Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Friday, September 30, 2011

Penyembelihan Dan Survival IPT

Akhirnya diberi kesempatan untuk updated. Lama simpan niat nak menulis. Namun atas alasan sibuk, maka tergendalalah blog ini. Sekarang ni pun masih sibuk, tapi curi-curi sikit masa untuk updated. Moga sedikit yang disampaikan sampai pada hati-hati yang lembut, hati yang dahagakan kebaikkan buat dirinya dan orang lain. (diri saya)
x de kaitan
Teori vs Praktikal
Entri adalah mukaddimah untuk siri survival IPT. Ini kerana melihat diri saya, dan juga pelajar yang baru masuk IPT, kelihatan majoritinya hanyut dengan suasana jahiliyah. Saya terpanggil untuk menulis, sungguhpun diri ini masih lagi banyak yang perlu diperbaiki. Saya menulis siri ini juga kerana saya melaluinya. Dan saya merasakannnya.  

IPT bukanlah tempat permainan kita. Ia adalah satu tempat yang mencabar keimanan dan ketahanan jiwa. Ia bukan lagi tempat untuk anda berteori, ia adalah tempat untuk melaksanakan teori tarbiyah dahwah yang kita lalui. Tempat menguji tarbiyah kita, samada terus berkembang atau terus layu dan kering diracuni jahilliyah. Ia realiti. Saya telah lihat ramai yang hanyut bila tiba di IPT. Dugaan itu tidak mengira apa pangkat dan ilmu anda. Daie sendiri pun boleh tertipu dengan suasana. Inikan lagi orang yang ‘biasa-biasa’ saja.

Penyembelihan?
Mari kita renungi kata-kata Sayid Abu Al-A’la Al Maududi ketika memberi ucapan buat graduan-graduan yang sudah tamat universiti.
Maududi
"Wahai pelajar! kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggi saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung jiazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu saat ini.

Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.


Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan teruk. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini.
"


Graduan Zombie
Jika anda seorang yang prihatin, pastinya anda sudah dapat tangkap apa yang cuba beliau sampaika. University atau IPT di Negara ini atau diluar Negara, tidak mampu melahirkan orang yang hidup. Ia hanya melahirkan para graduan robot. Genius tapi menggunakan ilmunya untuk menyeleweng dan sebagainya. Tinggi ilmunya, tapi rendah budi pekerti. Benarlah satu ungkapan “Havard produce genius but not soul”. Graduan hidup didalam jasad, tapi mati hatinya. Tidak ubah seperti Zombie, mayat yang hidup tanpa jiwa.


Suasana yang membunuh
Suasana-suasana di IPT telah lama diracuni budaya-budaya jahilliyah. Contoh untuk saya punya kos memang banyak. Percampuran lelaki dan perempuan tanpa batasan. Lelaki perempuan bertepuk tampar sesama mereka. Solah dilewat-lewatkan. Yang tidak solat pun banyak. Suasana-suasana beginilah membunuh jiwa-jiwa manusia. Suasana adalah peranan penting dalam pembentukan jati diri seseorang. Mereka-mereka yang keluar dari sekolah agama pun, tidak lepas dari ancaman susana tidak syara’ itu. Walaupun kadang-kadang kita rasa kuat, tapi sebenarnya suasana itu mengikis sedikit demi sedikit akhlak islamiyah kita. 

 
Dengan itu jika kita mahu survive dalam IPT, kita perlulah mengambil tindakan melakukan sesuatu agar tidak hanyut. Medan teori sangat berlainan dengan medan praktikal. Jangan kita mengambil enteng dalam hal ini. Jadi dengan itu saya cuba untuk berkongsi sedikit apa yan saya alami di IPT, dan cara untuk survive didalam suasana toxic itu.

Luka-luka yang belum sembuh
Akhir kata, marilah kita menyedari dahulu, bahawa keadaan di IPT sememangnya tidak membina iman. Di IPT lah banyaknya yang telah jatuh ke lembah ke‘Futur’an. Luka-luka hari ini disapukan penawar, sedang luka-luka kemarin masih belum menunjukkan tanda-tanda penyembuhan. Jadi bagaimana kita mahu survive didalam keadaan luka-luka yang banyak itu? 


