Erti Sebuah Pengorbanan |
Monolog
Khutbah Raya dibacakan di masjid kampungku di Klang. Fikiranku merayau-rayau sebentar ketika khatib sedang menceritakan tentang kisah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya. Hatiku berkata, "Kisah ni banyak kali dah aku dengar, tapi macam biasa jugak aku". Kemudian terdetik dalam hati ku ini, "apa sebenarnya erti Kisah itu?". Otakku pun mula menyambungkan sel neuron-neuron menandakan ia sedang berfikir
Korban hanya pada lembu
Ramai masyarakat hanya tahu Raya Korban adalah berkaitan sembelih lembu. Sebab apa? Sebab berdasarkan kisah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya. Pastu habis camtu sahaja. Tiada apa-apa. Hidup macam biasa. Solat raya pergi, tapi solat Fardhu tak solat. Jadi apa ertinya Raya korban bagi mereka? Korban hanya pada lembu. Tiada iktibar diambil dalam kisah Nabi Ibrahim itu.
Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
"Dan Ibrahim berkata: Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku. Ya Tuhanku, anugerahkan kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh. Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim. Ibrahim berkata: 'Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!' Ia menjawab: 'Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya- Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.' Tatkala keduanya telah berserah din dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya, (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: 'Hai Ibrahim, sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (yaitu) "Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim". Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman. " (QS. ash-Shaffat: 99-111)
Nabi Ibrahim tidur, dan dalam tidurnya beliau melihat dirinya sedang menyembelih anaknya, anak satu-satunya yang dicintainya. Timbullah pergolakan besar dalam dirinya. Sungguh salah kalau ada orang mengira bahawa tidak ada pergolakan dalam dirinya. Nabi Ibrahim benar-benar diuji dengan ujian yang berat. Ujian yang langsung berhubungan dengan emosi kebapakan yang penuh dengan cinta dan kasih sayang. Nabi Ibrahim berfikir dan merenung. Kemudian datanglah jawapan bahawa Allah SWT melihatkan kepadanya bahawa mimpi para nabi adalah mimpi kebenaran. Dalam mimpinya, Nabi Ibrahim melihat bahawa ia menyembelih anak satu-satunya. Ini adalah wahyu dari Allah SWT dan perintah dari-Nya untuk menyembelih anaknya yang dicintainya.
Sebagai pencinta sejati, Nabi Ibrahim tidak merasakan kegelisahan dari hal tersebut. Ia tidak "menggugat" perintah Allah SWT itu. Nabi Ibrahim adalah penghulu para pencinta. Nabi Ibrahim berfikir tentang apa yang dikatakan kepada anaknya ketika ia menidurkannya di atas tanah untuk kemudian menyembelihnya. Lebih baik baginya untuk memberitahu anaknya dan hal itu lebih menenangkan hatinya daripada memaksanya untuk menyembelih. Akhirnya, Nabi Ibrahim pergi untuk menemui anaknya.
"Ibrahim berkata: 'Wahai anakku sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi, aku menyembelihmu, maka bagaimana pendapatmu. " (QS. ash-Shaffat: 102)
Perhatikanlah bagaimana kasih sayang Nabi Ibrahim dalam menyampaikan perintah kepada anaknya. la menyerahkan urusan itu kepada anaknya; apakah anaknya akan menaati perintah tersebut. Bukankah perintah tersebut adalah perintah dari Tuhannya? Ismail menjawab sama dengan jawapan dari ayahnya itu bahawa perintah itu datangnya dari Allah SWT yang kerananya si ayah harus segera melaksanakannya:
"Wahai ayahku kerjakanlah yang diperintahkan Tuhanmu. Insya Allah engkau mendapatiku sebagai orang-orang yang sabar." (QS. ash- Shaffat: 102)
Perhatikanlah jawapan si anak. Ia mengetahui bahawa ia akan disembelih sebagai pelaksanaan perintah Tuhan, namun ia justru menenangkan hati ayahnya bahawa dirinya akan bersabar. Itulah puncak dari kesabaran. Barangkali si anak akan merasa berat ketika harus dibunuh dengan cara disembelih sebagai pelaksanaan perintah Allah SWT. Tetapi Nabi Ibrahim merasa tenang ketika mendapati anaknya menentangnya untuk menunjukkan kecintaan kepada Allah SWT.
