Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Saturday, July 30, 2011

Blogger Alert!

Assalamualaikum. Maafkan saya kerana sudah lama tak updated. Kebelakangan ni terasa seperti berlaku fenomena penurunan iman. Nak updated, tapi tangan tidak mampu menulis. Mahu renspon terhadap pelbagai perkara, tapi tersekat di minda sahaja. Alhamdulillah, hari ini Allah bagi kesempatan untuk saya menulis. Dan atas sebab itu, saya ingin memperingatkan diri saya dan diri anda tentang penulisan yang berkesan. Entry ini menjelaskan 4 perkara yang blogger perlu alert sebelum menulis entry (terutamanya diri saya).

1. Hati Bersih


Untuk menulis kita memerlukan hati yang bersih. Kerana dengan hati yang bersih, penulisan kita akan lebih bermakna. Penulisan yang baik adalah yang lahir dari hati yang baik/bersih.  Saya yakin dengan konsep "orang yang tidak mempunyai sesuatu, tidak mampu memberi sesuatu". Jadi saya percaya memulakan penulisan memerlukan hati yang bersih.


Jika hati tidak bersih ketika itu, maka penulisan kita akan menjadi kosong. Tak bermakna. Kalau macam saya, saya jadi tak mampu menulis dengan baik. Sungguh pun dapat menulis (dlm keadaan hati x bersih), penulisannya akan berbaur unsur2 yang tidak baik. Seperti penulisan yang berbaur menyalahkan orang lain, menkritik orang dan berdebat.

2. Niat menulis.

Niat adalah perkara yang paling utama dalam setiap perbuatan. Setiap perbuatan dimulai dgn niat. Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:

“Sesungguhnya setiap amal perbuatan itu adalah bermula dengan niat. Dan Sesungguhnya setiap manusia menerima (pahala amalnya) mengikut apa yang diniatkannya…”. 

Tidak logik jika membuat sesuatu tanpa niat. Dalam islam niat adalah perkara yang utama dalam soal penerimaan ibadah. Ibadah yang tidak dimulai dengan niat kerana Allah adalah ibadah yang sia-sia.


Dan ketahuilah bahawa kehidupan manusia adalah satu ibadah juga. Setiap perbuatan adalah adalah ibadah jika kita niatkan kerana Allah (utk perkara yang baik shj). Jadi penulisan adalah termasuk salah satu daripadanya (ibadah). Syaratnya ialah, niatkan kerana Allah.  Jika tidak, apa yang kita tulis insyaAllah akan sia-sia.

3. Tetapkan Matlamat

Anda boleh bayangkan orang yang tidak ada matlamat dalam hidupnya? Kehidupannya akan diisi dengan perkara yang mensia-siakan. Contohnya mudah, remaja yang tiada matlamat, akan melakukan perkara sia-sia, seperti merempit, hisap dadah dan sebagainya.


Matlamat juga boleh mengelakkan anda menerewang kosong. Penulisan yang bermatlamat lebih digemari dan lebih bermanfaat, dari penulisan yang merapu meraban tanpa matlamat. Saya yakin, matlamat yang baik, akan membawa kepada hasil yang baik. Dan ketahuilah, matlamat yang paling baik itu adalah untuk mencapai keredhoan Allah.

Rasulullah ( صلى الله عليه وسلم ) bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak menerima daripada amalan itu kecuali yang ikhlas dan mencari keredhaan-Nya”. 
(Menurut al-Albani, Hadis Hasan)

Tersasar?
Namun 2 perkara itu (niat dan matlamat) bukan perkara yang mudah. Manusia adalah makhluk pelupa, dan sering kali akan terlupa matlamat menulisnya. Saya tahu, pada awalnya anda niat yang baik, tapi bila dipertengahan sudah jadi lain. Saya tahu ada dikalangan blogger mempunyai matlamat yang baik, namun akhirnya lari jauh dari matlamat asal.

