Agak seminggu juga lamanya saya tidak update. Memang ia disengajakan kerana nak bagi orang baca penulisan saya yang mengenai konspirasi itu.. Sebenarnya saya tidak berniat mahu memanjang-manjang cerita disitu (artikel itu). Cuma hanya sekadar cuba menerangkan apa yang saya faham.
Semenjak cuti ni, saya ada pelbagai rancangan dalam minda. Nak buat Komik (yang sudah lama tergendala), nak tingkatkan skill melukis, mahu tingkatkan penulisan, dan lain-lain yang positif. Namun, seringkali malas itu melanda. Suka sangat bertangguh. Mungkin itu sebabnya komik saya tak siap-siap lagi dari sebelum saya masuk UITM, huhu. Kadang-kadang kurang sikit motivasi, yelah duduk rumah ni agak selesa, jadi diri ini pun naik lemak lah (maksudnya makin malas la, sy mana ada lemak, huhu). Saya juga rasa tidak mampu melakukan semua rancangan yang dirancang oleh saya sendiri. Tiada keyakinan. (=_=)
So disini saya nak share satu nasyid lama yang best. Ia bolehkan meningkat motivasi diri saya dikala perasaan malas dan tidak yakin itu hadir. Jom dengar sama-sama...
Munsyid: Suara Firdaus
Tajuk: Menuju Wawasan
Tajuk: Menuju Wawasan
Umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh x2 (chorus)
umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat x2
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia
(chorus)
Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah
aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari
(chorus)
Umat islam sentiasa boleh!!!
Bangkitlah wahai remaja islam, buanglah sifatmu yang suka bermalas-malasan, bersenang lenang, berlalai-lalaian. Remaja islam perlu ada wawasan, remaja islam perlu bangkit dari lena yang panjang. Tingkatkan potensi diri. Mantapkan kefahaman Islam. Banyakkan ibadah. Perbaikilah akhlak. Naikkan darjat dengan mempelajari ilmu-ilmu yang berguna. Ubahlah sikapmu!!
argh!! aku semangat ni |
Usah lagi kau merendah diri, usahlah kau merasa lemah. Umat islam sentiasa boleh. Kita ada Allah, kuasa doa dan tenaga. Jadi jangan buang masa lagi, masanya ialah sekarang, saya ulang SEKARANG!!!! (monolog diri saya kepada diri sendiri) (macam orang gila pulak aku cakap sorang-sorang)... Oklah semoga dapat tingkatkan motivasi anda juga... take care, garnier... :)
.::Wallahua'lam::.
8 comments:
lagu nasyid...
mendamaikan jiwa seseorang...
Salam, Mr IQ
Nak tanya, kalau hendak minta bantu untuk melukis kartun dalam majalah HALUAN, boleh ka?
Wakil Sidang Editorial
BroHamzah
~to BroHamzah~
boleh insyaAllah ana akan cuba... ada skrip ke tak? atau ana kena buat sendiri...
P/s: ana ni slow worker, so kena bnyak bersabar... huhu.
~ridhuan~
Nasyid2 lama yg mendamaikan... :)
syukuran jazillah..hihihi
nk mintak jasa baik kalau x keberatan mintak datang ke blog saya ni boleh nk bimtak tolong sikit hihihi....
http://cheguabbas.blogspot.com/2011/05/angle-contest.html
kalau tengah down, mesti nak kene dengar lagu jugak. sebab nak pulihkan semangat. :)
nice song :)
first time dtg sini..nice entry jugak..
semangat sy pun berkobar bce entry ni :)
memang nasyid the best;)
oooohhh... ni ke tajuk n munsyid lagu ni... mase saye sekolah, lagu ni antara lagu wajib dinyanyi mase perhimpunan.. macam lagu turun temurun la.. senior akan ajar kat junior...hehehe
Post a Comment