Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Tuesday, August 16, 2011

Blogger Jangan Jadi Addicted

Blogger Alert #2

Dear Blogger,

Kehadapan buat sahabat blogger yang kukasihi dan dirahmati Allah SWT. Ini adalah entri untuk memperingatkan diri saya dan para blogger diluar sana.

Disini, saya rasa terpanggil untuk menulis tentang ini. Sebab keadaan seperti begitu memerlukan saya menulis tentang permasalahan ini. Apa yang saya lihat, ada sesetengah blogger yang dulunya tidak beberapa aktif, mula aktif semenjak cuti panjang. Dan lama-kelamaan mula ketagih dalam dunia blogging. Saya bukan insan yang layak untuk menulis ini, tapi cukuplah sekadar memperingati diri sendiri sambil mengingati orang lain agar tidak terjatuh dalam lembah ketagihan. 

Blogger bila dah addicted

Dulu-dulu hanya membuat blog untuk saja-saja. Tapi bila lama-lama, jadi seronok pulak. Kalau boleh nak updated tiap-tiap hari. Cerita pasal kehidupan diri sendiri. Makan di Mc D, jumpa Anuar Hadi, jumpa Faizal Tahir, pendek kata semua nak beritahu dunia "Inilah Aku".

bezakah muslim dan orang kafir,  dalam berblog?
Dulu-dulu mahu menyebarkan kebaikkan di dunia web. Bila blog sudah mencecah followers 100. Kemudian ramai pulak yang suka komen dalam entrynya. Memuji entrynya yang bernas. Mulalah merasakan buah fikirannya lebih baik dari orang lain. Apa yang disampaikan semua betul. Ditegurnya blogger lain dalam entri-entrinya, lalu menunjukkan "ini lah cara blogging betul, dan cara ini salah". Kemudian bangga dengan ideologinya, dan terus hanyut dan hanyut. (sy lah tu)

akibatnya..
Makan blog, hidup blog

Kebanyakkan masalah yang berlaku, apabila blogger mula addicted. Ketagih berblogging. Malam blog, siang blog. Lepas makan blog, lepas solat blog. Tak tido pun sebab blog. Kehidupannya sudah jadi blog.

Terlalu mencari kesalahan orang lain

Bila dah suka sangat dunia blog ni, mesti nak kena updated selalu. Tapi nak kena bagi nampak cam entri yang bagus la. Jadi bila da habis modalnya untuk menulis. Mulalah mencari kesalahan orang lain. Jika kita selalu mencari kesalahan orang lain. maka kita tidak nampak kesalahan diri kita sendiri. Tu lah sebab jadi 'ditegur pun tak boleh terima'. Sebab dah rasa dirinya terlalu betul. Orang lain semua salah. (sy lah tu)
******************

Penyelesaian?
Saya teruskan kepada penyelesainya, sebab apa guna cerita masalah banyak, tapi penyelesaian tak dak. Sebahagiannya sudah saya bincangkan ini dalam entri Blogger Alert. Namun rasa nak tulis balik tentang itu. Moga-moga ia bermanfaat untuk kita. Saya bukanlah orang yang layak untuk berbicara ilmiah, sebab diri saya pun banyak kekurangannya. Ini adalah sebahagian penyelesaian yang saya pikir patut diambil kira oleh blogger yang sudah mula jadi addicted.

1. Niat dan Matlamat

Perkara utama dan selamanya. Niat dan Matlamat perlu diperjelaskan dalam penulisan. Bukan sekadar dalam penulisan sahaja, tetapi sepatutnya dalam semua perbuatan. Tapi saya hanya cuba fokus dalam berblog ni ja.

Ya, saya akui manusia sering kali tersasar dari matlamatnya. Jika sudah tahu tersasar, kena la betulkan balik. Jangan dibiarkan terus tersasar. Namun saya sedar, kebnyakan yang tersasar, tidak menyedari dirinya tersasar. Kalau gitu, disini saya cuba untuk memperingati kalian dan diri saya sendiri. Betulkan balik niat dan matlamat menulis.

Terutama mereka yang buat penulisan dakwah. Saya tahu kebanyakkan blogger dakwah, berniat baik dalam artikelnya. Tapi kadang-kadang sampai terlalu menghukum sesetengah pihak yang lain. Ada juga yang sanggup letak gambar dan tajuk entri berunsur porno untuk menarik perhatian pembaca agar membaca artikel 'niat baiknya'. Jika matlamat mencari keredhoan Allah, maka jalannya harus juga yang diredhoi oleh Allah.Betulkan balik niat dan matlamat itu!

