Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Friday, February 25, 2011

Bicara Nur Tokyo

Assalamualaikum, salam Februari buat para readers dan visiters. Kebalakangan ni rasa banyak nak dicoretkan/ dikongsikan dalam blog ini. Namun keadaan yang agak sibuk (kononnya), memaksa untuk saya berfikir dua tiga kali untuk menulis. Tapi alhamdulilah dikesempatan ini, saya dapat juga nak mengupdate blog ini.

Pada hari selasa lepas, 22 Februari 2011 bersamaan 19 Rabiul Awal 1432H, berlangsungnya satu Talk iaitu Bicara Nur Tokyo. Program ini bersempena dengan program Maulidur Rasul yang dirancang pihak Pusat Islam UITM. Agak tertarik juga mahu pergi, sebab nak tahu jugak macam mana dia masuk islam. Jadi saya datanglah pada malam tersebut. Banyak juga input yang boleh dapat ketika itu. Jom kita dengar sikit ulasan saya... huhuhu. Tajuk yang beliau sampaikan ialah Pendidikan Islam di Jepun.

Biodata Pembicara

http://waterlilysicksadcity.blogspot.com/2009/01/secebis-catatan-untuk-huriya-shiozaki.html

Nama diberi Puan Hiroko Shiozaki Kushimoto. Nama gelaran islamnya ialah Hiruya.
Beliau merupakan pegawai penyelidik di Tokyo Universiti of Foreign Studies
Beliau memeluk islam pada tahun 2007.
Sekarang ini beliau menjalankan kajian di Malaysia mengenai Pendidikan Islam Pondok bagi menyiapkan PHD nya.



Memeluk Islam

Sedikit mengenai bagaimana beliau memeluk agama Islam. Ketika belajar disini (kalau x silap la), beliau duduk bersama pelajar kelantan. Beliau melihat keindahan dan keunikan pada ukhuwah dan ibadah umat islam amalkan. Beliau pernah ikut berpuasa selama 10 hari bersama rakan kelantannya. Bersahur sama-sama. Berbuka sama-sama. Ketika itu laungan azan terasa indah (sebab menunggu untuk berbuka puasa). Namun ketika itu beliau masih takut-takut lagi nak masuk islam. Kemudian ada orang jepun islam (Ahmad, suaminya skrg ni) yang mengajak beliau berkahwin. Beliau terus menerima, kerana dengan itu dia dapat masuk islam. Pada tahun 2007 beliau mengucap dua kalimah syahadah. Kini telah mempunyai seorang cahaya mata.


Suatu pengenalan


1. Peratusan orang islam di Jepun adalah 0.1 peratus. Peratusan tersebut tidak termasuk pelajar-pelajar yang belajar di Jepun.

2. Majoriti masyarakat jepun menganut agama Buddha dan agama Shinto. Agama Kritian ada, cuma tidak majoriti jugak. Masyarakat Jepun majoritinya tidak memeluk agama-agama tersebut dengan betul-betul. Hanya mengambilnya pada hari-hari perayaan. Tidak tetap pada satu agama. Kadang-kadang mereka meraikan perayaan orang di buddha di tokong buddha, kadang merayakan perayaan Shinto di kuil. Kalau hari krismas pun dorang raikan. Tapi bukan secara faham, hanya suka-suka menggunakan perayaan itu untuk dating dan sebagainya.
 p/s: Agama Shinto adalah org menyembah pokok atau batu (benda2 camtu lah). Manakala buddha, yang menyembah patung buddha tu.

3. Sistem pemerintahan jepun, ialah sistem pemerintahan sekular. Iaitu pemerintahan yang tidak boleh bercampur dengan hal-hal agama. Agama boleh diamalkan, cuma tidak boleh terlibat dengan sistem pemerintahan. Contoh yang paling mudah, jika umat islam menyambut hari raya, tidak ada cuti peristiwa untuk hari itu (jika raya tu jatuh pada hari bekerja).

Siapa yang mengajarkan agama islam?

