Bertemumu Murobbi, Aku Malu Sendiri
Bertemumu murobbi aku malu sendiri
Menatap wajahmu kedut seribu
Namun cahaya terpancar di celahan garis garis itu
Kudratmu Diusia ini amat membimbangkan
Namun jiwa imanmu mematahkan segala ketuaan melanda
Melihatmu Murobbi, aku malu sendiri,
Masih punyai kudrat bermaya
Namun mencintai kerehatan dari kesusahan
Melihat diriku yang tua sebelum masanya
Himmah hilang entah kemana
Semangat hangat hangat taik ayam
Malu aku padamu murobbi
Masih teguh berdiri
Sakit yang kau alami peduli kau endah
Dakwah kau gemgam Bagaikan bara
Digemgam biar jadi Abu
Dilepaskan tidak selagi hayat ini kaki masih berdiri
Dalam wajahmu murobbi
Aku malu sendiri
Senyumanmu penuh hikmah bersangka baik
Dibalik ceria wajahmumu
Tersimpan sejuta harapan
Melihat pemuda di depan ini
Menjadi pewaris dakwah rasul
Mencapai misi revolusi
Kembali membawa fitrah Islam diseluruh pelosok negeri
Aku malu pada diriku
Aku seperti dulu
Ditakuk tahun tahun lalu
Masih lemah tidak terdaya
Hanya tahu tapi belum cukup mahu
Bersama namun hati terpisah
Hidup namun Bagaikan bangkai hidup
Menjadi beban penghalang dakwah
Malu aku malu
Wajahmu terusku tatap
Peringatan dikau berpinar dalam kotak ingatanku
Hidup itu pada yang memberi
Menjadi pendokong sejati
Bukan penyokong setia
Dakwah letaknya apa kefasihan hati
Bukan pada lantangan suara
Akukah pemuda itu murobbi?
Akukah benih yang kau doakan agar terhindar dari kerosakan?
Akukah benih yang kau doakan agar terus tumbuh?
Akukah benih yang kau harapkan menjadi pohon Islam yang gemilang?
Owh murobbi aku lemah, aku lemah
Kukumpul segala kudrat ini
Mengambil secebis hikmah dari bibirmu
Kusemadikan harapanmu dalam diriku
Ku sematkan azam yang tersisa
Kutanamkan katamu bahawa akulah pemuda itu
Walau selama ini kupendam mahuku dalam tahu
biarlah fizikal berkata,
Walau hati masih merasa lemah dengan kelemahan diri
Moga pemuda inilah yang kau harapkan
Moga pemuda inlah pewaris jejak rasul
Doa kuharap kau kirimkan buat insan Hina ini
Doaku mengiringi kesihatanmu murobbi
Khabaran hati ini dari bicara bisu
Komunikasi ini dalam bicara diam
Bertemu denganmu murobbi inspirasi diri ini
Setelah Sekian lama aku kegersangan iman.
Hari itu Murobbiku datang ke gombak. Sebab Ada program di Taski Raudhah. Hati ini mahu bertemu dengannya. Namun saya malu. Kerana saya masih seperti dulu, malah mungkin jadi teruk dari dulu. Namun hati mengagahi juga bertemu dengannya. Walau saya hanya diam dan hanya mendengar kata katanya. Tapi, sebenar banyak yang ingin saya luahkan kepadanya. Namun tidak mampu diungkapkan di lidah. Dapat bertemu denganmu Sudah cukup membuat hati ini gembira. Menatap wajahnya Sudah cukup memberiku semangat.
Puisi ini bukanlah apa-apa. Cuma hanya menggambarkan apa yang terpendam dihati ini. Maaflah jika ia membosankan anda.
P/s: komik masih tidak dapat disiarkan lagi. Semoga Allah permudahkan.
4 comments:
menarik puisi nie! ;thumb up;
ronda ronda bersama mi IQ@myobw...
Saya seperasaan dengan anda apabila bertemu murabbi saya..malu..dan kesal pada diri kerana masih di takuk lama meski hati mahu tapi tak cukup tahu dan bersungguh..
Terima kasih... Buat yg memahami...
Assalamua'alaik,
Jika tidak silap kiranya, ini Pak Cik Rosdi.
Sahsiahnya membangun jiwa2 ummat.Moga menjadi mad'uu yg soleh kpd Pak Cik Rosdi dan pastinya kpd ALLAH s.w.t yg utama.
Post a Comment