2. Besederhana dalam melakukan sesuatu

Orang jadi addicted ni selalunya apabila dia buat sesuatu berlebih-lebihan. Syok sampai berlebih-lebihan. Bloging memang mengasyikkan. Tapi perlu ada kawalan di dalamnya. Jangan sampai kita makan blog, tido blog, tak tido pun sebab blog. Ia sudah melebihi batas manusia. Mengapa perlu terlalu taksub dengan blog? Besederhanalah.

Tak perlu memaksa orang lain membaca Blog anda. Cukuplah sekadar letakkan link sekali. Jika rasa kurang sambutan letak la link lagi. Promosi penting tapi, besederhanalah. Jangan seperti kelihatan memaksa-maksa orang pula. (org lain pun sakit hati)

3. Mengutamakan realiti dari maya

Orang kata blogger adalah pelakon yang hebat. Dalam blog bolehlah cakap baik, tapi dalam realitinya, cakap kasar. Dalam blog nampak penulisan nya macam penulisnya orang baik, tapi sebenarnya perangai dia bukanlah baik pun (saya la tu). Dalam dunia maya, mesra dengan followersnya. tapi dunia realiti masih dibenci rakannya. Dunia maya dan realiti adalah berbeza.


Tak salah jika mahu peramah di alam maya. Tapi lebihkan di alam realitinya. Jangan hidup dalam dunia maya sahaja. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Jangan habiskan masa hanya untuk blog. Habiskan masa anda didalam dunia nyata. Jika ada masa senggang, bolehlah berblog. Tak salah.

Contoh yang lain untuk point ini ialah, didalam entrinya mahu menegakkan khalifah dimuka bumi ini. Maka disebutlah mengapa perlunya khilafah dan sebagainya. Tapi hakikat dalam dunia realitinya masih lagi tidak mampu meninggalkan perangai buruknya. Seperti masih lagi merokok, masih lagi menyimpan dan menonton video lucah dan sebagainya. Tidakkah dia tahu, jika mahu menegakkan Negara Islam, tegakkanlah negara islam dalam diri dahulu.(Di alam maya nampak kencang, tp realitinya hampeh). sy la tu

4. Merendah diri

Saya tahu bila orang yang banyak follower ni memang tinggi egonya. Bila dah dirasai orang menyokong penulisannya, rasa diri hebat. Jangan cuba nafikan, sebab saya sendiri merasainya. Jika follower dah cecah 1000 sekali pun, belum tentu Allah redho dengan blog kamu. Kalau pengomentar setia kamu mengatakan entri kamu itu benar, belum tentu ianya benar disisi Allah.


إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَأَخْبَتُوا إِلَى رَبِّهِمْ أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh dan merendahkan diri kepada Tuhan mereka, mereka itu adalah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya.
(Hud ayat 23)

Tunduk dan merendah diri lah kita walau berapa banyak pun follower. Untuk apa meninggi diri, jika pengakhirannya sama-sama juga kita mati? Jika ditegur, terimalah dengan hati terbuka, jika apa yang ditegur itu benar.

5. Hubungan dengan Allah

Ini perkara punca paling utama dalam permasalahan ini. Kebanyakan kita memang pandai menulis. Pandai mengemukakan idea yang bernas. Pandai memberi ideologi. Namun kekurangan hal paling besar, iaitu hubungan dengan Allah. Tulis lah apa yang mahu ditulis, tapi kena sedar, Allah itu maha melihat. Setiap apa yang ditulis kelak akan ditanya oleh Allah apa yang ditulisnya.


Jika kita betul-betul menjaga perkara ini, saya amat yakin, segala penulisan kita tidak akan tercampur perkara-perkara yang haram, perkara yang mencetuskan kemarahan, perkara yang menyakiti orang lain, tidak membuat perkara sia-sia dan sebagainya. Kerana semua yang dilakukan, kita merasai, Allah menilai. Segala yang baik akan dihisab, segala yang buruk akan diazab.Dan saya faham satu konsep semenjak di 'Taman Islami' dulu, iaitu jika menjaga hubungan dengan Allah, maka Allah akan jaga hubungan kita dengan orang lain. Jika orang tak suka dengan kita tu, beerti mungkin kita tak jaga hubungan kita dengan Allah.

Kesedaran untuk sedar

Jadi disini saya seru sekalian blogger dan diri saya, agar kita tidak menjadi "blogging Addicted". Marilah berusaha bersama-sama memberikan sesuatu kepada masyarakat. Bukan hanya pandai mengkritik. Bukan hanya pandai sembang 'kemas' (sembang kencang). Bukan sekadar sembang kosong di alam maya. Jadilah kita blogger yang diredhoi Allah. Tidak perlu taksub sangat dengan ideologi sendiri.