Jadi kita kena selalu diperingati. Sebenarnya ada banyak penulisan yang mampu menyedarkan kita, diantaranya (yg sy tahu) ini,
Tapi Sebenarnnya Tidak - blog Bayyinat
Mengapa Menulis? -blog Bayyinat
Blog menjadi Ibadah - Blog Brohamzah
Blog Anda -Blog Brohamzah
InsyaAllah, ia boleh memperjelaskan matlamat menulis korang, dan membetulkan niat korang menulis.

4. Cara

Lagi satu perkara yang penting ialah cara. Jika matlamat dan niat sudah benar. Caranya juga perlu Benar. Maksudnya tidak melanggar syara'. Saya ambil contoh, ialah mahu terangkan bahawa rogol adalah satu dosa besar, tapi dalam entrynya dia bubuh gambar  wanita sedang ghairah. Adakah dengan niat yang baik, diterima Allah dengan jalan yang salah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Gunalah cara dan jalan yang tidak melanggar syara'.

Akhir Kata

Jika ada orang mengatakan Terlampau agungkan bilangan follower ni,adalah Criminal In Blogging. Maka pendapat saya, criminal in blogging adalah mereka yang tidak memperbetulkan niatnya dan memperjelaskan matlamat dalam bloging.  Saya akhiri entry pendek saya dengan satu kata-kata dari blog 360 darjah (Zulkarnain )

"Blogging bukan kita ambil kira templatenya mahupun followersnya.. Akan tetapi isi apa yang ingin penulis sampaikan.. Followers ramai "Alhamdulillah" kalau tak ramai pun "Alhamdulillah". Cantik tak cantik templatenya, boleh tukar dan update, asal niat dan matlamat hanyalah kerana Allah " :-)
-By 360 darjah owner-


Sekian sahaja untuk entry paling boring ni...
.::Wallahua'lam::.

Sunday, July 17, 2011

Inspirasi Tikus Menakluki Dunia

Assalamualaikum... Sebelum saya mulakan Entry saya ini, saya ingin minta korang tengok dulu video ni.



Rancangan Yahudi

Ya, saya tidak mahu bincang soal cerita ni cerita yahudi atau apa. Saya cuma mahu anda membuka mata (jgn tido). Sama-sama ambil sedikit pengajaran.


Si Otak dan Si Merah Jambu


Apa yang anda boleh nampak dari video tersebut. Jika anda seorang yang berfikiran bijak dalam menilai. Awal-awal lagi sudah dapat tangkap maksud saya.

Cartoon ni disiarkan pada zaman saya sekolah rendah dulu-dulu. Sekarang ni dah tak tersiar dah. (tp dlm you tube ada lg kot). Bagi yang tidak pernah melihat cartoon ni. Saya akan bagi sinopsis sikit.

Cartoon ini mengisahkan 2 ekor tikus makmal. Yang ingin menakluki dunia. Tikus kurus yang bernama Pinky adalah seorang (seekor) tidak bijak, manakala sahabatnya seekor lagi tu bernama Brain, dan dia tikus yang Bijak. Setiap episod memaparkan bagaimana mereka mahu menakluki dunia. Setiap episod akan bermula dengan adegan yang sama,
iaitu Pinky akan tanya pada Brain, 

"Apakah yang akan kamu lakukan malam ini?".

Dan Brain akan menjawab

"Ya Pinky, perkara yang sama kita lakukan setiap hari, iaitu cuba untuk menakluki dunia"

(translate tidak bertauliah).

Terinspirasi

Dulu kecik-kecik, tak da la rasa apa-apa. Tapi bila ia diungkapkan kembali. Saya menyedari. Saya terinspirasi. (sebenarnya murobbi saya yg ckp pasal ni). Dalam hati saya bermonolog "Kenapa la kecik-kecik dulu aku tidak menyedarinya?"

Tikus Kecil Berjiwa besar.


Seperti yang anda tahu, mereka adalah tikus. Ya tikus makmal. Tau tikus makmal ni keje apa? Jadi bahan expriment la. Tapi lihat akan mereka, berjiwa besar. Kecil tapi berjiwa besar. Cita-citanya, MENAKLUKI DUNIA.