Langkah pertama- Sedar dan Bersedia
Dengan itu saranan saya yang pertama, ialah menyedari bahawa IPT bukanlah tempat yang biasa. Ialah tempat yang memerlukan kekuatan dan jati diri yang kuat. Moga dengan kesedaran akan realiti suasana itu kita akan membuat persedian secukupnya untuk menghadapinya. InsyaAllah jika dipanjangkan umur saya, saya akan berkongsi dengan korang mengenai cara untuk survive dalam dunia IPT. Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini.

Rujukan
~ http://asrul85.multiply.com/journal/item/46
~http://syauqani.blogspot.com/2009/12/universiti-adalah-tempat-penyembelihan.html
.::Wallahua'lam::.

Monday, September 12, 2011

Si Pencuri (A.S.I.F.A.H)

Maaf jika design tidak cantik. Masih belajar-belajar guna Adobe Photoshop. Mohon komen untuk pembaikkan. Jika anda merasakan ia berguna bagi anda, copy lah. Asalkan ia digunakan untuk kebaikkan. Semoga Allah redho..

mohon komentar anda
Bait-bait kata diatas sebenarnya puisi (walaupun x nampak seperti puisi). Saya bukan pandai bersastera, jadi, maafkan saya jika pengunaan perkataan saya merosakkan Sastera Bahasa Melayu. huhu. Saya pernah post puisi ni dulu. Maaf jika boring :P.

Batasan Fitrah
Saya menulis puisi ni ketika hati saya tidak mampu menjaga hati saya. Perasaan kasih sayang (cinta) adalah  perkara fitrah. (Juga menunjukkan saya lelaki normal, hehe). Saya tahu itu. Namun fitrah apabila tidak dikawal dengan iman. Nafsu akan menguasainya. Bagi saya perasaan-perasaan yang hadir itu hanyalah mainan syaitan. Perasaan itu hadir mungkin atas sebab kita tidak menjaga pandangan.


Kelemahan Lelaki
Lihat perenggan kedua. Jika anda memahami maksudnya, ia adalah menunjukkan, kelemahan lelaki adalah wanita. Seperti mana nabi Adam turun ke bumi kerana pujukan Hawa untuk memakan buah zaqqum. (kalau x silap lah). Kalau ia tidak benar sekalipun, percayalah, memang lelaki lemah dengan perempuan. Sebab saya lelaki, saya merasainya.

Simpulan Bahasa (Kesimpulan)
So, point saya ialah, kepada wanita-wanita diluar sana. Please, jangan goda (curi hati) lelaki dengan senyuman kalian. Dengan wajah ayu kalian. Seriously, ia menyusahkan lelaki yang mahu menjaga hatinya. Senyumlah sekadar yang perlu, tapi jangan terlalu manis. Nanti kena kencing manis pula (lawak bai). Keraskanlah sedikit suara ketika berbicara agar lelaki yang mahu menjaga hati, tidak tergoda dengan kelunakkan suara kalian.

Asif
Besederhana dalam melakukan sesuatu. Maaf jika saya pernah berpaling/mengelak dari sesiapa (wanita) sebelum ni. Maaf sebab saya tidak mampu. Jadi bagi saya, mengelak adalah lebih baik dari saya terus terjerumus dari bayang-bayang yang belum pasti (maksudnya membayangi dan mengadai macam-macam). (saya tahu ada yang terasa hati (bukan jatuh hati) dengan saya, dulu-dulu)

Maaf, sebab saya mahu menjaga hati saya yang sudah kotor, dari bertambah kotor. A.S.I.F (ingat nak buat post pendek je, dah terlajak pulak)(=_=)"

.::Jangan Suka Mencuri::.

Monday, September 5, 2011

Raya Kemerdekaan

Entri ini mungkin agak kelewatan sedikit untuk ditulis. Sebab Sambutan Kemerdekaan sudah berlalu beberapa hari yang lalu. Namun tidak mengapa, sebab entri ini tidak rigid (kaku) pada masa tertentu. Sebelum itu, saya ingatkan supaya anda sekalian tidak terasa dengan penulisan saya. Saya tulis bukan hanya ditujukan khas kepada sesiapa. Ia adalah penulisan umum, untuk memperingati diri saya disamping mengajak orang lain. Selamat membaca :).