Saya berharap secebis perkongsian ini, anda dapat sesuatu darinya. Sungguh pun entri ni nampak kucar-kacir sikit, namun saya harap saudara/i menghadami nya. Saya berdoa agar kita semua, pembaca dan blogger diluar sana, agar menjadi Blogger Muslim, dan bukannya hanya menjadi Blogger Seronok2, bukannya menjadi Blogger Ideologi, dan bukannya Blogger Syok Sendiri. May Allah bless all of your typing (broken english).
.::wAllahua'lam::.

Monday, August 8, 2011

Ramadhan Perubahan

Disapa lagi

Ramadhan menyapa lagi manusia. Bersedia atau tidak, Ramadhan tetap menjelma. Siapa yg bersedia, alhamdulillah. Sape yg tidak bersedia, koreksi diri lagi. Masih belum terlewat untuk sedar. Dalam tidak kesediaan kita, Allah masih lagi memanjang umur kita sampai ramadhan kali ini. Jadi, syukurilah peluang yang diberikan kepada kita untuk memperbaiki segala kelemahan diri dan bertaubat.

Ramadhan Perubahan


Alhamdulillah sekarang dah hampir semingu kita berpuasa. Saya mengajak diri saya dan anda sekalian, untuk mengambil peluang beberapa hari lagi ini sebagai peluang perubahan. Dengan sikap kita yang acuh tak acuh dengan dosa. Masih lagi Allah beri peluang kepada kita untuk berubah. Ada yang sudah mempunyai niat berubah, namun masih ragu-ragu untuk bergerak. Ada yang sudah bergerak berubah, namun terhenti di pertengahan.

Keperluan untuk perubahan itu semakin memuncak, dengan peningkatan usia. Jika tidak mahu berubah sekarang, di masa akan datang belum pasti akan diberi peluang oleh Allah. Esok belum pasti akan menyapa kita. Malah sedetik lagi pun belum tentu hidup. Jangan sangka usia itu milik kita. Jangan sangka sihat, akan umur panjang. Tiada siapa yang dapat menjamin anda untuk hidup lagi sedetik yang akan datang. Anda berani jamin? Marilah menyedari bahawa kesedaran untuk perubahan adalah satu keperluan. Perubahan bukan satu kemestian, tapi ia satu keperluan.

******************
Mari Berubah

Saya seru diri saya dan kalian semua, studiomate saya, semua ahli kelab Arcisa, semua ahli Kelab Amass dan juga rakan-rakan saya, marilah berubah di bulan ramadhan. Ramadhan adalah titik tolak yang terbaik merealisaikan impian syurga kita. Jangan lepaskan peluang ini...!!!

1. Berhenti merokok
org kapir boleh, org muslim?
Kepada yang merokok, berhentilahlah terus di bulan ini dengan kesedaran bahawa rokok pembawa mudhorat dan sia-sia. Sempena ramadhan yang anda mengurangkan bilangan sedutan, ambil lah langkah untuk berhenti terus. Sesungguhnya Rokok itu Haram disisi Allah.


2. Menutup Aurad

Kepada wanita-wanita yang masih ragu-ragu untuk menutup aurad. Mulakanlah perubahan untuk menutup aurad bermula dari bulan Ramadhan ini. Sedarlah bahawa, menutup aurad dan menjaga kehormatan diri itu adalah perintah Allah. Bukan perintah manusia. Tidak perlu takut dengan perkataan 'Hiporkrik'. Jika terus istiqomah melakukannya, insyaAllah, 'hiporkrik' tak tersembur dibibir pengumpat setia.


3. Mencukupkan kain
Saya seru juga kepada wanita yang bertudung. Marilah tutup aurad dengan sebenar-benarnya. Sedarlah, Allah menyuruh agar wanita menutup aurad, bukannya memakai tudung. Tudung yang masih tidak menutup aurad adalah bidah (malah sesat). Tak perlu lah ikut ikon muslimah yang tak tahu cara menutup aurad. Dia bukannya tuhan kita. Ikutlah Syariat. Tutuplah Aurad.


