Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Friday, November 25, 2011

Sahsiah rupa diri!! Suck!

Credit to unperfectsky
Baru-baru ini Fakulti (FSPU) digemparkan dengan notis mengenai penguatkuasaan peraturan di FSPU. (Fakulti Seni Bina dan Ukur). Ramai yang menggelabah. Kelab-kelab mengadakan mensyuarat mengenai peraturan tersebut. Tak kurang yang mencarut dan memaki hamun. Sudahlah haritu sudah digelabahkan dengan penukaran guard kepada Polis Bantuan. Kini tiba lagi satu bencana lagi. Diantara peraturan yang ditegaskan ialah,

Kesalahan
1. Etika berpakaian
2. Rambut panjang
3. Pemakaian kad pelajar
4. Merokok/memiliki/menjual di sekitar FSPU
5. Penggunaan studio melebihi had yang dibenarkan.

Ke’tidak puas hatian’ tu mungkin disebabkan ke'tidak biasa'an mereka dengan mematuhi peraturan. Mungkin juga disebaban peraturan selama ini dipandang enteng oleh mereka. Peraturan itu ada, Cuma tidak dikuatkuasakan. Sebelum ni takde lah sampai ada polis bantuan memantau samada orang patuh atau tidak.

Apa Masalahnya? Kenapa Gelabah?


tengok ni je kan senang.. haha
Saya pun tidak faham, dengan sikap kita. Kenapa nak gelabah? Memang peraturan tu ada kan, dulu? Mengapa tidak kita mengikut peraturan itu dari dulu lagi. Kalau dah ikut peraturan dari dulu, mesti sekarang takde masalah. hehe

Alah Bisa Tegal Biasa
Rilekla.. buat apa nak gelabah, peraturannya mudah kot. Tak susah pun. Pakai je la baju yang berkolar dan menutup aurad. Takkan tiada langsung baju yang sesuai dipakai dalam koleksi baju kita kan?

Kalau rambut panjang, potong je la. Apa susah. Kedai gunting kan banyak di Shah alam ni. Sekali gunting lebih kurang 6-7-8 ringgit je. Apatah nak dibandingkan dengan henset yang kamu beli tu.

credit to SteKar
Kad Pelajar? Kan semua orang ada. Kalau hilang, buat la balik. Lepas tu kelip kan je dibaju. Takpun kalungkan di leher. Berat sangat ke kad matrik tu? Rimas? Alah, apa nak rimasnya, biasa je orang lain pakai. Pakai je dulu, lama-lama biasalah. Alah bisa, tegal biasa.

Merokok? Berhenti terus je lah. Tak bawak faedah pun. Banyak mudhorat je. Kalau nak hisap jugak benda mudhorat tu, bolehlah hisap diluar Fakulti. Kat luar tu hisap la 10 batang ke 100 batang ke, takde sape nak kisah. Menjual di FSPU? Takyah a jual di sekitar. Buat la macam sales man. Pergi studio ke studio. Lagi untung ma… haha

Pengunaan studio melebihi had yang dibenarkan. Takkan la diorang kejam sangat sampai tak bagi terus. Kalau ada alasan yang kuat untuk stay studio, takkan la dorang tak bagi kan. Tapi rasanya tak perlu kot sampai nak tiap-tiap hari stay studio. Ada sebab mengapa dorang tak bagi stay. Salah satunya sebab masalah social yang berlaku. Terutamanya golongan yang bercouple ni.

Cakap memang mudahkan? Saya tahu ia sebenar satu perkara yang susah untuk diubah. Sebab ia adalah satu tabiat. Namun susah itu bukan mustahil. Jika susah untuk menerima saranan saya yang bujet bagus tu. Tidak mengapa, mari kita lihat pula dari sudut pandangan islam.

Konsep Mentaati

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Hai orang-orang yang beriman, ta`atilah Allah dan ta`atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur`an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. 
(surah An-Nisaa`:059)

Konsep yang islam ambil ialah, kita wajib mentaati Allah dan Rasul. Itu konsep utama dalam islam. Kemudian Allah berfirman 'dan pemimpin (ulil amri) dikalangan kamu'. Bermakna kta wajib mematuhi pemimpin pada masa itu. Tetapi dengan satu syarat, tidak melanggar konsep “mentaati Allah dan Rasul”. Selagi mana pemimpin itu tidak melanggar syara’ (perintah Allah). Selama itu kita wajib patuh. Tapi jika pemimpin itu melanggar perintah Allah, wajib untuk kita tidak mengikutinya.

Perlu mentaati pemimpin yang ADIL

Dalam hal kita, mari menjawab beberapa persoalan ini. Adakah pemimpin (dalam kontek kita, Pihak FSPU) melanggar perintah Allah? Jika ada, maka peraturan apa yang kamu rasakan ia bercanggah dengan ajaran Islam? Jawapannya tentulah tidak ada. Potong rambut, pakai kad matrik dan sebagainya, tidaklah bercanggah dengan syara’. Maka dengan itu, wajiblah kita mematuhinya, sebagai mana itu juga adalah arahan Allah (mentaati pemimpin yang adil).

