Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~
Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Saturday, May 5, 2012

AKU MENCINTAI MU, AKU MEMULIAKAN MU

credit for gizhel deviant art

Aku jadi serba salah dibuatnya. Ibarat ditelan mati anak diluah mati bapak (main taram je peribahasa). Kecanggihan teknologi kini bukan sahaja memberi seribu satu kemudahan, malah mencipta seribu satu masalah lain pula. Dalam keadaan sebegini, aku tergerak untuk menuliskan sesuatu, sungguh pun aku lelaki yang tak baik lagi tak hensem. 

Jangan terus dibuang
Sebelum itu aku nak cakap, aku tak expect korang akan menerimanya terus. Aku tahu, ia memerlukan masa untuk menerima. Dan memerlukan masa lagi untuk bergerak. Cuma aku harapkan, ia tidak dicampakkan terus ketepi, atas dasar emosi. Yup, mungkin salah yang berbahasa ini, yang tidak pandai bermain kata. Tapi, janganlah ia langsung ditolak mentah. Mohon agar ia tidak dinilai oleh emosi, biarlah ia dinilai oleh hati.

Wanita Tunjang Kebangkitan Ummah
Aku cukup menghormati satu kaum ini yang bernama wanita. Kerana islam menyuruhku agar mengangkat dan memuliakan wanita. Kerana wanita adalah seorang pembentuk generasi yang akan datang. Awal pendidikan seseorang itu, bermula dengan didikan kaum ini. Ya, tak lain tak bukan, kaum wanita yg saya cintai. Jika mahu melihat masa depan sesebuah Negara, lihatlah pada remaja masa kini, tp jika mahu melihat masa depan remaja, lihatlah mereka yang mendidiknya. Kesimpulannya, wanita adalah tunjang kepada pembangunan ummah. Pembanggunan sakhsiah. Seterusnya pembentukkan Negara. Andai rosak muslimah, rosaklah negara.


Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata, "Wahai Rasulullah , siapakah orang yang paling berhak aku hormati?"
Baginda menjawab, "Ibumu"
Lelaki itu terus bertanya, "Kemudian Siapa?"
Nabi s.a.w menjawab "Ibumu"
Lelaki itu bertanya lagi, "Kemudian Siapa?"
Nabi s.a.w menjawab "Ibumu"
Sekali lagi dia bertanya, "Kemudian Siapa?"
Nabi s.a.w menjawab "Bapamu"
(Riwayat al- Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, jika kamu tanyakan kepada aku, kenapa aku kisah sangat hal korang. Ini adalah kerana aku mencintai kalian sebagaimana islam memuliakan kalian. Aku tidak mahu kaum-kaum ini dirosakkan oleh pemikiran-pemikiran barat yang membawa manusia kepada kehancuran. Lihat pada barat, mereka memandang rendah pada wanita. Mereka menganggap, wanita itu ada pemuas nafsu seks, dan sebagai kilang anak.  Mereka mempergunakan wanita demi keuntungan dunia mereka. Lihat di iklan televisyen, perempuan hanya sebagai alat pelaris produk.

Maafkanlah aku, andai aku dianggap menjaga tepi kain orang. Sungguh aku benar-benar ingin membantu. Kerana aku tahu, wanita itu mulia, tidak seharusnya menjadi hamba-hamba dunia. Bukalah matamu. Bukalah hatimu. Sedarlah, kalian adalah mulia disisi Allah. Kalian adalah tanggungjawab kami. Hak keatasmu harus kami penuhi. Tapi kenapa kalian ingin meletakkan harga diri kalian dijurang api?

Umar al-Khatab r.a berkata "Pada zaman jahiliah, kami tidak pun menghargai wanita walau sedikit pun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut - nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami."

Ditipu Produk Kecantikkan
Jangan tertipu dengan mainan duniawi. Produk-produk kecantikkan itu hanya fatamorgana yang akan membinasakan. Apa guna mekap tebal-tebal? Apa guna ingin putih berseri? Siapa yang tafsirkan cantik itu putih? Siapa tafsirkan cantik itu pada produk-produk kecantikan? Itu hanya tafsiran barat. Mereka menghinakan orang yang berkulit hitam. Mereka sogokkan dengan produk-produk  bahan kimia, yang kesannya memberi impak mudarat pada jangka masa panjang.

