونوا قوامين لله شهداء بالقسط ولا يجرمنكم شنآن قوم على ألا تعدلوا اعدلوا هو أقرب للتقوى)، فإذا أردت أن تقوم الواقع تقويماً صحيحاً فكن عدلاً مع نفسك وكن عدلاً مع عدوك، في صحيح مسلم أن أحد الصحابة قال: أنه لا تقوم الساعة حتى تكون الروم أكثر أهل الأرض، فسمع ذلك عمرو بن العاص فقال له: أما وقد قلت ذلك فإنهم لكذا وكذا وكذا وكذا .. هم أحلم الناس عند فتنة، وعد أربعة فضائل لهؤلاء الروم، قال: وخامسة حسنة جميلة: وأشدهم امتناعاً من ظلم الملوك، أنهم يقاومون ظلم الملوك، شهد لهم عمرو بن العاص الذي كان في ذلك الوقت بينه وبين هؤلاء الناس معارك في إجنادين في فلسطين وفي فتح مصر وغيرها كان يحارب الروم، إنما شهد لهم.

Pembacaan Yang Sahih dan Benar Itu Jauh daripada Memberat-beratkan atau Meringan-ringankan

Seorang Muslim itu harus bersikap adil dan saksama sekalipun terhadap musuhnya. Dia mengiktiraf hakikat musuh baik kelebihan mahupun kekurangan mereka. Dia tidak cuba membesar-besarkan keburukan musuh dan tidak pula memperlecehkan kebaikan mereka. Sebahagian manusia memerhatikan keaiban dengan mikroskop, sehinggakan biji kacang dilihat sebagai kubah, kucing dilihat sebagai unta. Jangan begitu. Lihatlah kepada sesuatu as it is. Jangan membesar-membesarkan keaiban dan jangan pula melupakan kelebihan dan kebaikan. Ini merupakan satu aspek lain yang menjadikan pembacaan (penilaian) kita adil. Pembacaan yang sahih dan benar harus jauh daripada dua perkara: membesar-besarkan atau meringan-ringankan.

Sering kali apabila kita membaca (menilai) realiti, kita memberat-beratkan satu aspek atau membesar-besarkannya sepertimana yang kita lihat sebahagian manusia apabila bercakap tentang Israel, seolah-olah Israel itu tuhan di atas muka bumi ini. Kita pula seolah-olah hanya pawn di atas papan catur. Seolah-olah dunia ini mainan Israel. Seolah-olah setiap benda yang berlaku adalah kerja Yahudi dan Israel. Sehingga kejadian yang berlaku baru-baru ini (September 11), sebahagian manusia berkata, Israellah yang melakukan ini, tiada siapa lagi yang mampu melakukan sesuatu dengan penuh teliti, tersusun dan terperinci melainkan Mossad, SEOLAH-OLAH KITA MEMPERTUHANKAN MANUSIA-MANUSIA ITU (ISRAEL). Ini merupakan sejenis daripada sikap memberat-beratkan dan membesar-besarkan sesuatu. Seolah-olah kita menghina diri kita sendiri. Seolah-olah kita tidak mampu melakukan sesuatu dengan penuh teliti, bijaksana dan tersusun.

T/N: Mungkin pada waktu Dr Yusuf menyampaikan khutbah ini belum dijumpai bukti bahawa 9/11 merupakan perbuatan Yahudi. Ada yang mengatakan tiada Yahudi langsung dalam menara berkembar itu pada hari kejadian, wallahua'lam. But the fact remains: we are too Israel-phobic.


القراءة الصحيحة والحقيقية يجب أن تبتعد عن التهويل والتهوين


المسلم ينبغي أن يكون مقسطاً ومنصفاً حتى مع أعدائه ليعرفهم على حقيقتهم بمزاياهم وعيوبهم، لا يحاول أن يضخم في العيوب وأن يقلل في المزايا، بعض الناس ينظر إلى العيوب بميكروسكوب، يجعل من الحبة قبة، ومن القط جملاً كما يقولون، لا ، حاول أن تنظر إلى الأشياء كما هي، فلا تضخم العيوب ولا تنسى المزايا والحسنات، وهذا أيضاً يوصلنا إلى أمر آخر في القراءة لكي تكون قراءة منصفة وتكون القراءة صحيحة وحقيقية يجب أن تبتعد عن أمرين، التهويل والتهوين، كثيراً ما نقرأ الواقع فنهول من الأمر ونضخم فيه كما نرى بعض الناس حينما يتحدث عن إسرائيل كأنما إسرائيل هذه متألهة في الأرض، نحن أحجار على رقعة الشطرنج، والدنيا لعبة إسرائيل، وكل شيء من عمل اليهود ومن عمل إسرائيل، حتى الأحداث الأخيرة هذه، بعض الناس يقول إسرائيل هي التي عملت هذه، لا يستطيع أحد أن يعمل هذا الأمر بهذا الابتكار وهذا التخطيط وهذا التنظيم وهذا الإبداع إلا الموساد، كأننا نؤله هؤلاء الناس، هذا نوع من التضخيم والتهويل في هذه الأمور وكأننا نحقر أنفسنا، حتى لو أننا عملنا شيء فيه تخطيط وعقل وإدراك وتنظيم نستكثره على أنفسنا.

Ianya Hanyalah Dirimu Sendiri
Maka aku katakan bahawa memberat-beratkan ini merupakan satu masalah yang sangat bahaya - kamu membesar-besarkan musuh dan memandang rendah diri kamu sendiri - atau sebaliknya; banyak yang berlaku ialah sebaliknya: kita merendah-rendahkan musuh. Selalu kita dengar dahulu bahawa musuh ini segolongan manusia yang kita perlu beri pengajaran, campak ke dalam laut dan sebagainya, akhirnya apabila bertemu dengan musuh, cakap-cakap tadi tidak pun berlaku. Maka meringan-ringankan juga sama dibenci seperti memberat-beratkan. Kita mahu mengetahui sesuatu isu as it is, supaya kita mampu melihat masa depan kita dan menetapkan apa yang patut kita buat selepas itu.

