Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Saturday, July 30, 2011

Blogger Alert!

Assalamualaikum. Maafkan saya kerana sudah lama tak updated. Kebelakangan ni terasa seperti berlaku fenomena penurunan iman. Nak updated, tapi tangan tidak mampu menulis. Mahu renspon terhadap pelbagai perkara, tapi tersekat di minda sahaja. Alhamdulillah, hari ini Allah bagi kesempatan untuk saya menulis. Dan atas sebab itu, saya ingin memperingatkan diri saya dan diri anda tentang penulisan yang berkesan. Entry ini menjelaskan 4 perkara yang blogger perlu alert sebelum menulis entry (terutamanya diri saya).

1. Hati Bersih


Untuk menulis kita memerlukan hati yang bersih. Kerana dengan hati yang bersih, penulisan kita akan lebih bermakna. Penulisan yang baik adalah yang lahir dari hati yang baik/bersih.  Saya yakin dengan konsep "orang yang tidak mempunyai sesuatu, tidak mampu memberi sesuatu". Jadi saya percaya memulakan penulisan memerlukan hati yang bersih.


Jika hati tidak bersih ketika itu, maka penulisan kita akan menjadi kosong. Tak bermakna. Kalau macam saya, saya jadi tak mampu menulis dengan baik. Sungguh pun dapat menulis (dlm keadaan hati x bersih), penulisannya akan berbaur unsur2 yang tidak baik. Seperti penulisan yang berbaur menyalahkan orang lain, menkritik orang dan berdebat.

2. Niat menulis.

Niat adalah perkara yang paling utama dalam setiap perbuatan. Setiap perbuatan dimulai dgn niat. Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:

“Sesungguhnya setiap amal perbuatan itu adalah bermula dengan niat. Dan Sesungguhnya setiap manusia menerima (pahala amalnya) mengikut apa yang diniatkannya…”. 

Tidak logik jika membuat sesuatu tanpa niat. Dalam islam niat adalah perkara yang utama dalam soal penerimaan ibadah. Ibadah yang tidak dimulai dengan niat kerana Allah adalah ibadah yang sia-sia.


Dan ketahuilah bahawa kehidupan manusia adalah satu ibadah juga. Setiap perbuatan adalah adalah ibadah jika kita niatkan kerana Allah (utk perkara yang baik shj). Jadi penulisan adalah termasuk salah satu daripadanya (ibadah). Syaratnya ialah, niatkan kerana Allah.  Jika tidak, apa yang kita tulis insyaAllah akan sia-sia.

3. Tetapkan Matlamat

Anda boleh bayangkan orang yang tidak ada matlamat dalam hidupnya? Kehidupannya akan diisi dengan perkara yang mensia-siakan. Contohnya mudah, remaja yang tiada matlamat, akan melakukan perkara sia-sia, seperti merempit, hisap dadah dan sebagainya.


Matlamat juga boleh mengelakkan anda menerewang kosong. Penulisan yang bermatlamat lebih digemari dan lebih bermanfaat, dari penulisan yang merapu meraban tanpa matlamat. Saya yakin, matlamat yang baik, akan membawa kepada hasil yang baik. Dan ketahuilah, matlamat yang paling baik itu adalah untuk mencapai keredhoan Allah.

Rasulullah ( صلى الله عليه وسلم ) bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak menerima daripada amalan itu kecuali yang ikhlas dan mencari keredhaan-Nya”. 
(Menurut al-Albani, Hadis Hasan)

Tersasar?
Namun 2 perkara itu (niat dan matlamat) bukan perkara yang mudah. Manusia adalah makhluk pelupa, dan sering kali akan terlupa matlamat menulisnya. Saya tahu, pada awalnya anda niat yang baik, tapi bila dipertengahan sudah jadi lain. Saya tahu ada dikalangan blogger mempunyai matlamat yang baik, namun akhirnya lari jauh dari matlamat asal.

Jadi kita kena selalu diperingati. Sebenarnya ada banyak penulisan yang mampu menyedarkan kita, diantaranya (yg sy tahu) ini,
Tapi Sebenarnnya Tidak - blog Bayyinat
Mengapa Menulis? -blog Bayyinat
Blog menjadi Ibadah - Blog Brohamzah
Blog Anda -Blog Brohamzah
InsyaAllah, ia boleh memperjelaskan matlamat menulis korang, dan membetulkan niat korang menulis.