Owh, mungkin kalian masih tidak mengerti, mungkin kalian masih tidak tahu.. dengan ini aku ingin  memberitahu.

KOLOBRASI YANG HILANG
Allah memahami makhluknya lebih daripada kita sendiri. Lelaki dan wanita mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

malu adalah pakaian wanita
Wanita pula secara fitrahnya menyukai akan kecantikkan pada dirinya. Mereka ingin menonjolkkan dirinya. Itu adalah fitrah, dan ia adalah ujian. Dengan itu, Maha suci Allah, yang Maha Mengetahui akan hamba-hambaNya, dia memberi peraturan-peraturan agar manusia tidak terbinasa oleh perbuatan mereka sendiri. 

Manakala, lelaki kelemahannya wanita. Dengan itu Allah suruh menundukkan pandangan. Namun dengan hanya menundukkan pandangan, ia tidak mencukupi bagi lelaki andai wanita mendedahkan perhiasan-perhiasannya (aurad). Bagaimana lelaki mahu menundukkan pandangan andai perempuan tidak bekerjasama menutup auradnya dengan sempurna. Kolobrasi ini yang semakin menghilang. Aku sebagai lelaki, terkesan dengan tindakkan wanita yang mementingkan diri. Orang yang ingin menjaga keimanan begitu tersentap imannya. Tidak heranlah, jika pak ustaz pun boleh bertindak keji terhadap wanita.  
  
Sebuah hadiht sahih: Ar rasul bersabda..
'Tidak aku tinggalkan fitnah paling besar dan berat kepada anak adam,melainkan perempuan'

Untuk apa peraturan-peraturan ini dicipta? Kerana ingin memuliakan kalian lah wahai wanita. Dengan itu disuruhnya menutup aurad. Disuruh menundukkan pandangan oleh lelaki. DisuruhNya wanita untuk besederhana.
Dan kolobrasi ini tidak akan berjaya andai wanita-wanita islam ini Tabarruj. Dengan itu disini saya berikan nota pendek oleh Fatimah Syarhah dalam blognya, mengenai tabarruj.

********************
Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi

Dr. Amru Abdul Karim Sa’dawi di dalam bukunya Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi telah memuatkan gagasan besar Prof. Syeikh. Dr. Yusuf al-Qaradhawi tentang tema penting yang berserakan dalam berbagai buku, ceramah, khutbah, fatwa, tesis dan disertasi beliau.

Pandangan tentang Islam dan wanita disampaikan ke tengah-tengah masyarakat dengan pandangan yang moderat dan komprehensif, jauh dari sikap fanatik yang membabi-buta. Beliau berusaha menyeimbangkan antara ketetapan syariat Islam dengan perubahan zaman, mempertahankan hal-hal lama yang bermanfaat dan menyambut hal-hal baru yang maslahat.

Tabarruj Dalam Fiqih al-Qaradhawi
               
Firman Allah SWT yang bermaksud: 

“…dan janganlah kamu berhias dan bertingkah-laku seperti orang-orang jahiliah dahulu.” 
(Al-Ahzab: 33).
               
Akhlak wanita muslimah berbeza dengan wanita bukan muslimah atau wanita pada masa sebelum Islam. Wanita muslimah mempunyai akhlak menjaga diri, menjaga kehormatan, dan mempunyai rasa malu. (Akhlak lelaki muslim juga seharusnya begini). Sebaliknya akhlak wanita non-muslimah dan wanita jahiliyah berdandan tanpa batas dan tanpa aturan moral.
               
Erti berdandan di sini ialah: Membiarkan anggota aurat tubuh terbuka dan tampak bebas dilihat oleh mata.
                Ilustrasi  makna tabaruj yang dilakukan oleh wanita jahiliah dahulu menurut para ulama tafsir iaitu:
  • 1.       Bercampur dengan lelaki
  • 2.       Berjalan melenggang-lenggokkan tubuh dan genit
  • 3.       Mengenakan tudung tetapi tetap menampakkan aurat dan kecantikan tubuh-badannya.
Wanita-wanita pada zaman ini ramai yang melakukan tabarruj ini sama dengan wanita-wanita jahiliah pertama dahulu sebelum datangnya Islam.
Tabarruj Pada Pandangan Ulama-ulama Lain
               