Al-Quran ketika mana menceritakan tentang peperangan Uhud - peperangan yang terkenal dengan kemenangan kaum Muslimin pada awalnya kemudian selepas itu mereka tewas disebabkan ketidakpatuhan pada arahan Rasulullah SAW, ketika mereka melihat ghanimah dan berlakulah apa yang telah berlaku - al-Quran berkata:



وَلَقَدۡ صَدَقَڪُمُ ٱللَّهُ وَعۡدَهُ ۥۤ إِذۡ تَحُسُّونَهُم بِإِذۡنِهِۦ‌ۖ حَتَّىٰٓ إِذَا فَشِلۡتُمۡ وَتَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى ٱلۡأَمۡرِ وَعَصَيۡتُم مِّنۢ بَعۡدِ مَآ أَرَٮٰكُم مَّا تُحِبُّونَ‌ۚ مِنڪُم مَّن يُرِيدُ ٱلدُّنۡيَا وَمِنڪُم مَّن يُرِيدُ ٱلۡأَخِرَةَ‌ۚ ثُمَّ صَرَفَڪُمۡ عَنۡہُمۡ لِيَبۡتَلِيَكُمۡ‌ۖ وَلَقَدۡ عَفَا عَنڪُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ ذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (١٥٢)

"Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janji-Nya (janji Allah) kepada kamu, ketika kamu hancurkan mereka dengan izin-Nya (izin Allah), sehinggalah hati (semangat) kamu menjadi lemah dan berbantahan (sesama sendiri) dalam urusan (perang Uhud) itu dan kamu derhakai (perintah rasul) sesudah Dia (Allah) perlihatkan kepada kamu apa yang kamu gemari (harta rampasan). Ada antara kamu yang mahukan dunia, dan ada yang mahukan akhirat. Kemudian Dia (Allah) memalingkan kamu daripada mereka (menewaskan kamu), sebagai ujian bagi kamu. Dan sesungguhnya Dia (Allah) sudah memaafkan kamu. Dan Allah memberikan kurnia kepada orang yang beriman." (Ali Imran : 152).

Maka berkata Ibn Mas'ud: "Aku tidak tahu bahawa dalam kalangan kita ada yang mahukan dunia, sehinggalah turun ayat ini."

"Ada antara kamu yang mahukan dunia," hatta dalam kalangan sahabat pun ada yang mahukan dunia, mereka melihat ghanimah dan menuju ke arahnya, mereka menimpakan ke atas kaum Muslimin apa yang telah tertimpa, "kemudian Dia (Allah) memalingkan kamu daripada mereka (menewaskan kamu), sebagai ujian bagi kamu. Dan sesungguhnya Dia (Allah) sudah memaafkan kamu. Dan Allah memberikan kurnia kepada orang yang beriman."

Juga kerana ini hanya kesilapan yang tidak disangka-sangka, bukannya kesalahan yang thabit dalam kehidupan mereka, Allah berkata: "Dan sesungguhnya Dia (Allah) sudah memaafkan kamu."

إِنَّ ٱلَّذِينَ تَوَلَّوۡاْ مِنكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡتَقَى ٱلۡجَمۡعَانِ إِنَّمَا ٱسۡتَزَلَّهُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ بِبَعۡضِ مَا كَسَبُواْ‌ۖ وَلَقَدۡ عَفَا ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ۬ (١٥٥)
"Sesungguhnya orang di kalangan kamu yang berpaling pada hari pertempuran dua angkatan (perang Uhud) itu, tidak lain (melainkan) mereka digelincirkan oleh syaitan disebabkan amal (kesalahan) yang mereka telah lakukan (sebelum ke medan perang), tetapi Allah telah memaafkan kamu." (Ali Imran : 155)

Antara mereka ialah Abdullah ibn Abbas dan sahabat-sahabat yang besar, "sesungguhnya Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Halim (Maha Penyantun)."

Allah menerangkan peristiwa tersebut di atas hakikatnya:

أَوَلَمَّآ أَصَـٰبَتۡكُم مُّصِيبَةٌ۬ قَدۡ أَصَبۡتُم مِّثۡلَيۡہَا قُلۡتُمۡ أَنَّىٰ هَـٰذَا‌ۖ قُلۡ هُوَ مِنۡ عِندِ أَنفُسِكُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (١٦٥)

"Dan mengapa ketika kamu dikenakan musibah (kalah dalam peperangan), padahal kamu telah mengenakan musibah (kemenangan ke atas musuh kamu) dua kali, kamu berkata: “Mengapa jadi begini?” Katakanlah: “Ianya daripada diri kamu sendiri.”" (Ali Imran : 165)

Dari mana datangnya (kekalahan) ini? Katakanlah "Ianya daripada diri kamu sendiri."


فأقول التهويل هذا قضية خطيرة جداً، فإذا هولت من أمر عدوك وهونت من أمر نفسك، أو العكس، كثيراً ما يحدث العكس، أننا نهون من أمر العدو، كثيراً ما سمعنا في الزمن الماضي أن هؤلاء حفنة من الناس وأننا سنؤدبهم ونؤدب من وراءهم سنرمي بهم في البحر وسنلقي بهم في كذا، ثم عندما التقينا بهم للأسف لم يكن الأمر كما قيل من قبل، فالتهوين أيضاً مرفوض كالتهويل، نريد أن نعرف الأمور على ما هي عليه، لنستطيع أن نستشرف مستقبلنا ونحدد ماذا نفعل بعد ذلك، القرآن حينما تحدث عن غزوة أحد، وغزوة أحد معروف أن المسلمين انتصروا فيها في أول الأمر ثم انكسروا وأصيبوا بما أصيبوا به نتيجة عصيانهم لأمر رسول الله صلى الله عليه وسلم وعندما سال لعابهم على الغنائم وحدث ما حدث، القرآن قال (ولقد صدقكم الله وعده إذ تحسونهم بإذنه حتى إذا فشلتم وتنازعتم في الأمر وعصيتم من بعد ما أراكم تحبون) رأيتم النصر أمامكم (منكم من يريد الدنيا ومنكم من يريد الآخرة)، فقال سيدنا عبدالله بن مسعود ما كنت أعلم أن فينا من يريد الدنيا حتى نزلت هذه الآية، منكم من يريد الدنيا، حتى الصحابة منهم من يريد الدنيا، هناك الذين أرادوا الغنائم وتطلعوا إليها هم الذين جلبوا على المسلمين ما جلبوا، (ثم صرفكم عنهم ليبتليكم ولقد عفا عنكم والله ذو فضل على المؤمنين)، أيضاً لأن هذه كانت غلطة طارئة، وليست خطاً ثابتاً في حياتهم قال: ولقد عفا عنكم، (إن الذين تولوا منكم يوم التقى الجمعان إنما استذلهم الشيطان ببعض ما كسبوا ولقد عفا الله عنكم) كان منهم عبدالله بن عباس وبعض الصحابة الكبار، إن الله غفور حليم، فبين لهم الأمر على حقيقته، (أولما أصابكم مصيبة قد أصبتم مثليها قلتم أنا هذا قل هو من عند أنفسكم)، من أين جاءهم هذا؟ قل هو من عند أنفسكم.


**************
Ulasan Seorang Hamba

1. Pada perenggan pertama, apa yang Yusuf Al-Qadrawi katakan ialah, kita perlu bersifat adil dalam menilai. Jika disebut kemenangan, tidak melupakan kekalahan, bila disebut kebaikan, tidak melukan keburukan. Pokoknya perlu seimbang diantara keduanya.

2. Yusuf Al-Qadrawi memberi contoh para sahabat ketika merancang pembebasan terhadap Rom, para sahabat tidak melupakan sifat baik orang Rom dalam menilai.

