Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Saturday, March 26, 2011

Ada apa dengan Rahsia Tarikh Lahir?

رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِى صَدۡرِى. وَيَسِّرۡ لِىٓ أَمۡرِى . وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةً۬ مِّن لِّسَانِى . يَفۡقَهُواْ قَوۡلِى

Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku. dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku,

Assalamualaikum, kali ni saya nak menulis sesuatu yang saya tidak senang dalam hati saya beberapa minggu ini. Sesuatu yang saya rasa ia melibatkan akidah kita. Iaitu mengenai rahsia tarikh lahir.


kalau kat FB, memang sudah terkenal benda ni. First-first, rahsia tarikh lahir. Kemudian timbul pulak rahsia tarikh lahir kasih sayang, dan baru-baru ini, timbul pulak tarikh lahir bulan islam. Remaja-remaja kalau benda macam ni, memang sungguh exited, terutamanya golongan hawa (ini fakta, bukan auta, kalau tak percaya tanya diri sendiri la, maaf kalau terasa). Fenomena ini, amat menjengkelkan saya. Seperti ada sesuatu yang tak kena dalam sistem tersebut (bukan la saya kata saya ada kashaf). Rasa tak senang tu mungkin hadir kerana apa yang saya lihat, fenomena ini sama dengan fenomena horoscope, yang pernah di katakan suatu ketika dahulu.

Sebelum kita meneruskan perbincangan, saya ingin menerangkan mengenai horoscope. Horoscope adalah menggunakan kedudukan bintang, planet, dan matahari bagi meramalkan kebaikan atau keburukan. Bintang ini ditentukan berdasarkan tarikh lahir. Sebagai contoh, orang yang lahir 21 MAC hingga 19 April memiliki bintang Aries.

Guru saya di taman islami dulu, pernah menyebut bahawa, sesiapa yang melihat horoscope, amalannya tidak diterima 40 hari. Ketika itu saya masih tak amik kisah sangat hal itu. Kini barulah saya tau kenapa begitu.

Mengikut buku yang saya baca 11 perkara yang boleh mencemarkan kemurnian Tauhid menulis, di dalam islam, kedudukan bintang, planet,dan matahari (dan semestinya tarikh lahir) tidak memainkan peranan menentukan keburukan atau kebaikan. Pada zaman Rasullulah sendiri terdapat kepercayaan yang menyamai amalan menggunakan bintang, planet, dan matahari sebagai sumber ramalan.

Zaid bin Khalid al-Junahi radhiallahu'anh menerangkan,
Kami bersolat subuh bersama Rasullulah (saw) di Hudaibiyah setelah semalamnya turun hujan. Tatkala selesai, nabi (saw) menghadap orang ramai dan bersabda:

"Tahukah kalian apa yang di firmankan oleh tuhan kalian?". Mereka menjawab "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Rasullulah bersabda (Allah berfirman):
" Pada pagi ini ada diantara hamba-Ku yang beriman kepada Ku dan ada yang kafir. Adapun orang yang berkata hujan turun kepada kami kerana kurnia Allah dan rahmat Nya, maka dia beriman kepada Ku dan kafir kepada bintang. Sedangkan orang yang berkata hujan turun kepada kami kerana bintang itu dan ini, maka dia kafir kepada Ku dan beriman kepada bintang.

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari didalam shahihnya- hadis no:846 (kitab al-Azan,)


Hukum melihat Horoscope.

Secara jelasnya, horoscope memberi kesan kepada Tauhid kita. Ulamak telah pun mengharamkan horoscope, dan sesiapa yang membacanya, 40 hari amalannya tidak diterima. Ini kerana membaca horoscope dikiaskan hukumnya dengan hukum berjumpa bomoh.

Rasullulah (Saw) bersabda,
"Sesiapa yang mengunjungi orang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak akan diterima solatnya selama 40 malam"

(aduh, panjang pulak jadi aku punya post kali ini, sesiapa ingin meneruskan perbincangan mengenai tarikh lahir, sila tekan read more)

Persoalan-persoalan mereka.

Wednesday, March 16, 2011

Tutorial Ringankan Blog

Assalamualaikum...
Dalam masa sehari dua ni, saya menggodek-godek blog orang (kerja banyak tapi boleh buat rilek lagi, ish... ish..ish.. dont try this at home!). Dan dengan izin Allah saya jumpa satu tutorial yang best di blog ini.  Agak menarik jugak la. Tips agar blog kita dapat load dengan cepat sikit.