4. Cara

Lagi satu perkara yang penting ialah cara. Jika matlamat dan niat sudah benar. Caranya juga perlu Benar. Maksudnya tidak melanggar syara'. Saya ambil contoh, ialah mahu terangkan bahawa rogol adalah satu dosa besar, tapi dalam entrynya dia bubuh gambar  wanita sedang ghairah. Adakah dengan niat yang baik, diterima Allah dengan jalan yang salah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Gunalah cara dan jalan yang tidak melanggar syara'.

Akhir Kata

Jika ada orang mengatakan Terlampau agungkan bilangan follower ni,adalah Criminal In Blogging. Maka pendapat saya, criminal in blogging adalah mereka yang tidak memperbetulkan niatnya dan memperjelaskan matlamat dalam bloging.  Saya akhiri entry pendek saya dengan satu kata-kata dari blog 360 darjah (Zulkarnain )

"Blogging bukan kita ambil kira templatenya mahupun followersnya.. Akan tetapi isi apa yang ingin penulis sampaikan.. Followers ramai "Alhamdulillah" kalau tak ramai pun "Alhamdulillah". Cantik tak cantik templatenya, boleh tukar dan update, asal niat dan matlamat hanyalah kerana Allah " :-)
-By 360 darjah owner-


Sekian sahaja untuk entry paling boring ni...
.::Wallahua'lam::.

Sunday, July 17, 2011

Inspirasi Tikus Menakluki Dunia

Assalamualaikum... Sebelum saya mulakan Entry saya ini, saya ingin minta korang tengok dulu video ni.



Rancangan Yahudi

Ya, saya tidak mahu bincang soal cerita ni cerita yahudi atau apa. Saya cuma mahu anda membuka mata (jgn tido). Sama-sama ambil sedikit pengajaran.


Si Otak dan Si Merah Jambu


Apa yang anda boleh nampak dari video tersebut. Jika anda seorang yang berfikiran bijak dalam menilai. Awal-awal lagi sudah dapat tangkap maksud saya.

Cartoon ni disiarkan pada zaman saya sekolah rendah dulu-dulu. Sekarang ni dah tak tersiar dah. (tp dlm you tube ada lg kot). Bagi yang tidak pernah melihat cartoon ni. Saya akan bagi sinopsis sikit.

Cartoon ini mengisahkan 2 ekor tikus makmal. Yang ingin menakluki dunia. Tikus kurus yang bernama Pinky adalah seorang (seekor) tidak bijak, manakala sahabatnya seekor lagi tu bernama Brain, dan dia tikus yang Bijak. Setiap episod memaparkan bagaimana mereka mahu menakluki dunia. Setiap episod akan bermula dengan adegan yang sama,
iaitu Pinky akan tanya pada Brain, 

"Apakah yang akan kamu lakukan malam ini?".

Dan Brain akan menjawab

"Ya Pinky, perkara yang sama kita lakukan setiap hari, iaitu cuba untuk menakluki dunia"

(translate tidak bertauliah).

Terinspirasi

Dulu kecik-kecik, tak da la rasa apa-apa. Tapi bila ia diungkapkan kembali. Saya menyedari. Saya terinspirasi. (sebenarnya murobbi saya yg ckp pasal ni). Dalam hati saya bermonolog "Kenapa la kecik-kecik dulu aku tidak menyedarinya?"

Tikus Kecil Berjiwa besar.


Seperti yang anda tahu, mereka adalah tikus. Ya tikus makmal. Tau tikus makmal ni keje apa? Jadi bahan expriment la. Tapi lihat akan mereka, berjiwa besar. Kecil tapi berjiwa besar. Cita-citanya, MENAKLUKI DUNIA.

Seperti yang saya tulis kat atas tadi, setiap episod pada awalnya mesti ada adegan pertanyaan Pinky kepada Brain. Minda akan ditubi, memperjelaskan matlamat hidupnya pada setiap hari. Agar matlamatnya tidak tersasar. Agar hariannya tidak keluar dari matlamat utama.