3. Penilaian yang baik, adalah yang tidak membesar-besarkan sesuatu perkara, dan tidak juga meringan-ringankannya. Contoh yang diberi Yusuf Al-Qadrawi, ialah seperti masyarakat yang terlalu membesar-besarkan isu freemason/yahudi. Seperti orang yahudi adalah pencatur dunia, dan kita adalah buah caturnya. Seperti kita ini mempertuhankan Israel. (terlalu takut/paranoid).

4. Dalam menilai juga kita tidak boleh juga meringan-ringankan sesuatu. Supaya kita tidak take for granted sesuatu masalah sehingga mengabaikan tindakan yang perlu diambil. Juga tidak terlalu cakap besar, (seperti contoh yang dia bagi), tetapi tiada apa tindakan pun yang dibuat.

5. Kita perlu menilai dengan sebenar-benarnya. Dengan tidak memberat-beratkan dan tidak juga eringan-ringankan. Terima keadaan itu seadanya, agar perancangan tindakan dapat dilakukan. Tidak rasa diri tak mampu, bila sesuatu dibesar-besarkan.

6. Last sekali, Yusuf Al-Qadrawi memberi contoh kisah perang Uhud. Bagaimana mereka menerima kekalahan. Ini kerana kesalahan mereka sendiri, dan bukanlah kerana kekuatan orang kafir. Tidak perlu disalahkan orang lain, tetapi salahkan diri kamu sendiri.

Kesimpulan yang saya dapat kaitkan disini ialah, berkenaan Freemason/Illuminati yang semakin popular dikalangan masyarakat. Kita disajikan dengan pelbagai maklumat-maklumat candu yang tidak sahih dan masyarakat semakin ketagihan dengan perkara itu. Maklumat-maklumat itu telah menanam satu idea, iaitu "yahudi sangat hebat". Dalam mengaitkan dalam khutbah ini, kita tidak boleh menilai sesuatu dengan berlebih-lebihan. 


Dan kita banyak menyebut-nyebut tentang mereka, dan selalu menyalahkan mereka atas semua perkara. Mengatakan ini konspirasi, itu propaganda. Ketahuilah bahawa kerosakan yang berlaku dalam masyarakat, bukan kerana mereka (yahudi). Ia adalah kerana kelemahan kita. Kita yang mudah percaya dan mudah paranoid. kita yang sembang kencang membongkar konspirasi yahudi, tapi pembaikkan masyarakat tidak berlaku pun. Saya tegaskan sekali lagi, Kekalahan Ummat islam hari ini, bukan kerana kekuatan mereka. Ini kerana diantara Hak dan Batil, yang Hak itu pasti menang. Sesungguhnya kekalahan itu adalah disebabkan diri kamu sendiri.
.::Wallahua'lam::.

Monday, September 5, 2011

Raya Kemerdekaan

Entri ini mungkin agak kelewatan sedikit untuk ditulis. Sebab Sambutan Kemerdekaan sudah berlalu beberapa hari yang lalu. Namun tidak mengapa, sebab entri ini tidak rigid (kaku) pada masa tertentu. Sebelum itu, saya ingatkan supaya anda sekalian tidak terasa dengan penulisan saya. Saya tulis bukan hanya ditujukan khas kepada sesiapa. Ia adalah penulisan umum, untuk memperingati diri saya disamping mengajak orang lain. Selamat membaca :).


Allahuakbar! Merdeka!

Allahuakbar-Allahuakbar-Allahuakbar, laungan takbir raya kedengaran di Masjid-masjid menandakan kemenangan umat islam berpuasa selama sebulan. Keesokkan harinya, orang akan melaungkan merdeka-merdeka-merdeka. Sedangkan syaitan sudah pun melaungkan nya semasa syawal menjelma. Syaitan gembira, sudah tidak dirantai. hoho

Kemerdekaan Mereka

Di hari raya tahun ini, kemerdekaan, dirasai pelbagai golongan makhluk.

Golongan mukmin, merasakan merdeka kerana mampu memerdekakan diri dari hawa nafsu. Nafsunya telah didik dengan baik agar tidak menguasai tindak tanduk dirinya. Yang telah berjaya memerdekakan iman dari belengu nafsu.

Golongan muslim biasa, merasakan kemerdekaan kerana, ramadhan sudah tamat, kini dirinya boleh makan seperti biasa. Dirinya merdeka dari Ramadhan yang membelit kemahuannya dari membuas sebulan yang lepas.

Golongan syaitan merasakan merdeka, kerana sudah tamat tempoh dirinya dirantai. Ia boleh melaksanakan misinya kembali. Dirinya merdeka dari rantaian Allah untuk menghasut anak-anak adam untuk terus mungkar terhadap Allah.

Merdeka dalam Penjajahan


Kemerdekaan bermaksud kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu (sila lihat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka). Apa pula erti kemerdekaan menurut kamus hidup orang melayu kita? Ramai yang memahami bahawa kemerdekaan itu adalah kejayaan membentuk dan memimpin negara sendiri. Namun apa yang ada kini hanyalah negara yang sekular, yang menuruti tingkah laku penjajah. Itukah merdeka buat kita?

Launglah sekeras dan sebanyak mana pun, laungan merdeka, diri masih tidak merdeka. Kenanglah jasa mereka yang memerdekakan Negara ini, tapi penjajah tidak berganjak selangkah pun dari tanah air ini. Berbanggalah dengan kemerdekaan kita, Allah memandang hina dengan kemerdekaan kita. Yang dilaungkan hanyalah laungan kebodohan. Menyatakan diri sendiri bodoh di hadapan penjajah-penjajah.

Adakah itu Kemerdekaan?

Kita masih tidak mengecapi kemerdekaan. Tak kira secara fizikal atau secara batinnya. Secara negaranya atau pun secara fikirannya. Tidak ada. Jika sudah merdeka, mengapa sistem yang sepatutnya tertegak di muka bumi (Malaysia) ini, tidak ada? Jika sudah merdeka fikiran, mengapa masih berluasa maksiat. Tidak cukup akal yang sihat untuk buang anak? Akal tak cukup merdeka untuk memahami erti buruk dan salah. Lihat sajalah bagaimana raya disambut, lihatlah bagaimana kemerdekaan disambut. Buka televisyen, ada yang apa? Hanya hiburan melalaikan. Penuh dengan industri maksiat. Adakah itu erti kemerdekaan kita?

inilah sambutan raya kita..
inilah merdeka kita


Kemerdekaan Qalbu

Saya tulis ini berdasarkan tulisan Murobbi saya. Tapi diolah dalam gaya bahasa saya. Apakah erti kemerdekaan itu? Syeikh Abdul Hamid Jasim al Bilali telah menulis dalam kitabnya yang bertajuk, ‘Al Bayan Fii Madkhalisy Syaitan’.