Seperti yang saya tulis kat atas tadi, setiap episod pada awalnya mesti ada adegan pertanyaan Pinky kepada Brain. Minda akan ditubi, memperjelaskan matlamat hidupnya pada setiap hari. Agar matlamatnya tidak tersasar. Agar hariannya tidak keluar dari matlamat utama.

Ketika diwaktu orang lain tidur, mereka bangun. Setiap hari mencari penyelesaian menakluki Dunia.

Dan mereka selalu gagal. Kalau tidak mesti tak buat cartoon series. (huhu). Namun mereka tidak pernah berputus asa. Terus-menerus merancang. Ya Brain mungkin pintar, dan Pinky memang bodoh, namun bukan kepintaran dan kebodohan menjadi utamanya. Yang utama ialah kesungguhannya dalam merealisaikan cita-citanya.

Realitas Diri Ini

Saya tidak mahu melihat pada diri orang lain. Saya ingin lihat realiti dalam kehidupan saya sendiri.

Berjiwa kecil
Saya terlalu memikirkan soal yang remeh temeh, berbanding soal yang besar. Perbincangan harian bertemakan Movies, games dan hiburan. Kerja harian, hanya main internet, makan, minum, dan tidur.




Berfikiran Pendek
Saya hanya memikirkan nampak sesuatu yang pendek. Jika ditanya mengapa Belajar? Saya akan menjawab,
"Saya nak jadi Arkitek. Kalau tak belajar, gaji yang dapat pun sikit."

Kenapa gaji perlu banyak? jawabnya

"Sebab harga minyak dah naik, barang dah naik. Semua dah naik. Nanti apa yang aku nak bagi Bini dan anak-anak aku makan nanti kelak?"

Matlamat dunia adalah matlamat yang pendek.

Lemah Semangat (himmah) dan Mudah putus Asa
Saya telalu takut menanggung risiko. Saya malu untuk mencuba. Kerana saya lemah himmah. Saya tidak rela dipandang lemah, sehingga tidak mahu menanggung risiko dalam meningkatkan potensi diri. Saya pernah memalukan diri sendiri, kemudian sudah tidak mahu melakukannya lagi. Sedangkan dengan cara itu dapat meningkatkan potensi diri.


Muslim Berjiwa Besar

Cukuplah dengan segala kelemahan dalam diri. Ambil pengajaran dari cartoon tikus berjiwa besar ini. Sifat yang ada pada tikus tersebut perlu tersemat dalam akhlak dan peribadi jiwa muslim.

Muslim yang berjiwa besar adalah mereka yang selalu bukan hanya memikirkan hal sendiri, namun diambil kira untuk kesejahteraan orang lain. Fikirannya tidak disentuh oleh perkara yang remeh temeh. Akalnya hanya memandang tepat pada matlamat yang besar. Mengembalikan kegemilangan Islam yang diruntuhkan beberapa tahun yang lalu.

Ideanya bernas, fikirannya cerdas. Bukan hanya berfikir, tapi mampu bertindak semampunya. Hari-harinya hanya memikirkan bagaimana untuk membebaskan manusia dari cengkaman jahilliyah yang merosak masyarakat. Hiburan tidak menjadi bual bicaranya. Setiap kalimah yang dituturkan, bermanfaat untuk sejagat.  

Diwaktu orang lain, lalai dengan dunia, mereka sedar dan mereka menyedarkan orang lain. Matlamatnya jelas, mencapai redho Allah. Masuk syurga bertemu Rabnya. Dan berkata
"Ini buktinya apa yang telah aku lakukan untuk membantu agamaMu, semampuku"


Owh, sungguh masih jauh lagi diriku denganMU ya Allah. Masih berjiwa kecil didalam sangkar jasad yang kian membesar ini. (abaikan ayat ini, hanya monolog saya)

Akhir kalam dari saya, setiap manusia ada peranannya masih-masing. Walau sekecil mana pun diri kita, walau sekecil manapun amal kita. Jika anda berfikir dan melakukannya kerana Agama Allah. Sungguh, peranan anda dalam masyarakat dinilai oleh Allah. Tiadalah amal yang besar dipandangan Allah, dari berusaha memperbaiki diri dan masyarakat sejagat. Menjadi Rahmatan lila'lamin.
Saudara, jadilah muslim berjiwa Besar!! (cukup disini, saya tidak mampu meneruskan. Nanti saya akan nangis)

.::Owh, berjiwa besar? Aku masih jauh::.