Tapi saya tahu anda (saya sendiri sebenarnya), kalau letak link, sampai bila tak tekan punya. Jadi saya mengambil inisiatif untuk menulis (atau Share) di blog yang tak best ni. Saya dah cuba tips yang diberi. Memang berkesan. huhu. Baiklah mari kita mulakan dengan bismillah.

Langkah pertama: Timbang Berat Blog

Mari kita timbang blog kita dulu. Stepnya, pergi je link ini, kemudian masukkan link blog anda. Tekan butang check, selepas itu lihatlah berat blog anda dibawah tu.


Kalau rasa berat sangat, teruskan ke langkah kedua.

Langkah kedua: Buang Widget Yang Tak penting

Tips nak buang widget yang tak perlu ialah.

1. Buang gambar-gambar anda yang sudah sampai 5-6 sekali bubuh. Terutamanya gambar anda yang sedang berposing maut, pastinya ia akan memberatkan dosa anda lagi (huhuhu).

2. Post anda ubah dekat setting tuh, jangan sampai 10 entry per pages. Biarlah sederhana dan padat. Sifirnya mudah, makin banyak post letak di pages, makin lembab lah loading untuk paparan (entah betul ke tak aku tulis term ni, huhu).

3. Widget yang rasa-rasa tak berguna dan mengacau pembacaan pembaca. Saya cadangkan, buang je lah. Serabut jugak saya tengok blog yang jenis letak widget kat tepi, effect salji dan macam-macam lagi. Memang mengganggu pembacaan, dan ada yang sampai nak tulis kat shoutbox pun susah. Buanglah, serius serabut.

Langkah ketiga: Masukkan widget jQuery

Jika anda tak percaya akan widget (takut risiko kena hack ke), takyah lah pasang. Tapi widget ni akan meringankan blog anda. Tapi saya tak tahu bagaimana ia bertindak. Maaf ek.

Dashboard>Design>Add Widget>HTML Code> Paste CODE DIBAWAH>Save

Code:
<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js"></script>
<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>
<script type="text/javascript">
jQuery(document).ready(function($){
if (navigator.platform == "iPad") return;
jQuery("img").lazyload({
effect:"fadeIn",
placeholder: "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5C-cK2YAb0o3UzhgXi2W_B-xnP_I4i-gbGZM6rozOHnOoouefdZPafcQ5BrIZL1vux3RS2ZbKOvok76AFhMOrkjdjPqKqMBH90RKhbMvpMSKx2gpdR6Gp-ie3DJZQqLCWCb9-TqMwv0o/s1600/grey.gif"
});
});
<

Langkah Keempat: Timbang balik.

Anda akan lihat blog anda akan jadi lebih ringan.
Saya telah mencubanya, dan ia amat berkesan!!. Terima kasih sekali lagi buat pemilik blog Old School Emo.

.::Semoga berjaya mencubanya::.

Friday, March 11, 2011

Memandang Harapan dengan Harapan

Astargfirullah.... astargfirullah..... astarghfirullah....
Bila tiap kali saya melihat followers, penyakit itu selalu hadir dalam diri ini (rujuk my profile). Riak dan bangga sentiasa mencari-cari cara merosakkan amalan, seperti api membakar kayu. Hangus, kosong dan sia-sia. Semoga Allah mengampuni saya tatkala perasaan itu hadir. 


Memandang-mandang

Di Bilik

Diwaktu subuh di penghujung episod, kelihatan 'mereka' masih lagi bergelimpangan ketiduran. Tidak menghiraukan langsung kewajiban yang sudah dipengakhiran waktu itu. Dengan perasaan yang agak control sikit, dikejutkan 'mereka'.yang masih lena dibuai mimpi. Mata celik, kemudian bingkas bangun. Dalam hati ini berkata

"Ok la tu, dah bangun".

'Mereka' pergi ke meja, mengambil kotak rokok lalu terus ke tandas.

"cis, pergi hisap rokok dulu rupanya", sambil kepala digeleng beberapa kali. Panas-panas juga. Langit sudah membiru, lepas merokok bleh pulak bertanya,

"dah boleh Qada solat ke sekarang?"

Hati terbakar mendengarnya, rasa nak sekeh kepala nak jugak. Sudahlah melewatkan solah, boleh pulak rilek hisap rokok. Pastu bila dah habis waktu baru tanya boleh Qada ke tak.