Ibn Taimiyah menjelaskan bahawa “Kemerdekaan adalah kemerdekaan qalbu, dan peribadatan adalah peribadatan qalbu, sebagaimana juga kekayaan adalah kekayaan jiwa”

Rasullullah ada bersabda

“Kekayaan itu bukanlah harta benda yang banyak, namun kekayaan itu adalah kekayaan jiwa” (Diriwayatkan oleh Syaikhani)

Jelas sekali ayat diatas, bahawa kemerdekaan adalah sesuatu yang lahir dalam jiwa atau hati. Bukan hanya merdeka secara zahir. Kemerdekaan juga adalah buah hasil kejayaan dari pengendalian jiwa dari hawa nafsu. Merdeka dari nafsu yang membelengu tindak tanduk kita (spt yg telah sy tulis diatas). Apabila nafsu menjadi hamba kepada tuannya (diri kita), maka itulah erti kemedekaan sebenarnya.

Merdeka Jiwa Walau Hamba

Terdapat pelbagai contoh dalam sirah-sirah sahabah. Membuktikan merdeka itu bukannya satu khayalan para alim ulamak. Bilal bin Rabah, seorang hamba yang disiksa dan dijemur di tengah panas. Beliau sanggup mati dengan kalimah kemerdekaan dalam hatinya. Biar jasad terbakar hangit, asal diri merdeka disisi Allah s.w.t. Lihat pula pada sirah Zinirah, seorang hamba kepada orang paling bengis, Umar Al-Khatab. Diseksa dan dibutakan matanya oleh Umar Al-Khatab (ketika jahilliyah). Namun hati tetap teguh dengan keesaan Allah. Matanya terang hanya memandang pada keredhoaan Tuhan yang satu.

Lihat pula pada figur mesir era sezaman Assyahid Syed Qutb. Mereka adalah pejuang-pejuang kemerdekaan yang dipenjara. Namun hatinya merdeka. Maka penjara terasa nikmat baginya. Mereka dihukum mati. Tapi hatinya hidup dengan nur keimanan yang teguh terhadap fikrah yang dipegangnya. Sungguh diberikan wang yang banyak untuk meninggalkan dakwahnya. Sungguh pun dirinya didesak untuk mengaku kesalahan yang tidak dibuatnya. Hatinya tetap merdeka untuk memilih dan menentukan corak kehidupannya. Kerana apabila hati itu sudah merdeka, maka tiada apapun yang akan dapat mengikat hatinya. Tiada tipu daya manusia yang dapat membahayakannya. 

Tersenyum di tali gantung
Muhasabah Ramadhan

Dengan itu mari menilai kembali madrasah Ramadhan yang kita lalui selama sebulan. Apakah nafsu masih lagi menguasai diri kita? Setelah sebulan nafsu dipupuk dengan berlapar, apakah kita masih lagi diperhambakan nafsu? Jika masih juga ditahap lama, apakah erti menyambut Raya dan Kemerdekaan? Raya keraian bagi mereka yang menang. Menang melawan nafsu. Merdeka hanyalah untuk mereka yang merdeka jiwanya dari kokongan nafsu.

Raya Kemerdekaan 

Nilailah diri anda sendiri. Saya yang menulis bukanlah beerti saya sudah merdeka jiwa. Saya juga berada dalam proses pembaikan. Sebagai penutup bicara, saya ingin memetik satu kata-kata dari radio IKIM (lebih kurang la bunyinya). Buat apalah kita sibukkan diri kita untuk bertemu Ramadhan tahun hadapan. Sekaranglah masanya untuk sibuk berubah dan melawan nafsu. Sekarang lah masa untuk istiqomah dalam melakukan kebaikkan. Untuk apa diharapkan Ramadhan hadapan, jika amalan tetap sama di bulan-bulan lain? Sekaranglah masa untuk merealisasikan perubahan. Tahun depan belum pasti tiba, tapi apa yang kita ada ialah sekarang. Mari merdekakan diri, S.E.K.A.R.A.N.G!

Kepada pejuang-pejuang kemerdekaan dan mereka yang mahu menegakkan khalifah. Marilah kita memerdekakan diri kita dahulu sebelum menyeru org lain. Bukan beerti kena sempurna baru nak menyeru. Ambillah konsep ‘menyeru sambil memperbaiki diri’. 
sumber rujukan
- Kemerdekaan Menurut Islam
- Apakah kita telah menikmati Kemerdekaan yg sebenar?

.::Bebaskanlah dirimu::. 
.::Selamat Hari Raya, Maaf dipohon, Zahir mahupun Batin::. 

Sunday, July 17, 2011

Inspirasi Tikus Menakluki Dunia

Assalamualaikum... Sebelum saya mulakan Entry saya ini, saya ingin minta korang tengok dulu video ni.



Rancangan Yahudi

Ya, saya tidak mahu bincang soal cerita ni cerita yahudi atau apa. Saya cuma mahu anda membuka mata (jgn tido). Sama-sama ambil sedikit pengajaran.


Si Otak dan Si Merah Jambu


Apa yang anda boleh nampak dari video tersebut. Jika anda seorang yang berfikiran bijak dalam menilai. Awal-awal lagi sudah dapat tangkap maksud saya.

Cartoon ni disiarkan pada zaman saya sekolah rendah dulu-dulu. Sekarang ni dah tak tersiar dah. (tp dlm you tube ada lg kot). Bagi yang tidak pernah melihat cartoon ni. Saya akan bagi sinopsis sikit.

Cartoon ini mengisahkan 2 ekor tikus makmal. Yang ingin menakluki dunia. Tikus kurus yang bernama Pinky adalah seorang (seekor) tidak bijak, manakala sahabatnya seekor lagi tu bernama Brain, dan dia tikus yang Bijak. Setiap episod memaparkan bagaimana mereka mahu menakluki dunia. Setiap episod akan bermula dengan adegan yang sama,
iaitu Pinky akan tanya pada Brain, 

"Apakah yang akan kamu lakukan malam ini?".

Dan Brain akan menjawab

"Ya Pinky, perkara yang sama kita lakukan setiap hari, iaitu cuba untuk menakluki dunia"

(translate tidak bertauliah).

Terinspirasi

Dulu kecik-kecik, tak da la rasa apa-apa. Tapi bila ia diungkapkan kembali. Saya menyedari. Saya terinspirasi. (sebenarnya murobbi saya yg ckp pasal ni). Dalam hati saya bermonolog "Kenapa la kecik-kecik dulu aku tidak menyedarinya?"

Tikus Kecil Berjiwa besar.


Seperti yang anda tahu, mereka adalah tikus. Ya tikus makmal. Tau tikus makmal ni keje apa? Jadi bahan expriment la. Tapi lihat akan mereka, berjiwa besar. Kecil tapi berjiwa besar. Cita-citanya, MENAKLUKI DUNIA.