Monday, July 11, 2011

Pabila Habuk Tidak Sia-Sia

Berhabuk blog tidak sia-sia?

Wow sudah seminggu tidak mengupdate blog. Namun kesepian ini, insyaAllah tidak sia-sia. Dalam seminggu ni kena tumbuk beberapa kali hati ni dengan artikel-artikel yang cukup menyedarkan. Antaranya artikelnya adalah dari blog Brohamzah, yang bertajuk Berapa Kerapkah anda Menulis blog?. Dan juga Blog Bayyinat dalam karyanya bertajuk Mengapa Menulis?. Habuk blog, pun habuklah. Asalkan Matlamat menulis itu tak lari. Menulis tapi hati berhabuk, apa guna? huhu (sama2 perbaiki diri).


Kisah Habuk dan Sia-Sia

"Azam, nanti bersihkan kipas setiap bilik ye. Termasuk ruang tamu sekali tau." kata seorang ibu mithali kepada anaknya yang ketiga. Anaknya Abdullah Azam sedang bercuti panjang. Dikesempatan inilah umminya akan mengembeling tenaga anaknya itu untuk membersihkan rumah.

gambar hiasan shj

Azam memanjat tangga yg dipinjam jiran sebelah rumahnya. Lalu terus membuat persiapan untuk melaksanakan tujuan murni umminya. Apabila tangga sudah dipanjat, matanya memandang habuk-habuk yang melekat pada bilah kipas. Dia mengeluh.

Kenapa Allah ciptakan habuk ni? kalau takda habukkan senang. Tak sia-sia ke Allah ciptakan habuk dimuka bumi ini?

Ciptaan yang sia-sia


Komputer otak Azam cuba mencari perkataan 'sia-sia' di kotak memori. Minda di bawa ke satu suasana di dalam surau tamannya. Dimana seorang ahli jamaah bertanya pada si Ustaz yang memberi Ceramah pagi pada setiap hari minggu. Soalannya lebih kurang begini.Dalam Ayat Quran surah Ali Imran ayat 191

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Jadi persoalannya, takkan tak boleh mengambil sebahagian intipati dari khinzir untuk dimanfaatkan buat seluruh alam. Contohnya kita ambil geletin dari Khinzir sahaja, untuk dibubuh dalam makanan"

Ustaz itu menjawab
"Khinzir itu ada manfaatnya. Namun manfaatnya bukan secara fizikali. Tapi lebih kepada pengajaran. Diantara contoh yang boleh kita ambil dari khinzir ialah anaknya sentiasa mengikut ibunya dari belakang. Anaknya itu tidak seskali melebihi Ibunya (tanda hormat). Khinzir juga berguna ketika mana Kapal Nabi Nuh alaihissalam berlayar. Khinzir akan memakan tahi yang dikeluarkan oleh haiwan lain."

Kebaikan Khinzir jangan disia-sia

Jawapan tersebut masih lagi tidak memuaskan hati Azam. Ingatannya cuba mencari perkataan 'khinzir' untuk menjawab persoalan mengenai 'sia-sia'. Kini memorinya  terpaut pada kelas Pendidikan Quran Dan Sunnah (PQS) semasa di sekolah menengah.

