Peraturan Membaca (Perhatian)

1. Jgn lalai dari perkara yg perlu diutamakan, atas sebab membaca blog ini.
2. 99.9% blog ini ditulis utk diri sendiri, dan 0.01% tu ditulis utk korang (maksudnya nasihat utk diri sendiri).
3. Jika mahu Copy ape2 disini, sila nyatakan sekali sumbernya. Agar tidak berlaku fitnah.
4. Ada sebagian post perlu di'klik' read more utk meneruskan pembacaan. (tp skrg sy x pakai dah)
5. Jika anda menekan tab komik atau dairi (kat atas tu), anda akan ke link blog yg lain (ke blog diari sy).
6. Jika ada sebarang komen, x setuju, atau cadangan, terhadap post yg sy tulis. Sila nyatakan...
7. Button follow ada kat bhgn kiri blog di bawah..

Mutiara Kata

Jika DA’WAH adalahPILIHAN, maka IZINKAN hati ini MEMILIHNYA.
Jika DA’WAH adalah KEWAJIBAN, maka KUATKAN kami MENJALANINYA
Jika DA’WAH adalah KECINTAAN, maka IKHLASKAN kami MERASAKANNYA
Jika DA’WAH adalah NADA dalam hidup, maka IZINKAN kami MEMAINKAN IRAMANYA
Jika DA’WAH adalah badai KESULITAN, maka kuatkan kami untuk mampu BERTAHAN.
Jika KEMENANGAN DA’WAH adalah TADHIYAH dan TAAT, maka ILHAMKAN semuanya pada jiwa ini...
~ABU RIDHWAN~

Wednesday, May 25, 2011

Nasyid menaikkan motivasi

Assalamualaikum warah matullahi wa barokaatuh....
Agak seminggu juga lamanya saya tidak update. Memang ia disengajakan kerana nak bagi orang baca penulisan saya yang mengenai konspirasi itu.. Sebenarnya saya tidak berniat mahu memanjang-manjang cerita disitu (artikel itu). Cuma hanya sekadar cuba menerangkan apa yang saya faham.


Semenjak cuti ni, saya ada pelbagai rancangan dalam minda. Nak buat Komik (yang sudah lama tergendala), nak tingkatkan skill melukis, mahu tingkatkan penulisan, dan lain-lain yang positif. Namun, seringkali malas itu melanda. Suka sangat bertangguh. Mungkin itu sebabnya komik saya tak siap-siap lagi dari sebelum saya masuk UITM, huhu. Kadang-kadang kurang sikit motivasi, yelah duduk rumah ni agak selesa, jadi diri ini pun naik lemak lah (maksudnya makin malas la, sy mana ada lemak, huhu). Saya juga rasa tidak mampu melakukan semua rancangan yang dirancang oleh saya sendiri. Tiada keyakinan. (=_=)


So disini saya nak share satu nasyid lama yang best. Ia bolehkan meningkat motivasi diri saya dikala perasaan malas dan tidak yakin itu hadir. Jom dengar sama-sama...



Munsyid: Suara Firdaus
Tajuk: Menuju Wawasan

Umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh x2 (chorus)

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat x2

akhirnya islam cemerlang seluruh dunia 

(chorus)
Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari

(chorus)
Umat islam sentiasa boleh!!!


Bangkitlah wahai remaja islam, buanglah sifatmu yang suka bermalas-malasan, bersenang lenang, berlalai-lalaian. Remaja islam perlu ada wawasan, remaja islam perlu bangkit dari lena yang panjang. Tingkatkan potensi diri. Mantapkan kefahaman Islam. Banyakkan ibadah. Perbaikilah akhlak. Naikkan darjat dengan mempelajari ilmu-ilmu yang berguna. Ubahlah sikapmu!!

argh!! aku semangat ni

Usah lagi kau merendah diri, usahlah kau merasa lemah. Umat islam sentiasa boleh. Kita ada Allah, kuasa doa dan tenaga. Jadi jangan buang masa lagi, masanya ialah sekarang, saya ulang SEKARANG!!!! (monolog diri saya kepada diri sendiri) (macam orang gila pulak aku cakap sorang-sorang)... Oklah semoga dapat tingkatkan motivasi anda juga... take care, garnier... :)

.::Wallahua'lam::.

Tuesday, May 17, 2011

Teori Konspirasi adalah Satu konspirasi? Woha!!

Assalamualaikum, semoga kalian semua berada dalam redho dan naungan kasih sayangNya.