Seperti yang saya tulis kat atas tadi, setiap episod pada awalnya mesti ada adegan pertanyaan Pinky kepada Brain. Minda akan ditubi, memperjelaskan matlamat hidupnya pada setiap hari. Agar matlamatnya tidak tersasar. Agar hariannya tidak keluar dari matlamat utama.

Ketika diwaktu orang lain tidur, mereka bangun. Setiap hari mencari penyelesaian menakluki Dunia.

Dan mereka selalu gagal. Kalau tidak mesti tak buat cartoon series. (huhu). Namun mereka tidak pernah berputus asa. Terus-menerus merancang. Ya Brain mungkin pintar, dan Pinky memang bodoh, namun bukan kepintaran dan kebodohan menjadi utamanya. Yang utama ialah kesungguhannya dalam merealisaikan cita-citanya.

Realitas Diri Ini

Saya tidak mahu melihat pada diri orang lain. Saya ingin lihat realiti dalam kehidupan saya sendiri.

Berjiwa kecil
Saya terlalu memikirkan soal yang remeh temeh, berbanding soal yang besar. Perbincangan harian bertemakan Movies, games dan hiburan. Kerja harian, hanya main internet, makan, minum, dan tidur.




Berfikiran Pendek
Saya hanya memikirkan nampak sesuatu yang pendek. Jika ditanya mengapa Belajar? Saya akan menjawab,
"Saya nak jadi Arkitek. Kalau tak belajar, gaji yang dapat pun sikit."

Kenapa gaji perlu banyak? jawabnya

"Sebab harga minyak dah naik, barang dah naik. Semua dah naik. Nanti apa yang aku nak bagi Bini dan anak-anak aku makan nanti kelak?"

Matlamat dunia adalah matlamat yang pendek.

Lemah Semangat (himmah) dan Mudah putus Asa
Saya telalu takut menanggung risiko. Saya malu untuk mencuba. Kerana saya lemah himmah. Saya tidak rela dipandang lemah, sehingga tidak mahu menanggung risiko dalam meningkatkan potensi diri. Saya pernah memalukan diri sendiri, kemudian sudah tidak mahu melakukannya lagi. Sedangkan dengan cara itu dapat meningkatkan potensi diri.


Muslim Berjiwa Besar

Cukuplah dengan segala kelemahan dalam diri. Ambil pengajaran dari cartoon tikus berjiwa besar ini. Sifat yang ada pada tikus tersebut perlu tersemat dalam akhlak dan peribadi jiwa muslim.

Muslim yang berjiwa besar adalah mereka yang selalu bukan hanya memikirkan hal sendiri, namun diambil kira untuk kesejahteraan orang lain. Fikirannya tidak disentuh oleh perkara yang remeh temeh. Akalnya hanya memandang tepat pada matlamat yang besar. Mengembalikan kegemilangan Islam yang diruntuhkan beberapa tahun yang lalu.

Ideanya bernas, fikirannya cerdas. Bukan hanya berfikir, tapi mampu bertindak semampunya. Hari-harinya hanya memikirkan bagaimana untuk membebaskan manusia dari cengkaman jahilliyah yang merosak masyarakat. Hiburan tidak menjadi bual bicaranya. Setiap kalimah yang dituturkan, bermanfaat untuk sejagat.  

Diwaktu orang lain, lalai dengan dunia, mereka sedar dan mereka menyedarkan orang lain. Matlamatnya jelas, mencapai redho Allah. Masuk syurga bertemu Rabnya. Dan berkata
"Ini buktinya apa yang telah aku lakukan untuk membantu agamaMu, semampuku"


Owh, sungguh masih jauh lagi diriku denganMU ya Allah. Masih berjiwa kecil didalam sangkar jasad yang kian membesar ini. (abaikan ayat ini, hanya monolog saya)

Akhir kalam dari saya, setiap manusia ada peranannya masih-masing. Walau sekecil mana pun diri kita, walau sekecil manapun amal kita. Jika anda berfikir dan melakukannya kerana Agama Allah. Sungguh, peranan anda dalam masyarakat dinilai oleh Allah. Tiadalah amal yang besar dipandangan Allah, dari berusaha memperbaiki diri dan masyarakat sejagat. Menjadi Rahmatan lila'lamin.
Saudara, jadilah muslim berjiwa Besar!! (cukup disini, saya tidak mampu meneruskan. Nanti saya akan nangis)

.::Owh, berjiwa besar? Aku masih jauh::.

Tuesday, May 17, 2011

Teori Konspirasi adalah Satu konspirasi? Woha!!

Assalamualaikum, semoga kalian semua berada dalam redho dan naungan kasih sayangNya.

Sebagai muqaddimah saya mahu kita sama-sama buka hati terlebih dahulu. Buka minda kita dan baca sampai habis dulu. Jangan mudah melatah kerana ia akan menunjukan kebodohan kita. (saya selalu jadi camtu). Dan saya harap penulisan saya ini tidak mengguris mana-mana pihak. Penulisan blog ini sepatutnya menjadi sesuatu yang mendidik, dan bukannya sesuatu merosakkan hubungan kita sesama muslim. Ok, sebelum tu bagi saya 1 minit, untuk saya betulkan niat saya untuk menulis... (~1 minit berlalu~).... ok Bismillah hi rahman nir rahim...

The Arrivals dan Aku




Dulu semasa di Kolej Tarbiyah Dakwah, the Arrivals, muncul dalam hidup saya. Ini adalah atas jasa baik rakan-rakan baik saya, memberi saya menontonnya. Saya tidak menonton sampai habis semua episod. Saya tengok yang mana sudi dipertontonkan kepada saya. Ya, ketika itu ia membuka mata saya, bahawa perancangan yahudi itu memang dasyat. Sebelum ini saya hanya tahu, perancangan seratus tahun yahudi (ke 1000 tahun, aku pun x ingat) dalam menakluk palestin. Kini makin banyak pula yang didedahkan. Bagi saya ia adalah satu pembukaan minda yang baru. Positif.


Kemudian The Arrival tu kian popular di kalangan orang Malaysia. Kemudian muncul pulak orang melayu yang mula membuat video mengenai Konspirasi. Konspirasi itu, konspirasi ini. Simbol mata satu, piramid dan pelbagai lagi dikaitkan dengan konspirasi. Makin lama, makin rasa lain macam je dengan segala teori ini. Rasa masa ada sesuatu tak kena dengan perkara Konspirasi ini. Kemudian, semenjak saya menjejakkan tangan saya dalam dunia blog ini, saya mula membaca pelbagai artikel. Rupa-rupanya ada segolongan manusia yang tidak suka akan teori konspirasi, The Arrival dan segala. Ada yang buat artikel sarcastic, ada juga yang hanya tahu menggunakan bahasa 'sopan' dalam menyampaikan pendapatnya.