Di Kelas

Telinga bagai rasa nak pecah je. Satu hari tanpa perkataan carut seperti tidak sempurna hari didalam studio. Asal terkejut mencarut. Asal marah, maki. Asal main game, sumpah saranah. Tiadakah perasaan bersalah dihati 'mereka'. Seperti hati diselaputi lumpur yang tebal. sehingga hati yang sepatutnya merasa sensitif, seakan mati, tidak hidup.

'Life in Studio' yang telah ditradisikan, kini telah menjadi salah satu kehidupan junior. Bertepuk tampar lelaki perempuan dengan tanpa malu. Aurad dibuka tanpa segan silu. Tudung dipakai tidak menutup aurad. Ah, sakit memandangnya.


Memandang masa depan

Saya cuba memandang 10 masa hadapan. Adakah 'mereka-mereka' ini akan dijadikan pemimpin masa hadapan? Adakah mereka yang akan menjadi architect yang berjaya namun berzina dengan isteri kliennya? Apakah yang akan terjadi jika orang-orang sebegini diangkat menjadi pemimpin? Tidak pernahkah anda mendengar kata-kata Saidina Umar (kalau x silap saya), "jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pemuda pada hari ini".

Salah Pandangan

'Mereka' atau boleh dipanggil masyarakat, merupakan mangsa keadaan. Ya, pemuda-pemuda sekarang adalah mangsa keadaan dalam hal ini. Mereka bukanlah mahukan begitu. Cuma mereka dididik dalam arus suasana jahilliyah telah  menyebabkan mereka mengikuti arus itu. Masyarakat islam genetik, lahir-lahir sudah islam, namun kefahaman islam kosong.

Hulurkanlah Salam Simpati

Sebagai kita manusia yang mempunyai kefahaman, pandanglah mereka dengan pandangan simpati. Dan bukanlah dengan pandangan yang keji. Kita bukanlah penghukum, tapi kita adalah penyeru. Walaupun diantara mereka ada golongan yang tahu tapi tak mahu, namun kebanyakannya masyarakat adalah golongan yang tidak tahu, dan belum pasti mahu. Simpatilah pada 'mereka'. Mereka adalah mangsa keadaan. 'Mereka' dilahirkan dalam di zaman umat manusia mementingkan materialistik. Di zaman umat rosak dan jahil. Hulurkanlah tangan (membimbing), ringankan bebanan (kesusahan mereka). (bersamamu, huhu)

Pandangalah Harapan dengan harapan.

Dan untuk pengetahuan anda sekalian, sayalah yang selalu memandang mereka dengan pandangan keji. Namun Murobbi-Murobbi saya telah mengajar saya erti Menyeru.

125. Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. 
(surah An Nahl)

Sesungguhnya mereka adalah harapan bangsa. Masyarakat pemuda adalah pewaris negara. Usahlah kita membiar masyarakat terus layu didalam kemelayuan, tanpa pegangan islam yan sebenar. Pandanglah mereka dengan pandanan harapan. Usahalah mengajak mereka memahami Islam, walaupun sememangnya amat-amat-amat (ulang sampai 3 kali nih) payah. Supaya yang tidak tahu mengetahui, supaya yang tahu, mahu memahami. Jika mereka tidak mahu, selepas tahu, sesungguhnya di dalam Al-Quran Allah berfirman

108. Katakanlah: "Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran (Al Quran) dari Tuhanmu, sebab itu barang siapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya (petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan barang siapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri. Dan aku bukanlah seorang penjaga terhadap dirimu."  
(Surah Yunus)


Harapan itu Masih Ada

Bak kata nasyid Shoutul Harokah, ~Harapan Itu  Masih Ada~. Selagi nyawa dikandung badan, selagi kiamat belum kunjung tiba, harapan itu masih ada. Pandanglah harapan negara dengan suatu harapan. Moga-moga, hidayah kan menyapa hati yang leka. Dan itu bukan harapan kosong, sesungguhnya islam akan gemilang suatu hari nanti. Sama-sama kita membina masyarakat yang kembali menghayati dan memahami islam yang sebenarnya.

.::Wallahua'lam::.

p/s: post ini 99.9% sememangnya untuk diri saya. Rasa geram melihat masyarakat yang rosak. Semoga dikurniakan kekuatan pada diri ini untuk survive dan melakukan sesuatu, Ya Allah bantulah aku....
(ah, banyaknya benda x settle lagi!!)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...