pelukis: Mr IQ
tajuk: Ajaib 2
sila tekan gambar ini utk membaca dgn lebih jelas. maaf, komik saya x mesra blog dan facebook. |
Kenapa dalam hadis itu, mengatakan orang-orang mukmin itu ajaib.
Kerana bukan senang bagi manusia untuk menghadapi situasi itu. Apabila kita menerima kesenangan, kita jadi makin alpa dan makin lupa. Jarang juga bagi manusia, apabila ditimpa musibah, dia akan bersabar. Kebanyakan manusia akan melatah dan marah.
Siapakah orang mukmin?
Merujuk kepada Kitab Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 1 sampai 9, ada menyatakan mengenai ciri-ciri orang mukmin:~
1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang MUKMIN,
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,
3. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada
berguna,
4. dan orang-orang yang menunaikan zakat,
5. dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
6. kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka
miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada
terceIa.
7. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka
itulah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. 9. dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
Didalam ayat itu ada 6 sifat orang mukmin.. iaitu:~
- Orang yang khusyuk dalam solatnya
- Orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna
- Orang yang menunaikan zakat
- Orang yang memelihara kemaluannya (kecuali pada isteri dan hamba sahaya yang dimiliki)
- Orang yang memelihara amanat-amanat dan janji-janji
- Orang yang memelihara solatnya.
Mengikut beberapa blog yang saya lihat pula, ada menjelaskan, Mukmin itu adalah mereka yang mengiringi sifat taqwa didalam dirinya. Taqwa beerti mereka yang memiliki sifat kewaspadaan dalam tingkah lakunya dari melakukan segala larangan Allah.
Kesimpulan erti Mukmin itu..
Daripada maksud ayat Surah al-mukminun dan dari hadis diatas, saya memahami bahawa, seorang mukmin adalah mereka memahami erti ibadah bukanlah hanya pada amalan ritual tertentu sahaja. Ia bukan sahaja menyakini Allah sahaja yang wajib disembah, tapi merasai segala hidupnya untuk Allah. Dalam satu blog ada menulis,~
Orang mukmin adalah orang-orang yang beriman pada Allah dengan hakikat keimanan yang sebenarnya yang mana mereka yang mempunyai hati yang merasai keagungan dan kebesaran Allah SWT dalam diri mereka dan ubudiyyah mereka semata-mata kepada Allah dalam segenap kehidupan, jiwanya pasrah dan pergantungan hati hanya pada Allah! Iman yang di dakwa bukan setakat ucapan bibir sahaja tapi datangnya dari hati, dan ditafsirkan dalam bentuk amalan. (copy dari Blog cikgu Rabiah)Apa guna jadi orang mukmin?
Mari kita lihat sambungan makna ayat surah Al-Mukminun tadi,
10. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,
11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
Siapa yang tidak mahu masuk Syurga kan? So...
Jom Jadi Orang Yang Ajaib
Saya ingin menyeru sekalian pembaca, untuk sama-sama menjadi seorang muslim mukmin. Bunyinya seperti agak sukar, tapi pengakhirannya, pasti kita tidak sesali. Macam mana mahu menjadi orang MUKMIN? Tanya lah kepada mereka yang tahu. Bagaimana untuk konsisten? Ikutlah proses tarbiyah. seperti Usrah, Halaqah, kalau nak panggil 'bulatan bahagia' pun boleh. Kerana tarbiyah adalah satu bentuk proses hati, memahami hakikat Islam, lantas membentuk akhlak-akhlak islam yang mulia. (seperti yang telah dilakukan Nabi) Kalau rasa mahu ikut, boleh la e-mail saya. huhu. Mari sama-sama kita jadi orang AJAIB. :) huhu
rujukan:
1. http://cikgurabiah.blogspot.com/2011/08/tazkirah-ramadhanperbaharuilah-iman.html
2. http://sharaf-sora.blogspot.com/2010/11/siapakah-muslim-mukmin-muhajir-mujahid.html
.:: Wallahua'lam::.
11 comments:
terimakasih atas pencerahannya :)
sama2lah berusaha ke arah kebaikan.
terima kasih kerana mengingatkan.. sesungguhnya perancangan Allah sangat teliti. diingatkan hambaNYA melalui hambaNYA yg lain. :]
"Sungguh ajaib perihal orang mukmin.."
saya sangat suka diperingatkan dengan hadis ini. Bertapa berbaloinya mengejar kemanisan Iman =)
syukran ingatkan. =)
ya2 . perkongsian bersama :)
dulu, setiap kali mengikuti kursus, akan diadakan kuliah subuh. dan persoalan yang selalu ditanya ialah "siapa yang taknak masuk syurga? semua akan masuk syurga, kecuali orang-orang yang berusaha untuk menghindarinya."
dan lukisan itu mengingati aku tentang komik dalam newspaper berbahasa inggeris.
Subhanallah..bagus ni..boleh buat teka teki berilmu jugak ni...=D
ha.. singgah juga cik Ruqaiyah kita ni.. haha :)
kalau x paham kenapa Abg dia jwb 'semua org ajaib' bolehlah lihat komik sebelumnya..
salam. mohon share ye. jazakallahu khair. :)
Tafaddol Syah.. silakan
Post a Comment