Sebagai muqaddimah saya mahu kita sama-sama buka hati terlebih dahulu. Buka minda kita dan baca sampai habis dulu. Jangan mudah melatah kerana ia akan menunjukan kebodohan kita. (saya selalu jadi camtu). Dan saya harap penulisan saya ini tidak mengguris mana-mana pihak. Penulisan blog ini sepatutnya menjadi sesuatu yang mendidik, dan bukannya sesuatu merosakkan hubungan kita sesama muslim. Ok, sebelum tu bagi saya 1 minit, untuk saya betulkan niat saya untuk menulis... (~1 minit berlalu~).... ok Bismillah hi rahman nir rahim...

The Arrivals dan Aku




Dulu semasa di Kolej Tarbiyah Dakwah, the Arrivals, muncul dalam hidup saya. Ini adalah atas jasa baik rakan-rakan baik saya, memberi saya menontonnya. Saya tidak menonton sampai habis semua episod. Saya tengok yang mana sudi dipertontonkan kepada saya. Ya, ketika itu ia membuka mata saya, bahawa perancangan yahudi itu memang dasyat. Sebelum ini saya hanya tahu, perancangan seratus tahun yahudi (ke 1000 tahun, aku pun x ingat) dalam menakluk palestin. Kini makin banyak pula yang didedahkan. Bagi saya ia adalah satu pembukaan minda yang baru. Positif.


Kemudian The Arrival tu kian popular di kalangan orang Malaysia. Kemudian muncul pulak orang melayu yang mula membuat video mengenai Konspirasi. Konspirasi itu, konspirasi ini. Simbol mata satu, piramid dan pelbagai lagi dikaitkan dengan konspirasi. Makin lama, makin rasa lain macam je dengan segala teori ini. Rasa masa ada sesuatu tak kena dengan perkara Konspirasi ini. Kemudian, semenjak saya menjejakkan tangan saya dalam dunia blog ini, saya mula membaca pelbagai artikel. Rupa-rupanya ada segolongan manusia yang tidak suka akan teori konspirasi, The Arrival dan segala. Ada yang buat artikel sarcastic, ada juga yang hanya tahu menggunakan bahasa 'sopan' dalam menyampaikan pendapatnya.

Akhirnya saya terjumpa artikel dari Blog Leokid. Didalam artikel ada menyebut kepincangan yang berlaku, penjelasannya juga agak jelas. Kemudian ada pulak sahabat saya Hilal menulis artikel mengenai itu. Akhirnya, minda saya sudah menangkap punca kenapa hati saya rasa lain macam je dengan segala Teori Konspirasi ini. link ke blog yang saya nyatakan itu ada kat bawah. Tapi kat sini saya nak ulas mengikut kefahaman saya.

Hiburan alaf 21

Masyarakat kalau bab Arrivals, semua tahu. Pergilah mana-mana, ramai yang memperkatakannya. Tidak kira kaum, tidak kira bangsa, tidak kira umur, tidak kira orang tu solat ke tak. Semua masuk. Namun malangnya masyarakat menontonnya hanya sebagai hiburan. Psiokologinya manusia suka sesuatu yang misteri. Dan apabila ada pembongkaran tentang sesuatu, masyarakat jadi exited untuk mengetahuinya. Cerita kedai kopi topik The Arrival, namun dimulut masih hisap asap mudhorat (rokok). Eh, bukankah rokok adalah perancangan yahudi, seperti yang dipaparkan dalam the Arrivals?


Konspirasi dan Maksiat

Kemudian setelah itu muncullah golongan yang obses terhadap benda alah ini. Ada segolongan dai'e pun masuk dalam bidang ini. Mereka dipanggil pendakwah konspirasi (saya bagi nama ja, huhu). Apabila mereka melihat satu maksiat, mereka akan kaitkan dengan perancangan yahudi. Natijahnya anda lihatlah artikel mengenai video Lady Gaga yang dikaitkan dengan freemason. Kemudian Justin Bieber pula diiluminatikan. Dan satu ketika dulu pernah gempar dengan iklan TV3 yang kontroversi. Selang beberapa hari, ia terus dikaitkan dengan konspirasi. Sebar dalam FB. Kemudian ramai yang baca, kemudian ramai yang 'like'.


Bagi pendapat dan kefahaman saya, maksiat itu perlu dilihat dikaca mata maksiat (Allah larang), bukan dikaca mata Iluminati, konspirasi. Contoh video Lady Gaga itu sendiri telah haram dilihat oleh kita semua, kerana aksi ghairah dan nyanyian yang syirik dan sebagainya. Namun masyarakat ditakutkan oleh iluminati, daripada takutkan azab Allah. Mengapa mereka perlu didedahkan dengan iluminati?, sedangkan benda-benda tersebut memang jelas-jelas pengharamannya. Jika begitu, video ghairah tarian kumpulan Pop Korea bolehlah tengok? Itu lah kesilapan yang berlaku dalam menyeru (aku ni budjet bagus sangat plak dlm menyeru? (=_=) ). Masyarakat yang jahil agama, terus jahil. Dan ia langsung tidak dapat menyelesaikan masalah masyarakat yang rosak.
aksi tarian wondergirl boleh tengok la? sebab dorang takde simbol freemason..