Akhirnya saya terjumpa artikel dari Blog Leokid. Didalam artikel ada menyebut kepincangan yang berlaku, penjelasannya juga agak jelas. Kemudian ada pulak sahabat saya Hilal menulis artikel mengenai itu. Akhirnya, minda saya sudah menangkap punca kenapa hati saya rasa lain macam je dengan segala Teori Konspirasi ini. link ke blog yang saya nyatakan itu ada kat bawah. Tapi kat sini saya nak ulas mengikut kefahaman saya.

Hiburan alaf 21

Masyarakat kalau bab Arrivals, semua tahu. Pergilah mana-mana, ramai yang memperkatakannya. Tidak kira kaum, tidak kira bangsa, tidak kira umur, tidak kira orang tu solat ke tak. Semua masuk. Namun malangnya masyarakat menontonnya hanya sebagai hiburan. Psiokologinya manusia suka sesuatu yang misteri. Dan apabila ada pembongkaran tentang sesuatu, masyarakat jadi exited untuk mengetahuinya. Cerita kedai kopi topik The Arrival, namun dimulut masih hisap asap mudhorat (rokok). Eh, bukankah rokok adalah perancangan yahudi, seperti yang dipaparkan dalam the Arrivals?


Konspirasi dan Maksiat

Kemudian setelah itu muncullah golongan yang obses terhadap benda alah ini. Ada segolongan dai'e pun masuk dalam bidang ini. Mereka dipanggil pendakwah konspirasi (saya bagi nama ja, huhu). Apabila mereka melihat satu maksiat, mereka akan kaitkan dengan perancangan yahudi. Natijahnya anda lihatlah artikel mengenai video Lady Gaga yang dikaitkan dengan freemason. Kemudian Justin Bieber pula diiluminatikan. Dan satu ketika dulu pernah gempar dengan iklan TV3 yang kontroversi. Selang beberapa hari, ia terus dikaitkan dengan konspirasi. Sebar dalam FB. Kemudian ramai yang baca, kemudian ramai yang 'like'.


Bagi pendapat dan kefahaman saya, maksiat itu perlu dilihat dikaca mata maksiat (Allah larang), bukan dikaca mata Iluminati, konspirasi. Contoh video Lady Gaga itu sendiri telah haram dilihat oleh kita semua, kerana aksi ghairah dan nyanyian yang syirik dan sebagainya. Namun masyarakat ditakutkan oleh iluminati, daripada takutkan azab Allah. Mengapa mereka perlu didedahkan dengan iluminati?, sedangkan benda-benda tersebut memang jelas-jelas pengharamannya. Jika begitu, video ghairah tarian kumpulan Pop Korea bolehlah tengok? Itu lah kesilapan yang berlaku dalam menyeru (aku ni budjet bagus sangat plak dlm menyeru? (=_=) ). Masyarakat yang jahil agama, terus jahil. Dan ia langsung tidak dapat menyelesaikan masalah masyarakat yang rosak.
aksi tarian wondergirl boleh tengok la? sebab dorang takde simbol freemason..

Konspirasi dan paranoid

Konspirasi dan maksiat itu kira ok lagi, walaupun cara memang dah tak kena. Namun selepas itu wujud pulak golongan yang paranoid (maaf jika bahasa ini agak kasar) iaitu terlalu obses dengan konspirasi. Sehingga mengaitkan segala-galanya ingin dikaitkan dengan konspirasi, iluminati dan freemason. Video The Arrival sudah tamat pada episod 52 (kalau x silap), namun mereka (golongan tersebut) nak sambung episod video tersebut sampai 100 episod (gurau je, jgn terasa dgn ayat ni).

nasi lemak berbentuk piramid, fremasonkah ini?

Contoh yang senang ialah pasal Upin dan Ipin, dikaitkan dengan USA dan Israel.  Ada juga yang mengharamkan hari-hari tertentu. Seperti hari ibu dan hari pekerja. Mereka mahu menyamakan dengan hari Valentine. Tarikh hari pekerja, diambil dari dari tarikh sekian-sekian dimana ada ada kaitan dengan yahudi. Kemudian ada yang mengatakan kita ini diwar-warkan untuk minum soya, dan ditegah minum kopi kerana kemudhoratannya. Mereka berkata bahawa itu adalah rancangan yahudi, sebab soya boleh memandulkan manusia. Mereka berkata lagi bahawa kopi sebenarnya bagus, lihatlah pada pemimpin/genius yahudi, semuanya memegang secawan kopi bersama mereka.

Inilah yang saya tak beberapa berkenan. Mereka mengada-adakan sesuatu yang tiada. Air soya yang halal pun mahu diharamkan. Sedangkan apa-apapun yang kita minum atau makan secara berlebihan, akan membawa mudhorat. Air soya dan air kopi mempunyai khasiat tersendiri. Namun jika berlebihan, mudhoratnya pasti ada.
..........................................
قَدْ خَسِرَ الَّذِينَ قَتَلُوا أَوْلَادَهُمْ سَفَهًا بِغَيْرِ عِلْمٍ وَحَرَّمُوا مَا رَزَقَهُمُ اللَّهُ افْتِرَاءً عَلَى اللَّهِ قَدْ ضَلُّوا وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ
Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka, karena kebodohan lagi tidak mengetahui [513] dan mereka mengharamkan apa yang Allah telah rezki-kan pada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mereka mendapat petunjuk. (Al-An`aam:140)
..........................................
Saya pun tidak faham, untuk apa ia disebarkan. Pasal tarikh hari pekerja disamakan dengan hari yahudi. Adakah kita tidak boleh cuti pada hari itu? Jika hari Raya jatuh pada tarikh 1 Mei, maka kita tidak boleh menyambutnya? Hari ibu diharamkan. seperti hari valentine. Mereka terus menulis, kononnya mahu menyedarkan masyarakat. Namun mereka mengabaikan pendapat Ulamak dalam mengeluarkan hukum.


Sikap Orang Kita (orang Melayu, pendek kata S.A.Y.A)


1. Suka mengandai-andai.

Sikap inilah yang melahirkan kumpulan-kumpulan pendakwah konspirasi dan paranoid konspirasi. Mereka terus membongkar, namun apa yang dibongkar itu hanyalah teori dan andaian-andaian mereka sahaja. Contoh yang paling senang dalam video The Arrivals, Mengatakan bahawa bangunan berbentuk obselik dan piramid yang dibina oleh ahli freemason di setiap negara, adalah untuk membuka pintu dunia dajjal. Dengan itu dajjal boleh keluar (kalau saya silap, sila betulkan). Apakah dalil Al-Quran atau hadis tentang itu? Tiada. Jadi kenapa orang melayu paranoid dengan perkara ini. Ini kerana sikap orang kita yang kedua.


2. Maha terpedaya.

Inilah sikap yang menyebabkan kita sentiasa ditipu oleh ahli-ahli konspirasi. Inilah juga sebab kita mudah ditipu ahli pengkaji konspirasi. Kita terus mengambil bulat-bulat dari orang tertentu. Tanpa menyelidiki latar belakang orang itu samada fasik atau tidak. Islam atau tidak. Ada dalil atau hujah yang kukuh. Tidak. Kita terus mengambil kata-kata sesorang tanpa menilai terlebih dahulu, kerana bangsa kita Maha Terpedaya.