Allahuakbar! Merdeka!

Allahuakbar-Allahuakbar-Allahuakbar, laungan takbir raya kedengaran di Masjid-masjid menandakan kemenangan umat islam berpuasa selama sebulan. Keesokkan harinya, orang akan melaungkan merdeka-merdeka-merdeka. Sedangkan syaitan sudah pun melaungkan nya semasa syawal menjelma. Syaitan gembira, sudah tidak dirantai. hoho

Kemerdekaan Mereka

Di hari raya tahun ini, kemerdekaan, dirasai pelbagai golongan makhluk.

Golongan mukmin, merasakan merdeka kerana mampu memerdekakan diri dari hawa nafsu. Nafsunya telah didik dengan baik agar tidak menguasai tindak tanduk dirinya. Yang telah berjaya memerdekakan iman dari belengu nafsu.

Golongan muslim biasa, merasakan kemerdekaan kerana, ramadhan sudah tamat, kini dirinya boleh makan seperti biasa. Dirinya merdeka dari Ramadhan yang membelit kemahuannya dari membuas sebulan yang lepas.

Golongan syaitan merasakan merdeka, kerana sudah tamat tempoh dirinya dirantai. Ia boleh melaksanakan misinya kembali. Dirinya merdeka dari rantaian Allah untuk menghasut anak-anak adam untuk terus mungkar terhadap Allah.

Merdeka dalam Penjajahan


Kemerdekaan bermaksud kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu (sila lihat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka). Apa pula erti kemerdekaan menurut kamus hidup orang melayu kita? Ramai yang memahami bahawa kemerdekaan itu adalah kejayaan membentuk dan memimpin negara sendiri. Namun apa yang ada kini hanyalah negara yang sekular, yang menuruti tingkah laku penjajah. Itukah merdeka buat kita?

Launglah sekeras dan sebanyak mana pun, laungan merdeka, diri masih tidak merdeka. Kenanglah jasa mereka yang memerdekakan Negara ini, tapi penjajah tidak berganjak selangkah pun dari tanah air ini. Berbanggalah dengan kemerdekaan kita, Allah memandang hina dengan kemerdekaan kita. Yang dilaungkan hanyalah laungan kebodohan. Menyatakan diri sendiri bodoh di hadapan penjajah-penjajah.

Adakah itu Kemerdekaan?

Kita masih tidak mengecapi kemerdekaan. Tak kira secara fizikal atau secara batinnya. Secara negaranya atau pun secara fikirannya. Tidak ada. Jika sudah merdeka, mengapa sistem yang sepatutnya tertegak di muka bumi (Malaysia) ini, tidak ada? Jika sudah merdeka fikiran, mengapa masih berluasa maksiat. Tidak cukup akal yang sihat untuk buang anak? Akal tak cukup merdeka untuk memahami erti buruk dan salah. Lihat sajalah bagaimana raya disambut, lihatlah bagaimana kemerdekaan disambut. Buka televisyen, ada yang apa? Hanya hiburan melalaikan. Penuh dengan industri maksiat. Adakah itu erti kemerdekaan kita?

inilah sambutan raya kita..
inilah merdeka kita


Kemerdekaan Qalbu

Saya tulis ini berdasarkan tulisan Murobbi saya. Tapi diolah dalam gaya bahasa saya. Apakah erti kemerdekaan itu? Syeikh Abdul Hamid Jasim al Bilali telah menulis dalam kitabnya yang bertajuk, ‘Al Bayan Fii Madkhalisy Syaitan’.