Konspirasi dan paranoid

Konspirasi dan maksiat itu kira ok lagi, walaupun cara memang dah tak kena. Namun selepas itu wujud pulak golongan yang paranoid (maaf jika bahasa ini agak kasar) iaitu terlalu obses dengan konspirasi. Sehingga mengaitkan segala-galanya ingin dikaitkan dengan konspirasi, iluminati dan freemason. Video The Arrival sudah tamat pada episod 52 (kalau x silap), namun mereka (golongan tersebut) nak sambung episod video tersebut sampai 100 episod (gurau je, jgn terasa dgn ayat ni).

nasi lemak berbentuk piramid, fremasonkah ini?

Contoh yang senang ialah pasal Upin dan Ipin, dikaitkan dengan USA dan Israel.  Ada juga yang mengharamkan hari-hari tertentu. Seperti hari ibu dan hari pekerja. Mereka mahu menyamakan dengan hari Valentine. Tarikh hari pekerja, diambil dari dari tarikh sekian-sekian dimana ada ada kaitan dengan yahudi. Kemudian ada yang mengatakan kita ini diwar-warkan untuk minum soya, dan ditegah minum kopi kerana kemudhoratannya. Mereka berkata bahawa itu adalah rancangan yahudi, sebab soya boleh memandulkan manusia. Mereka berkata lagi bahawa kopi sebenarnya bagus, lihatlah pada pemimpin/genius yahudi, semuanya memegang secawan kopi bersama mereka.

Inilah yang saya tak beberapa berkenan. Mereka mengada-adakan sesuatu yang tiada. Air soya yang halal pun mahu diharamkan. Sedangkan apa-apapun yang kita minum atau makan secara berlebihan, akan membawa mudhorat. Air soya dan air kopi mempunyai khasiat tersendiri. Namun jika berlebihan, mudhoratnya pasti ada.
..........................................
قَدْ خَسِرَ الَّذِينَ قَتَلُوا أَوْلَادَهُمْ سَفَهًا بِغَيْرِ عِلْمٍ وَحَرَّمُوا مَا رَزَقَهُمُ اللَّهُ افْتِرَاءً عَلَى اللَّهِ قَدْ ضَلُّوا وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ
Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka, karena kebodohan lagi tidak mengetahui [513] dan mereka mengharamkan apa yang Allah telah rezki-kan pada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mereka mendapat petunjuk. (Al-An`aam:140)
..........................................
Saya pun tidak faham, untuk apa ia disebarkan. Pasal tarikh hari pekerja disamakan dengan hari yahudi. Adakah kita tidak boleh cuti pada hari itu? Jika hari Raya jatuh pada tarikh 1 Mei, maka kita tidak boleh menyambutnya? Hari ibu diharamkan. seperti hari valentine. Mereka terus menulis, kononnya mahu menyedarkan masyarakat. Namun mereka mengabaikan pendapat Ulamak dalam mengeluarkan hukum.


Sikap Orang Kita (orang Melayu, pendek kata S.A.Y.A)


1. Suka mengandai-andai.

Sikap inilah yang melahirkan kumpulan-kumpulan pendakwah konspirasi dan paranoid konspirasi. Mereka terus membongkar, namun apa yang dibongkar itu hanyalah teori dan andaian-andaian mereka sahaja. Contoh yang paling senang dalam video The Arrivals, Mengatakan bahawa bangunan berbentuk obselik dan piramid yang dibina oleh ahli freemason di setiap negara, adalah untuk membuka pintu dunia dajjal. Dengan itu dajjal boleh keluar (kalau saya silap, sila betulkan). Apakah dalil Al-Quran atau hadis tentang itu? Tiada. Jadi kenapa orang melayu paranoid dengan perkara ini. Ini kerana sikap orang kita yang kedua.


2. Maha terpedaya.

Inilah sikap yang menyebabkan kita sentiasa ditipu oleh ahli-ahli konspirasi. Inilah juga sebab kita mudah ditipu ahli pengkaji konspirasi. Kita terus mengambil bulat-bulat dari orang tertentu. Tanpa menyelidiki latar belakang orang itu samada fasik atau tidak. Islam atau tidak. Ada dalil atau hujah yang kukuh. Tidak. Kita terus mengambil kata-kata sesorang tanpa menilai terlebih dahulu, kerana bangsa kita Maha Terpedaya.