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujuraat:006)

 Nasihat dari hamba yang masih kurang ilmu


1. Pembongkaran mengenai yahudi telah lama ada dalam Al-Quran dan Hadith. Namun kerana kita telah melupakan sumber-sumber penting tersebut. Lalu kita mengambil andaian-andaian mereka. Untuk selamat diakhirat atau untuk menghadapi dajal. Kita perlu kembali kepada Al-Quran dan Hadith, bukannya terus membongkar. Kesedaran islam itu bukannya akan datang dengan pembongkaran tersebut, kesedaran akan lahir jika kita kembali kepada Al-Quran dan Assunnah. (itulah cara Rasullulah). Tidak salah jika mahu menonton The Arrivals (sbg hiburan atau kesedaran), namun jika kita hanya tahu tapi amalan masih jugak ditakuk lama, Whats the point? ”Kesedaran tanpa keimanan takkan membawa kemana-mana, malah akn hilang apabila bertemu ujian“ -kata-kata seorang ustaz- 

2. Marilah kita memandang kesalahan itu dikaca mata Allah larang, bukannya melihat kesalahan itu disudut freemason. Para pendakwah dan daie perlu memahami cara yang sebenar dalam berdakwah. Jika kita tidak back to basic, seruan-seruan tersebut adalah kosong. Ia tidak membetulkan keadaan masyarakat langsung, malah menyebabkan salah faham pula kepada mereka yang jahil agama. Jika Allah melarang sesuatu perkara, sebagai hamba, kita patuh tanpa menyoal apapun, lantas menghindar perkara tersebut. Namun kita suka mencari sebab-sebab yang lain. Maka ia telah lari dari konsep islam yang sebenar.

3. Usahlah kita terlalu ta'sub dengan perkara freemason ini. Saya memahami, jika anda mahu penuhkan traffic di Blog anda, anda perlu membuat sesuatu lain dari yang lain. Namun tak perlulah kita mengada-adakan perkara ini. Perkataan 'Salam' dalam bahasa mesej pun mahu di'freemasonkan'. Ape kejadahnya? Sudahlah dengan konspirasi. Jika mahu popular, gunalah cara yang lebih halal, seperti memperbaiki cara penulisan atau sebagainya. 
إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُمْ مَا لَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمٌ
(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar
(An-Nuur:015)
4. Hentikanlah menyangka-nyangka.
 ..........................................
وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّا إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran [690]. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.  
(Yunus:036)
...........................................
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). 
(Al-An`aam:116)
 ..........................................
5. Ubahlah sikap orang melayu kita yang suka mengambil sesuatu maklumat tanpa usul periksa. Janganlah jadi kaum yang mudah dimanipulasi dan mudah dipijak. Islam itu adalah berdasarkan dasar dan dalil yang kukuh. bukannya andaian-andaian teori yang tidak pasti. Mentaliti yang suka bergossip dan mengambil sesuatu tanpa usul periksa inilah yang menyebabkan Malaysia kucar-kacir. Fitnah sana sini. (ok cukup, termasuk politik plak nanti).
Teori Konspirasi adalah Satu Kospirasi!!! (teori saya, huhu)


Jika anda boleh mengandai-andai, saya pun nak jugak mengandai-andai. Bolehkah saya katakan bahawa teori konspirasi itu hanyalah rekaan barat. Mereka hanya ingin menakut-nakutkan kita dengan simbol daripada takut kepada Allah. Mereka saja nak bagi manusia kat dunia ini paranoid, dan melupakan permasalahan yang sebenar. Mereka perangkap daie dengan agenda-agenda menyibukkan diri kepada sesuatu yang teori dan andaian. Hebatkan mereka. Teori konspirasi, menyebabkan mereka terasa lebih megah dan kuat. Sebab manusia semua akan takut dengan mereka. (Huhu, lawakkan bila saya mengandai-andai?)
Akhir kata

Tidaklah saya katakan bahawa menonton The Arrival itu haram, cuma berpada-padalah. saya rumuskan balik point saya.
1. Kembali kepada Quran Sunnah
2. Memandang kesalahan disudut yang Allah larang
3. Please, jangan paranoid, dan mengadakan-adakan sesuatu.
4. Hentikanlah menyangka-nyangka dan mengandai-andai.
5. Jangan jadi bangsa yang mudah terpedaya.
6. Kajilah dahulu sumber maklumat yang anda terima

Segala kekurangan dalam penulisan saya mohon ampun dari Allah, dan pembaca silalah tegur saya. Maaflah jika ia terlalu panjang dan agak complicated. Jika anda mahu penulisan yang baik, silalah ke blog Leokid dan Langit Ilahi. Penulisan mereka lebih baik dan mudah faham. Semoga sama-sama kita mengambil sedikit iktibar.
P/s: artikel ini diedit banyak kali agar ia sesuai untuk dibaca dan mudah difahami. Jika ia tidak sesuai atau tak faham, sila bagitau saya.
<::Allahua'lam::>

Monday, April 18, 2011

Puisi: Harapan buat Pemuda

Assalamualaikum, kebelakangan ni agak sibuk. Tak boleh nak buat puisi atau tulis perkongsian (yg boring) panjang-panjang. Tapi hari ini saya nak share sikit satu sajak, yang lahir dari seorang pemuitis kebangkitan. Semenjak saya melihat sajak beliau, saya sudah jatuh hati. Puisi-puisinya sungguh menusuk kalbu dan mengena. Puisinya itu melambangkan kefahaman dan fikrah yang jelas beliau terhadap islam. Dan beliau merupakan pemuitis dakwah yang kini namanya telah tercatit dalam lipatan sejarah. Jom kita ambil sedikit pengajaran dari puisi dibawah. Harapan buat pemuda....

Harapan Kepada Pemuda 
 
Aku harapkan pemuda inilah yang akan sanggup
membangunkan zaman yang baru
memperbaru kekuatan iman
menjalankan pelita hidayat
menyebarkan ajaran khatamul-anbiya’
menancapkan di tengah medan pokok ajaran Ibrahim
Api ini akan hidup kembali dan membakar
jangan mengeluh jua , hai orang yang mengadu
Jangan putus asa , melihat lengang kebunmu
Cahaya pagi telah terhampar bersih
Dan kembang-kembang telah menyebar harum narwastu

Khilafatul-Ard akan diserahkan kembali ke tanganmu
Bersedialah dari sekarang
Tegaklah untuk menetapkan engkau ada
Denganmulah Nur Tauhid akan disempurnakan kembali
Engkaulah minyak atar itu , meskipun masih tersimpan dalam
kuntum yang akan mekar

Tegaklah, dan pikullah amanat ini atas pundakmu
Hembuslah panas nafasmu di atas kebun ini
Agar harum-harum narwastu meliputi segala
Dan janganlah dipilih hidup ini bagai nyanyian ombak
hanya berbunyi ketika terhempas di pantai
Tetapi jadilah kamu air-bah , mengubah dunia dengan amalmu

Kipaskan sayap mu di seluruh ufuk
Sinarilah zaman dengan nur imanmu
Kirimkan cahaya dengan kuat yakinmu
Patrikan segala dengan nama Muhammad

{Puisi Mohammad Iqbal yang diterjemahkan secara bebas oleh M.Natsir}

 Inilah harapan beliau pada pemuda. Moga-moga puisi yang saya kongsikan ini dapat memberi sedikit motivasi buat pemuda daie di luar sana. Dan moga Allah merahmati hidup beliau, yang membakar kehidupan, demi menyinari kebangkitan islam. Amin...