Konsep Ibadah Dalam Kepatuhan
Ok, setelah kita memahami konsep 'wajib patuh' dan 'wajib ingkar'. Mari kita lihat sudut ibadahnya. Buat mereka yang tidak tahu, kehidupan itu adalah satu ibadah. Berdasarkan ayat Quran 

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. 
(surah Adz-Dzaariyaat:056 )

Jika mematuhi peraturan secara sedar akan kewajiban mematuhinya, maka itu dikira ibadah kepada Allah (pahala). Sebagaimana jika kita mematuhinya, maka ia dikira sebagai amalan yang batil. 

Terpaksa meRela
So, sekarang nak tak nak. Kita perlu mematuhi peraturan itu. Allah tidak membebani kita dengan sesuatu yang tidak kita mampu. Ubahlah diri tak kira dalam keadaan terpaksa, atau rela. Kerana sesungguhnya, ianya satu perintah Allah. Jika tidak cuba diikhlaskan diri kita dalam mematuhinya, maka tentunya ia akan menjadi sia-sia (walaupun tidak dapat dosa). Jika diikhlaskan hati dengan peraturan, pastinya Allah Maha menghitung segala amalan, tidak mengira kecil mahupun besar.

Persepsi Budak Skema


Gambar hiasan. credit to budak SKEMA.
Saya banyak kali terdengar perkataan SKEMA dalam mematui peraturan. Orang yang 'SKEMA' selalu diperlekehkan oleh senior-senior saya. Contohnya, Orang yang memakai tali leher pada hari Isnin= budak skema. Orang yang pakai baju berkolar dan berkasut = Skema. Kenapa jadi begitu pula? Buanglah persepsi Jahilliyah dalam menilai sesuatu yang baik. Renungkan kembali perenggan-perenggan diatas. Bukankah islam mengajar kita untuk sentiasa kemas dan cantik? Selekeh tu bukan ajaran Islam kan?

Setiap taman ada kawasan larangannya.
Kenapa perlu ada peraturan dalam hidup ini? Kenapa Allah menyediakan peraturan dalam kehidupan manusia? Kerana untuk kesejahteraan diri manusia juga. Peraturan dicipta agar sistem yang berjalan itu, lancar dan teratur pergerakannya. Peraturan dicipta bukan untuk dilanggar tapi ia dicipta untuk dipatuhi. Jika dilanggar, maka rosaklah sistem itu. Sedarlah, setiap taman ada kawasan larangannya.

Be profesional
Jika dilihat, dalam FSPU, course didalamnya adalah course yang melibatkan Professionalism. Apa salahnya kita melatih diri kita untuk berpakaian kemas dari sekarang. Bila kerja nanti tidaklah tergesa-gesa nak biasakan pakai baju kemeja dan sebagainya. 

Segala kekurangan dalam penulisan ini saya mohon ampun pada Allah, sesungguhnya kesalahan itu mungkin datang dari kelemahan saya sendiri. Penulisan ini adalah umum, ditujukan buat pelajar UITM FSPU dan diri saya sendiri sebagai student architecture di situ.


Notes:
1. Mudah sahaja untuk mengikut peraturan.
2. Wajib mentaati pemimpin.
3. Perlu menentang jika pemimpin melanggar hukum Allah.
4. Pahala buat mereka yang ikhlas mematuhinya.
5. Selekeh bukan ajaran Islam
6. Peraturan dicipta ada sebabnya
7. Be Profesional!!






.....::Wallahua'lam::.....

6 comments:

Unknown said...

Bile tiada penguatkuasaan manusia akan memandang ringan akan peraturan yg ada sebab merasakan tidak ada apa2 tindakan yg dikenakan. Teringat kata2 seorang kawan bahawa peraturan diwujudkan adalah utk dilanggar tetapi kenapa ye dia berkata begitu mungkin utk menghalalkan apa yg dia buat. Wallahuallam.

aton said...

salam'alaik....
kenapa fakulti korg je ade mende ni?? mengapa FSKM tiada??
[mungkin tak perasan notis tersebut] :D

mesej yang anda mahu sampaikan..alhamdulillah sampai kpd pembaca~
thanx for sharing.. :)

Syafa Mohamed said...

tak salah kan kalau hidup ikut skema Allah..itupun skema jugak kan...^^

tapi tak selekeh pun;)

wan mohd basyir said...

mmg peraturan wujud untuk dipatuhi tapi sifat manusia memang lebih cenderung untuk melanggarnya walau dalam keadaan sedar ia merupakan suatu kebaikan buatnya....ia mungkin fitrah manusia tetapi bukan semata untuk dituruti tapi perlu kepada tarbiyyah hati untuk kembali kepada fitrah islami...:)

.::: mr IQ :::. said...

to Azekzk~ betul... tp mungkin jugak sebab dorang tak tahu...

to Aton~ pelajar FSKM mungkin berbeza pelajar seperti FSPU kot... mungkin tak seteruk keadaan disini. (mungkin, haha)

to Syafa~ :)

to Along~ teramatlah benar kata2 mu...

Anonymous said...

betul2...tapi ada sahsiah rupa diri yang x balance antara siswa dan siswi..apa2 pun ambil yg baik, tinggalkan yg xbaik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...