Tabarruj pada pandangan ulama-ulama yang lain pula ialah:
Syeikh Az-Zamakhsyari: Hakikat tabarruj ialah sengaja menampakkan apa yang seharusnya ditutup. Untuk wanita, yang dimaksud tabarruj wanita ialah wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahram.
Mujahid: Maksud tabarruj ialah, “Wanita yang keluar dari rumahnya berjalan di tengah kumpulan lelaki.”
Qatadah: Yang dimaksudkan dengan tabarruj ialah, “Jalan berlenggang-lenggok dan genit.”
Muqatil: “Tabarruj ertinya mengenakan  tudung penutup kepala tetapi tidak merapatkannya sehingga menampakkan kalungnya, anting-antingnya dan lehernya.”

Agar Tidak Disebut Tabarruj Jahiliah Yang Pertama
Agar tidak disebut wanita mutabarrijah (wanita yang bertabarruj), wanita muslimah hendaklah melakukan hal-hal di bawah ini:

a) Menundukkan pandangan. (Lelaki juga harus begini). Firman Allah SWT,
“Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya.”
(An-Nur: 31).

b) Tidak bergaul dengan lelaki layaknya satu jenis, sebagaimana yang terlihat di filem-filem, di university, tempat-tempat pertemuan dan kenderaan-kenderaan umum pada masa sekarang.

c) Pakaian yang dkenakan sesuai dengan syariat Islam iaitu:

a. Menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
b. Tidak nipis atau pendek sehingga menampakkan kulit di balik pakaian.
c. Tidak ketat-walaupun ianya tebal-sehingga menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya, sebagaimana yang dikenakan wanita-wanita Barat saat ini. Pakaian mereka tidaklah nipis tetapi ketat sehingga menampakkan hamper semua bahagian tubuh mereka. Seakan mereka telanjang bulat. Pakaian seumpama ini lebih menimbulkan fitnah daripada pakaian yang nipis dan pendek.
d. Tidak mengenakan baju dan celana lelaki seperti yang suka dilakukan oleh wanita zaman sekarang. Rasulullah melaknat lelaki dan wanita yang menyerupai lawan jenisnya.
e. Tidak mengenakan pakaian khusus orang-orang kafir, Yahudi dan penyembah patung.

d) Hendaklah menjaga kewibawaannya, tenang dalam berjalan dan bersahaja dalam berbicara. Tidak dengan ‘sengaja’ menarik perhatian kaum lelaki dengan minyak wangi atau (sengaja melunak-lunakkan) suara. Wanita pada zaman jahiliah suka menarik perhatian lelaki dengan membunyikan gelang kaki yang dipakainya. Perbuatan ini haram sebagaimana dalam firman-Nya kerana ia membuatkan lelaki gelisah dengan khayalannya. Perbuatan ini juga menunjukkan wanita itu mempunyai niat buruk sengaja memancing ghairah seksual lelaki.
 *************************

Pandangan Aku Lelaki yang Tak Hensem 
 

Maaf sebab terlalu banyak berkias dalam post ini. tapi apa yang ingin saya sampaikan ialah, dalam kita dalam kita inginkan kecantikkan. Islam telah pun mengetahui sifat-sifat wanita, dan islam telah menetapkan hukum-hukumnya. islam tidak terus menghalang sesuatu perkara itu, tetapi ia ada caranya. kalau hendak bermekap, mekaplah seadanya sahaja, tidak berlebih-lebihan. Selapis mekap yang nipis sudah memadai. Tidak nampak keterlaluan. Contohn yang dilarang, ialah sampai kulit yang gelap terus berubah seperti putih. Itu sudah melebihi kesederhanaan.


Tapi seelok-eloknya, tidak perlulah berhias-hias sangat. Ia lebih baik, dan lebih dekat dengan ajaran Islam. Kalau kalian kalian kata, bermekap tebal untuk nampak seksi, ia dibolehkan dalam islam, jika ia hanya untuk ditonjolkan untuk suami kalian yang halal. Malah teramat digalakkan!!!


Dalam kita berhias, marilah kita sama-sama melihat perkara yang utama. Iaitu niat dan matlamat. Selalu dalam penulisan saya mesti berbalik kepada 2 benda ni (basic). Sebenarnya kita bermekap ni, apa niat kita? Apa yang kita mahukan? Hendak menonjolkan kecantikkan kita dihadapan kaum Adam? Atau sekadar mahu kelihatan kemas dan tidak kotor. Islam itukan bersih. Allah amat menyukai kebersihan dan kecantikkan. Jika bermulanya dengan niat yang bersih, maka ia boleh jadi ibadah. Tapi jika kita berhias untuk pandangan lelaki, maka ia tersangatlah diharamkan. 