Ni saya amik dari FB naw labqi.
.::Semoga Bermanfaat::.

Saturday, March 26, 2011

Ada apa dengan Rahsia Tarikh Lahir?

رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِى صَدۡرِى. وَيَسِّرۡ لِىٓ أَمۡرِى . وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةً۬ مِّن لِّسَانِى . يَفۡقَهُواْ قَوۡلِى

Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku. dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku,

Assalamualaikum, kali ni saya nak menulis sesuatu yang saya tidak senang dalam hati saya beberapa minggu ini. Sesuatu yang saya rasa ia melibatkan akidah kita. Iaitu mengenai rahsia tarikh lahir.


kalau kat FB, memang sudah terkenal benda ni. First-first, rahsia tarikh lahir. Kemudian timbul pulak rahsia tarikh lahir kasih sayang, dan baru-baru ini, timbul pulak tarikh lahir bulan islam. Remaja-remaja kalau benda macam ni, memang sungguh exited, terutamanya golongan hawa (ini fakta, bukan auta, kalau tak percaya tanya diri sendiri la, maaf kalau terasa). Fenomena ini, amat menjengkelkan saya. Seperti ada sesuatu yang tak kena dalam sistem tersebut (bukan la saya kata saya ada kashaf). Rasa tak senang tu mungkin hadir kerana apa yang saya lihat, fenomena ini sama dengan fenomena horoscope, yang pernah di katakan suatu ketika dahulu.

Sebelum kita meneruskan perbincangan, saya ingin menerangkan mengenai horoscope. Horoscope adalah menggunakan kedudukan bintang, planet, dan matahari bagi meramalkan kebaikan atau keburukan. Bintang ini ditentukan berdasarkan tarikh lahir. Sebagai contoh, orang yang lahir 21 MAC hingga 19 April memiliki bintang Aries.

Guru saya di taman islami dulu, pernah menyebut bahawa, sesiapa yang melihat horoscope, amalannya tidak diterima 40 hari. Ketika itu saya masih tak amik kisah sangat hal itu. Kini barulah saya tau kenapa begitu.

Mengikut buku yang saya baca 11 perkara yang boleh mencemarkan kemurnian Tauhid menulis, di dalam islam, kedudukan bintang, planet,dan matahari (dan semestinya tarikh lahir) tidak memainkan peranan menentukan keburukan atau kebaikan. Pada zaman Rasullulah sendiri terdapat kepercayaan yang menyamai amalan menggunakan bintang, planet, dan matahari sebagai sumber ramalan.

Zaid bin Khalid al-Junahi radhiallahu'anh menerangkan,
Kami bersolat subuh bersama Rasullulah (saw) di Hudaibiyah setelah semalamnya turun hujan. Tatkala selesai, nabi (saw) menghadap orang ramai dan bersabda:

"Tahukah kalian apa yang di firmankan oleh tuhan kalian?". Mereka menjawab "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Rasullulah bersabda (Allah berfirman):
" Pada pagi ini ada diantara hamba-Ku yang beriman kepada Ku dan ada yang kafir. Adapun orang yang berkata hujan turun kepada kami kerana kurnia Allah dan rahmat Nya, maka dia beriman kepada Ku dan kafir kepada bintang. Sedangkan orang yang berkata hujan turun kepada kami kerana bintang itu dan ini, maka dia kafir kepada Ku dan beriman kepada bintang.

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari didalam shahihnya- hadis no:846 (kitab al-Azan,)


Hukum melihat Horoscope.

Secara jelasnya, horoscope memberi kesan kepada Tauhid kita. Ulamak telah pun mengharamkan horoscope, dan sesiapa yang membacanya, 40 hari amalannya tidak diterima. Ini kerana membaca horoscope dikiaskan hukumnya dengan hukum berjumpa bomoh.

Rasullulah (Saw) bersabda,
"Sesiapa yang mengunjungi orang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak akan diterima solatnya selama 40 malam"

(aduh, panjang pulak jadi aku punya post kali ini, sesiapa ingin meneruskan perbincangan mengenai tarikh lahir, sila tekan read more)

Persoalan-persoalan mereka.

Thursday, December 23, 2010

Dalil Ikhtilat dan Pengecualiannya

Haritu kita sudah membincangkan mengenai tip-tip untuk berurusan dengan kaum berlainan jenis bagi mengawal ikhtilat. Kini saya ingin jelaskan sedikit lagi mengenai ikhtilat. Saya ada ambil beberapa dalil bagi ikhtilat dari blog link ini http://thabatboyzs.multiply.com/journal/item/8. Moga dapat kita ambil sedikit pengajaran.

Monday, December 13, 2010

Fikrah: Ikhtilat Yang Diremehkan


Assalamualaikum buat pembaca dan pelawat blog ini. Semoga apa yang kita lakukan hari ini diberkati dan deredhoi Allah. Hari ini saya ingin membincangkan satu tajuk yang berbentuk fikrah, iaitu pemahaman kita. Ada sestengah orang (yang mengenali saya), selalu mengatakan saya ni telalu SYADID dan EXTRIMIS dalam bab Ikhtilat ini. Bagi saya, apa yang saya lakukan bukanlah mengikut kehendak saya. Apa yang saya lakukan, adalah berdasarkan apa yang saya fahami sendiri. Kita selalu mengatakan orang lain syadid dan warak (dan lebih teruk exterimis), namun pernahkah kita memahami kehendak Islam itu sendiri? Disini saya ingin mengajak kita semua memahami salah satu permasalahan dalam islam iaitu ikhtilat.

Wednesday, November 24, 2010

Thursday, November 18, 2010

Teori Bekas Kosong

bekas yang kosong


Assalamualaikum. Dah lama tak update blog. Akhirnya dapat jugak curi masa untuk menulis post... huhuhu.. (buat2 sibuk). Kali ini saya ingin menulis benda yang amat berkaitan dengan diri saya. Iaitu Teoti Bekas Kosong. Bunyi cam pelik je kan? Tapi ini teori yang biasa saja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...