Kita tidak mengetahui perasaan sesungguhnya Nabi Ibrahim ketika mendapati anaknya menunjukkan kesabaran yang luar biasa. Allah SWT menceritakan kepada kita bahawa Ismail tertidur di atas tanah dan wajahnya tertelungkup di atas tanah sebagai bentuk hormat kepada Nabi Ibrahim agar saat ia menyembelihnya Ismail tidak melihatnya, atau sebaliknya. Kemudian Nabi Ibrahim mengangkat pisaunya sebagai pelaksanaan perintah Allah SWT:
"Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim, membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya)." (QS. ash- Shaffat: 103)
Al-Quran menggunakan ungkapan tersebut ketika keduanya menyerahkan diri terhadap perintah Allah SWT. Ini adalah wujud Islam yang hakiki. Hendaklah engkau memberikan sesuatu untuk Islam sehingga tidak ada sesuatu pun yang tersisa darimu. Pada saat pisau siap untuk digunakan sebagai perintah dari Allah SWT, Allah SWT memanggil Ibrahim. Selesailah ujiannya, dan Allah SWT menggantikan Ismail dengan suatu korban yang besar.
(sumber: http://harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/)
Korban kerana Ketaatan Kepada Allah
Seperti yang telah diceritakan diatas, kita dapat lihat bahawa intisari utama kisah tersebut bukan menunjukan hanya perlu membuat korban. Tetapi intisari utama kisah tersebut menunjukkan (mengikut pandangan saya yang kurang ilmu ini), bagaimana ketaatan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail. Korban bukan semata-mata korban. Korban kerana ketaatan kepada Allah. Membenarkan mimpi Nabi Ibrahim. Taat walaupun sukar.
My Name Is Khan
Keesokan harinya, secara kebetulan (dengan izin Allah), saya baru melihat movie My Name Is Khan. Ada satu babak yang menarik perhatian saya yang berkaitan dengan korban. babak itu ketika Risvan Khan (Shah Rukh Khan), masuk ke dalam satu masjid untuk berdoa. Disitu terdapat seorang muslim yang bekerja sebagai doktor sedang memberi suatu ucapan. Antara ucapannya (saya copy yang dalam bahasa inggerisnya), "Migty Allah had even asked Ibrahim to sacrifice his son. And witout asking a single question, Ibrahim agreed to sacrifice his son. Now, Its our duty to let our blood flow for the cause of islam. This is what Allah's demand. This is what Islam demand".
Risvan Khan mendengar apa yang dikatakan oleh doktor tadi, kemudian mencelah, "no,no,no, Saint Ibrahim did not doubt the compassion of the Lord. The story is an example of his immense strong faithand belief. And that's the reason why despite being incited by a stranger repeatly. Saint Ibrahim did not waver from his path of righteousness. He did'nt listen to the stranger. He was sure Allah never allow the blood of his progeny to be shed. And he was right. The Mighty Allah saved Ismail's life". (translate sendiri la ek, saya pun paham sikit-sikit).
Dalam babak tadi saya tertarik dengan ayat 'the story is an example of his immerse strong faith and believe'. Hatiku bermonolog lagi ketika tengok cerita itu, "itulah yang aku fikirkan dalam khutbah raya haritu, huhuhu".
Selamat Hari Raya Korban
Jadi disini saya ingin mengajak diri saya dan korang semua, sempena Hari Raya Aidil Adha yang lalu, kita mengambil pengajaran diatas kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail itu dan sama-sama kita berazam "Selepas ini aku akan cuba menjadi hamba yang taat kepada Allah, semampuku. Allah yang menciptakan ku. Allah itu tuhan ku. Selayaknya bagi jiwa ini, patuh segala arahan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Aku akan taat, walaupun terpaksa mengorbankan hartaku, anak isteriku, darahku, dan akhirnya nyawaku. Agar Kau tetap meredhoiku, sehingga hujung hayat nyawaku."
Berkorbanlah kerana taat,
Bukan berkorban untuk taat,
Taat tandanya patuh,
Taat tandanya cinta,
Cintakan Allah azzawajalla....
wAllahua'lam
Dalam babak tadi saya tertarik dengan ayat 'the story is an example of his immerse strong faith and believe'. Hatiku bermonolog lagi ketika tengok cerita itu, "itulah yang aku fikirkan dalam khutbah raya haritu, huhuhu".
Selamat Hari Raya Korban
Jadi disini saya ingin mengajak diri saya dan korang semua, sempena Hari Raya Aidil Adha yang lalu, kita mengambil pengajaran diatas kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail itu dan sama-sama kita berazam "Selepas ini aku akan cuba menjadi hamba yang taat kepada Allah, semampuku. Allah yang menciptakan ku. Allah itu tuhan ku. Selayaknya bagi jiwa ini, patuh segala arahan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Aku akan taat, walaupun terpaksa mengorbankan hartaku, anak isteriku, darahku, dan akhirnya nyawaku. Agar Kau tetap meredhoiku, sehingga hujung hayat nyawaku."
Berkorbanlah kerana taat,
Bukan berkorban untuk taat,
Taat tandanya patuh,
Taat tandanya cinta,
Cintakan Allah azzawajalla....
wAllahua'lam
No comments:
Post a Comment