Jadi marilah kita cek balik diri kita tu, adakah itu yang kita mahukan? Kita lihat balik apakah matlamat kita dijadikan. Kemana pengakhiran kita nanti. Dalam menuju ke pengakhiran yang baik, apakah perkara yang kita perlukan didunia ini? kalau bukan Syurga yang kita idamkan. kalau bukan keredhoan Allah yang kita mahukan, lalu apakah kita harapkan? Neraka? aku yakin tiada yang mahu ke Neraka. Hayatilah sabda Baginda Rasullulah, SAW...

“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” 
(Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

dan kebanyakkan yang masuk neraka adalah kerana mereka tidak mampu menahan diri mereka dari ujian keinginan cantik itu. Semoga kita dijauhkan darinya.

Dengan itu saya harap dengan artikel ini, dapat menjelaskannya. Dan saya harap, kalian boleh melihat-melihat video-video yang baik untuk memberi kefahaman tentang wanita...contohnya video dibawah ini.



ini pula link mengenai fesyen muslimah, oleh Fatimah Syarhah.. (aku bagi link sahaja.)
Bhgn pertama
Bhgn kedua

Kalau untuk aku ingin menjelaskan semuanya, pastinya aku tidak mampu. Namun sedarlah aku memuliakan kalian. Oleh kerana itu aku menegur kalian. Bukan nya aku mahu menghinakan, tapi memuliakan. Kalian adalah cantik tanpa make up. Sudah cukup cantik dipandangan Allah. Kalian adalah mulia andai kalian tidak memandang rendah pada diri kalian sendiri. Sayangilah diri anda, sesungguhnya Allah menyayangi kalian.

"Mereka  yg menyayangimu, tidak akan membiarkan kamu terus tersesat. Mereka yang mencintaimu tidak akan terus membawa mu ke Neraka."

Sincerely from the man, who love u :P
p/s: penulisan cincai, maaf kalau x paham. Sibuk skrg ni
.::Wallahua'lam::.

Thursday, June 2, 2011

Mencari Jodoh di Pasar Cinta

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog paling bosan. Selamat perkenalan bagi mereka yang baru lagi mejenguk blog ini. Semoga kita semua berada di lingkungan redho Allah SWT. Dalam kesempatan hidup yang Allah masih berikan kepada saya, saya ingin buat sedikit perkongsian, yang ada berkaitan dengan ikan... ha.. jeng-jeng-jeng... amacam suspen tak? syok sendiri -.-" ) Tak habis-habis dengan ikan, haritu dah cerita pasal ikan dah dalam artikel ikan dan kehidupan. Takpela, nak share jugak, sebab ia terlalu penting untuk kaum yang saya cintai. Perumpamaan ini saya dapat dari kolej saya dahulu. Jom dengar kisahnya dahulu...

Kisah Ikan Lagi


"Mamat, tolong pergi belikan ikan kat pasar jap mat. Mok nak masak ni, tak ada bahan dah ni. Karang engkau pulak yang banyak complain, asyik-asyik makan spegeti je kat umah"

Mamat bangun dengan keadaan yang malas, namun dipaksa juga badan untuk bangun dari kerusi malasnya. Dalam hatinya bermonolog "Aih, malasnya aku. Ah, tapi demi tidak mahu makan menu yag sama tiap-tiap hari, Aku perlu bangkit jua!"

Semenjak Mamat memuji masakan spegeti maknya minggu lepas, maknya masak spegeti je tiap-tiap hari. 
(ni selingan sahaja, huhu)

Di Pasar

"Mai... mai... mai... beli dua singgit, dua singgit, dua singgit" Suara-suara di pasar kedengaran. Riuh rendah nya seperti biasa. Lolongan manusia, cuba menarik perhatian pelanggan, dengan harga yang berpatutan.

Mamat berjalan lenggang kangkung. Kemudian langkahnya terhenti di satu gerai ikan. "Mai la beli ikan-ikan abang ni dik, banyak pilihan ni. Ada ikan pari, ikan keli, ikan kembong, ikan bawal dan......., ah, tengoklah sendiri, takkan aku nak menyebutnya semua" Kata peniaga gerai tersebut.

