Silent is not an option |
Puisi ini dibuat bagi memberi semangat kepada diri sendiri,(sila baca Peraturan Membaca di sebelah kiri blog ini)... Terimalah puisi ini...
KATA-KATA TAK TERKATA
Sungguh Aku tidak sempurna,
Hati kotor penuh dosa,
Menulis kalam dengan Pena,
Nyaring-nyaring tin tidak berisi,
Tapi diam-diam ubi, jangan disangka mati,
Alasan sempurna tidak membawaku kemana,
Biarlah berubah, asalkan tidak lemah,
Katakanlah yang tak terkata,
Kebenaran perlu ditegakkan,
Kesilapan perlu diperbetulkan,
Biar ummah cemerlang gemilang,
Biar mungkar akbar tumpas tumbang,
Membina sebuah empayar keredhoan,
Katakanlah yang tak terkata,
Dakwah Rasul kepada Ummat,
Sampaikanlah walau secebis Ayat,
Lidah bisu, tangan menyeru,
buat lah apa yg kau mampu,
bakat terpendam diletupkan dakwah,
Semangat membara, biar terus berapi,
Apa lagi yg kau ragu,
Apa lagi yg kau tunggu,
Kau tahu apa mahumu,
Katakanlah yang tak terkata,
selagi nyawa dikandung badan,
sebelum tibanya Hari Perhitungan,
Kawan didunia bukan lagi kawan,
Kelak kawan akan menyalahkan Diam,
Diam-diam aku menyembunyikan kebenaran,
Katakanlah yg tak terkata,
Sungguh akhirat kelak kau akan terdiam,
Panca indera kulit tubuh akan bertanya,
Mana wasiat amalmu didunia?
Jawabku 'Ini' yang mampu kulaksana...
Katakanlah yg tak terkata!!!!
~rasa tak layak
7/12/2010
salam Maal Hijrah~
Terus terang saya katakan, saya ini tidak layak untuk menulis tentang Islam, Dakwah dan sebagainya. Saya selalu membuat dosa dan kesalahan tiap-tiap hari. Rasa lemah. Kadang-kadang hati rasa, kosong kesan dari dosa itu. Tapi sampai bila kita mahu berfikiran kolot sebegitu? Silent is not an Option. Kalau hanya diam sampai bila ummat nak maju. "Perbaiki Diri sambil Menyeru Org Lain" itulah yg selalu dikatakan kepada saya. Jadi apa yg saya tulis ini sebenarnya menegur saya sendiri. Mari sama2 kita menyuarakan kebenaran walaupun rasa diri x layak. Semoga apa yg kita buat itu kerana Allah dan Allah redho dgn kita.. waAllahua'lam..
.::Ambillah 0.01% tu, semoga bermanfaat::.
1 comment:
katakanlah yg tak terkata,
walau kepayahan menghimpit diri,
walau kesedihan merintih hati,
kerana jasad terlalu menyendiri
menghitung detik bertemu ya RABBI..
Post a Comment