Ustaz Khairul pernah berkata
 "Jika membuat suruhan Allah, akan diberi pahala. Jika menjauhi laranganNya pun akan diberi pahala. Kerana Allah suruh buat yang maaruf dan meninggalkan larangan. Jadi meninggalkan larangan Allah, bermakna anda melaksanakan hukum Allah juga. Contoh mudah ialah Allah ciptakan Khinzir untuk manusia menghindarkannya (tidak memakannya), jika kamu menghindarkannya, maka akan diberi pahala, InsyaAllah."  


Memori tersebut telah menjawab persoalan bahawa penciptaan Khinzir itu tidak sia-sia. Namun masih lagi tidak menjawab persoalan 'habuk'. Habuk bukannya jenis perkara larangan Allah.


Habuk Pahala pelbagai guna

Fikiran Azam ligat mencari jawapan. Kali ini otaknya mencari perkataan 'Habuk' dan 'Sia-sia' di dalam memori. Muncullah satu memori didalam kelas sekolah menengah lagi. Arwah Ummi Halimaton pernah berleter di dalam kelas kami. Kerana kelas kami kotor. Tingkap penuh debu. Dalam kalimatnya, aku menangkap hikmat mutiara tersembunyi.
"...Allah ciptakan habuk ni untuk apa? Untuk kamu membersihkannya. Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Habuk yang diciptakan adalah satu sumber pahala buat hamba-hambanya beriman. Caranya ialah dengan membersihkannya..."

Gambar sekadar hiasan
 
Minda Tercerna

Ketiga-tiga memori kini bercamtum, menghasilkan satu konklusi positif di minda. Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.

1. Khinzir tidak sia-sia
Allah ciptakan khinzir, arak dan yang bersamaan dengannya, sebagai ujian buat manusia. Jika mereka meninggalkannya maka Allah akan memberinya Kebaikkan untuknya.

إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur [1536] yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. (al-Insaan ayat 2)

2. Habuk tidak sia-sia
Allah menciptakan habuk didunia, kerana Allah memberi ingin peluang kepada hambanya, menukarkan habuk tersebut menjadi sumber pahala.

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ
Dan tidaklah Kami ciptakan Iangit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main. (surah Al-Anbiya' ayat 16)


3. Alam adalah pengajaran buat manusia
Kita mampu belajar dari alam. Mengambil iktibar dari haiwan yang mempunyai sifat dan ciri-ciri yang baik.


الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (surah Ali Imran ayat 191)

*******************

Tiba-tiba Azam tersentak dari lamunannya. Tangga yang dinaikinya bergoyang sedikit kerana sentakan lamunan tadi. Dia beristigrfar kecil,.
"Sudah 7 minit aku termenung, huhu" monolog dirinya, lucu sendiri.
Lamunan 7 minit itu merupakan lamunan yang begitu beharga dalam sejarah hidupnya.

Sambil tersenyum, Azam memulakan kerja itu dengan lafaz bismillah. Dalam hatinya disisipkan doa dan tekad  

"Semoga Allah kira secebis amalanku ini sebagai amal soleh. Sungguh telah Kau berfirman dalam Quran 
إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ وَإِنْ تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِنْ لَدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar (An-nisa' ayat 40)
Sesungguhnya Kau tidak melupai amalan sebesar habuk, sedang sebesar zarah pun tidak terlepas dari pandanganMU. Ya Allah semoga, proses pembersihan kipas ini membersih habuk-habuk jahiliyah dalam hati ku ini sekali"


.::Tamat::. 

Saturday, July 2, 2011

Menggunakan Networked Blog di FB

Assalamualaikum... Alhamdulilah diberi kesempatan untuk updated blog yan bosan ni. Kali ni, saya nak share mengenai bagaimana mahu menggunakan Networked Blog di FB.

Tujuan
Tujuan menggunakan application ini, adalah untuk bagi sesiapa yang tiada blog, boleh follow blog yang disukai melalui Facebook mereka. Jadi bagi saya application yang baik, kerana ia boleh jadi satu medium untuk menyebar penulisan dakwah kepada masyarakat. Memang berguna.