Mamat membelek Ikan-Ikan disitu. Jari-jemarinya menyentuh ikan yang dirasanya ingin disentuh. Mamat melihat setiap inci ikan tersebut. Insangnya diperiksa samada merah atau tidak. Baunya hanyir atau tidak hanyir. Setelah lebih kurang setengah jam membelek-belek, akhirnya Mamat bertanya harga ikan ditangannya. Ni berape harganya Tokei?"
"Tu murah saja, sekilo RM5 sahaja" jawab peniaga tersebut. Namun Mamat meletakkannya semula ika tersebut, kemudian beralih ke gerai lain. Peniaga gerai tersebut panas aja. Dalam hati peniaga tersebut menyumpah seranah. "kurang asam punya budak, belek-belek ikan aku bukan main lama, macam nak beli baju. Pastu belah gitu je".
*********************

rancangan Realiti atau akedemi Fantasia?


Meon merupakan pelajar lepasan SPT (Sijil Pelajaran Thailand). Kini dia telah menerima tawaran ke Universiti Teknologi Thailad. Dimana tempat khas bagi pelajar Bumiputera Thailand belajar tanpa persaingan antara bangsa warganegara lain. Meon begitu riang, dia ingin berkongsi kegumbiraannya bersama teman wanitanya. Mari ikuti perbualannya.
"Kareena sayangku, abang dapat tawaran ke UiTT!! Minggu depan abang akan masuk sana."
"Ha!! Abang nak masuk meminang?!
"Bukanlah, abang nak masuk UITT minggu depan, korek la telinga dulu sayang"
"Owh, baguslah abang dapat masuk UITT, Kareena pun tumpang gembira untuk abang.. Tapi..."
"Tapi apa kareena?"
"Tapi, Kareena risau abang akan cari awek yang lain..."
"Jangan bimbang sayang, takkan lah abang ingin runtuhkan cinta kita yang kita bina selama 5 tahun."
"Kalau begitu jom kita keluar date, di kedai mamak rock n roll"
"Apa saja untuk kamu sayang"


Seminggu berada di UITT

"Kareena, kita putus" Meon meluahkan
"Why, kenapa abang tergamak buat begini?"
"......" Meon terdiam.
"Abang kata nak kawin. Abang telah mungkir janji kita"
"Kita bukan bertunang pun, kita couple je, jadi tak kisahlah kalau kita berpisah pun. Dah bukan jodoh kita"

Meon kini telah jumpa teman wanita baru di UITT. Kareena menangis 3 hari 2 malam tak henti-henti. Kareena begitu kesal dengan Meon. Puas dirayu, namun Meon mengendahka sahaja, apa yang nak dirisaukan, sekarang sudah ada teman wanita baru.


Ikan dan Realiti

Adakah kisah ini rancangan Realiti atau Akedemi Fantasia?
Ya, inilah realiti (walapun korang x jwb), kehidupan orang bercouple. Mereka hidup dalam fantasi bahagia.
Hakikatnya mencari jodoh di pasar cinta, ibarat mencari ikan dipasar minggu. Jika anda pergi ke pasar minggu membeli ikan, pastinya anda akan menyentuh dahulu, cek samada ikan itu fresh atau tidak. Cek dulu ingsangnya, jika hitam tu bermakna ikan tu dah lama. Cek baunya, Jika hanyir, itu tanda tidak segar. Ikan itu disentuh dan dinodai sebelum dibeli. Jika tidak mahu, diletakkan kembali, lalu membelek ikan lain pula.

Begitulah seperti kaum wanita. Mahu mencari jodoh, mesti mahu bercouple. Alasannya mahu kenal-kenal dulu baru mahu kawin. Pergi naik motor (kereta pun boleh) hulu ke hilir bersama lelaki. Berpimpin tangan, bergurau senda, berdua-duanya tanpa segan silu. Katanya normal. Namun jika lelaki tersebut tidak mahu, maka berpisah jugak. Walaupun selama ini berpimpin tangan dan bermadu kasih. Sudah disentuh dan dibelek-belek, kemudian putus. Cari yang lain, kemudian disentuh, kemudian jumpa perempuan yang lain, putus lagi. Apa yang saya katakan bukannya Fantasi tapi Realiti yang berlaku dikalangan masyarakat kita sekarang.