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujuraat:006)

 Nasihat dari hamba yang masih kurang ilmu


1. Pembongkaran mengenai yahudi telah lama ada dalam Al-Quran dan Hadith. Namun kerana kita telah melupakan sumber-sumber penting tersebut. Lalu kita mengambil andaian-andaian mereka. Untuk selamat diakhirat atau untuk menghadapi dajal. Kita perlu kembali kepada Al-Quran dan Hadith, bukannya terus membongkar. Kesedaran islam itu bukannya akan datang dengan pembongkaran tersebut, kesedaran akan lahir jika kita kembali kepada Al-Quran dan Assunnah. (itulah cara Rasullulah). Tidak salah jika mahu menonton The Arrivals (sbg hiburan atau kesedaran), namun jika kita hanya tahu tapi amalan masih jugak ditakuk lama, Whats the point? ”Kesedaran tanpa keimanan takkan membawa kemana-mana, malah akn hilang apabila bertemu ujian“ -kata-kata seorang ustaz- 

2. Marilah kita memandang kesalahan itu dikaca mata Allah larang, bukannya melihat kesalahan itu disudut freemason. Para pendakwah dan daie perlu memahami cara yang sebenar dalam berdakwah. Jika kita tidak back to basic, seruan-seruan tersebut adalah kosong. Ia tidak membetulkan keadaan masyarakat langsung, malah menyebabkan salah faham pula kepada mereka yang jahil agama. Jika Allah melarang sesuatu perkara, sebagai hamba, kita patuh tanpa menyoal apapun, lantas menghindar perkara tersebut. Namun kita suka mencari sebab-sebab yang lain. Maka ia telah lari dari konsep islam yang sebenar.

3. Usahlah kita terlalu ta'sub dengan perkara freemason ini. Saya memahami, jika anda mahu penuhkan traffic di Blog anda, anda perlu membuat sesuatu lain dari yang lain. Namun tak perlulah kita mengada-adakan perkara ini. Perkataan 'Salam' dalam bahasa mesej pun mahu di'freemasonkan'. Ape kejadahnya? Sudahlah dengan konspirasi. Jika mahu popular, gunalah cara yang lebih halal, seperti memperbaiki cara penulisan atau sebagainya. 
إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُمْ مَا لَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمٌ
(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar
(An-Nuur:015)
4. Hentikanlah menyangka-nyangka.
 ..........................................
وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّا إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran [690]. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.  
(Yunus:036)
...........................................
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). 
(Al-An`aam:116)
 ..........................................
5. Ubahlah sikap orang melayu kita yang suka mengambil sesuatu maklumat tanpa usul periksa. Janganlah jadi kaum yang mudah dimanipulasi dan mudah dipijak. Islam itu adalah berdasarkan dasar dan dalil yang kukuh. bukannya andaian-andaian teori yang tidak pasti. Mentaliti yang suka bergossip dan mengambil sesuatu tanpa usul periksa inilah yang menyebabkan Malaysia kucar-kacir. Fitnah sana sini. (ok cukup, termasuk politik plak nanti).
Teori Konspirasi adalah Satu Kospirasi!!! (teori saya, huhu)


Jika anda boleh mengandai-andai, saya pun nak jugak mengandai-andai. Bolehkah saya katakan bahawa teori konspirasi itu hanyalah rekaan barat. Mereka hanya ingin menakut-nakutkan kita dengan simbol daripada takut kepada Allah. Mereka saja nak bagi manusia kat dunia ini paranoid, dan melupakan permasalahan yang sebenar. Mereka perangkap daie dengan agenda-agenda menyibukkan diri kepada sesuatu yang teori dan andaian. Hebatkan mereka. Teori konspirasi, menyebabkan mereka terasa lebih megah dan kuat. Sebab manusia semua akan takut dengan mereka. (Huhu, lawakkan bila saya mengandai-andai?)
Akhir kata

Tidaklah saya katakan bahawa menonton The Arrival itu haram, cuma berpada-padalah. saya rumuskan balik point saya.
1. Kembali kepada Quran Sunnah
2. Memandang kesalahan disudut yang Allah larang
3. Please, jangan paranoid, dan mengadakan-adakan sesuatu.
4. Hentikanlah menyangka-nyangka dan mengandai-andai.
5. Jangan jadi bangsa yang mudah terpedaya.
6. Kajilah dahulu sumber maklumat yang anda terima

Segala kekurangan dalam penulisan saya mohon ampun dari Allah, dan pembaca silalah tegur saya. Maaflah jika ia terlalu panjang dan agak complicated. Jika anda mahu penulisan yang baik, silalah ke blog Leokid dan Langit Ilahi. Penulisan mereka lebih baik dan mudah faham. Semoga sama-sama kita mengambil sedikit iktibar.
P/s: artikel ini diedit banyak kali agar ia sesuai untuk dibaca dan mudah difahami. Jika ia tidak sesuai atau tak faham, sila bagitau saya.
<::Allahua'lam::>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...