4. Cukupkan 5 Waktu
Kepada yang masih tidak cukup solah 5 waktunya (terutamnya solah subuh). Cukuplah beralasan dengan alasan tertidur atau sebagainya. Sedarlah bahawa Solah merupakan salah satu rukun islam. Jika solah tiada, jadi layakkan kamu mengatakan kamu 'muslim'. Jadi, bertitik dari bulan ini, tekadkan diri untuk mencukupkan lima waktu.
5. Solat Jemaah
Kepada yang masih liat solat jemaah. Ringankanlah kaki menjejak ke rumah Allah. Jika kamu boleh solat jemaah di bulan Ramadhan, masakan dibulan lain tidak mampu. Jangan bertuhankan ramadhan. Tapi pergilah ke surau, kerana disitu letaknya nilai yang tinggi disisi Allah. Sungguh Alah lebih menyayangi pemuda yang hatinya terikat dengan masjid.
(banyak lg, tp sy letak yg mana penting dulu)

*******************

Azam Ramadhan
and to change
Azam baru ketika di Tahun Baru kalendar orang kafir, masih lagi tidak ditunaikan. Azam Awwal Muharram pun masih lagi tak buat. Apa kata kita mulakan azam di bulan Ramadhan. Saya percaya, setiap perbuatan dimulai dari niat. Azam itu juga niat. Jika anda sudah berazam, insyaAllah, Allah akan mudahkan langkah kearah perubahan. Ini kerana di dalam Ramadhan....

1. Mudah melakukan ibadah
Dibulan ini Allah mudahkan segala urusan. Setiap perkara yang mahu dilakukan terasa ringan. Kalau tak percaya, lihatlah di surau. Ramai yang datang ke surau. Padahal di bulan lain, muka pun jarang nampak. Jika anda susah mahu berubah, Allah akan mudahkan di bulan ini, insyaAllah.

2. Syaitan dirantai
Rasulullah SAW bersabda:

“Telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa”. (HR Ahmad)

Di bulan ramadhan, syaitan dirantai. Yang tinggal hanya kehendak atau nafsu kita sahaja. Jadi mudah la sikit nak lawan nafsu tu. Masa ni lah senang nak didik nafsu jadi baik. (jika anda masih berperangai teruk walaupun syaitan telah dirantai, makna syaitan itu, adalah _______ .) (fill in the blank with the correct answer, huhu)


3. Doa Mudah Makbul
Dibulan inilah, doa mudah dikabulkan. Dibulan inilah mudah untuk dapat pengampunan Allah. Maka doalah untuk perubahan kita kepada yang lebih baik. Bertaubat dengan sebenar-benar taubat, agar selepas ramadhan berlalu kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Jika benar pada caranya dan niatnya, insyaAllah makbul doa.

4. Suasana yang baik
Dibulan inilah, bulan yang paling soleh suasana berbanding bulan-bulan lain. Suasana memain peranan penting dalam mendidik diri. Kalau perokok mahu tinggal rokok, kena ada suasana orang yang tidak merokok. Kalau tidak susah nak tinggal. Di bulan Ramadhan pula, susana ibadah yang ada. Jadi mudah untuk kita berubah kearah yang lebih baik.

(banyak lagu nak tambah, tp sebab nak bg entry jd pendek, sy tulis sebahagian shj)

Kerana Anda mampu Mengubahnya


Pokoknya, marilah berubah kepada yang lebih baik. Yang masih bergelumang dengan tegahan Allah, mulalah meninggalkannya. Yang masih tidak melaksanakan perintah Allah, laksanakanlah dengan penuh kefahaman. Yang sudah merasakan diri sudah meninggalkan tegahan dan melakukan suruhan Allah (perasan baik), marilah mencari jalan agar Allah lebih mengasihi kita. Kerna saya yakin, perubahan itu senang dilakukan jika ada kemahuan. Dan saya juga percaya, Anda (saya juga) Mampu Mengubahnya!.  :)

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berjihad (berusaha bersungguh2) untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan  Kami (menjadikan mereka gembira dan beroleh keredhoan). Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik (yg berusaha memperbaiki amalannya). 
(Al-Ankabut:69)

Apa-apapun apa yang saya beri adalah Teori (tapi teori yang benar). Sekadar teori tidak mencukupi untuk berubah. Hakikatnya anda (kita) sendiri perlu mulakan bergerak menuju perubahan.
Peluang ini hanya datang setahun sebulan sahaja. Kautlah segala yang termampu untuk berubah. Mari tubi hati kita dengan kebaikan. Agar selepas ramadhan berlalu, kita sudah terbiasa dengan kebaikan. Dengan itu kita bisa istiqomah dalam kebaikan. Jadikanlah ramadhan ini, RAMADHAN PERUBAHAN.
.::Ramadhan Kareem::.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...