Seperti yang sudah nyatakan diatas, orang islam jepun adalah golongan minoriti. Namun begitu islam perlu diajarkan bagi mereka untuk tetap kekal dengan keislamannya. Siapakah yang boleh diharapkan untuk membantu muslim jepun?

Kebanyakan orang islam di jepun adalah mereka yang belajar di Jepun. Ini termasuklah pelajar melayu kita. Namun mereka hanya datang belajar sahaja. Lepas habis belajar, mereka akan pergi balik, begitu sahaja.

1. Orang yang boleh diharapkan ialah mereka yang belajar di luar negeri. Maksudnya, orang Jepun yang belajar di Mesir, Jordan dan sebagainya. Mereka mempelajari islam disana, kemudian bila dah habis, mereka pulang dengan membawa ilmu-ilmu yang mereka pelajari.

2. Warga-warga asing juga banyak membantu dalam pendidikan islam di Jepun. Antaranya ialah yang dari Turki dan Pakistan. (Malaysia? ...huhuhu)

Cabaran

1. Masalah anak tidak mahu menjadi Muslim.
Ini disebabkan anak-anak mereka tertekan di alam persekolahan. Mereka (muslim) adalah amat belainan di Jepun. Mereka akan dipandang serong, menyebabkan mereka dipulaukan.

2. Perpecahan umat islam.
Akibat mereka yang mendalami islam itu dari negara-negara yan berlainan dan dari pendakwah berbeza, ia membawa mazhab-mazhab yang berlainan. Ini menyebabkan umat islam disana berpecah mengikut mazhab masing-masing.

3. Masalah Suasana
Ini adalah cabaran terbesar bagi masyarakat islam disana. Anak-anak mereka kena belajar disekolah juga. Jika tidak dia akan dipandang serong oleh masyarakat. Ibu bapa muslim disana, mahu anak-anaknya belajar dirumah, agar tidak dipengaruhi susana tidak baik. Sekolah-sekolah di Jepun mempunyai undang-undang sekolah yang ketat. Setiap pelajar perlu sama termasuklah dari segi uniform sekolah. (kalau perempuan kena pakai skirt).

4. Peraturan Tubuh Sekolah yang Ketat.
Jika masyarakat Islam jepun ingin membuat sekolah, ia adalah amat payah. Peraturan dan prosedur tubuh sekolah perlu mengikut acuan Kerajaan.

Pengajaran

Ini adalah penutup bicara bersama Puan Hiroko/Hiruya

1. Kita sebagai rakyat Malaysia, perlu bersyukur, kerana tidak seperti di Jepun. Disini (Malaysia), orang yang islam tidak menerima cabaran tekanan masyarakat dan suasana seperti di Jepun. Namun apa yang memilukan di Malaysia, Anak-anak Malaysia tidak mahu kepada Islam. Sedangkan mereka tidak menerima cabaran seperti di Jepun. Malah kemudahan dan peluang untuk mendalami dan memahami islam itu terlalu banyak.

2. Ujian kesenangan adalah lebih susah untuk dihadapi. Kebanyakan orang islam, apabila berlaku ujian kesusahan, kebanyakannya boleh menghadapi. Tetapi apabila menghadapi ujian kesenangan, ramai yang lupa diri dan gagal menghadapinya.

Luahan Perasaan

Puan Hiroko ada menyatakan kekesalannya terhadap sistem di Malaysia. Ketika semasa beliau hendak bernikah dengan suaminya. Beliau kena mengesahkan keislamannya di *** (maaf saya lupa tempatnya, huhu). Dia yang sudah mengucap dua kalimah shahadah terkilan apabila ditanya mahkamah, apakah bukti keislamannya. Perasaan agak terkilanlah sebab bagi dia, nak mengucap syahadah itu bukanlah senang baginya. Tapi bila datang ke mahkamah, dia ditanya sebegitu pula. 