Masalah
Perkara yang berlaku ialah, ada orang sudah follow blog itu, namun bila blog itu telah diupdated, followers itu tidak tahu pun ia telah updated. Melainkan followers tersebut pergi ke application di Facebook mereka dahulu. Namun berapa sangat orang yang rajin nak menekan application tu kan? Saya sendiri pun malas. huhu

Tanpa memanjangkan kalam, saya teruskan dengan tutorial ini.


Cara Register Blog dalam Networked blog (bagi si Blogger)

Sebelum daftar blog, anda perlu daftar Application ini. Tekan link (^_^) ini.

 1. Setelah anda register Application baru boleh register Blog. Pergi application Networked Blog dalam Facebook anda. Tekan aja button 'Register blog' kat atas tu.


2. Kemudian fill in the blank. Faham-faham sendiri. Contohnya tengok je lah gambar tu.
Selesai? tekanlah Next >


3. Pilih la yes jika anda adalah pemilik Blog yg anda daftar itu.


4. Ada 2 cara untuk varify itu adalah blog anda. Cara yg lebih senang ialah menggunakan wigdet.


5. Jika anda tekan ask freind to verify, agak leceh, sebab kena tunggu kawan kita pastikan. Jadi kalau anda tekan guna wigdet. Anda akan ke page ini.

6 Tekan install wigdet dan ambil codenya. Paste kan di Blog anda. (jika istall badge, sy x tau apa akan jadi, sebab sy guna blogger bukan wordpress)
Jika anda tidak tahu camne nak paste dlm blog,
pergi ke dashboard anda>> Design>> Add Widget>> Url and Html>> Paste>> Save

7. setelah save di blog anda. Baru anda tekan Verify wigdet. kemudian barulah ia akan tulis 'next'. tandanya, anda telah berjaya daftar blog anda!!

Setelah selesai mendaftar blog, kini saya tunjukkan cara untuk automatik post ke FB anda. Seperti yang saya katakan awal tadi, kebanyakan follower hanya tekan follow, tapi sebenarnya ia tidak follow secara hakiki.

Follow Blog Dalam FB (bagi Blogger dan Follower)

Jika anda adalah folower, sila ikut step ini utk follow.

1. Tekan button 'Follow This Blog' di blog yang anda mahu Follow. Kemudian daftar sahaja application tersebut.

Ada yang sudah follow dan daftar application namun tidak set syndication. Jadi jika mahu follow betul2, sila teruskan kepada step 2 berikut.

2. Setelah daftar, anda akan ke page ini. Iaitu page application. Tekan button 'Syndicaton' iaitu sebelah kiri di button 'register blog'(kat atas tu).

3. Kemudian anda akan dialihkan ke page ini. Anda akan nampak perkataan 'New Post from:'. tekan benda kat bawah dia tu dan pilih blog.

4. Kemudian Click 'Add Facebook Target'. Piih target dan tekan ADD.
dan


5. kemudian ini akan terjadi (lihat gambar). Tekan Publish test, untuk try samada ok ke tak publish. Kalau tak jadi maksudnya anda ada kena ubah setting FB anda.

6. Dengan itu anda akan dapat updated post blog yang anda follow. Apabila blog yang anda follow itu updated, ia akan terus post ke wall anda. Menarikkan?

**********

Sebenarnya banyak lagi fungsinya yg saya x explore. Jadi anda bolehlah explore sendiri. Antaranya anda boleh vote post yang anda suka, suggest freind untuk follow blog anda dan sebagainya..

Perhatian!!
1. Gunakanlah Application ini untuk tujuan kebaikkan. Jika anda gunakan ia untuk menyebar fitnah dan hanya untuk perkara yang sia-sia, baik tak yah. Namun siapa saya untuk menghalang anda? :(

2. Saya harap perkongsian ini boleh memberi sesuatu kepada anda. Semoga Allah kira perkongsian ini sebagai amal soleh. Jika anda kemusykilan bolehlah komen saya dibawah. Dan jika anda berjaya, bagitau lah saya. :)

.::WaAllahua'lam::.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...