Ibn Taimiyah menjelaskan bahawa “Kemerdekaan adalah kemerdekaan qalbu, dan peribadatan adalah peribadatan qalbu, sebagaimana juga kekayaan adalah kekayaan jiwa”

Rasullullah ada bersabda

“Kekayaan itu bukanlah harta benda yang banyak, namun kekayaan itu adalah kekayaan jiwa” (Diriwayatkan oleh Syaikhani)

Jelas sekali ayat diatas, bahawa kemerdekaan adalah sesuatu yang lahir dalam jiwa atau hati. Bukan hanya merdeka secara zahir. Kemerdekaan juga adalah buah hasil kejayaan dari pengendalian jiwa dari hawa nafsu. Merdeka dari nafsu yang membelengu tindak tanduk kita (spt yg telah sy tulis diatas). Apabila nafsu menjadi hamba kepada tuannya (diri kita), maka itulah erti kemedekaan sebenarnya.

Merdeka Jiwa Walau Hamba

Terdapat pelbagai contoh dalam sirah-sirah sahabah. Membuktikan merdeka itu bukannya satu khayalan para alim ulamak. Bilal bin Rabah, seorang hamba yang disiksa dan dijemur di tengah panas. Beliau sanggup mati dengan kalimah kemerdekaan dalam hatinya. Biar jasad terbakar hangit, asal diri merdeka disisi Allah s.w.t. Lihat pula pada sirah Zinirah, seorang hamba kepada orang paling bengis, Umar Al-Khatab. Diseksa dan dibutakan matanya oleh Umar Al-Khatab (ketika jahilliyah). Namun hati tetap teguh dengan keesaan Allah. Matanya terang hanya memandang pada keredhoaan Tuhan yang satu.

Lihat pula pada figur mesir era sezaman Assyahid Syed Qutb. Mereka adalah pejuang-pejuang kemerdekaan yang dipenjara. Namun hatinya merdeka. Maka penjara terasa nikmat baginya. Mereka dihukum mati. Tapi hatinya hidup dengan nur keimanan yang teguh terhadap fikrah yang dipegangnya. Sungguh diberikan wang yang banyak untuk meninggalkan dakwahnya. Sungguh pun dirinya didesak untuk mengaku kesalahan yang tidak dibuatnya. Hatinya tetap merdeka untuk memilih dan menentukan corak kehidupannya. Kerana apabila hati itu sudah merdeka, maka tiada apapun yang akan dapat mengikat hatinya. Tiada tipu daya manusia yang dapat membahayakannya. 

Tersenyum di tali gantung
Muhasabah Ramadhan

Dengan itu mari menilai kembali madrasah Ramadhan yang kita lalui selama sebulan. Apakah nafsu masih lagi menguasai diri kita? Setelah sebulan nafsu dipupuk dengan berlapar, apakah kita masih lagi diperhambakan nafsu? Jika masih juga ditahap lama, apakah erti menyambut Raya dan Kemerdekaan? Raya keraian bagi mereka yang menang. Menang melawan nafsu. Merdeka hanyalah untuk mereka yang merdeka jiwanya dari kokongan nafsu.

Raya Kemerdekaan 

Nilailah diri anda sendiri. Saya yang menulis bukanlah beerti saya sudah merdeka jiwa. Saya juga berada dalam proses pembaikan. Sebagai penutup bicara, saya ingin memetik satu kata-kata dari radio IKIM (lebih kurang la bunyinya). Buat apalah kita sibukkan diri kita untuk bertemu Ramadhan tahun hadapan. Sekaranglah masanya untuk sibuk berubah dan melawan nafsu. Sekarang lah masa untuk istiqomah dalam melakukan kebaikkan. Untuk apa diharapkan Ramadhan hadapan, jika amalan tetap sama di bulan-bulan lain? Sekaranglah masa untuk merealisasikan perubahan. Tahun depan belum pasti tiba, tapi apa yang kita ada ialah sekarang. Mari merdekakan diri, S.E.K.A.R.A.N.G!

Kepada pejuang-pejuang kemerdekaan dan mereka yang mahu menegakkan khalifah. Marilah kita memerdekakan diri kita dahulu sebelum menyeru org lain. Bukan beerti kena sempurna baru nak menyeru. Ambillah konsep ‘menyeru sambil memperbaiki diri’. 
sumber rujukan
- Kemerdekaan Menurut Islam
- Apakah kita telah menikmati Kemerdekaan yg sebenar?

.::Bebaskanlah dirimu::. 
.::Selamat Hari Raya, Maaf dipohon, Zahir mahupun Batin::. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget