Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Friday, October 29, 2010

Movie dan Aku

Post ini dititipkan buat kawan-kawan saya yang suka tengok movie. huhuhu

Ada orang kata movie itu sumber dosa. Ada orang kata movie dan tv itu lagha. Ada orang kata Movie dan Tv itu haram. Penyataan-penyataan diatas tidak pernah saya sangkal, bahkan mungkin bersetuju akannya.

Monday, October 11, 2010

Sahabatmu, Kawanmu, Lawanmu?

Sahabat kawan punya teman..


Pernahkah anda mempunyai kawan? Pernahkah anda mempunyai sahabat? Apabila ditanya soalan ini, mungkin ada orang yang akan berkata "La.. same je lah jawapannya, kawan tu samelah ngan sahabat". Tapi percayalah, Ia adalah berbeza. Dari pengajaran Taman Islami, telah mengubah erti Sahabat dan Kawan dalam kamus hidup saya.

Serupa tapi tak sama

Apakah perbezaan dua perkataan ini? Yang pertama ialah, dari sudut ejaannya amatlah berlainan. Begitu juga dari sudut sebutannya (lawak je). Cikgu saya cakap, berkawanlah dengan semua orang. Tapi pada di hari yang lain saya diajar dengan pilihlah sahabat kita. Jadi agak pelik kan? Sebelum ni suruh kawan ngan semua, pastu ni suruh pilih pulak. Tak ke 'double standart' tu (betul ke term aku guna?).

Wednesday, October 6, 2010

Kisah Dua Sahabat


Ketika saya berada form 2 di Taman Islami, ada seorang cikgu perempuan yang kalu tak silap namanya cikgu Ayyan (ejaan x tau betul salah). Setiap kali nak masuk kelas kami (2L2) mesti dia agak takut sikit (mengikut pemerhatian saya). Sebab kelas tu budak nakal banyak. Tapi bukan itu saya nak cerita dalam post ni.

Sunday, October 3, 2010

Rokok dan Aku


Fenomena alam

Kisah rokok dan perokok memang tak dapat dipisahkan. Rokok adalah sumber ilham sesorang, sama la macam dadah. Tanpanya seni tak mampu dihasilkan. Di Malaysia mengikut pemerhatian yang saya lihat antara Selangor (gombak) dan Kelantan (pengkalan chepa), Kelantanlah yang paling banyak orangnya mendapat ilham (kalu x paham ayat ni sila bace semula dari awal). Sungguh pun Selangor bukanlah bandar islam. Tapi post kali ini bukanlah berkaitan perbandingan tersebut, itu hanya muqaddimah je. huhuhuhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...