Hakikat wanita itu bukan ikan

Saya menceritakan kisah couple ni dengan kisah ikan ni bukan bermaksud mahu menyamakan wanita itu dengan ikan. Hakikatnya perempuan bukan ikan. Cuma segolongan perempuan mahu menjadi ikan. Membiarkan diri disentuh dan dipegang (sama latuh, huhu) oleh tangan-tangan lelaki. Segolongannya sanggup memurahkan harga dirinya bawah lagi dari nilai ikan. Segolongannya mahu dirinya dipandang dan dirasai kehadirannya. Mempamerkan auradnya kepada orang lain tanpa segan silu. Tidak!!! Hakikat wanita bukan seperti itu. Wanita adalah permata yang harus dijaga. Bahkan lebih tinggi nilainya dari permata.

Dimana letaknya nilai seorang wanita? Nilai seorang wanita itu terletak pada tinggi peribadinya, pada malunya, pada adab kesopanannya, pada tingkah lakunya, dan pada akhlaknya serta keimanannya.

Dari Abdullah bin ‘Amr radhiallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihiwassalam bersabda:

ayat1.jpg

“Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang shalihah.” (HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Wanita dan Rama-Rama

Bak kata orang ramai, wanita itu ibarat rama-rama. Rama-rama mempunyai sepasang sayap yang cantik. Namun sayapnya begitu rapuh. Jika disentuh, maka rosaklah sayapnya sedikit. Dan hilanglah sedikit kecantikan pada dirinya. Dan jika ia disentuh lagi, maka makin hilanglah kecantikan yang ada pada dirinya. Hilanglah nilai harga diri.

Saya tertarik satu ayat penulisan dalam blog Herwanan Herman, (sila klik utk baca),
"Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. 

Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi. Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api."

Fatima Syarhah telah menjadi jiran segombak ku.. :)

Kerana Dirimu Begitu Beharga

Kerana dirimu begitu beharga, saya menegur. Islam menjaga nilai seorang wanita tersebut. Namun jika diri sendiri tidak mahu menjaga diri sendiri, siapa yang dapat membantu anda? Jadi wanita, pilihan ditangan anda, sedarlah hakikat dirimu adalah amanah Allah yang tidak ternilai, sedarlah hakikat dirimu bukan ikan di pasar. Tinggikanlah nilai harga dirimu kerana dirimu begitu beharga dari disentuh tangan-tangan murahan lelaki yang tidak punya masa depan akhirat. Tingkatkanlah harga dirimu dengan menjadi wanita yag solehah.

Rasulullah Shallalalhu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا: ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
“Apabila seorang wanita telah mendirikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya (atau kemaluannya), serta mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, “Masuklah engkau ke dalam Syurga dari pintu mana pun yang engkau mahu.” (Hadis Riwayat Ahmad, 3/199, no. 1661. Ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Ausath, 5/34, no. 4598. 8/339, no. 8805. Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, 9/471, no. 4163. Hadis hasan lighairihi) (hadis dipetik dari blog Nawawi)

****************************************

Mak berkata "Mana ikannya Mamat oi?" 
"Takpe la mak, saya taknak makan ikan, ikan kat pasar tu tak freshlah, ikan tu banyak pendarahan di ingsangnya. Mungkin ia adalah hasil tangkapan dari aktiviti mengebom ikan dalam air." Kata Mamat dengan mengeluarkan teori fakta sainsnya."
"Wow,  hebat sungguh kamu, terer menilai ikan di pasar tu. Nah makanlah spegeti tu" balas maknya.
"Eh, mak! Nape masin semacam je spegeti ni?"
"Owh yeke? Mana mak tahu. Spegeti tu Kakak kamu, Kareena yang masak"
Mamat tersembur dan tersedak. Spegeti yang berada dalam mulutnya dihamburkan ke pinggan. "Mak, kakak masak dalam keadaan menangis ke tadi?"
maknya menganguk....
mamat membuat reaksi muka seperti ini (-.-")
**************************************
WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN.
P/s: Cerita dan kisah diatas, ada kena mengena dengan kehidupan masyarakat, tapi ditujukan secara umum, tidak spesifik kepada sesiapa yang telah hidup atau mati. 

.::Wallahua'lam::.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...