Ketika diwaktu orang lain tidur, mereka bangun. Setiap hari mencari penyelesaian menakluki Dunia.

Dan mereka selalu gagal. Kalau tidak mesti tak buat cartoon series. (huhu). Namun mereka tidak pernah berputus asa. Terus-menerus merancang. Ya Brain mungkin pintar, dan Pinky memang bodoh, namun bukan kepintaran dan kebodohan menjadi utamanya. Yang utama ialah kesungguhannya dalam merealisaikan cita-citanya.

Realitas Diri Ini

Saya tidak mahu melihat pada diri orang lain. Saya ingin lihat realiti dalam kehidupan saya sendiri.

Berjiwa kecil
Saya terlalu memikirkan soal yang remeh temeh, berbanding soal yang besar. Perbincangan harian bertemakan Movies, games dan hiburan. Kerja harian, hanya main internet, makan, minum, dan tidur.




Berfikiran Pendek
Saya hanya memikirkan nampak sesuatu yang pendek. Jika ditanya mengapa Belajar? Saya akan menjawab,
"Saya nak jadi Arkitek. Kalau tak belajar, gaji yang dapat pun sikit."

Kenapa gaji perlu banyak? jawabnya

"Sebab harga minyak dah naik, barang dah naik. Semua dah naik. Nanti apa yang aku nak bagi Bini dan anak-anak aku makan nanti kelak?"

Matlamat dunia adalah matlamat yang pendek.

Lemah Semangat (himmah) dan Mudah putus Asa
Saya telalu takut menanggung risiko. Saya malu untuk mencuba. Kerana saya lemah himmah. Saya tidak rela dipandang lemah, sehingga tidak mahu menanggung risiko dalam meningkatkan potensi diri. Saya pernah memalukan diri sendiri, kemudian sudah tidak mahu melakukannya lagi. Sedangkan dengan cara itu dapat meningkatkan potensi diri.


Muslim Berjiwa Besar

Cukuplah dengan segala kelemahan dalam diri. Ambil pengajaran dari cartoon tikus berjiwa besar ini. Sifat yang ada pada tikus tersebut perlu tersemat dalam akhlak dan peribadi jiwa muslim.

Muslim yang berjiwa besar adalah mereka yang selalu bukan hanya memikirkan hal sendiri, namun diambil kira untuk kesejahteraan orang lain. Fikirannya tidak disentuh oleh perkara yang remeh temeh. Akalnya hanya memandang tepat pada matlamat yang besar. Mengembalikan kegemilangan Islam yang diruntuhkan beberapa tahun yang lalu.

Ideanya bernas, fikirannya cerdas. Bukan hanya berfikir, tapi mampu bertindak semampunya. Hari-harinya hanya memikirkan bagaimana untuk membebaskan manusia dari cengkaman jahilliyah yang merosak masyarakat. Hiburan tidak menjadi bual bicaranya. Setiap kalimah yang dituturkan, bermanfaat untuk sejagat.  

Diwaktu orang lain, lalai dengan dunia, mereka sedar dan mereka menyedarkan orang lain. Matlamatnya jelas, mencapai redho Allah. Masuk syurga bertemu Rabnya. Dan berkata
"Ini buktinya apa yang telah aku lakukan untuk membantu agamaMu, semampuku"


Owh, sungguh masih jauh lagi diriku denganMU ya Allah. Masih berjiwa kecil didalam sangkar jasad yang kian membesar ini. (abaikan ayat ini, hanya monolog saya)

Akhir kalam dari saya, setiap manusia ada peranannya masih-masing. Walau sekecil mana pun diri kita, walau sekecil manapun amal kita. Jika anda berfikir dan melakukannya kerana Agama Allah. Sungguh, peranan anda dalam masyarakat dinilai oleh Allah. Tiadalah amal yang besar dipandangan Allah, dari berusaha memperbaiki diri dan masyarakat sejagat. Menjadi Rahmatan lila'lamin.
Saudara, jadilah muslim berjiwa Besar!! (cukup disini, saya tidak mampu meneruskan. Nanti saya akan nangis)

.::Owh, berjiwa besar? Aku masih jauh::.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...