Begitu lah sedikit perkongsian dari Puan Hiroko. Walaupun orang yang datang mendengar Bicara tu tak ramai yang datang namun saya harap mereka yang datang tu, dapat sesuatu dari Bicara tersebut. 

p/s: yang mana maklumat yang tersilap tu, saya harap diperbetulkan, sebab saya ni agak pelupa orangnya.

.:: Wallahua'lam::.

Wednesday, February 16, 2011

Puisi: Bukan Membencimu

Assalamualaikum..
Puisi yang saya tulis ini mungkin agak melibatkan hal peribadi saya. Maaflah saya kerna itu. Bagi saya, amat perlu saya menulis ini buat kawan saya di Taman Islami dulu. Puisi yang pelik ini, memang direka khas untuk dia seorang. Harap-harap dia membacanya dan memaafkan diri saya yang penuh dosa ini...

Bukan Membencimu

Maaf jika kata-kata mengguris rasa,
Maaf jika rasa, berderai air mata,
Sebenar-benar aku tidak tahu,
mengapa harus aku membencimu,
Mungkin hanya diri yang entah apa-apa,
mungkin hati dengki tidak semena-mena,
Anak bulan, nun dilangit tinggi,
Sedang diri, masih ditakuk lama,

Sungguh bukan maaf yang kau pinta,
namun hati ini tetap merasa dosa,
Umpat-umpatan tak tersengaja,
bukan niat diri, menyulam sindiran,
tapi rakan angkara gurauan,

Engkau kini bagai mendabik dada,
Penulisan puisi penuh bermakna,
namun egomu, amat menyakitkan jiwa,

Dengan itu maaflah aku sahabat,
Sungguh aku tak mampu meluahkan kesalahanmu,
kerana aku tahu, ku tidak sebagus dirimu,
Ku cuba buang perasaan busuk,
perasaan busuk yang telah ditusuk,
syaitan durjana mengapi-apikan,
persaudaraan atas keimanan,

Cukuplah sekadar ini kalam rasa
ingin ku leraikan perasaan dendam,
yang sekian lama tertanam di sanubari,
maafkan aku akan kekhilafan ini,
tidak terniat mahu mengguris jiwa perasaan,
Sungguh ia tidak mampu memuaskan mu,
Cukuplah sekadar engkau mengetahui,
tidak suka bukan beerti benci,
tidak suka tidak bermakna menolak,
penulisan kebenaran tercatit maya,

Teruskanlah berjuang, walaupun ia pahit,
Tak usah kau hiraukan perasaan ini yang sekelumit,
Langkahan dirimu adalah langkahan perjuangan,
jika hanya sedikit ujian, tidak bisakah bertahan?

Forgive me my freind...

Sahabat saya itu merupakan seorang penulis. Dia pernah menulis banyak artikel-artikel yang membangkitkan kefahaman dan memberi kesan melalui ayat-ayat yang mudah dihadam masyarakat. Namun, entah kenapa saya tidak suka diriya sejak dulu (Taman Islami). Setelah saya meningkat umur, (matang sikit r) saya memikirkan tindakan saya itu. Untuk apa saya terus tidak menyukai (bukan membenci ek) dirinya. Sedangkan dia ni lebih berilmu daripada saya. Dia lebih bagus daripadaku.

Saya cuba untuk mengelak daripada mengumpat akan dirinya, namun bersama rakan-rakan yang lain. Kadang-kadang saya terjebak dalam mengumpat itu. Jadi saya mohon sangat agar beliau memaafkan saya. Terus terang saya katakan, saya bukan lah salah seorang pembenci sebagaimana yang ada dalam artikel yang dia tulis. Saya hanya tidak suka sesetengah perangai dia. Itu saja. Semoga Allah meredho perjalanan dakwahnya. Saya menyokong akan penulisannya. (tp bukan penulisan dairinya). Jika orang yang saya maksudkan itu membaca artikel ini, saya mohon sangat agar saya dimaafkan. Semoga ukhuwah kita akan lebih erat selepas ini.

.::Kemaafan tidak akan mengubah masa lalu, tapi akan memudahkan masa depan::.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...